This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Ahad, 19 April 2015

RESEPI EKSPRES MUFFIN TERBAIK SAYA PERNAH JUMPA

Assalamualaikum.

Ha... hari ahad kan kita dok rehat2. Sambil2 susukan Dhiya', surf la fb. Terjumpa 1 resepi muffin yg sangat senang dan ekspress. Dijamin, anda pandai atau tak nak buat muffin, pasti menjadi bila guna resepi ini. Feel free to share!

Jumaat, 17 April 2015

GST - PETIKAN KENYATAAN RASMI MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN BERHUBUNG ISU GOODS & SERVICES TAX (GST)

 Assalamualaikum.

Sejak kerajaan Malaysia menguatkuasakan GST, ramai orang mula meluahkan rasa sangat tidak puas hati.  Ia bukan sedikit, segenap lapisan masyarakat terasa bahang panasnya. Saya letakkan disini, petikan dari kenyataan rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, Yang Berbahagia Sohibussamahah DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI.Ini bukanlah artikel penuh. Saya mengambil kesimpulan dan cadangan agar mudah difahami. Namun, Sila ke link ini untuk membaca artikel yang penuh.


gst haram, hukum gst, gst dan mufti

Tarjih

Setelah meneliti dua pandangan di samping melihat kepada realiti semasa, maka mengambil cukai daripada rakyat yang diletakkan dalam satu sistem percukaian adalah harus dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Antara alasan bagi menyokong pendapat keharusan ini ialah

> Dalil yang dikemukakan bagi pengharaman bersifat umum sedangkan nas berkaitan percukaian adalah bersifat khas.
>Perkataan al-maks bukanlah bersifat dan tafsiran seperti yang dinyatakan secara mutlak tetapi ia telah ditafsirkan secara khusus oleh ramai ulama’.
> Realiti semasa berpandukan kepada negara di dunia ini begitu banyak mengamalkan sistem GST berbanding SST.
>Pengambilan yang dilakukan hendaklah bersifat adil dan juga pengagihannya hendaklah benar-benar kepada sasaran atau untuk maslahah ‘ammah. Imam al-Syatibi dalam al-I’tisam telah memberi pendapat membenarkan pihak pemerintah memungut cukai dengan dhawabit yang tertentu.
>Suasana ekonomi sesebuah negara perlu diambil kira termasuk di Malaysia di mana keadaan ekonomi masih lagi tidak mencukupi dari beberapa sumber dan hasil mahsul justeru keperluan mengenakan cukai GST adalah bersifat mendesak. Ini selari dengan kaedah fiqh yang masyhur sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti dalam al-Asybah wa al-Nazha’ir: “Perbuatan pemerintah terhadap rakyatnya adalah bergantung kepada maslahat.”
 GST adalah sebahagian daripada ijtihad ekonomi berkenaan keharusan cukai pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Mahmud Syaltut (al-Fatawa al-Kubra, 116) dan kemaslahatan awam sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Abul A’la al-Mawdudi (Nazhariyat al-Islam, m. 313)
>Pendapat ini telah diteliti secara langsung dan diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 telah bersetuju dan memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau ulil amri untuk mengutip cukai seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat. Pelaksanaanya hendaklah berpandukan parameter syarak.

Secara umumnya pada 25 Mac 2015 yang lalu, saya selaku Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-90 dan telah mengajukan pertanyaan berhubung perkara ini sebagai pengukuhan. Kesimpulan yang dapat saya nyatakan bahawa keharusannya adalah lebih kuat tetapi dengan dhawabit (syarat-syarat) dan cadangan yang dikemukakan dan ia hendaklah dipatuhi.


"Kesimpulan yang dapat saya nyatakan bahawa keharusannya adalah lebih kuat tetapi dengan dhawabit (syarat-syarat) dan cadangan yang dikemukakan dan ia hendaklah dipatuhi."

 
CADANGAN

Di sini saya mengambil kesempatan mencadangkan kepada pihak berkuasa untuk mempertimbangkan beberapa perkara agar kegusaran dan kegelisahan di kalangan masyarakat dapat dihindarkan. Antaranya :

• Kadar 6% hendaklah dikurangkan mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini.
• Masyarakat Islam yang membayar zakat tidak lagi dikenakan GST atau satu mekanisma khusus diwujudkan agar tidak berlaku dua kali pembayaran sehingga terbeban umat Islam itu sendiri.
• Ketelusan dalam pelaksanaan ini dengan penuh integriti dan amanah perlu dipertingkatkan bagi mereka yang terbabit dalam urusan GST ini.
• Rakyat jelata dan orang ramai begitu ternanti-nanti ingin melihat hasil daripada percukaian GST, akan dibaikpulih kualiti sistem pengangkutan awam, kemudahan awam, pembelajaran dan lain-lain yang bersifat maslahah ‘ammah.
• Penerangan yang menyeluruh disebarkan terutamanya sebarang kekeliruan yang bermain di minda masyarakat hendaklah dijelaskan dengan sebaik mungkin.
• Mekanisma dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai. Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir.
• Mengenalpasti beberapa barangan atau perkhidmatan yang semestinya tidak dikenakan GST terutama yang bersifat ta’awun seperti takaful dan lain-lain.
• Kerajaan mesti memantau harga di setiap peringkat dari semasa ke semasa samada di peringkat pemborong, pengilang, mahupun peruncit.
• Penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Pencatutan Harga mesti dilaksanakan dengan tegas bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan

ADAKAH BUAIAN BAYI MERBAHAYA?

Assalamualaikum.

