Rabu, 26 Oktober 2016

VALUER FEE A.K.A BAYARAN PENILAI HARTANAH

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, 22 oktober 16 kami pakat-pakat dengan valuer untuk menilai rumah. Seronok kami mengukur sana sini.

Valuer kami adalah wife ejen rumah. Memang ngam lah. Pulaknye dolu-dolu 1 fakulti di UTM. Rasa serasi sangat.

Ok best tak bestnya, saya berpeluang jumpa tuan rumah yg sedang menyewa rumah ini. Beliau adalah cucu arwah tuan rumah yg asal. Anak sedara kepada Makcik Kalsom merangkap tuan rymah sekarang. Untung jumpa beliau. Banyak saya korek pasal rumah ini.

Dok ukur sana sini, beliau ingatkan yang saya adalah valuer juga. Nampak PRO katanya. Kihkihkih. Emakskema kan ada basik mengukur tanah, juga tukang jahit bertuliah angkat bakul. So kompem la nampak PRO sangat.

Alhamdulillah, dapat ukuran yg jelas akan rumah. Dapat telek tiap inci. Dapat la saya modelkan rumah guna google sketchup dengan lebih terperinci.

Akhirnya harini, 29 oktober 16 Dapat invoice dr JS Valuer iaitu kompeni penilai. Ok semuanya RM950. Alhamdulillah. Hmmmm banyak juga dah bayar etc etc ni yer. Lain kali saya update bayaran lawyer bank yg dah lepas pun. Terskip pulak. Ok babai.

7 ulasan:

Catat Ulasan