Jumaat, 17 April 2015

ADAKAH BUAIAN BAYI MERBAHAYA?

Assalamualaikum.

Pagi-pagi saya terbaca artikel yang sangat baik untuk ilmu keibubapaan ini. Ia berkaitan habit kita sebagai orang melayu yang memang membuai bayi sejak bayi dilahirkan. Persoalannya, adakah ia merbahya? ikuti artikel yang sangat menarik ini oleh Baby Language.


Benarkah penggunaan buaian bayi akan menyebabkan gegaran otak atau kes sindrom bayi di goncang (Shaken Baby Syndrome/SBS)?.

SBS memerlukan daya yang LEBIH KUAT dari sekadar terjatuh dari katil, untuk terjadi. Ramai ibubapa yang pernah berhadapan insiden bayi kecil mereka terjatuh dari katil. Walau ia cukup menyeramkan bagi mana-mana ibubapa memikirkan akan 'kerosakan' yang bakal di hadapi bayi akibat daya jatuhan tersebut, kebanyakkan insiden menyaksikan bayi hanya sekurang-kurangnya lebam atau mendapat benjolan.

Maka, jika insiden sebegitu rupa pun berkemungkinan besar TIDAK dapat menyebabkan kes SBS, apatah lagi jika sekadar hayunan samada menggunakan buaian atau dodoian di lengan/tangan.

SBS hanya dapat terjadi bila bayi di goncang dengan amat ganas oleh orang dewasa yang marah atau hilang kawalan emosi bila berhadapan bayi yang tak henti menangis,misalnya. Goncangan menyebabkan kepala bayi melantun sepenuhnya ke depan dan belakang, kiri dan kanan, secara berulang kali mengakibatkan otaknya menghentam tempurung kepala dan menggoyakkan pembuluh darah. Jelas dalam kes ini, tiada sebarang sokongan pada tengkuk atau kepala bayi hingga badan dan kepalanya tidak berada dalam kedudukan selari (rujuk gambar di atas).


 "SBS memerlukan daya yang lebih kuat dari sekadar terjatuh dari katil, untuk terjadi"

Memetik laporan Akademi Pediatrik Amerika terhadap kes SBS yang di keluarkan pada Julai 2001:
" Goncangan yang boleh membawa kepada SBS adalah amat ganas sehingga mana-mana individu yang menyaksikannya dapat mengenalpasti bahawa kelakuan itu merbahaya dan dapat membunuh".

Namun, buaian yang di pilih haruslah menepati piawaian antarabangsa iaitu menggunakan buaian jenis 'boleh laras penuh' sahaja. (rujuk gambar di atas). Buaian ini memenuhi ciri keselamatan seperti mempunyai tali pinggang, kerusi buaian menyokong kepala dan bahagian badan bayi pada 45 darjah (untuk mengelak asthmaphysm), serta sukar melantun ke tepi dinding atau terhentak ke lantai andai secara tak sengaja di tolak atau di hayun oleh anak-anak kecil yang lain misalnya.

Maka jelas, buaian bayi tidak menyebabkan gegaran otak apatah lagi SBS. Namun, pemilihan buaian yang tidak menepati piawaian boleh merisikokan kecederaan lain.

4 ulasan:

Catat Ulasan