RAHSIA KURANG SETAHUN KUMPUL DUIT PERGI HAJI

Assalamualaikum.



Saya baru disuntik semangat baru. Sebenarnya, saya ada seorang Rakan berbangsa Jawa dari Jawa Timur. Akak ni memang la sangat disenangi oleh seluruh warga ofis saya. Ya akak ni warga negara Indonesia. Kerja beliau adalah membuat air setiap hari. Jangan tak tahu, ofis kami ada tea lady khas ye. Memang khas buat air sahaja. Best kan ofis macam ni. Ok, ramai-ramai tea lady di sini, saya berani jamin, she is the best!


AKAK TEA LADY DAN SAYA

Selain beliau, ada beberapa orang tea lady. Dari segi kualiti kerja, memang akak ni la yang terbaik. Orangnya baik, menjaga solat, rajin, pemurah, pandai memasak, sangat pandai mengemas dan banyak lagi yang saya tak perlu senaraikan di sini. Huhu, saya termotivasi dengan cara beliau menjaga pantry ofis kami. Serius, sentiasa kemas dan bersih dan wangi. Oh ada beberapa pantry di ofis ni, tapi bahagian kami la yang paling bersih dan rapi. Saya menjadi rajin mengemas dapur dirumah dek kerana teringat pantry di ofis yang sentiasa kemas dan bersih.

Anda tahu, saya sering bersembang dengan beliau hal-hal kehidupan. Beliau tidak kedekut mahupun berselindung apabila bercerita dengan saya. Mungkin kerana saya rajin melayan atau memang beliau sendiri selesa bersembang dengan saya. Saya suka mendengar kisah-kisah kehidupannya. Walaupun beliau hanyalah bekerja sebagai tea lady pada hari biasa dan membersihkan rumah orang di hujung minggu, banyak yang saya belajar dari beliau tentang hidup.

KISAH TAMBANG HAJI

Di awal tahun tadi, beliau ada bercerita duit persediaan hajinya telah ditipu oleh orang yang dipercayai. Kesian, bukan mudah bagi akak ni nak mengumpul duit sebenarnya. Bayangkan, kerja-kerja kasar beliau dan suaminya yang memandu teksi. Saya tak boleh bayang, duit sekitar 70 juta rupiah bersamaan RM 19, 000 hilang macam tu je. Hangus harapan beliau untuk menunaikan haji.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini beliau tercerita tentang plan hajinya. Tambang telah cukup, malahan duit belanja di sana juga telah cukup. Terkejut saya mendengar kata-kata beliau. Maknanya tak sampai 10 bulan, beliau suami isteri telah menyimpan lebih dari RM19 000. Tahukan anda, sepanjang tempoh ini, telah beberapa kali beliau dan suaminya pulang ke Indonesia? Bukan sedikit belanja yang mereka keluarkan, tetapi masih mampu menyimpan sebanyak itu.


RAHSIA KURANG SETAHUN KUMPUL DUIT PERGI HAJI


Saya tanya rahsianya apa? beliau jawab : MATLAMAT. Mereka suami isteri memang telah berazam untuk menunaikan haji pada tahun 2014. Jadi mahu atau mahu, tambang harus di cukupkan. Ia bukan dikumpul dari menjual harta ya sidang pembaca. Tapi terus berusaha dan berusaha mencapai matlamat. Mengumpul semula wang tanpa mengusik harta sedia ada. Hasilnya alhamdulillah, memang tidak mengecewakan. Nasihat beliau, kita perlu ada perancangan untuk melakukan sesuatu. Jika tidak, kita sukar menemui jalan.
Saya sangat teruja mendengar kisah beliau kali ini. Saya berfikir, jika akak ini mampu mengumpu sebanyak itu, mengapa bukan saya yang berpendapatan jauh lebih besar daripadanya. Ia membuatkan saya berfikir dan berfikir. Mengubah dan mengatur perancangan agar menjadi lebih baik. Ia menjadi Inspirasi saya, moga ia menjadi inspirasi anda juga.

Oh ya, sebelum saya mengakhiri artikel kali ini, saya nak buat iklan. Jika anda perlukan seseorang untuk megemas rumah pada hujung minggu, hubungi saya ya. Saya rekemen kan akak ini untuk bekerja dengan anda!



NAK SIHAT DAN BANTU RAMAI ORANG
NAK SIDE INCOME 4, 5 ANGKA
Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196

♥ Web : emakskema.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
  

4 FAKTA KEKURANGAN & KELEBIHAN MINYAK IKAN VS MINYAK HATI IKAN YANG ANDA PERLU TAHU

Assalamualaikum



 
Adakah anda sedar wujudnya minyak ikan dan minyak hati ikan? Jujurnya ramai yang tidak menyedari hal ini. Sekian lama kita dilambakkan dengan minyak hati ikan tanpa tahu pilihan yang lain iaitu minyak ikan. OmegaGuard Shaklee adalah minyak ikan yang dihasilkan dari ikan kecil berasal dari lautan dalam. Sebalinya, minyak hati ikan bersumberkan hati ikan Kod yang bersaiz besar dan tentunya mengandungi bahan enap cemar yang lebih banyak kerana diambil dari hati.


Bau Hanyir
 
Kandungan Omega-3 dalam minyak ikan dan minyak hati ikan adalah lebih kurang sama. Kedua-duanya mengandungi DHA, EPA dan ALA. Omega Guard Shaklee mengandungi rangkaian penuh 7 asid lemak omega-3 selain DHA, EPA dan DHA.


