JIKA ADA KENCING MANIS CUBALAH VIVIX SEBELUM KAKI DIPOTONG

Assalamualaikum.


Bulan ini promo vivix. Bila sebut vivix, saya teringat kisah makcik saya yg meninggal tahun lepas. Memang ajal maut ketentuan Allah, tapi ia adalah rentetan dari penyakit kencing manis.

Arwah makcik seorang yang periang dan baik hati. Seingat saya, arwah telah lama mengidap kencing manis. Arwah rajin berpantang dan menjaga makannya. Entah macammana, tahun lepas, ia menjadi kronik. Kakinya menjadi lebam dan menurut nasihat doktor, ia perlu dipotong.

Saya ada mendengar berita ini tapi tidak cepat bertindak. Saya menganggap, sepupu-sepupu saya akan menggunakan rawatan alternatif dahulu untuk merawat kaki arwah. Sangkaan saya meleset. Arwah dipujuk untuk bersetuju dipotong kakinya.

Alhamdulillah, pembedahan berjaya. Arwah juga stabil. Malangnya, arwah bersedih atas kehilangan salah satu kakinya itu. Emosinya tidak sembuh barangkali, mengakibatkan luka lambat sembuh. Emak saya pernah datang menziarahi arwah. Arwah murung... tidak bergerak ke mana-mana. Hanya baring di tempat pembaringannya sahaja.

Saya mohon maaf jika ada yg tersinggung. Sepengetahuan saya, selepas pembedahan biasanya luka akan sembuh dan tidak akan menjejaskan anggota badan lain yang sihat. Tetapi arwah makcik seperti lumpuh. Tidak mampu bergerak. Tidak mampu melakukan apa-apa langsung. Sekadar berbaring sahaja.

Saya tidak berapa jelas apa yang berlaku kemudiannya. Selang beberapa bulan, kakak emak menghembuskan nafas terakhir. Emak sangat sedih mengenangkan kisah kakaknya itu. Tapi nasi telah menjadi bubur. Tiada apa yg mampu dilakukan lagi. Mudahan arwah ditempatkan dikalangan kekasih Allah.

APA PENGAJARAN KISAH SEDIH SAYA?

Pengajarannya adalah rawatan alternatif. Menurut emak saya, arwah tidak mencuba rawatan alternatif sebelum pembedahan. Bayangkan, ramai sebenarnya yang sembuh dengan pelbagai rawatan alternatif. Kaki selamat, jiwa pun selamat. VIVIX SHAKLEE adalah salah satu alternatif. Benar ia adalah suppliment. Cubalah dahulu, mudah-mudahan ada jodoh sembuh.


KENAPA VIVIX SHAKLEE?

 



Saya berbesar hati menggalakkan para pembaca yang budiman untuk berkongsi kebaikan VIVIX. Ramai yang telah sembuh. Selamatkan orang yang anda kasihi. Cubalah VIVIX!

PROMO BULAN JANUARI 2015
Beli 6 akan percuma 1 botol + FREE keahlian + bonus tunai bulan berikutnya
Beli 2 pula dapat diskaun 5% + FREE keahlian + bonus tunai bulan berikutnya

JADI, JANGAN RAGU-RAGU UNTUK MENCUBA.  
selamat bervitamin!




MAHU MATA PANDA ATAU HILANGKANNYA?

Assalamualaikum.

MATA LEBAM, MATA PANDA, MATA LEBAM DAN SHAKLEE 


Mata adalah organ penting bagi manusia. Individu normal, berkomunikasi dengan merenung mata lawannya. Ya dari sini agaknya timbul pepatah "dari mata, turun ke hati". Dek kerana pentingnya peranan mata, ramai individu yang mengambil berat penampilan mata mereka. Masakan tidak, lihat sahaja industri kaca mata dan kanta lekap yang bertukar menjadi fesyen semasa.
Masalah utama yang saya sengaja nak timbulkan adalah mata panda. Walaupun bayaran untuk melihat panda di Zoo Negara amat mahal, tetapi cara untuk menghilangkan kesan mata panda pada mata kita adalah murah!Ha...tak percaya, sila baca lagi.