Pagi-pagi saya terbaca artikel yang sangat baik untuk ilmu keibubapaan ini. Ia berkaitan habit kita sebagai orang melayu yang memang membuai bayi sejak bayi dilahirkan. Persoalannya, adakah ia merbahya? ikuti artikel yang sangat menarik ini oleh Baby Language.


Benarkah penggunaan buaian bayi akan menyebabkan gegaran otak atau kes sindrom bayi di goncang (Shaken Baby Syndrome/SBS)?.

SBS memerlukan daya yang LEBIH KUAT dari sekadar terjatuh dari katil, untuk terjadi. Ramai ibubapa yang pernah berhadapan insiden bayi kecil mereka terjatuh dari katil. Walau ia cukup menyeramkan bagi mana-mana ibubapa memikirkan akan 'kerosakan' yang bakal di hadapi bayi akibat daya jatuhan tersebut, kebanyakkan insiden menyaksikan bayi hanya sekurang-kurangnya lebam atau mendapat benjolan.

Maka, jika insiden sebegitu rupa pun berkemungkinan besar TIDAK dapat menyebabkan kes SBS, apatah lagi jika sekadar hayunan samada menggunakan buaian atau dodoian di lengan/tangan.

SBS hanya dapat terjadi bila bayi di goncang dengan amat ganas oleh orang dewasa yang marah atau hilang kawalan emosi bila berhadapan bayi yang tak henti menangis,misalnya. Goncangan menyebabkan kepala bayi melantun sepenuhnya ke depan dan belakang, kiri dan kanan, secara berulang kali mengakibatkan otaknya menghentam tempurung kepala dan menggoyakkan pembuluh darah. Jelas dalam kes ini, tiada sebarang sokongan pada tengkuk atau kepala bayi hingga badan dan kepalanya tidak berada dalam kedudukan selari (rujuk gambar di atas).


 "SBS memerlukan daya yang lebih kuat dari sekadar terjatuh dari katil, untuk terjadi"

Memetik laporan Akademi Pediatrik Amerika terhadap kes SBS yang di keluarkan pada Julai 2001:
" Goncangan yang boleh membawa kepada SBS adalah amat ganas sehingga mana-mana individu yang menyaksikannya dapat mengenalpasti bahawa kelakuan itu merbahaya dan dapat membunuh".

Namun, buaian yang di pilih haruslah menepati piawaian antarabangsa iaitu menggunakan buaian jenis 'boleh laras penuh' sahaja. (rujuk gambar di atas). Buaian ini memenuhi ciri keselamatan seperti mempunyai tali pinggang, kerusi buaian menyokong kepala dan bahagian badan bayi pada 45 darjah (untuk mengelak asthmaphysm), serta sukar melantun ke tepi dinding atau terhentak ke lantai andai secara tak sengaja di tolak atau di hayun oleh anak-anak kecil yang lain misalnya.

Maka jelas, buaian bayi tidak menyebabkan gegaran otak apatah lagi SBS. Namun, pemilihan buaian yang tidak menepati piawaian boleh merisikokan kecederaan lain.

Isnin, 6 April 2015

ADAKAH PARAS KOLESTROL DALAM DARAH ANDA SELAMAT JIKA BERPANTANG MAKAN?

Assalamualaikum.

Saya suka makan, apa jua jenis makanan.Saya juga percaya ramai orang yang suka makan. Untung kita di Malaysia, makanan mudah didapati. di tepi-tepi jalan banyak gerai yang dibuka menjual perbagai jenis makanan yang enak-enak dimakan. Tapi sedar tak kita akan kalori dalam setiap makanan? Bukan nak takutkan sesiapa, cuma nak kongsi dengan anda kisah yang menarik.



Paras Kolesterol Sihat Dalam Darah Jumlah kolesterol tidak melebihi 5.2 LDL Kolesterol ( Jahat ) tidak melebihi 2.6 HDL Kolesterol ( Baik ) tidak kurang daripada 1.0

Keluarga A yang saya kenali, sangat menjaga pemakanan. Sangat jarang makan goreng-goreng. Banyaknya sup, kukus dan bakar sahaja.
Ibu keluarga A tersebut memang mementingkan kesihatan. Tak makan makanan dijual diluar, masak sendiri.

Keluarga B pula jenis suka makan. Udang lauk wajib di rumah. Memang makan sahaja apa yang nak makan. Tak pantang.
Satu hari kedua-dua keluarga A & B beli alat ini utk periksa tahap kolesterol.

Keluarga A ( Bacaan total cholesterol )
Ibu 8.0 mmol/L
Menantu 7.0 mmol/L
Anak Lelaki 6.5 mmol/L

Keluarga B
Suami 4.5 mmol/L
Isteri 4.94 mmol/L

BILA DISELIDIK --> Keluarga A memang sangat pantang, tapi minggu lepas si anak lelaki beli goreng pisang untuk sekeluarga. Goreng pisang tu sedap, jadi mereka makan beberapa kali untuk minggu itu.



Keluarga B makan apa sahaja, udang, daging kambing, nasi lemak macam-macam ikut sedap selera. Tapi sebelum malam suami isteri ni makan Phytocol dan selepas makan makan Omega.

- Makanlah dan minumlah, tapi jangan berlebih. Nikmatilah apa jua nikmat di dunia, selagi ianya halal. Bersenderhana.
Sekian

Rujukan :
Paras Kolesterol Sihat Dalam Darah
Jumlah kolesterol tidak melebihi 5.2
LDL Kolesterol ( Jahat ) tidak melebihi 2.6
HDL Kolesterol ( Baik ) tidak kurang daripada 1.0

Kredit : Mstr farah wahida