Apa yang kurang menarik, minyak hati ikan mempunyai masalah bau hanyir yang sangat kuat. Masalah bau ini sering membantutkan matlamat pengambilan omega-3 yang berterusan. Sebaliknya, minyak ikan yang mempunyai bau yang lebih lembut membantu anda mengambilnya dengan konsisten.


Vitamin D dan Vitamin A

 
Perbezaan utama kedua-dua minyak ikan dan minyak hati ikan ialah kandungan vitamin D dan A. Oleh kerana vitamin larut lemak ini di simpan di hati, maka ia lebih banyak terdapat pada minyak hati ikan. Malangnya, vitamin larut lemak yg berlebihan akan menyebabkan toksik jika diambil dalam jumlah yang berlebihan.

Lebih dos vitamin D boleh menyebabkan loya, muntah, lemah dan pitam. Manakala lebih dos vitamin A boleh menyebabkan keguguran, masalah hati, osteoporosis dan masalah sistem saraf.


Jika anda tinggal di kawasan yang kekurangan cahaya matahari seperti negara 4 musim, pengambilan minyak hati ikan mungkin lebih baik kerana kandungan vitamin A yang tinggi. Bagi kita yang tinggal di Malaysia dengan pendedahan cahaya matahari sepanjang tahun, adalah lebih dan lebih baik mengambil minyak ikan yang berdos lebih rendah.

 

Bahan pencemar
 
Perbezaan yang sangat ketara antara kedua jenis ini ialah darjah pencemaran atau kuantiti pencemar yang terkandung didalamnya.

Untuk pengetahuan anda, organ hati adalah tempat menapis berbagai-bagai bahan pada tubuh. Oleh sebab itu, minyak hati ikan mengandungi lebih banyak pencemar seperti logam berbahaya iaitu plumbum dan merkuri.

Amaran: kanak-kanak, wanita mengandung dan ibu menyusu tidak digalakkan mengambil minyak hati ikan kerana logam berat ini mudah meresap dan membahayakan bayi.



Kajian Terbaru

Menurut kajian terbaru oleh Dr. John Cannell, Pengarah Pertubuhan Vitamin D, kandungan minyak hati ikan telah berkurangan Vitamin D. Ia berikutan  Proses penyahbau yang dilakukan telah menghilangkan kebaikan nutrisi ini. Kajian ini boleh dirujuk pada 15 artikel yang dikeluarkan dan artikel terbarunya adalah
 “Cod Liver Oil, Vitamin A Toxicity, Frequent Respiratory Infections, and the Vitamin D Deficiency Epidemic" dalam isu bulan November  Annals of Otology, Rhinology and Laryngology. 

 

Jadi,anda jelaskan kenapa Omega Guard Shaklee sangat disarankan kepada kita!!! Jangan memilih minyak ikan yang salah ya. Pilihan ditangan anda, pilihlah yang terbaik buat anda, anak-anak dan keluarga.

Bacaan lanjut disini dan sini


NAK SIHAT DAN BANTU RAMAI ORANG
NAK SIDE INCOME 4, 5 ANGKA

Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196

♥ Web : emakskema.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
  


 

MINYAK IKAN DAN MINDA KANAK-KANAK

Assalamualaikum.


MINYAK IKAN DAN MINDA KANAK-KANAK, OMEGAGUARD

Salam Jumaat sidang pembaca. Pagi-pagi dah rasa semangat. Ha apa yang saya semangat sangat ni. Saya ni alumni IMKK atau Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan Julai 2013. Buat pengetahuan anda, sejak semalam, sedang berlangsungnya program seumpamanya yang terakhir pada tahun ini. Apa hebat sangat kan. Hebat, tak pergi tak tahu. Tapi insyaallah saya akan cerita pada anda suatu hari nanti, bagaimana keadaan program ini. Program ini bagus kerana bantu kita menetapkan matlamat hidup. Nak harap dengar ustazah-ustazah ceramah, macam tak jalan je. So cari alternatif lain seperti ini. Insyaallah habis program, anda menjadi lebih positif, lebih baik, lebih taat kepada Allah, lebih hebat, lebih kaya dan pastinya lebih berjaya. Apa anda taknak!!! nak hidup biasa-biasa je, terpulanglah. 


HASIL KAJIAN PENYELIDIK UNIVERSITI OXFORD

Berbalik kepada topik artikel, nak kongsi lagi kebaikan minyak ikan. Ini adalah hasil kajian oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Oxford di Britain. Mereka mengkaji 362 kanak-kanak yang diberikan 600mg minyak ikan setiap hari selama 3 minggu. Hasilnya kanak-kanak berusia lingkungan 7-9 tahun yang menjadi bahan kajian telah meningkat kemampuan membacanya.

Penyelidik Kanan Universiti Oxford, Dr. Alex Richardson berkata, makanan tambahan omega-3 terbukti :
  1. Dapat meningkatkan kemampuan membaca terutamanya kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran. 
  2. Malahan ia mampu meningkatkan perhatian kanak-kanak hiperaktif, disleksia serta individu yang berdepan masalah gangguan perkembangan koordinasi. 
Perlu diingat, kesannya adalah semulajadi. Maka ia mengambil masa untuk berkesan dan ibu bapa haruslah bersabar menunggu perubahan pada anak-anak.

Untunglah saya kenal OMEGAGUARD Shaklee. Tak susah saya nak beri dos yang diperlukan kepada 2 orang hero kesayangan saya tu. Saya pun sebenarnya baru berjaya beri mereka makan minyak ikan kebelakangan ini. Sebelum-sebelum ni memang payah. Semua bertempiaran lari bila nak disuap minyak ikan jenama popular Sc******** tu. Kali ini tidak.


