Isnin, 25 Mei 2015

AKHIRNYA MISI MUSTAHIL DAH TAK MUSTAHIL EPISOD HADIAH HARI GURU 2015

Assalamualaikum.

Cerita jumaat yang lepas. Sempena sambutan hari guru di tadika Adhwa dan Akhtar:

Beberapa hari dah plan nak buatkan hadiah utk cikgu Adhwa n Akhtar. Xterbuat. Misinya nak menjahit bekas serbaguna yg comel tu. Fuh... tgk tutorial bukan main. Tp xbuat2.

Akhirnya start ahad lepas, kerja digerakkan. Itupon sehingga semalam, setakat 20% je siap. Mmg mlm ni la... 80% lagi dibuat. Mmg dah jadi misi mustahil. Target buat 4 je kot. Alhamdulillah... semua siap. 8 bekas serbaguna siap di jahit. Insyaallah moga mendatangkan manfaat buat cikgu2 Pasti yg baik hati.

Pssst... kad pon buat siang tadi jek. mmg dah jadi misi mustahil kan. Mujo laling Azizan Othman tlg print.Terbaik... mata dah jadi panda.


 

 Saya ditemani anak dara sorang ni. Yang bangun setiap jam sebab dapat rasa emak tak ada kat sebelah. Hadoi...memang haru betul. berulang- alik dari bilik jahit ke bilik tidur. Rasa macam nak putus asa. Tapi kuatkan semangat. Malam ini saja.

HADIAH HARI GURU 2015, HERBAL BLEND SEBAGAI HADIAH, BEKAS SERBAGUNA

Hasil Akhir. Puas hati tengok semuanya siap seperti yang dirancang. Lepas ni bolehlah sapa-sapa nak buat tempahan kat emakskema. Pakej bekas serbaguna dari kain gred AAA, Vitamin shaklee beserta kad (kad ucapan + kad panduan penggunaan vitamin) kihkihkih.

Pssst...Alhamdulillah, cikgu-cikgu Adhwa dan Akhtar sangat gembira menerima hadiah dari saya. Saya rasa berbaloi-baloi tak tidur malam. Itulah kuasa memberi, 1 hari jumaat tu rasa macam best je.

 



3 ulasan:

Catat Ulasan