SUNNAH RASUL ITU MUDAH MAKA MARI AMALKAN

Assalamualaikum.

Sunnah Rasul adalah sebarang perkataan mahupun perbuatan yang disandarkan kembali kepada Nabi Muhammad S.A.W. Baru-baru ini saya mendapat karikatur yang sangat comel tetang beberapa sunnah yang mudah diamalkan. Jadi, saya kongsikan kembali dengan anda. Yuk amalkan sunnah mudah ini.

PERGINYA SEORANG MURABBI DAN PEJUANG

Assalamualaikum.

Telah diberitakan, malam tadi sekitar jam 9.40 malam, TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ B. NIK MAT telah kembali ke rahmatullah di kediamannya Pulau Melaka. Sebelum dari itu, Allahyarham telah dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada jam 8.45 malam.

Perginya beliau menandakan satu lagi kehilangan besar kepada Malaysia. Di saat-saat kita sangat memerlukan pimpinan dan nasihat yang bernas, Allahyarham dijemput menemui-NYA. Al-Fatihah buat TUAN GURU yang sangat saya sanjng dan hormati. Moga Allah menempatkan Allahyarham dikalangan hamba-NYA yang soleh.


Maklumat ziarah jenazah:
  1. Solat jenazah pada jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka dan akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka untuk pengkebumian.
  2. Orang awam yang ingin memberikan berziarah, perlu berkumpul di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV mulai 7.30 pagi. Bas disediakan untuk membawa oranag awam dari dataran ke Pulau Melaka.
  3. Mereka yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa akan menaiki kenderaan yang disediakan.
  4. Jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal (Jalan Sultan Omar).


BUAT ANDA YANG SIBUK TETAPI TIADA DUIT

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi sedikit renungan buat semua. Hadam ayat2 yang dinukilkan ok.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Salah satu perkara penting yang ramai orang mahukan tetapi "struggle" untuk capai adalah Kebebasan Masa tetapi disertai dengan Kebebasan Wang.

Cuba perhatikan sekeliling kita. Ada orang ada wang tetapi tidak ada masa, ada orang ada masa tetapi tidak ada wang tetapi yang paling parah ialah tidak ada wang dan tidak ada masa serta tidak ada masa beribadat




BENARKAH WANG TIDAK PENTING?

Anda boleh cakap wang tidak penting tetapi eventually wang adalah alat yang bagus yang jika anda ada dan tahu gunakannya, anda lebih mudah capai kebebasan masa supaya anda boleh pilih untuk beribadat dan membantu ramai orang dengannya.

Kebebasan masa dan wang adalah 2 perkara yang tidak akan diajar di sekolah atau universiti kerana sistem pendidikan kita mengajar supaya kita menjadi pekerja dan bekerja sehingga pencen. Umur pencen di Barat telah dinaikkan mencecah 60 tahun dan ada yang 65 tahun. Kita pun mungkin akan menurut sistem yang sama.

Satu masa dahulu, saya pun hampir-hampir terikut sistem yang ada iaitu belajar pandai-pandai then dapatkan kerja yang "bagus". "Bagus" bagi setiap orang berbeza. "Bagus" bagi orang yang bekerja macam saya satu masa dahulu adalah RM1,500 - RM2,000 sebulan dan kita bandingkan dengan kawan kita yang dapat RM1,000 - RM1,500 sebulan.

Memanglah "rasa bagus". Tapi bila saya kenali mereka yang berniaga dan berjaya dengan perniagaan mereka, mereka bukan sahaja mempunyai bracket pendapatan ratusan ribu ke jutaan ringgit setahun tetapi mereka ada masa yang berkualiti dengan keluarga mereka. Mereka banyak buat sumbangan wang serta khidmat masyarakat serta mereka ada masa untuk solat berjemaah dan mengaji kitab.

Of course ada yang kaya tapi tidak ada masa untuk keluarga, tidak ada masa untuk ke masjid dan tidak menyumbang kepada masyarakat. Bukan orang kaya sahaja, mereka yang tak kaya pun lagi ramai macam tu.

Poin saya ialah, ini hidup kita dan kita sebenarnya ada pilihan untuk tentukan hidup bagaimana yang kita mahu bina yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita.

Ini soalan yang saya cadangkan anda tanya kepada diri sendiri dan ini mengambil assumption bahawa sekiranya Allah swt berikan anda kesihatan dan umur yang panjang sebagaimana doa anda setiap kali lepas solat,

 

BAGAIMANA RUPA KEHIDUPAN ANDA?

Adakah kehidupan anda hari ini semakin hari semakin mendekati kebebasan masa dan wang agar anda mempunyai masa untukNya?

Jika ya, baguslah. Jika tidak, pastikan ia menjadi antara agenda utama anda tahun ini iaitu untuk belajar bagaimana untuk merancang agar anda "on-track" mencapainya segera. Jangan tunggu pencen baru nak ada masa dengan keluarga atau Tuhan kerana waktu itu belum tentu sampai.