UNIKNYA MINYAK IKAN SHAKLEE

Omegaguard didatangkan dalam kapsul lembut yang manis. Jadi, rasa yang manis telah pun memikat hati anak saya. Pulak tu kandungannya diketahui (mg bagi tiap kapsul). Jadi saya beri mereka 2 biji sehari sahaja untuk mencukupi keperluan Omega-3 seperti yang disarankan. Kan senang tu. 2 biji sehari, sambil-sambil main pun boleh beri. Kadang-kadang saya berebut dengan anak-anak untuk memastikan mereka hanya makan 2 biji sahaja. Bukan apa, dah dos yang sesuai banyak tu je, tak perlu lah beri lebih. Tapi sebab rasanya yang sedap, memang la jadi rebutan anak-anak.


UNTUNG LAIN

Untungnya lagi, penutup 2013 ini, ada promosi OmegaGuard. Anda Beli 6 botol, percuma 1 botol. Memang untunglah kan. Siapalah yang tak nak barang murah dan baik. Memang rugi yang tak ambil peluang. Jika anda suka, boleh hubungi saya ye. Harga istimewa menunggu anda tau.




RAHSIA LAIN


Anda memang untung, saya nak kongsi rahsia lain. OmegaGuard ni terbukti mencegah masalah selsema dan batuk anak-anak. Saya dah test hero-hero kecil saya tu. Memang berkesan. Hingus hijau mereka hilang dalam masa 2 hari sahaja setelah ambil Omega guard. Jangan risikokan si kecil kesayangan anda dengan sayang sangat nak keluarkan duit beli Omegaguard. Percayalah, anda sekali-kali tak menyesal memilihnya.

Ok pilihan ditangan anda. Saya doakan anda memilih yang terbaik buat keluarga anda, anak anda serta diri anda sendiri.




NAK SIHAT DAN BANTU RAMAI ORANG
NAK SIDE INCOME 4, 5 ANGKA

Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196

♥ Web : emakskema.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
  





 

SUSU TEPUNG BER DHA VS MINYAK IKAN SHAKLEE OMEGAGUARD

Assalamualaikum

SUSU TEPUNG VS OMEGAGUARD

Ramai orang yang tahu manfaat Minyak Ikan. Ia sangat penting kerana mengandungi Omega-3 yang tidak mampu dihasilkan oleh badan. Dua jenis asid lemak Omega-3 yang paling terkenal ialah DHA dan EPA yang selalu di war-warkan ditambah dalam pelbagai jenis susu formula. Kelebihan dua jenis lemak Omega-3 ini sangat berkait rapat dengan kepintaran otak. Jadi sangat lah baik diambil oleh kanak-kanak demi menjadikan mereka bijak dan cemerlang.

Tidak kiralah kita tahu banyak ataupun sedikit. Kesedaran ini banyak dipengaruhi oleh iklan-iklan di televisyen (tv). Saya sendiri adalah antara orang yang sedar kebaikan minyak ikan akibat menonton tv. Jadi ada bagus juga menonton tv kan. Tak la semua sia-sia ja.


HARGA TAK SETANDING KANDUNGAN OMEGA-3
 
Tetapi tahukah anda, produk-produk yang diiklankan itu mahal. Kandungan minyak ikan yang sangat sedikit tetapi perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Macam kurang berbaloi je. Macam tak patut je. Jom kita cek sikit harga produk makanan yang popular di tv rumah anda:

1.Nesvita Omega Plus = RM10 (150g)
2.Enfalac A+ = RM60 - RM72 (650g)
3.Susu Biomil Xcel = RM55.80 (900g)
4.Anmumm Essential = RM16.50 (200g)
5.Enfagrow A+ = RM45 (650)

Amacam, percaya tak kata-kata saya. tu baru senarai 5 jenama. Saya belum lagi nyatakan berapa % kandungan omega-3 di dalamnya. Pendek kata, menangis kalau tahu sikitnya kandungan omega-3 berbanding harga yang ditawarkan. Hal ini tidak berlaku pada produk jenama shaklee. Dengan harga sekitar RM100++ anda mendapat sari minyak ikan terasli dan terbaik. Tanpa ragu dicampur dengan bahan tiruan atau komponen sintetik.


KELEBIHAN MINYAK IKAN OMEGA GUARD

Selain itu saya nak kongsi dengan anda kebaikan minyak ikan jenama shaklee. Boleh rujuk artikel asal di sini


  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
  5. Mengekalkan tekanan normal darah
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Mengurangkan sakit kepala
  8. Merendahkan kolestrol
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. Mengawal masalah obesiti
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  16. Membantu menyihatkan paru-paru
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE(lupus erythematosus)
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  24. Mencegah penyakit gout
  25. Membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Ok pilihan ditangan anda. Saya doakan anda memilih yang terbaik buat keluarga anda, anak anda serta diri anda sendiri.




NAK SIHAT DAN BANTU RAMAI ORANG
NAK SIDE INCOME 4, 5 ANGKA

Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196

♥ Web : emakskema.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
  


TIRU ORANG YANG BERJAYA

Assalamualaikum



Baru-baru ini, saya telah bertemu dengan nenek, emak, emak saudara, kezen dan anak saya dalam bisnes Shaklee. Ini adalah kali pertama bertemu dengan mereka semua untuk berkongsi rahsia dan tips-tips kejayaan mereka. Happening betul. Seronok jumpa orang yang berjaya ni. Kita pun rasa nak cepat je berjaya macam mereka.