PUNCA MATA PANDA



Yang paling biasa kita dengar dan lihat tanpa perlu ujian saintifik adalah kesan tidak cukup tidur dan rehat. Ia berlaku kerana pembuluh darah disekitar mata terpaksa bekerja keras sehingga terwujudnya bayang hitam di bawah mata.
Bagaimana pula yang cukup tidur tetapi tetap bermata panda? Ia melibatkan faktor keturunan. setiap individu mempunyai lapisan kulit bawah mata yang berbeza. Semakin nipis kulit, semakin jelas bayang hitam tersebut.
Tahukah anda, elergi juga boleh menyebabkan gejala mata panda? Apabila elergi, mata akan terasa gatal. Perbuatan menggaru mata boleh menyebabkan darah memenuhi pembuluh-pembuluh di sekitar mata dan menyebabkan bayang hitam terjadi.

CARA MENGATASI

Susahkah menghilangkan kesan mata Panda? Kaedah termudah adalah merehatkan mata dari sebarang aktiviti yang memenatkan mata seperti tidur. Selain itu, dapur kita kaya dengan bahan untuk menghilangkan mata panda: 

KETULAN AIS --> Bungkus ketulan ais dalam kain, dan tekapkan pada mata.

SUDU --> gunakan sudu yang telah disimpan di peti beku semalaman.
MINUM AIR KOSONG --> Air adalah bahan yang paling jimat dan juga paling berkesan untuk mengelak atau merawat sakit. Air banyak membantu dlm proses pemulihan badan.
UNCANG TEH --> Tekapkan uncang teh pada mata untuk mengurangkan kesan mata sembap.
TIMUN --> Gunakan timun yang telah dihiris nipis dan disejukkan seketika di dlm peti sejuk untuk dilekapkan di mata. Kandungan Astrigent didalam timun membantu mengurangkan mata sembap.
KENTANG --> Boleh juga gunakan kentang untuk menggantikan timun. Caranya sama sahaja seperti timun

Kaedah lain yang lebih berkesan, lebih senang dan lebih pantas untuk menghilangkan mata panda adalah dengan mencuba EYE TREATMENT SHAKLEE. Kelebihan eye treatment ini adalah untuk mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus. 



MATA LEBAM, MATA PANDA, MATA LEBAM DAN SHAKLEE

Eye Treatment Shaklee terbukti secara klinikal:

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
sumber: Mata


MAHALKAH?
Oh pastinya tidak. Jika kita membayar sebanyak RM50 untuk sekali melihat panda di Zoo Negara, EYE TREATMENT SHAKLEE hanya berharga RM52.50 dan boleh digunakan berkali-kali untuk mendapatkan mata yang cantik menawan dan kulit bawah mata yang tegang. Macammana? Nak cuba? Boleh hubungi saya.

Selamat bervitamin!




APABILA KITA JATUH CINTA KITA JADI ANGAU

Assalamualaikum.

Saya ada berita gembira. SSC YANG DITUNGGU-TUNGGU DAH SAMPAI♥♥♥. Suami saya dah hantar gambar pengesahan terima bungkusan. Ok, kat opis dah rasa macam xsabar nak tunggu petang. Hihihi, petang lekaslah tiba. Saya nak tengok SSC ni.

Allah... lama dah tak rasa eksited. Sama macam rasa tunggu baby keluar hari tu. Punya lah lama saya rasa menunggu detik-detik Dhiya' dikeluarkan dan tengok jantinanya. Hhhmmmmm Dah jatuh cinta, kita memang angau. So marilah jatuh cinta selalu. Insyaallah hidup rasa sentiasa meriah.

Ok lah, esok-esok saya cerita lagi. Sekian untuk feling-feling yg teruja ni.♡♡♡

SAYA DAH KENE RACUN!

Assalamualaikum.

Ha gempak je tajuk artikel. Takut tak pembaca yang budiman. Jangan main-main. Saya memang kene racun yang merbahaya. Bukan sikit, tapi banyak. Sejak dua menjak ni jadi makin teruk. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan pun teringat-ingat. hihihi. Kisahnya, saya terkena racun menyukai gendong anak!

