Selasa, 27 September 2016

SAIN LETTER OFFER LOAN RUMAH

Assalamualaikum. 

Saya doakan pengunjung emakskema.com sentiasa sihat dan ceria menjalani kewajipan sebagai hamba Allah.
Saya nak update proses pembelian rumah kami. Alhamdulillah, Ahad 25 Sept 2016 kami sain LO dari Public Islamic Bank. Rasa lega sangat.
Sebenarnya, offer dari Public Bank ni dah keluar pada 19 September 2016 lagi. Memang cepat dan sangat pantas Ms Moon menjalankan tugas. Beliau adalah ejen yg menguruskan pinjaman perumahan kami.

Dibawah ni adalah sedikit butiran tentang pinjaman tersebut:
Case approved RM3xx,000
35years
Rates 4.35% (br+.83)
Monthly installment : RM1,587

Selain sain LO, saya juga mengambil takaful perlindungan pinjaman bernilai 340k. Bulan-bulan, saya perlu bayar RM200. Perlindungan ini membolehkan:
1. Rumah ditanggung bayarannya oleh bank sekiranya saya meninggal dan mengidap penyakit kritikal sebelum loan siap dibayar
2. Dapat diskaun sekiranya mengalami kelumpuhan sementara ( contoh: sakit sebab eksiden kan ambil masa untuk sembuh)

Kesimpulannya, saya perlu bayar RM1787 sebulan untuk rumah teres ni. Alhamdulillah walaupun banyak, ia masih dibawah budget.
Nak cerita detail, lain kali saya update. Wah terasa bagai kunci rumah sudah ada di tangan. k babai.

3 ulasan:

Catat Ulasan