Selasa, 13 Januari 2015

MAHU MATA PANDA ATAU HILANGKANNYA?

Assalamualaikum.

MATA LEBAM, MATA PANDA, MATA LEBAM DAN SHAKLEE 


Mata adalah organ penting bagi manusia. Individu normal, berkomunikasi dengan merenung mata lawannya. Ya dari sini agaknya timbul pepatah "dari mata, turun ke hati". Dek kerana pentingnya peranan mata, ramai individu yang mengambil berat penampilan mata mereka. Masakan tidak, lihat sahaja industri kaca mata dan kanta lekap yang bertukar menjadi fesyen semasa.
Masalah utama yang saya sengaja nak timbulkan adalah mata panda. Walaupun bayaran untuk melihat panda di Zoo Negara amat mahal, tetapi cara untuk menghilangkan kesan mata panda pada mata kita adalah murah!Ha...tak percaya, sila baca lagi.

PUNCA MATA PANDA



Yang paling biasa kita dengar dan lihat tanpa perlu ujian saintifik adalah kesan tidak cukup tidur dan rehat. Ia berlaku kerana pembuluh darah disekitar mata terpaksa bekerja keras sehingga terwujudnya bayang hitam di bawah mata.
Bagaimana pula yang cukup tidur tetapi tetap bermata panda? Ia melibatkan faktor keturunan. setiap individu mempunyai lapisan kulit bawah mata yang berbeza. Semakin nipis kulit, semakin jelas bayang hitam tersebut.
Tahukah anda, elergi juga boleh menyebabkan gejala mata panda? Apabila elergi, mata akan terasa gatal. Perbuatan menggaru mata boleh menyebabkan darah memenuhi pembuluh-pembuluh di sekitar mata dan menyebabkan bayang hitam terjadi.

CARA MENGATASI

Susahkah menghilangkan kesan mata Panda? Kaedah termudah adalah merehatkan mata dari sebarang aktiviti yang memenatkan mata seperti tidur. Selain itu, dapur kita kaya dengan bahan untuk menghilangkan mata panda: 

KETULAN AIS --> Bungkus ketulan ais dalam kain, dan tekapkan pada mata.

SUDU --> gunakan sudu yang telah disimpan di peti beku semalaman.
MINUM AIR KOSONG --> Air adalah bahan yang paling jimat dan juga paling berkesan untuk mengelak atau merawat sakit. Air banyak membantu dlm proses pemulihan badan.
UNCANG TEH --> Tekapkan uncang teh pada mata untuk mengurangkan kesan mata sembap.
TIMUN --> Gunakan timun yang telah dihiris nipis dan disejukkan seketika di dlm peti sejuk untuk dilekapkan di mata. Kandungan Astrigent didalam timun membantu mengurangkan mata sembap.
KENTANG --> Boleh juga gunakan kentang untuk menggantikan timun. Caranya sama sahaja seperti timun

Kaedah lain yang lebih berkesan, lebih senang dan lebih pantas untuk menghilangkan mata panda adalah dengan mencuba EYE TREATMENT SHAKLEE. Kelebihan eye treatment ini adalah untuk mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus. 



MATA LEBAM, MATA PANDA, MATA LEBAM DAN SHAKLEE

Eye Treatment Shaklee terbukti secara klinikal:

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
sumber: Mata


MAHALKAH?
Oh pastinya tidak. Jika kita membayar sebanyak RM50 untuk sekali melihat panda di Zoo Negara, EYE TREATMENT SHAKLEE hanya berharga RM52.50 dan boleh digunakan berkali-kali untuk mendapatkan mata yang cantik menawan dan kulit bawah mata yang tegang. Macammana? Nak cuba? Boleh hubungi saya.

Selamat bervitamin!




5 ulasan:

  1. EET ni best sangat! Cara mudah bg yg kurang rajin mcm nur..heheehe

    BalasPadam
  2. dulu masa final year memang selalu berjaga malam, sampai dapat mata panda.

    BalasPadam
  3. Ada testimoni tak akak?Berminat pulak.Mata saya dah mengalahkan Panda ni hehe :)

    BalasPadam
  4. ramai jugak yng bermasalah mata panda ni,ingt den sorg je..huhu..nice sharing..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...