Khamis, 5 Januari 2017

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU MENGAWAL PENYAKIT DIABETES

Assalamualaikum. Bulan Januari 2017 adalah bulan vivix. Mari emak kongsikan bagaimana vivix membantu pengidap diabetis

🍇Membantu Mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin

Antioksidan yang terkandung dalam vivix dapat membaikpulih sel dan dalam masa yang sama menjadi pelindung kepada sel tubuh. Justeru, pengambilan secara konsisten membantu mencegah sindrom metabolik disebabkan oleh kerosakan gen sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kencing manis menjadi semakin parah.

🍇Membantu Mengawal Kadar Kepekatan Gula Di Dalam Darah

Pencernaan karbohidrat akan menghasilkan tenaga gula yang menjana tenaga untuk tubuh manusia. Harus diingat, pengambilan karbohidrat yang tak terkawal akan menyebabkan peningkatan kandungan gula dalam darah sekaligus berisiko untuk diabetes. Polifenol adalah bahan yang dihasilkan oleh anggur muscadine akan memperlahan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat dalam darah pada kadar yang cepat. Semua ramuan yang disebutkan ini adalah bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee dan dapat menyumbang mencegah kandungan gula berlebihan dalam darah yang menyebabkan diabetes.

🍇Mengurangkan Risiko Kerosakan Mata Dan Mempercepat Proses Penyembuhan Luka.

Perkara yang sering menghantui pesakit diabetes dan seharusnya waspada kepada yang sihat ialah pesakit diabetes berisiko untuk hilang daya penglihatan dan apabila terluka ianya lambat sembuh dan sehingga satu tahap kaki terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman. Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam menjaga dan memperbaik penglihatan mata dan membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera.

🍇Mengurangkan Risiko Pembentukan Protein AGE

Apabila gula dalam tubuh berlebihan ia berisiko untuk membentuk Protein AGE (advanced glycation end products) dan mengakibatkan sel tubuh mati, atherosclerotic dan risiko diabetes. Salah satu objektif vivix adalah untuk bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahan pembentukan protein AGE.

5 ulasan:

Catat Ulasan