Jumaat, 23 September 2016

EMAKSKEMA MEMBAYAR DUIT TEMPAH RUMAH 3%

Assalamualaikum.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan Rahmat dan kemudahan buat semua pengunjung emakskema.com.

Hari ini 23 September 2016. Genap 17 hari selepas kami membayar duit 'tempah' rumah. Allahu... banyak sangat yg berlaku dalam tempoh ini. Apa yang kami dah buat?

1. Kami dah bayar 3% yang mewakili nilai RM11400 kepada ejen rumah yang sangat berdedikasi iaitu saudara Fakhrul.

2. Kami dah hantar permohonan ke 2 bank tempatan untuk pinjaman perumahan.

Bank pertama iaitu Public Islamic Bank dah setuju dengan permohonan kami. LO iaitu letter offer juga telah dikeluarkan. Tinggal kami buat keputusan samada nak sain ke tidak sahaja. Allah hu, mudah sangat rasanya.

Bank ke dua adalah Hong Leong Islamic Bank. Saya seperti mahu menunggu tawaran dari Hong Leong Islamic Bank. Tapi tak pasti lagi.

Bagaimana Kami Mendapat Wang 3% Untuk Tempah Rumah

Kami sebenarnya seperti mengejar masa. Semuanya perlu diselesaikan sebelum raya haji yg lepas iaitu 12 Sept 2016. Kami melihat rumah pada 4 Sept 2016 iaitu hari Ahad. Maka, setelah suka dan setuju dengan rumah yang kami lihat, terus esoknya sediakan cek. Padahal tiada RM yang cukup dalam tangan. Deposit perlu dibayar segera. Jadi kami putuskan untuk membayar diantara 5 hingga 9 Sept 2016. Ramai yang berminat dengan rumah tersebut. Lebih-lebih lagi, harganya dibawah harga pasaran.

Ok, mana dapat duit. Demi nak dapatkan tunai segera, kami gadaikan barang kemas yang ada. Memang dari awal, saya mengumpul emas untuk dijadikan cagaran bila terdesak. Syukur betul saya buat begitu. Semua emas saya bernilai lebih tinggi dari jumlah yang saya bayar 2 3 tahun lepas masa beli. Tak ada ke duit tunai dalam bank? Ada, tapi tak sempat nak keluarkan. Sebab disimpan dalam akaun yang tak ada kad debit.

Jadi, akhirnya cek untuk pembayaran 3% tempah rumah ini menggunakan emas. Cek dibuat pada 5 Sept 2016 iaitu Isnin sejurus emas digadai. Cek diserahkan kepada ejen pada 6 Sept 2016. Super cepat. Dua hari selepas tengok rumah. Macam-macam yang saya fikir. Semoga ia adalah pilihan yang betul dan terbaik untuk kami.

4 ulasan:

Catat Ulasan