Jumaat, 13 Februari 2015

PERGINYA SEORANG MURABBI DAN PEJUANG

Assalamualaikum.


Telah diberitakan, malam tadi sekitar jam 9.40 malam, TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ B. NIK MAT telah kembali ke rahmatullah di kediamannya Pulau Melaka. Sebelum dari itu, Allahyarham telah dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada jam 8.45 malam.

Perginya beliau menandakan satu lagi kehilangan besar kepada Malaysia. Di saat-saat kita sangat memerlukan pimpinan dan nasihat yang bernas, Allahyarham dijemput menemui-NYA. Al-Fatihah buat TUAN GURU yang sangat saya sanjng dan hormati. Moga Allah menempatkan Allahyarham dikalangan hamba-NYA yang soleh.


Maklumat ziarah jenazah:
  1. Solat jenazah pada jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka dan akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka untuk pengkebumian.
  2. Orang awam yang ingin memberikan berziarah, perlu berkumpul di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV mulai 7.30 pagi. Bas disediakan untuk membawa oranag awam dari dataran ke Pulau Melaka.
  3. Mereka yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa akan menaiki kenderaan yang disediakan.
  4. Jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal (Jalan Sultan Omar).


1 ulasan:

Catat Ulasan