Isnin, 12 Januari 2015

SAYA DAH KENE RACUN!

Assalamualaikum.

Ha gempak je tajuk artikel. Takut tak pembaca yang budiman. Jangan main-main. Saya memang kene racun yang merbahaya. Bukan sikit, tapi banyak. Sejak dua menjak ni jadi makin teruk. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan pun teringat-ingat. hihihi. Kisahnya, saya terkena racun menyukai gendong anak!

Ok sejak 5 tahun lepas, saya memang dah suka kendong-mengendong ni. Iyalah, sebagai wanita yang bekerja, saya tetap nak jadi ibu yang betul2 membesarkan anak dengan tangan sendiri sedaya-upayanya. Nak menyusukan anak, nak pakaikan anak dengan lampin kain, nak kendong anak, masakkan sendiri makanan anak....fuh list berjela-jela. Pendek kata, nak pindahkan tugasan ibu di rumah ke bahu emak yang jadi separuh masa suri rumah dan separuh masa bekerja (opkos separuh masa je sebab tak tidur opis k!). Semua saya nak buat. Antaranya kendong ni lah.

5 tahun lepas saya beli ring sling yang cantik. Sayangnya, tak cari ilmu.... try2 pakai, tak selesa. Pulaknya tak tanya orang camne nak pakai. So end-up, ring sling tu simpan dalam kotak. Hinggalah adik saya terlibat dengan dunia kendong-mengendong anak. Ia telah menukar pandangan saya tentang kendongan ini.


Sikit punya cun adik bawak bayinya yang masih kecil --> anak buah ni namanya Farwan Bazli. Kiut betul tengok Farwan dikendong emaknya. bukan calang-calang tau. balut pakai Boba Wrap tau. fuhhhh kagum tahap dewa ni. Sikit punya kemas! Farwan pun duk diam je. Mudah pulak tu pergerakan adik saya ni. Masa ni boleh tahan lagi. Saya tak rajin nak lilit-lilit badan nak kendong anak ni. Pasal apa, Boba Wrap ni kene lilit2. Adoiii emak tak sabar ok. Tetiba bila saya bersalin, Farwan dah 4 bulan, ada gear baruuuu. Amboi cun banget. Itulah SSC --> soft structure Carrier. Saya dah teracun. Sangat cantik SSC adik saya tu.

Saya duk teringat-ingat SSC adik saya. Lama-lama, saya tanya lah kat mana nak beli, macammana dia terlibat, kat mana nak cari ilmu. Ok, adik saya kongsi macam-macam dengan saya. Invite pulak masuk secret group Malaysian Babywearers. Memang lah. Episod-episod teracun memakan diri. Group ni berhantu, ada yang baru sebulan join dah 'terbeli' 5 gear. Ribu-riban juga nak ada 5 gear tu. Bukan murah ok! Hahahah.


 

Pulak tu, SSC yang saya nak, susah nak dapat. SSC ini dibuat oleh vendor local. Tapi ya ampun...bukan takat harga yang lebih kompetetif dan kualiti yang dijamin, tapi sangat la cumel dan menarik hati. Nak beli yang import, belambak kut, tapi biasa-biasa ja. Jadinya saya makan hati. Nak beli import macam hati tak gembira. Susah-susah, saya ambil keputusan tak beli.

Akhirnya dek kerana susah sangat nak dapat, saya nak DIY. tettttt. Macam ada masa sangatkan. Tapi dek kerana geram dan merajuk. Nak jahit sendiri! fuhhh terkagum gak dengan angau saya ni. Masa tu dah redho je, buat sendirilah. Dah hilang rasa meroyan tak dapat gear yang saya nak. kikiki Redho je Allah tak izin lagi. Tapi tu lah, rezeki perlu di JEMPUT. Teringat nak menjemput rezeki... buat jemputan--> ni lillahitaala je (Ada la amalan menjemput rezeki yang saya but). Bukan sebab nak gear ok. Tup-tup saya berkesempatan book ssc idaman hati. Allah! Memang happy tak tau nak kata apa. Alhamdulillah, inilah rezeki. Saya tersenyum... memang rezeki perlu dijemput.




Hari ini, saya kongsikan pada semua... ssc saya telah di pos. Insyaallah akan sampai paling lewat esok. Alhamdulillah...Akhir kalam, rezeki kita Allah yang beri. Jemputlah dengan hati yang ikhlas.


lain kali saya cerita lagi ok! Babai.




0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...