No 3 dari kiri adalah Master Arnie. Founder group kami.

Selama ini, saya hanya bertemu dengan mereka secara maya. Niat asal saya dulu memang macam ni. Buat bisnes tanpa jumpa orang..hihihi Tapi sekali-sekala bertemu keluarga Shaklee saya, seronok sangat. Saya rasa tempias aura-aura positif mereka ini. Semua nak kongsi cara mereka berjaya. Semua nak kongsi tips berjaya. Tak ada seorang pun nak selindung macammana mereka boleh berjaya. Saya kagum dengan mereka.


 TIPS UNTUK BERJAYA

Bukan susah untuk berjaya. Paling penting adalah tiru cara orang yang dah berjaya. Itulah intipati yang dikongsikan. Kalau kita nak berjaya dengan cepat, haruslah kita ikut jalan-jalan orang yang dah berjaya. Mereka ini meninggalkan jejak-jejak yang boleh kita ikuti. Jangan buang masa dengan melanggar dinding berkali-kali. Ambillah jalan pintas agar kita berjaya seperti mereka. Bila kita berjaya, latih pula orang lain untuk mengikut jejak kita. Makin lama, makin ramai yang berjaya dan insyaallah kita akan menghasilkan masyarakat yang berjaya. Ya sidang pembaca, sebagai orang Islam kita wajib berjaya kerana ia sentiasa diingatkan di dalam Azan. Jadi mahu atau mahu, anda perlu berjaya!



 Ini Adalah Master Yazid. Pendapatan dia dan lebih 50k sebulan. Master Yazid merupakan suami kepada founder group kami.


 Ini adalah Mak sedara saya, Master to be Tuty. Owner Mychibibox. Pendapatan minimum tiap bulan 10K. Pendapatan sebenar tidak diketahui !!!!



Ini adalah emak saya, Master to be Mummy Hanis. Pendapatan dirahsiakan (melebihi income manager di syarikat saya).  WAHM!!!


Ini adalah Master to be Yana Fandi. Pendapatan tak sempat nak tanya, yang pasti hampir 5 angka. Beliau asalnya bukan nak buat bisnes pun. Tak sengaja berbisnes. Dasyat kan. 


 
Ok gambar yang paling comel ni adalah saya Master to be Yuswirda, Master to be Hanis dan Master to be Hasanah (anak saya). 


Seronok kan jumpa family bisnes macam ni. Ramai dikalangan mereka ini masih bekerja dan ramai juga yang telah menjadi WAHM (Work At Home MOM). Apa pun status mereka, mereka tidak meletakkan alasan untuk berjaya. Jadi kita jangan beralasan untuk berjaya, kejayaan dimana-mana. Terpulang samada kita nak atau nak tapi lambat nak buat. Pilihan ditangan anda. Doa saya, anda semua berjaya mengejar apa yang anda cita-citakan. Mudah-mudahan cerita saya menjadi inspirasi kepada anda semua. 



NAK SIHAT DAN BANTU RAMAI ORANG
NAK SIDE INCOME 4, 5 ANGKA

Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196

♥ Web : emakskema.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
  



KERABU JANTUNG MAK MERTUA

Assalamualaikum.

Jarang saya mahu berkongsi resepi samada offline mahupun online. Saya sangat menggemari masakan ibu saya. Pendek kata, kalau yang emak saya dah masak, resepi orang lain pasti saya ketepikan. Tetapi dah saya ni anak jawa, resepi-resepi jawa je lah yang saya tahu. Bila saya berkahwin, mak mertua saya juga orang jawa. Haa... tapi yang bestnya resepi mak mertua saya banyak yang berbeza dari mak saya sendiri. Pulak tu yang mak mertua masak memang bukan yang emak saya masak. 

Suami saya seperti saya juga. Dia amat menggemari masakan ibunya. Mujur lah suami saya tak cerewet, dia tetap boleh menerima masakan saya yang ala kadar ini. hihihi nak masak kompleks tak sempat, saya kan bekerjaya (alasan). Saya boleh masak benda-denda simple je. Masak rebus-rebus, panggang ayam, goreng ikan, masak lemak, tumis sayur, tomyam segera, cekodok, lempeng, sambal jawa, laksa, soto, sup dan beberapa masakan simple lah. Memang tak mencabar pun. Saya rasa, kalau saya buat senarai, tak sampai 100 resepi pun yang saya tahu. Aduh teruk juga ni prestasi. Takpa, saya cuba improve ni. 

Ok sebab semua resepi simple, kene la belajar yang komplekkan. Jadi saya belajar dari mak mertua. Kali ini, saya kongsikan satu resepi yang sangat mudah tapi sedap sangat. nama pun hebat tau: KERABU JANTUNG DAN PERUT LEMBU. Jom tengok gambar:

Bahan perlu direbus:
  1. Perut lembu
  2. Jantung pisang
>> bila dah empuk, potong kecil ikut kesukaan anda





Bahan perlu di bakar:
  1. Cili Padi
  2. Bawang besar
  3. Udang kering




Bahan Mentah:
  1. Santan

   
  
Cara Masak:
  1. Kisar bahan di bakar dengan santan mentah
  2. Tuang dalam mangkuk yang berisi bahan direbus
  3. Gaul dan siap untuk dihidang
  

  RESEPI KERABU JANTUNG, KERABU PERUT LEMBU 


Macammana, mudah sahaja kan. kerabu jantung dan perut ni, sedap sangat makan dengan nasi panas. Saya dah tak makan lauk lain kalau ada kerabu jantung ini. Suami saya pun sama juga, 2x5. Resepi ini antara feveret suami saya. Alhamdulillah, saya dah hafal resepi dan cara nak masak sebab saya tulis di sini. hihihi, selama ni tengok je tapi tak ingat-ingat. Bagus kan, dengan berkongsi banyak manfaat kita dapat. Insyaallah saya akan dokumenkan resepi-resepi lain yang menarik. Kepada sidang pembaca, Selamat mencuba. 