Ok sejak 5 tahun lepas, saya memang dah suka kendong-mengendong ni. Iyalah, sebagai wanita yang bekerja, saya tetap nak jadi ibu yang betul2 membesarkan anak dengan tangan sendiri sedaya-upayanya. Nak menyusukan anak, nak pakaikan anak dengan lampin kain, nak kendong anak, masakkan sendiri makanan anak....fuh list berjela-jela. Pendek kata, nak pindahkan tugasan ibu di rumah ke bahu emak yang jadi separuh masa suri rumah dan separuh masa bekerja (opkos separuh masa je sebab tak tidur opis k!). Semua saya nak buat. Antaranya kendong ni lah.

5 tahun lepas saya beli ring sling yang cantik. Sayangnya, tak cari ilmu.... try2 pakai, tak selesa. Pulaknya tak tanya orang camne nak pakai. So end-up, ring sling tu simpan dalam kotak. Hinggalah adik saya terlibat dengan dunia kendong-mengendong anak. Ia telah menukar pandangan saya tentang kendongan ini.

Sikit punya cun adik bawak bayinya yang masih kecil --> anak buah ni namanya Farwan Bazli. Kiut betul tengok Farwan dikendong emaknya. bukan calang-calang tau. balut pakai Boba Wrap tau. fuhhhh kagum tahap dewa ni. Sikit punya kemas! Farwan pun duk diam je. Mudah pulak tu pergerakan adik saya ni. Masa ni boleh tahan lagi. Saya tak rajin nak lilit-lilit badan nak kendong anak ni. Pasal apa, Boba Wrap ni kene lilit2. Adoiii emak tak sabar ok. Tetiba bila saya bersalin, Farwan dah 4 bulan, ada gear baruuuu. Amboi cun banget. Itulah SSC --> soft structure Carrier. Saya dah teracun. Sangat cantik SSC adik saya tu.

Saya duk teringat-ingat SSC adik saya. Lama-lama, saya tanya lah kat mana nak beli, macammana dia terlibat, kat mana nak cari ilmu. Ok, adik saya kongsi macam-macam dengan saya. Invite pulak masuk secret group Malaysian Babywearers. Memang lah. Episod-episod teracun memakan diri. Group ni berhantu, ada yang baru sebulan join dah 'terbeli' 5 gear. Ribu-riban juga nak ada 5 gear tu. Bukan murah ok! Hahahah.


 

Pulak tu, SSC yang saya nak, susah nak dapat. SSC ini dibuat oleh vendor local. Tapi ya ampun...bukan takat harga yang lebih kompetetif dan kualiti yang dijamin, tapi sangat la cumel dan menarik hati. Nak beli yang import, belambak kut, tapi biasa-biasa ja. Jadinya saya makan hati. Nak beli import macam hati tak gembira. Susah-susah, saya ambil keputusan tak beli.

Akhirnya dek kerana susah sangat nak dapat, saya nak DIY. tettttt. Macam ada masa sangatkan. Tapi dek kerana geram dan merajuk. Nak jahit sendiri! fuhhh terkagum gak dengan angau saya ni. Masa tu dah redho je, buat sendirilah. Dah hilang rasa meroyan tak dapat gear yang saya nak. kikiki Redho je Allah tak izin lagi. Tapi tu lah, rezeki perlu di JEMPUT. Teringat nak menjemput rezeki... buat jemputan--> ni lillahitaala je (Ada la amalan menjemput rezeki yang saya but). Bukan sebab nak gear ok. Tup-tup saya berkesempatan book ssc idaman hati. Allah! Memang happy tak tau nak kata apa. Alhamdulillah, inilah rezeki. Saya tersenyum... memang rezeki perlu dijemput.




Hari ini, saya kongsikan pada semua... ssc saya telah di pos. Insyaallah akan sampai paling lewat esok. Alhamdulillah...Akhir kalam, rezeki kita Allah yang beri. Jemputlah dengan hati yang ikhlas.


lain kali saya cerita lagi ok! Babai.




