Jumaat, 2 Januari 2015

UJIAN BANJIR DAN UJIAN RAKYAT MALAYSIA

Assalamualaikum


Penghujung 2014 merupakan sekali lagi detik yang getir kepada rak yat Malaysia. kedatangan tahun 2015 tidak kita sambut dengan hati yang gembira. sebaliknya terpalit seribu duka lantaran ujian yang menimpa saudara-mara di Pantai Timur. Pada kali ini, kita diuji BANJIR. Hampir seluruh Kelantan ranap dek dasyatnya musibah ini. Apa tindakan kita? Apa yang kita hulurkan? Adakah kita membantu?

Daratan menjadi laut. kredit kepada pondok kecil.com

Banjir yang saban tahun melanda negeri-negeri dalam Malaysia, tidak pernah sedasyat ini. Kemusnahannya sangat meruntun jiwa. Jika kebiasaannya, sekadar air yang naik tinggi. Kanak-kanak seronok bermain air banjir yang melimpah hingga ke gigi tangga rumah mereka. Walaupun banyak peringatan tentang bahaya banjir, kita masih boleh menganggap ia biasa. Almaklum, banjir hanyalah limpahan air dan tidak mendatangkan mudarat yang lain. 

Ya kali ini tidak sama. Air yang datang membawa khabar duka. secepat kilat ia menelan harta benda dan nyawa. Kita terkial-kial menyelamatkan diri tanpa memikirkan harta yang dikumpul sekian lama. Cukuplah sekadar nyawa yang di selamatkan. Insyaallah harta boleh dikumpul semula. Bukit-bukau menjadi pertaruhan. sehelai sepinggang berlari membawa hati yang takut. Kali ini, kita betul-betul mengharap pada tuhan. Selamatkanlah kami, waima cuma nyawa. Alhamdulillah kita ada Allah, tempat mengadu dan berharap. Harapan dan doa tidak pernah putus.

BANTUAN KITA DIMANA?

Syukur rakyat Malaysia sangat mengasihi saudaranya. Walaupun tiada pertalian persaudaraan, bantuan tetap dihulurkan. Jika tidak banyak, sikitpun sudah menggembirakan hati yang duka. Saya bangga dengan sifat ihsan yang masih tebal dalam diri rakyat kita. Syukur ya Allah, saudaraku senegara masih kasih sesama kami. Tidak hanya mementingkan diri. Banyak NGO yang turun padang menghulurkan bantuan. Sangat banyak pula orang persendirian yang datang menghulur bantuan. Allah, ini nikmat yang tidak dapat diselindungkan lagi. Terima kasih juga kerajaan kita yang bertungkus-lumus melalui pelbagai agensi, terbabit dalam misi-misi menyelamat.

Beberapa rakan saya turut pergi sendiri ketempat musibah. Menyaksikan sendiri kemusnahan yang ada. Misi-misi bantuan ini diteruskan dalam beberapa siri. Alhamdulillah, bantuan yang sedikit ini menceriakan hati yang duka. Moga kita tidak berhenti di sini. Sama-samalah kita menyumbang apa yang mampu. Jom layan gambar-gambar sekitar bantuan kemanusiaan oleh rakan-rakan saya.


Antara Kenderaan yang terlibat

  
Gotong royong bantuan

Lumpur tebal hingga ke lutut 

Kemusnahan yang dasyat 

Rakan saya bersama pasukannya 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...