Berapa ramai hari ini sibuk kerja tetapi gaji masih tidak cukup dan tidak ada masa serta tidak mampu pun berikan kehidupan yang tenang kepada keluarga? Rumah pun tidak mampu nak beli.

Sebab itu, antara solusinya adalah mempelajari ilmu berniaga, ilmu pelaburan yang sebenar serta ilmu pemasaran kerana ilmu-ilmu ini telah terbukti berjaya membebaskan ramai daripada belenggu makan gaji dengan mencapai kewangan yang kukuh dalam masa yang singkat serta bebas masa. Of course semuanya juga mudah bila ada perhubungan yang bagus dengan Allah swt yang Maha Berkuasa.

Ikutilah prinsip ini D.U.I.T.S:

Doa, Usaha, Ilmu, Tawakal & Strategi 


 ~ Dr. Azizan Osman~

SUSU MERIAH SEPANJANG MASA

Assalamualaikum.
Saya nak beri semangat pada ibu-ibu yang menyusukan anak. Jadi saya share gambar hasil perahan hari ini. Total +- 20 oz untuk hari ini 9 feb 2015.
Jika anda tanya macammana saya boleh dapat banyak ni. Mudah je. Saya istiqomah pam ketika di pejabat dan juga ketika di rumah. Selain tu saya jaga pemakanan yang boleh membantu penghasilan susu iaitu ESP, ALFALFA dan mencukupkan pengambilan vitamin asas lain seperti OMEGA, VITAMIN C & VITALEA IRON FORMULA.
Prinsip demand and supply iaitu makin banyak permintaan, makin banyak susu dihasilkan tetap perlu di sokong dengan pemakanan yang sesuai. Jadi, jangan cepat putus asa dalam perjuangan menyusukan anak ya.
Selamat bervitamin.

PROMOSI BULANAN :: VITALEA, OSTEMATRIX, AJHT :: FEBRUARI 2015

Assalamualaikum.

Masuk je bulan baru, pasti ada promosi dari Shaklee. Shaklee sayang anda, jadinya pasti ada promosi yang diberikan setiap bulan.

Bulan ini super WOW! Ada 4 jenis vitamin yang menjadi item promosi. Ia adalah:
  1. Vitalea Iron Formula
  2. Vitalea  For Children
  3. Ostematrix
  4. AJHT - Advanced Joint Health Tablet
   


PILIHAN PROMOSI WOW
Promosi bulan Februari membolehkan anda membuat pilihan berikut:

BELI 6 DAPAT 7
  1. Ostematrix pada harga RM366   +  FREE 1 botol berharga RM61
  2. Vita-Lea Iron Formula pada harga RM532.50   +   FREE 1 botol berharga RM88.75

BELI 3 DAPAT 4
  1. AJHT pada harga RM 372   +   FREE 1 botol berharga RM124
  2. Vitalea Children pada harga RM333   +   FREE 1 botol berharga RM111

BELI 2 DAPAT DISKAUN 5%
  1. Ostematrix pada harga RM115.90
  2. Vita-Lea Iron Formula pada harga RM168.60

Anda bebas memilih mana-mana promosi yang berkenan di hati. Yang pasti, manapun yang anda pilih, anda tetap beruntung!

Selamat Bervitamin



Follow Us @soratemplates

Pengikut

PELAWAT

INSTAGRAM

Categories

Tags

JOM BORAK

BIODATA

YUSWIRDA MOHAMAD YUSAK
DOB: 4 MEI
Kampung: SEKINCHAN, Selangor
Pendidikan:
2010 – MSc in Remote Sensing UTM (Research)
2005 – BScience Remote Sensing, UTM
2000 – Sek. Agama Menengah BESTARI JAIS, USJ, Selangor
1998 – Sek Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
1995 – SK Sungai Nibong, Sekinchan
Kerjaya:
2013 - Current - Shaklee Independent Distributor
2008 - Current  - GIS Analyst, SAPURA

Email: awilskema@gmail.com

INFO BIODATA

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Taman Setiawangsa (Keramat Wangsa), KL. (Shaklee ID : 926196). 

Cash On Delivery (COD) sekitar Setiawangsa, Keramat, Masjid Negara, Kg. Dato Haron PJ, Sekinchan & Sg. Besar.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Skynet. 

Apabila membeli vitamin di emakskema.com, anda bakal memperolehi:- 
= Harga Istimewa
= Jadual Pemakanan Vitamin
= Konsultasi Berterusan Percuma
= Jemputan Ke Group Facebook Exclusive  
= Peluang Menjana Income dengan SHAKLEE  

Hubungi Emakskema di:
013-3786399 
awilskema@gmail.com

PROMO MEI 2018

Popular Posts