SHAKLEE MENIPU SEBAB BILA SAYA MAKAN VITAMIN JADI PENING KEPALA

Assalamualaikum.

HEALING CRISIS, MAKAN SHAKLEE PENING KEPALA, SHAKLEE DAN PENING KEPALA, SHAKLEE DAN SAKIT KEPALA

Bayi yang comel tu sekadar hiasan. Keyutt sangatkan. Tajuk artikel yang panjang lebar. Lama dulu saya teringin menulis berkaitan masalah pening kepala selepas mengambil vitamin shaklee. Alhamdulillah, kesempatan dah tiba.

OK, APA MASALAH SEBENARNYA?


HEALING CRISIS, MAKAN SHAKLEE PENING KEPALA, SHAKLEE DAN PENING KEPALA, SHAKLEE DAN SAKIT KEPALA

Begini, terdapat segelintir individu akan mengalami pening-pening, mual, sakit di kepala selepas mereka mengambil vitamin shaklee. Alhamdulillah saya tidak mengalaminya. Punca sebenar masalah ini adalah kerana KURANG PENGAMBILAN KUANTITI AIR.

Setiap pelanggan sepatutnya telah dinasihatkan oleh pengedar untuk mengambil air sekurang-kurangnya 3 liter sehari apabila mereka mengambil vitamin. Malangnya, masih ramai yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan rutin baru ini. Akibat dari itu, mereka mengalami healing crisis.


Air yang banyak diperlukan bagi mengangkut vitamin ke seluruh badan. Selain itu jika individu itu pertama kali mengambil vitamin, maka tubuh memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. Al-maklum, lama sangat badan kita disogok dengan benda-benda tak berzat, apabila kita memberi zat yang betul, badan akan reset kembali.

SEMUA ORANG AKAN MENGALAMI SIMPTOM YANG SAMA?

Jawapannya TIDAK! Ia bergantung kepada individu. Sesetengah individu akan segera megalaminya, iaitu sejurus sahaja mereka mengambil vitamin. Individu lain, akan mengalaminya sebulan dua selepas pengambilan. Jumlah toksid di dalam badan anda akan mempengaruhi simptom ini.Makin banyak toksid, semakin teruk healing crisis yang akan dialami. Jom lihat healing crisis dan kemungkinan masalahnya:


HEALING CRISIS, MAKAN SHAKLEE PENING KEPALA, SHAKLEE DAN PENING KEPALA, SHAKLEE DAN SAKIT KEPALA


sumber:Adaa

JADI, APA PERLU SAYA BUAT?
Anda perlu bertenang dan teruskan pengambilan vitamin. Pastikan minum air yang mencukupi dan ambil dos vitamin yang betul.

Selamat Bervitamin!  



VITA-LEA UNTUK KANAK-KANAK - ORANG DEWASA PUN TAK STRESS BILA AMALKAN

Assalamualaikum



Saya nak sambung cerita tentang VITA-LEA for Children. ha... Saya dah beli tau. Vitamin kanak-kanak ini mesra kanak-kanak. Ia berperisa anggur yang SANGAT sedap. Anak saya pun kata sedap. Bukan takat anak, orang dewasa pun suka ok. Ok ini pengakuan, saya makan VITA-LEA kanak-kanak ini sejak  minggu lepas (dilancarkan) dan meninggalkan vita-lea orang dewasa yang menjadi vitamin wajib saya tu.;p

SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN

Rasa anggur yang sedap ini memang digemari kanak-kanak. Saya cuba beri pada rakan sekerja. Rakan yang dah dewasa tu pun kata sedap. Ha memang tak stress la kalau makan vitamin. Bukan apa, rakan saya ni jenis yang tak suka makan apa jua jenis tablet. Biasalah, vitamin kan ada rasa tersendiri. Tapi untunglah, multivitamin yang ini sedap. Silap haribulan, orang dewasa pula yang menjadi penggemar tegar Vita-lea kanak-kanak ni (macam saya).

