Insyaallah, saya akan kongsikan tip-tip bisnes dengan semua pembaca. Saya akan petik dari Mentor-Mentor terpilih yang memang berjaya dan mendidik ramai lagi peniaga untuk berjaya. Sebagai permulaan, saya tampilkan kata-kata nasihat dari PUAN AINON MOHD, Pengerusi PTS Media Group.

Banyak orang muda melakukan kesilapan di mana mereka sibuk mengambil tahu apa yang dilakukan oleh pesaing-pesaing mereka.
Sebagai contoh, seandainya mereka mahu membuka spa muslimah, mereka akan tengok apa yang dilakukan oleh pemilik spa-spa lain.
+ Mereka mahu tahu kelemahan spa-spa orang lain. Mereka tidak mahu melakukan kesilapan yang sama.
+ Mereka mahu tahu kelebihan spa-spa orang lain. Mereka mahu melakukan yang lebih baik daripada mereka.
.
Apabila kita mahu membuka bisnes:
+ Jangan peduli pesaing buat apa.
+ Jangan peduli pesaing buat yang macam apa.
.
Fokus pada segmen pasaran yang menjadi target kita:
+ Pasaran mahukan apa?
+ Pasaran mahukan yang macam apa?
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat. Jika anda suka, boleh kongsikan dengan rakan.
Artikel tips motivasi perniagaan yang sangat berguna
BalasPadamArtikel tips motivasi perniagaan yang sangat berguna
BalasPadam