Selasa, 6 Februari 2018

ANDA TAHU SIAPA KAWAN BAIK KULIT YANG SIHAT?

Assalamualaikum.

Kulit yang tegang dan anjal adalah idaman semua orang. Tidak kira samada lelaki mahupun wanita, sangat menyukai keremajaan kulit mereka. Malangnya, semakin meningkat usia, kulit akan mengendur dan hilang keanjalan. Kenapa? Ini kerana rakan baik kulit tidak bersama kulit sepanjang proses penuaan.

Kulit kita memerlukan dua orang kawan baiknya ini iaitu kolagen dan vitamin c. 


COLLAGEN, KULIT MENAWAN, BFF KULIT, VITAMIN C,


KOLAGEN BFF 1

Kolagen banyak ditemui pada kulit, tulang, otot, saluran darah, sistem pencernaan dan tendon. Kolagen berfungsi sebagai gam yang mengikat semua komponen bersama untuk memastikan tubuh kekal kuat dengan kulit yang anjal. 

Malahan, kulit akan sentiasa lembab dan mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam dengan kehadiran kolagen.


VITAMIN C SI BFF 2

Vitamin C yang dikenali sebagai asid askorbik memainkan peranan yang sangat besar untuk kesihatan kulit. Ia adalah anti oksidan yang melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahaya. Dengan aktiviti kita yang banyak terdedah kepada cahaya, sangat mustahil untuk kita mengelakkan kerosakan kulit akibat UV ini. Maka perlindungan dalaman sangat diperlukan bagi melindungi kulit. 

Vitamin C juga sangat berkesan dalam menangkis serangan pigmentasi kulit. Kulit yang bercapuk-capuk kelihatan buruk dan mencacatkan kecantikan seseorang. 

Apa yang sangat penting, Vitamin C menyokong sintesis kolagen bagi mengekalkan kesihatan kulit. Anda nampak bagaimana dua sahabat baik ini bekerja? Ya mereka sangat melindungi kulit kita dari bahaya persekitaran dan menyokong kesihatannya.


TAWARAN SHAKLEE

Februari ini, shaklee menawarkan harga yang sangat menarik untuk kedua-dua BFF kulit kita. Anda boleh dapatkan Set BFF Kulit dengan potongan harga 10%. Set ini mengandungi:
  • 4 kotak kolagen
  • 1 botol vitamin c
Biasanya set ini dijual pada harga RM1366.87. Bersempena dengan promosi, set BFF Kulit boleh didapati dengan harga RM1230.18. Jangan lepaskan peluang ya. Tawaran ini hanya berlangsung 28 hari sahaja tau^^.


Yuswirda Yusak
Shaklee Wangsa Maju, Setiawangsa, Keramat, Melawati

0133786399



1 ulasan:

Catat Ulasan