NAK SIHAT DAN BANTU RAMAI ORANG
NAK SIDE INCOME 4, 5 ANGKA

Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196

♥ Web : emakskema.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
  






  

APABILA PATUNG JESUS YANG BERDIRI

Assalamualaikum.

Saya sangat suka artikel ini. Bukan kerana admire penulisnya, tapi ia adalah penjelasan kepada satu isu yang saya tak mampu nak jelaskan. Saya bukan tidak suka keajaiban yang Allah sengaja tunjuk kepada kita. Tapi sampai satu tahap, saya rasa ia menjadi salah kerana boleh disalah erti. Alhamdulillah, ia dikupas dengan baik oleh Hilal Asyraf di dalam Langit Ilahi. Ia sangat baik untuk dibaca oleh kita semua. Bacalah, anda boleh rujuk artikel asal di sini.



Patung Jesus taufan Haiyan

 

Patung Jesus dikhabarkan kekal berdiri selepas dihentam Taufan Haiyan

Pasca Taufan di Acheh dahulu, fenomena masjid kekal teguh tak tersentuh dek taufan hangat dibicarakan di Malaysia, sebagai tanda keagungan Allah SWT, dikait juga bahawa ianya adalah dalil bagaimana benarnya Islam, hinggakan bencana yang menimpa tidak menyentuh masjidnya.

Baru-baru ini, di Filipina, berlaku taufan yang dahsyat. Namun usai itu semua, ada cerita yang menggemparkan. Patung Jesus tegak berdiri walaupun taufan yang membelasah tempat itu dasyat sekali.

Maka bergemalah pula bahawa itulah bukti kebenaran Kristian. Bahkan ada muslim yang seakan tergugah.

“Bagaimana? Patung Jesus itu kekal berdiri selepas dibantai taufan. Apakah agama mereka benar?”

Fenomena keajaiban-keajaiban menjadi dalil kepada kebenaran sesuatu agama ini menarik perhatian saya. Tidak mahu saya masuk kepada perbahasan agama mana yang lebih benar, saya sebagai seorang muslim ingin memberikan pandangan melalui perspektif saya berkenaan fenomena tersebut.

 

Beriman Dengan Keajaiban
 
Ummat Islam di Malaysia, daripada kalangan rumpun melayu terutamanya, saya lihat sangat takjub dengan perkara-perkara berunsur keajaiban.

Jika ada kaktus berbentuk tulisan lafzul jalalah(Allah), maka ia akan dianggap dalil bahawa itulah dianya bukti benarnya Islam. Apabila di langit ada awan yang membentuk nama Rasulullah(Muhammad), atau nama Allah itu sendiri, pastinya akan dihebohkan, bahkan ada page-page FB yang menarik like dengan memaparkan gambar-gambar sebegini. Apatah lagi gambar pokok ruku’ dan sujud, semuanya dibesar-besarkan sebagai tanda kebesaran Allah, bukti bahawa benarnya Islam.

Begitulah apabila berlakunya peristiwa bangunan seperti masjid kekal selepas taufan. Ianya juga diangkat sebagai dalil betapa benarnya Islam.

Namun saya melihat beriman dengan cara begini, ada masalahnya.

Masalahnya apabila berlaku seperti apa yang berlaku – Patung Jesus kekal selepas taufan. Maka apakah agama Kristian itu agama yang benar dengan dalil sedemikian?

Bagaimana agaknya, jika orang-orang agama lain berjumpa dengan awan yang memaparkan logo/simbol agama mereka, bertemu dengan pokok berbentuk seperti orang agama mereka sedang beribadah dan sebagainya?

Apakah itu automatik bermakna agama mereka menjadi benar?

 

Sembang Seorang Rakan

Seorang sahabat pernah bersembang dengan saya, berkenaan cerita yang didengarinya daripada kawannya yang berlainan agama. Di mana patung sembahan kawannya itu, pada satu hari diceritakan telah bergerak dan berbicara, tidak lama kemudian membatu semula. Ia menggemparkan, dan kemudian kawan saya berkata: “Bagaimana? Apakah mungkin agama mereka benar?”

Di sinilah masalahnya apabila kebenaran agama disangkutkan pada keajaiban supernatural. Keimanan menjadi rapuh apabila datang keajaiban yang serupa daripada agama lain. Dalil kebenaran agama mustahil serapuh itu.

Saya jawab kepada kawan saya: “Di manakah masalahnya? Biarlah patung itu bergerak hidup macam manusia sekalipun, tetaplah itu bukan dalil benarnya sesuatu agama.”

Itu pendapat dan pegangan saya.

Termasuklah agama Islam pun. Islam dalilnya bukan lafzul jalalah pada awan, bukan nama Rasulullah pada pokok kaktus, bukan juga pada pokok yang ruku’ dan sujud.

Saya berpendapat, bukan itu dalilnya.

Beriman kepada perkara yang supernatural inilah yang membuatkan manusia mudah tersesat mempercayai perkara-perkara khurafat, seterusnya menyembah makhluk Allah yang lainnya, kerana dirasakan pada sesuatu yang berlaku padanya ciri supernatural itu, adalah dalil akan kekuasaannya, keesaanNya.

