Selasa, 17 Mac 2015

REVIEW TERBARU SAYA TENTANG ESP SHAKLEE

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja melepasi fasa huru-hara kerja di ofis. Almaklum, projek di fasa akhir dan tengah deploy. Macam-macam yang tak pernah jumpa, muncul pula. Pulak tu ada LIMA 2015. Kalau la masa boleh dipanjangkan atau matahari boleh ditahan dari bergerak, pasti saya dah buat. Supaya saya ada masa yang lebih lama untuk selesaikan kerja. Begitulah kehidupan.

Ketika duk sibuk, kalut, kejar masa ini, ha saya benar-benar terasa perlunya bantuan tambahan untuk melaksanakan semua kerja. Alhamdulillah, ESP shaklee banyak tolong saya. Ya, saya hanya nak berikan review baru tentang ESP shaklee. Kebetulan, bulan ini adalah promo ESP. Beli 6 tong free 1 tong dan beli 2 tong dapat 5% diskaun.

REVIEW ESP 




Bagaimana ESP membantu saya ketika kalut? OK, saya adalah seorang ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya. Bayi saya - Dhiya' baru berusia 4 bulan. Maka Dhiya' bergantung sepenuhnya kepada saya untuk penyusuan dan pemakanannya.

Saya perlukan tenaga dan kalori yang banyak untuk menyusukan anak. Jadi di kala sibuk, dengan kadang-kadang timbul mood tak lalu nak makan (kerja urgent, makan pun dah tak lalu) saya perlu bantuan supplimen untuk mencukupkan kekurangan itu.

Waktu inilah saya melihat, konsisten pengambilan ESP menyumbang jasa yang sangat besar. Saya biasa makan nasi, penuh sepinggan. Tapi di kala sibuk, 1/3 pinggan sahaja kuantiti yang mampu ditelan. Jadi, saya cepat lapar dan ia menjejaskan kuantiti susu yang diperah.

Apa yang saya buat?
Saya tingkatkan kuantiti pengambilan ESP. ESP yang biasanya saya ambil 2 sudu besar sehari, terus saya tambah ke full dos! Ambil 3 sudu sehari. Jadi, susu yang dah berkurangan dapat ditingkatkan semula. Alhamdulillah, saya tak perlu menggunakan susu perahan yang dibekukan untuk dibekalkan kepada Dhiya'.

TERIMA KASIH ESP

Seronok bila mengepam, susu banyak, cukup dan boleh disimpan sebagai stok dikemudian hari. Saya berharap, ibu-ibu yang kekurangan susu mendapat manfaat dari kisah saya. Jangan cepat putus asa bila susu merudum. Pasti ada jalan keluar. Akhir kata,Terima kasih ESP. 


Nak tau resepi ESP yang enak? Klik sini.

 

7 ulasan:

Catat Ulasan