SAIN LETTER OFFER LOAN RUMAH

Assalamualaikum. 

Saya doakan pengunjung emakskema.com sentiasa sihat dan ceria menjalani kewajipan sebagai hamba Allah.
Saya nak update proses pembelian rumah kami. Alhamdulillah, Ahad 25 Sept 2016 kami sain LO dari Public Islamic Bank. Rasa lega sangat.
Sebenarnya, offer dari Public Bank ni dah keluar pada 19 September 2016 lagi. Memang cepat dan sangat pantas Ms Moon menjalankan tugas. Beliau adalah ejen yg menguruskan pinjaman perumahan kami.

Dibawah ni adalah sedikit butiran tentang pinjaman tersebut:
Case approved RM3xx,000
35years
Rates 4.35% (br+.83)
Monthly installment : RM1,587

Selain sain LO, saya juga mengambil takaful perlindungan pinjaman bernilai 340k. Bulan-bulan, saya perlu bayar RM200. Perlindungan ini membolehkan:
1. Rumah ditanggung bayarannya oleh bank sekiranya saya meninggal dan mengidap penyakit kritikal sebelum loan siap dibayar
2. Dapat diskaun sekiranya mengalami kelumpuhan sementara ( contoh: sakit sebab eksiden kan ambil masa untuk sembuh)

Kesimpulannya, saya perlu bayar RM1787 sebulan untuk rumah teres ni. Alhamdulillah walaupun banyak, ia masih dibawah budget.
Nak cerita detail, lain kali saya update. Wah terasa bagai kunci rumah sudah ada di tangan. k babai.

EMAKSKEMA MEMBAYAR DUIT TEMPAH RUMAH 3%

Assalamualaikum.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan Rahmat dan kemudahan buat semua pengunjung emakskema.com.

Hari ini 23 September 2016. Genap 17 hari selepas kami membayar duit 'tempah' rumah. Allahu... banyak sangat yg berlaku dalam tempoh ini. Apa yang kami dah buat?

1. Kami dah bayar 3% yang mewakili nilai RM11400 kepada ejen rumah yang sangat berdedikasi iaitu saudara Fakhrul.

2. Kami dah hantar permohonan ke 2 bank tempatan untuk pinjaman perumahan.

Bank pertama iaitu Public Islamic Bank dah setuju dengan permohonan kami. LO iaitu letter offer juga telah dikeluarkan. Tinggal kami buat keputusan samada nak sain ke tidak sahaja. Allah hu, mudah sangat rasanya.

Bank ke dua adalah Hong Leong Islamic Bank. Saya seperti mahu menunggu tawaran dari Hong Leong Islamic Bank. Tapi tak pasti lagi.

Bagaimana Kami Mendapat Wang 3% Untuk Tempah Rumah

Kami sebenarnya seperti mengejar masa. Semuanya perlu diselesaikan sebelum raya haji yg lepas iaitu 12 Sept 2016. Kami melihat rumah pada 4 Sept 2016 iaitu hari Ahad. Maka, setelah suka dan setuju dengan rumah yang kami lihat, terus esoknya sediakan cek. Padahal tiada RM yang cukup dalam tangan. Deposit perlu dibayar segera. Jadi kami putuskan untuk membayar diantara 5 hingga 9 Sept 2016. Ramai yang berminat dengan rumah tersebut. Lebih-lebih lagi, harganya dibawah harga pasaran.

Ok, mana dapat duit. Demi nak dapatkan tunai segera, kami gadaikan barang kemas yang ada. Memang dari awal, saya mengumpul emas untuk dijadikan cagaran bila terdesak. Syukur betul saya buat begitu. Semua emas saya bernilai lebih tinggi dari jumlah yang saya bayar 2 3 tahun lepas masa beli. Tak ada ke duit tunai dalam bank? Ada, tapi tak sempat nak keluarkan. Sebab disimpan dalam akaun yang tak ada kad debit.

Jadi, akhirnya cek untuk pembayaran 3% tempah rumah ini menggunakan emas. Cek dibuat pada 5 Sept 2016 iaitu Isnin sejurus emas digadai. Cek diserahkan kepada ejen pada 6 Sept 2016. Super cepat. Dua hari selepas tengok rumah. Macam-macam yang saya fikir. Semoga ia adalah pilihan yang betul dan terbaik untuk kami.

PROJEK BARU

Assalamualaikum.

Saya doakan rakan-rakan pengunjung blog emakskema.com sentiasa beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah.

Kali ini saya ingin berkongsi projek baru kami. Saya akan update perkembangannya sedikit demi sedikit dalam blog kesayangan saya ini.

Saya teruja mahu berkongsi. Ia adalah projek baru setelah lebih 2 tahun kami tidak mulakan projek baru dalam perjalanan hidup kami.

Tiga tahun lepas kami mulakan bisnes shaklee ini yg melahirkan emakskema.com. Insyaallah projek ini adalah batu loncatan yang lebih besar yang akan membawa kami lebih kehadapan.

Segalanya bermula dengan impian. Mimpilah supaya kita ada sesuatu yg mahu dicapai.
Mimpilah kerana ia akan menggerakkan kita.
Mimpilah kerana mimpi adalah percuma dan kita tidak akan menyesal.

Pembayang buat rakan-rakan, projek ini adalah projek rumah!😙

Follow Us @soratemplates

Pengikut

PELAWAT

INSTAGRAM

Categories

Tags

JOM BORAK

BIODATA

YUSWIRDA MOHAMAD YUSAK
DOB: 4 MEI
Kampung: SEKINCHAN, Selangor
Pendidikan:
2010 – MSc in Remote Sensing UTM (Research)
2005 – BScience Remote Sensing, UTM
2000 – Sek. Agama Menengah BESTARI JAIS, USJ, Selangor
1998 – Sek Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
1995 – SK Sungai Nibong, Sekinchan
Kerjaya:
2013 - Current - Shaklee Independent Distributor
2008 - Current  - GIS Analyst, SAPURA

Email: awilskema@gmail.com

INFO BIODATA

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Taman Setiawangsa (Keramat Wangsa), KL. (Shaklee ID : 926196). 

Cash On Delivery (COD) sekitar Setiawangsa, Keramat, Masjid Negara, Kg. Dato Haron PJ, Sekinchan & Sg. Besar.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Skynet. 

Apabila membeli vitamin di emakskema.com, anda bakal memperolehi:- 
= Harga Istimewa
= Jadual Pemakanan Vitamin
= Konsultasi Berterusan Percuma
= Jemputan Ke Group Facebook Exclusive  
= Peluang Menjana Income dengan SHAKLEE  

Hubungi Emakskema di:
013-3786399 
awilskema@gmail.com

PROMO MEI 2018

Popular Posts