Maha suci Allah yang mengutuskan Rasul-RasulNya dengan mukjizat, tetapi para RasulNya adalah yang sering berkata:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.” Surah An-Nahl ayat 36.

Hendaklah diingat juga, betapa Dajjal nanti di akhir waktu kelak, mempunyai kekuasaan supernatural juga. Itu tidak menjadikannya Tuhan. Orang yang mudah mempercayai supernatural itu ialah bukti ketuhanan, maka mudahlah nanti tumpas kepada fitnah Dajjal di akhir zaman.

 

Dalil Kebenaran Agama

Agama yang benar ialah agama yang diturunkan sendiri oleh Tuhan, dan Tuhan mengiktiraf kesohihan agama tersebut.

Bagaimana hendak kita ‘detect’ agama itu diturunkan sendiri oleh Tuhan Semesta Alam?

Dengan kita mengkaji kitab suci yang ada. Balik kepada ‘sumber’ agama itu sendiri, dan kita kaji. Kesempurnaan sumber itulah yang menjadi dalil bahawa sumber itu datang daripada Tuhan. Kerana Tuhan sifatnya sempurna. Tuhan Semesta Alam, kalau ada kecacatan, takkan stabil lah alam ini.

Sebab itu apabila kita mempelajari ilmu Pembandingan Agama, kita bukan menyenaraikan keajaiban-keajaiban, kejadian supernatural yang berlaku di dalam agama masing-masing. Tetapi kita membandingkan kitab-kitabnya. Kita merujuk kembali sumber agama itu sendiri. Bagaimana sumber agama itu terbentuk, siapa yang mengumpulkan/menulisnya, bagaimana pula struktur kitab itu, apakah ada fakta yang bercanggah dan sebagainya.

Kerana itu di dalam Al-Quran, Allah mencabar beberapa kali agar manusia mencipta sesuatu yang sama tarafnya dengan Al-Quran.

“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” Surah Al-Israa’ ayat 88.

“Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan, Muhammad yang mereka-reka Al Quran itu, katakanlah wahai Muhammad, jika demikian tuduhan kamu, maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.” Surah Al-Hud ayat 13.

“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang Al Quran yang Kami turunkan iaitu Al Quran kepada hamba Kami Nabi Muhammad, maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.” Surah Al-Baqarah ayat 23.

“Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu bahkan mereka mengatakan, dialah Muhammad yang mengada-adakan Al Quran menurut rekaannya, katakanlah wahai Muhammad, kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah untuk membantu kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar.” Surah Yunus ayat 38.

Berkali-kali diulang cabaran itu, menandakan betapa di sanalah dalil yang terkukuh, akan kebenaran agama ini. Jika kita teliti Kitab karangan almarhum Dr Sheikh Fadhl Hassan Abbas yang bertajuk – I’jaz Al-Quran – kita akan dapat melihat ketelitian yang tak tertanding di dalam Al-Quran.

Di sanalah wujudnya ‘kebenaran’.

Indahnya Allah SWT, Al-Quran itu ayat pertamanya yang turun ialah: 

“Bacalah, dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan.” Surah Al-‘Alaq ayat 1.

Pertama menuntut bahawa kefahaman yang jelas ialah kunci kepada terbongkahnya kebenaran terhadap Tuhan yang menciptakan sekalian alam, dan ayat itu ialah permulaan kepada semua wahyu selepasnya seakan, kedua – memberikan petunjuk bahawa di dalam wahyu-wahyu inilah terdapat dalil kebenaranNya.


 

Penutup: Maka Sepatutnya Kita Dalami Dalil Itu

Apapun, saya tidak menafikan Allah SWT memang berkuasa menjadikan apa sahaja. Bukanlah saya hendak menyatakan langsung bahawa kalimah Allah di langit bukan sebahagian daripada kekuasaanNya. Dialah yang mengawal dunia ini, seluruh alam ini di dalam kekuasaanNya.

Tetapi saya sekadar mengingatkan diri saya dan rakan-rakan, bahawa bukan itu dalilnya yang patut dipegang. Kerana tidak mustahil awan akan berbentuk seperti simbol agama lain, tidak mustahil juga untuk gereja atau patung agama lain tidak musnah selepas bencana.

Baliklah kepada dalil yang sebenar-benarnya. Iaitu Al-Quran.

Saya masih teringat, berkait supernatural ini, iaitu berkenaan penantian Malam Al-Qadr. Ummat Islam percaya bahawa malam itu lebih baik dari 1000 bulan. Namun di Malaysia, kepercayaan itu diiringi dengan kisah bahawa pada malam itu akan berlakulah fenomena supernatural seperti pokok sujud dan sebagainya.

Akhirnya ramai ternanti-nanti malam Al-Qadr dengan mencari-cari petanda supernatural itu. Akibatnya, mereka tidak pun mengisi malam-malam akhir Ramadhan dengan ibadah sebagaimana dianjurkan oleh agama. Sia-sia bukan?

Begitulah juga apabila disibukkan kita dengan mengangkat bahawa yang supernatural itu ialah dalil benarnya agama. Akhirnya kita sendiri tidak mempraktikkan agama sebagaimana yang Islam anjurkan. Kita sendiri tidak menyantuni Al-Quran dan hadith, yang mana telah Rasulullah SAW janjikan bahawa yang berpegang dengan keduanya, tidak akan sesat buat selamanya.

Muhasabah.



