
Masih lagi kisah BUASIR. Sebenarnya ramai yang tidak sedar diri mereka mengalami masalah buasir. Kebetulan terdapat segelintir orang yang tidak suka membuang air besar @ berak setiap hari. Tanpa disedari, sikap suka menahan berak, kekurangan air, membawa kepada masalah buasir. Wanita yang mengandung turut berisiko mengalami masalah ini. Oh, saya perlu berhati-hati kerana saya juga sedang mengandung.
Saya ada kisah yang menarik dari seorang rakan. Jom ikuti kisah beliau tentang buasir.
Saya mengambil mudah masalah membuang air besar tanpa sedar kesannya. Asalnya saya seorang yang mudah untuk membuang. Akibat tidak suka berada dalam jamban setiap hari, saya suka menahan berak. Tabiat ini dipupuk sejak kecil lagi. Akibatnya, saya hanya membuang setiap dua hari. Tetapi tabiat minum air kosong selepas bangun tidur menyebabkan rasa mahu membuang tetap hadir setiap pagi. Malangnya saya terus menahan berak dan menunggu hari esok untuk membuang.
Setelah saya meningkat dewasa, kesannya mula kelihatan. Pada awalnya saya tidak sedar yang ianya adalah masalah buasir. Saya mengalami tanda-tanda buasir peringkat 1--> Buasir yang hanya berdarah. Jujurnya telah bertahun gejala ini menimpa saya. Tetapi saya tidak sedar kerana tidak tahupun ianya adalah buasir. Keadaan semakin teruk sebenarnya. Saya seorang yang mengambil air lebih dari 4 liter sehari. Tetapi saya mengalami masalah najis yang keras. Ia amat menyiksakan. Kadang-kala, selepas membuang, saya perlu mengepam selepas 1 atau 2 jam kemudian. Kerana najis keras dan tidak mengalir. Selain itu, darah mengiringi najis dan rasa perit setiap kali membuang. Rasa macam dubur terkoyak kerana pedih terkena air.
Darah mengiringi proses membuang air besar.
Akhirnya setelah bertahun mengidap Buasir peringkat 1, ia melarat ke peringkat 3. Saya menyedarinya apabila mengandung dan ketika Ramadhan menjelang. Ketika berpuasa, badan sangat kekurangan air. Ia menyebabkan masalah saya semakin teruk. Asalnya saya pelik dengan kesakitan dibahagian dubur. Saya meneka-neka masalah ini dan mula mencari maklumat. Akhirnya setelah membaca berkaitan buasir, saya sedar... saya pengidap buasir.
Saya sangat takut apabila mengetahui saya mengidap masalah ini. Ketika ini baru saya sedar, betapa dasyatnya kesan kecuaian saya dulu. Saya mula mencari gabungan vitamin shaklee yang sesuai untuk mengubati buasir. Ketika baru mencuba gabungan vitamin ini, timbul rasa takut. Saya takut sekiranya masalah saya tidak dapat diubati. Di saat ujian kehamilan yang getir ini, timbul masalah lain. Almaklum, kesan hanya mula kelihatan selepas 3 hari. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan. Setelah saya konsisten mengambil gabungan vitamin shaklee yang disarankan untuk masalah buasir, Buasir saya mengecut setelah 2 minggu. Rasa sakit juga tiada lagi. Bengkak juga telah hilang. Saya bersyukur sangat-sangat. Hilang kerisauan saya sebelum ini.
Hmmm, penyakit kebiasaannya menyerang secara senyap dalam tempoh yang lama sebelum kita menyedarinya. Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat. Makan secara seimbang, bersenam, ambil vitamin tambahan untuk mencukupkan keperluan badan dan sentiasa tambah pengetahuan kita tentang keadaan semasa. Semoga anda semua dan saya sentiasa sihat dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna tanpa penyakit.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.