Assalamualaikum.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda set pam yang saya miliki. Saya istiharkan pam saya adalah yang terbaik setakat 6 tahun perjalanan penyusuan saya. Ia adalah: SET AVENT COMFORT MANUAL.
HADIAH PALING MENGUJAKAN
Kisahnya, selepas bersalin Adhwa 6 tahun lepas; adik ipar datang melawat di hospital. Setelah bersembang-sembang dengan saya, tahulah adik yang saya bercita-cita menyusukan anak tapi tak beli pam. So adik pakat-pakat dengan kakak ipar dan hadiahkan set pam ini kepada saya.
Awalnya saya tak pasti pam apa yg saya nak. Saya pakai sebut je pam apa yang saya duk riki-riki kat internet. Bila adik betul-betul belikan, haaaaa rasa tak kompiden pulak saya akan guna pam tu.
Kakak ipar ada pinjamkan pam elektrik kepunyaannya. Saya cuba juga. Tapi rasa tak selesa. Rasa sakit bila pam melakukan sedutan. Jadinya saya kekal mencuba menggunakan pam manual.
TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Saya ni jenis yang suka apa yang ada. Tak kisahlah sesusah mana, saya akan cuba suka benda tersebut. Sama hal dengan pam manual saya ini. Asalnya macam tak berapa nak suka. Tapi dah ada, saya guna juga. Saya cuba cari keseronokan menggunakan pam tersebut.
Hari demi hari, saya makin selesa dengan pam avent ini. Dari susu sikit sampailah melimpah ruah. Sampai saya kurangkan mengepam sebab stok banyak dan tempat simpan tak ada! Best ke best!
APA YANG BEST SANGAT DENGAN PAM MANUAL
Saya beri 7 sebab kenapa saya suka sangat dengan Avent Comfort Manual :
1. RINGAN. Pam ini sangat ringan. Sebab komponennya dari plastik yang bebas BPA.
2. TAK PERLU ELEKTRIK. Ha, sebab ia menggunakan kuasa tangan, maka tiada sumber elektrik diperlukan.
3. MUDAH ALIH. Dah ringan, tak payah elektrik, jadinya senang nak bawa kemana-mana. Memang mudah alih.
4. SEDUTAN MANTAP. Set ini mempunyai diafragma getah yang lembut. Ia mampu menyedut dengan baik dan efisyen. Puting tak sakit dan perahan susu pun banyak.
5. HYGIENE. Komponen pam ini ringkas dan mudah ditanggalkan. Jadi ia mudah dibasuh dan dibersihkan.
6. EKONOMIK. Harganya berpatutan. Set ini dijual sekitar RM160 hingga RM200. Komponennya juga mudah didapati. Jadi wang kita lebih bijak dibelanjakan!
7. TAHAN LAMA. Buktinya telah 6 tahun saya gunakan. Saya agak lasak orangnya. Alhamdulillah, pam saya berada dalam keadaan yang terbaik setiap masa.
Full set AVENT COMFORT MANUAL
Ada juga saya mencuba pam manual yang lain seperti Pam Medela Harmony dan MAM Manual Breast Pump. Tapi set Avent Comfort Manual tetap terbaik dihati saya. Bila saya gunakan set ini, saya rasa seperti semua susu habis diperah keluar dan tiada yang tertinggal. Ia tidak begini dengan pam yang lain.
Ibu-ibu yang sedang tercari-cari pam untuk perjalanan penyusuan mereka yang panjang, saya sarankan agar memiliki pam ini. Ia adalah yang terbaik!