NAK SIHAT DAN BANTU RAMAI ORANG
NAK SIDE INCOME 4, 5 ANGKA

Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196

♥ Web : emakskema.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
  



Y.E.S :: YEAR END SALE

Assalamualaikum




YEAR END SALE, YES 2013, PROMOSI, OMEGAGUARD

Hujung tahun telah tiba. Jadi, pasti ada sale hujung tahun kan. Yang sangat seronoknya, sale hujung tahun dari shaklee, memang bermanfaat untuk seisi keluarga. Bukan setakat orang dewasa, orang tua atau remaja sahaja. Produk sale hujung tahun ini adalah OMEGAGUARD yang sangat sesuai diberi kepada anak kecil seusia 1 tahun. Memang berbaloi la Y.E.S 2013 ini.


OFFER MENARIK UNTUK ANDA

Ok saya cerita dahulu offer untuk anda

Beli 6 botol OMEGAGUARD anda akan dapat:  
#PERCUMA Keahlian bernilai RM65
#PERCUMA Penghantaran 

#EXTRA 1 botol OMEGAGUARD
#Tunai RM30++
#Penjimatan sehingga RM130++


TAWARAN KHAS JIKA BELI KURANG DARI 6 BOTOL
 

Kalau anda nak beli satu atau dua botol pun boleh juga. Tawarannya sangat menarik, saya hanya dedahkan kepada orang yang PM saya sahaja: 013-3786399. Ok boleh whataps dengan saya ya.


KEBAIKAN OMEGAGUARD


Selain itu, saya kongsikan kepada anda kebaikan OMEGAGUARD dalam diet seharian kita :

Sesuai untuk :

  1. Kanak-kanak usia 1 tahun ke atas (Usia 0-6 tahun adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg yg pintar perlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. Omegaguard bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema)
  2. Ibu menyusu dan ibu hamil(2nd&3rd trimester) (perkembangan otak bayi, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)
  3. Lelaki dan wanita yang mengalami sakit sendi, gout, arthrithis
  4. Mengurangkan berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  5. Mereka yang alami stroke & athma
  6. Mereka yang ingin turunkan paras kolesterol
  7. Mengurangkan selsema & batuk - minyak ikan membantu kesihatan paru-paru

Shaklee OmegaGuard mengandungi Omega -3  yg kaya dengan DHA dan EPA. Omega 3 adalah asid lemak yg perlu tetapi badan kita tak dapat menghasilkannya. Maka ia perlu diambil dari diet harian. Jadi, jangan tunggu lagi ya. Cepat-cepat hubungi saya.


gambar minyak ikan: ihsan google

Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
 
 

SHAKLEE BUKAN RANK #1 PUN

Assalamualaikum.

 

Ha, mana satu 4 yang anda suka. R4BIA, Channel 4, no 4 atau Fantastic 4. Hebat ye kuasa 4 ni. Tak terjangka saya sebenarnya. Ok, apa kaitan no 4 dengan artikel kali ini?

Sebenarnya saya mahu kongsikan sesuatu yang menarik dengan sidang pembaca yang budiman. Aha, sebenarnya Shaklee bukan lah jenama no #1 suppliment paling berkesan didunia. Shaklee jatuh no #4 dari 100 jenama suppliment yang popular di dunia. No #4 je pun. Eh, no #4 pun, kita dah tengok kat atas tadi apa yang berkaitan dengan no 4 yang sangat popular. Menarikkan, menarikkan, menarikkan!!!!!

Tapi, di tempat keberapa jenama suppliment kesukaan anda? Mari semak dengan senarai di bawah (sumber):

