Pernah tak korang dengar berkenaan Coenzyme Q10? Ia adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.
FAEDAH COENZYME Q₁₀
Peredaran Darah yang Sihat
CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:
- Menguatkan otot-otot jantung.3
- Menyokong fungsi jantung yang sihat.4
- Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.5
Tenaga yang berkekalan
Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan! Peningkatan CoQ10 membantu:
- Meningkatkan kekuatan otot
- Mempercepatkan pemulihan luka
Sistem Reproduksi yang Sihat
Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 membantu:
- Meningkatkan jumlah sperma yang sihat
- Meningkatkan pergerakan sperma
- Meningkatkan kualiti ovum
Kulit Yang Berseri
CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda. Pengambilan CoQ10 membantu:
- Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan
- Meningkatkan tekstur kulit
Meningkatkan Fungsi Kognitif
Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid,9 salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu:
- Menjana fungsi otak yang sihat
- Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak
TAHUKAH ANDA?
Kajian telah menunjukkan bahawa statin, ubat yang merendahkan kolesterol, menghalang pembentukan CoQ10 sebanyak 40%! Suplemen CoQ10 membantu mengekalkan kekuatan jantung anda.
0 comments:
Catat Ulasan