This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Rabu, 26 Oktober 2016

VALUER FEE A.K.A BAYARAN PENILAI HARTANAH

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, 22 oktober 16 kami pakat-pakat dengan valuer untuk menilai rumah. Seronok kami mengukur sana sini.

Valuer kami adalah wife ejen rumah. Memang ngam lah. Pulaknye dolu-dolu 1 fakulti di UTM. Rasa serasi sangat.

Ok best tak bestnya, saya berpeluang jumpa tuan rumah yg sedang menyewa rumah ini. Beliau adalah cucu arwah tuan rumah yg asal. Anak sedara kepada Makcik Kalsom merangkap tuan rymah sekarang. Untung jumpa beliau. Banyak saya korek pasal rumah ini.

Dok ukur sana sini, beliau ingatkan yang saya adalah valuer juga. Nampak PRO katanya. Kihkihkih. Emakskema kan ada basik mengukur tanah, juga tukang jahit bertuliah angkat bakul. So kompem la nampak PRO sangat.

Alhamdulillah, dapat ukuran yg jelas akan rumah. Dapat telek tiap inci. Dapat la saya modelkan rumah guna google sketchup dengan lebih terperinci.

Akhirnya harini, 29 oktober 16 Dapat invoice dr JS Valuer iaitu kompeni penilai. Ok semuanya RM950. Alhamdulillah. Hmmmm banyak juga dah bayar etc etc ni yer. Lain kali saya update bayaran lawyer bank yg dah lepas pun. Terskip pulak. Ok babai.

Jumaat, 21 Oktober 2016

SALE & PURCHASE AGREEMENT

Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah yg menjadikan kita masih bernafas hingga ke saat ini. Tiada nikmat mengejutkan selain Allah masih sudi berehsan kepada kita dengan memanjangkan tempoh sihat dan menjaga ahli keluarga serta harta-harta kita. Betapa Allah maha pemurah lagi penyayang. Bersyukurlah kerana ia tanda orang beriman.

Kali ini saya nak kongsi kisah kami tandatangan perjanjian jual beli rumah. Ya, dalam tempoh tak sampai sebulan, kami dah tandatangan perjanjian yang penting ini. Kami dihubungi oleh pihak peguam beberapa kali untuk menetapkan tarikh pertemuan. Samada kami datang ke pejabat, atau peguam datang ke tempat yang saya mahu. Asalnya saya agak berkeras untuk meminta peguam datang berjumpa kami. Ala, tempat pun bukan jauh, tapi ada rasa nak menyusahkan peguam masa itu. 

Saya mendapatkan pandangan beberapa teman yang telah membeli rumah. Khabar mereka, tidak pernah walau sekali, peguam berjumpa mereka. Semuanya melalui setiausaha atau kerani yang diwakilkan sahaja. Oh, susah juga bertemu peguam ya. Akhirnya, saya memutuskan untuk ke pejabat peguam dan bersemuka dengannya. perghhhh macam nak pergi berperang  je. Al maklum, saya ada persepsi sedikit tentang peguam. Rasa macam, peguam ni makan duit percuma, kerja pula sikit. Ye la, kan kita yang menanggung segala hutang dan bil. Rasa macam tak adil.

Pertama kali jejak kaki ke pejabat peguam, oh...macam ni rupanya pejabat peguam ya. Biasa-biasa sahaja dan banyak dokumen. Tak nampak canggih seperti dalam drama pun. Hahahha Bila kami di persilakan duduk dan bertemu PA peguam, Puan Faiezah; lagi rasa macam bukan pejabat peguam. Serius rasa santai dan biasa-biasa. Tak lama lepas tu, peguam pun muncul. Ya inilah dia Tuan Anwarul - Haq. Seorang yang masih muda, sederhana tinggi, berkulit cerah, tak gemuk atau kurus dan terasa mesra. Tuan Anwarul berkaca mata serta agak beruban sedikit. ya gaya peguam yang saya rasa sangat hakiki - berkepala agak botak. hahaha Yap, peguam saya mesra dan sangat ramah. Rasa macam tak sama figure sebenar dengan gaya percakapannya ketika pertama kali menelefon saya beberapa minggu lepas!

Tuan Anwarul menerangkan segala perkara yang saya perlu tahu tentang pemilikan rumah, perjanjian, hak pembeli, penukaran hak milik, tempoh proses permohonan, denda kepada penjual, Macam-macam juga yang saya tanya. Al maklum, saya teruja  membeli rumah buat pertama kalinya! Sebelum ini, laling Azizan yang jumpa peguam untuk menguruskan rumah kami di AU3, saya tak dibawa bersama. Antara benda yang saya rasa rugi saya tak tahu awal adalah, ketika melihat rumah, saya boleh minta kepada penjual beberapa perkara. Contohnya minta dibaiki bumbung, tinggalkan penyaman udara jika ada, tukar pintu bilik yang reput, baiki bumbung yang bocor atau minta rumah dibaiki jika ada kerosakan. Padahal, selalu saya lihat rancangan luar negara bagaimana orang melihat rumah sebelum membeli. Aduhhhh saya terlebih yakin dengan rumah yang kelihatan elok dan tidak minta apa-apa. Rugi rasanya. Tapi tak apa, insyaallah rumah kami itu ok!

Urusan kami ini mengambil masa 1 jam juga. Sambil tandatangan perjanjian, kami sembang-sembang dengan peguam. Rupanya sudah berumur juga Tuan Anwarul ini. Anak sulungnya telah pon berusia 20 tahun. Wah saya tak sangka, ingatkan beliau masih awal 40-an. Betul lah awet muda. Beliau sendiri ceria, ramah dan menikmati kehidupan. Jangan tak tahu, anak beliau ada 6 orang kesemuanya.;) berasal dari johor dan menetap di Melawati. 

Ketika bil peguam diberi, kami tak bercakap apa. Melihat kepada angka, rasa syukur kerana jumlahnya dalam jangkaan kami. Lagi syukur bila tiba-tiba Tuan Anwarul beri diskaun. Allah, seronok sungguh. Kepada Allah kami berterima kasih dan berdoa agar bertambah murah rezeki Tuan Anwarul. petang itu kami pulang dengan hati yang gembira. Sungguh tak sangka, kami telah membuat keputusan yang besar dalam tempoh tak sampai sebulan. Kepada Allah jua kami mohon agar segala yang berlaku dan yang akan berlaku adalah semata-mata atas kehendak-NYA. Amin Ya Allah. tunggu cerita lain di masa depan ya.