Company  Product  Effectiveness  Rank
Xtend-Life Total Balance 9.6 1
Douglas Laboratories  Ultra Preventive X  9.4 2
USANA Health Sciences  Essentials  9.3 3
Shaklee  Vitalizer Gold  8.9 4
Source Naturals  Life Force Multiple  8.7 5
FreeLife  Reverse!  8.6 6
Nutrilite (Amway, Quixtar)  Double X  8.3 7
Life Extension Foundation  Life Extension Mix  8.2 8
Vitamin Research Products  Extended Plus  7.9 9
Karuna  Maxxum 4  7.9 10
Solgar  Omnium  7.8 11
Ultimate Nutrition  Super Complete  7.7 12
SportPharma  Multiguard  7.6 13
Dr. Julian Whitaker's  Forward Multi-Nutrient  7.6 14
Metagenics  Multigenics Intensive Care  7.2 15
Mountain Naturals of Vermont  Superior Care  7.1 16
amni  Added Protection III  7 17
Purity Products  Perfect Multi Focus Formula  7 18
GNC  GNC Mega Men Sport  6.9 19
Doctor's Nutrition  Mega Vites  6.8 20
DaVinci Laboratories  Spectra  6.8 21
Nutrition Dynamics  Optimum Health Essentials  6.8 22
TwinLab  Daily One Caps with Iron  6.7 23
FoodScience of Vermont  Superior Care  6.6 24
Puritan's Pride  High Potency Ultra Vita Time Release  6.5 25
Colgan Institute  Formula MCS  6.4 26
Rainbow Light  Advanced Nutritional System  6.4 27
NOW Foods  Multiple Vitamins - Liquid Gels  6.4 28
EAS  Multi-Blend  6.3 29
Mannatech  PhytoMatrix  6.2 30
Nature's Way  Alive! Whole Food Energizer  6.1 31
Jean Carper's  Stop Aging Now!  6 32
Natural Factors  MultiStart  5.9 33
Advanced Physician's Products  Maximum MultiVitamin/Mineral without Iron  5.8 34
EcoNugenics  Longevity Rhythms Gold  5.8 35
Solaray  Iron-Free Spectro Multi-Vita-Min  5.8 36
Nature's Blend  Vitaminix Ultimate  5.6 37
Pharmanex (Nu Skin)  LifePak Prime  5.4 38
Melaleuca  Vitality Pak  5.3 39
Herbalife  Formula 2 Multivitamin Complex  5.3 40
QCI Nutritionals  Ultra Vitality #1  5.2 41
KAL  Multiple Energy  5.2 42
Essentials by Megafood  Essentials for Life  5.2 43
Optimox  Androvite  5.1 44
SupraLife  Maxum Essentials  5 45
Jarrow  Multi E-Z Powder  5 46
Great Earth  TNT - Total Nutrition Tablet  5 47
Nikken  Kenzen Mega Daily 4  4.9 48
Garry Null's  Supreme Health Formula  4.8 49
Thorne Research  Al's Formula  4.8 50
Atkins  Basic #3  4.7 51
Vitamin World  Daily 3 With Antioxidant Factors  4.7 52
PhytoPharmica  Clinical Nutrients  4.7 53
Centrum  Silver  4.6 54
4Life  BioVitamins Type III  4.5 55
Bronson Laboratories  Performance Edge  4.5 56
One A Day  Essential  4.5 57
Country Life  Maxine  4.4 58
Nature Made  Multi Complete  4.3 59
Quest  Maximum Once A Day  4.2 60
Nature's Bounty  Green Source Vegetarian Formula  4.1 61
Matol  Matolife  4.1 62
Greens+  Multi+  3.9 63
Michael's Naturopathic Programs  Pedia Vites  3.8 64
Natrol  My Favorite Multiple Original  3.8 65
Nu-life  Ultimate One  3.7 66
Jamieson  Super Vita-Vim  3.7 67
Walgreens  Ultra Choice Premium  3.5 68
Swiss Natural Sources  Super Adult Chewable  3.4 69
Ripple Creek  Mega-100 (Slow Release)  3.3 70
Thompson  Human Nature Green Multi  3 71
Safeway Select  Super Multivitamin  2.9 72
Perfect Choice  Multivitamin Specially Formulated  2.9 73
Watkins  Superfood Multiple  2.8 74
Vitamin Power  Power Source 100  2.8 75
Pilgrim's  Silver Stars Multi  2.7 76
Absolute Nutrition  Dieters' Multi's  2.7 77
Nature's Sunshine  Super Supplemental Vitamins and Minerals  2.7 78
Freeda Vitamins  Ultra Freeda Iron-Free  2.7 79
ZonePerfect  Multi Vitamin & Mineral  2.6 80
Sisu  Only One  2.5 81
Schiff  Single Day  2.4 82
Nature's Plus  Uitra One  2 83
Kirkland Signature (Costco)  Daily Multi  1.9 84
Sunkist  Multi-Men's  1.7 85
Lifestyles  Lifecycles  1.6 86
Western Family  Multra Forte  1.3 87
Avon  VitAdvance Complete Multivitamin  1.2 88
Flora  MultiCaps  1.2 89
Reliv  Classic  1.1 90
Sundown  Complete Ultra  0.9 91
YourLife  Super Multi with Herbs  0.9 92
Rite Aid  Whole Source  0.8 93
21st Century  One Daily Maximum  0.7 94
Spring Valley  Maximum One Dally  0.6 95
Life Brand  Optimum  0.6 96
Good Neighbor Pharmacy  Balanced Care Complete Multi  0.6 97
Kroger  Advanced Formula Complete  0.6 98
Equate (Walmart)  One Daily  0.6 99
Action Labs  Essential Nutrients  0.5 100
Geritol  Complete  0.4 101
   
Ok pilihan ditangan anda. Saya doakan anda memilih yang terbaik buat keluarga anda, anak anda serta diri anda sendiri.


NAK SIHAT DAN BANTU RAMAI ORANG
NAK SIDE INCOME 4, 5 ANGKA

Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196

♥ Web : emakskema.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
  


Follow Us @soratemplates

Pengikut

PELAWAT

INSTAGRAM

Categories

Tags

JOM BORAK

BIODATA

YUSWIRDA MOHAMAD YUSAK
DOB: 4 MEI
Kampung: SEKINCHAN, Selangor
Pendidikan:
2010 – MSc in Remote Sensing UTM (Research)
2005 – BScience Remote Sensing, UTM
2000 – Sek. Agama Menengah BESTARI JAIS, USJ, Selangor
1998 – Sek Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
1995 – SK Sungai Nibong, Sekinchan
Kerjaya:
2013 - Current - Shaklee Independent Distributor
2008 - Current  - GIS Analyst, SAPURA

Email: awilskema@gmail.com

INFO BIODATA

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Taman Setiawangsa (Keramat Wangsa), KL. (Shaklee ID : 926196). 

Cash On Delivery (COD) sekitar Setiawangsa, Keramat, Masjid Negara, Kg. Dato Haron PJ, Sekinchan & Sg. Besar.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Skynet. 

Apabila membeli vitamin di emakskema.com, anda bakal memperolehi:- 
= Harga Istimewa
= Jadual Pemakanan Vitamin
= Konsultasi Berterusan Percuma
= Jemputan Ke Group Facebook Exclusive  
= Peluang Menjana Income dengan SHAKLEE  

Hubungi Emakskema di:
013-3786399 
awilskema@gmail.com

PROMO MEI 2018

Popular Posts