KANDUNGAN VITA-LEA

Mesti ramai yang nak tahu kandungan multivitamin ini. Lebih 15 jenis vitamin terkandung dalam setiap tablet tau. Memang cukup vitamin lah anak-anak kita ni nanti. Boleh semak senarai vitamin  seperti di bawah:

  1. Vitamin A
  2. Vitamin C
  3. Vitamin D
  4. Vitamin E
  5. Thiamin
  6. Riboflavin
  7. Niacinamide
  8. Vitamin B6
  9. Folate
  10. Vitamin B12
  11. Biotin
  12. Panthotenic Acid
  13. Calcium
  14. Iron
  15. Iodine
  16. Magnesium
  17. Zinc
  18. Copper

MAHAL KE?

Alhamdulillah, dengan kandungan vitamin yang sebegini lengkap, harganya pun tak mahal. Percayalah anda mampu memilikinya. Hanya RM111 sebotol. Apalah sangat nilai wang kita jika bukan untuk kesihatan anak-anak. Tetapi jika anda mahu harga yang lebih menarik, boleh hubungi saya. Insyaallah bisa di atur! 


Ada lagi tawaran yang menarik, bulan Januari 2015 adalah promo bagi vita-lea untuk kanak-kanak. Anda belanja RM333, dapat 3 botol dan juga dapat PERCUMA 1 botol lagi vitalea ini. Jimat RM111. Memang berbaloi untuk wang anda.



Anda nak cuba rasa? Pun boleh. Maaf ye, ini inisiatif saya sendiri. Jadi kalau anda mahu rasa, saya pos dalam bekas yg bukan bekas khas ubat. Tp Insyaallah, saya jaga proses pemindahannya.

Ok babai, Selamat bervitamin. 





UJIAN BANJIR DAN UJIAN RAKYAT MALAYSIA

Assalamualaikum

Penghujung 2014 merupakan sekali lagi detik yang getir kepada rak yat Malaysia. kedatangan tahun 2015 tidak kita sambut dengan hati yang gembira. sebaliknya terpalit seribu duka lantaran ujian yang menimpa saudara-mara di Pantai Timur. Pada kali ini, kita diuji BANJIR. Hampir seluruh Kelantan ranap dek dasyatnya musibah ini. Apa tindakan kita? Apa yang kita hulurkan? Adakah kita membantu?

Daratan menjadi laut. kredit kepada pondok kecil.com

Banjir yang saban tahun melanda negeri-negeri dalam Malaysia, tidak pernah sedasyat ini. Kemusnahannya sangat meruntun jiwa. Jika kebiasaannya, sekadar air yang naik tinggi. Kanak-kanak seronok bermain air banjir yang melimpah hingga ke gigi tangga rumah mereka. Walaupun banyak peringatan tentang bahaya banjir, kita masih boleh menganggap ia biasa. Almaklum, banjir hanyalah limpahan air dan tidak mendatangkan mudarat yang lain. 

Ya kali ini tidak sama. Air yang datang membawa khabar duka. secepat kilat ia menelan harta benda dan nyawa. Kita terkial-kial menyelamatkan diri tanpa memikirkan harta yang dikumpul sekian lama. Cukuplah sekadar nyawa yang di selamatkan. Insyaallah harta boleh dikumpul semula. Bukit-bukau menjadi pertaruhan. sehelai sepinggang berlari membawa hati yang takut. Kali ini, kita betul-betul mengharap pada tuhan. Selamatkanlah kami, waima cuma nyawa. Alhamdulillah kita ada Allah, tempat mengadu dan berharap. Harapan dan doa tidak pernah putus.

BANTUAN KITA DIMANA?

Syukur rakyat Malaysia sangat mengasihi saudaranya. Walaupun tiada pertalian persaudaraan, bantuan tetap dihulurkan. Jika tidak banyak, sikitpun sudah menggembirakan hati yang duka. Saya bangga dengan sifat ihsan yang masih tebal dalam diri rakyat kita. Syukur ya Allah, saudaraku senegara masih kasih sesama kami. Tidak hanya mementingkan diri. Banyak NGO yang turun padang menghulurkan bantuan. Sangat banyak pula orang persendirian yang datang menghulur bantuan. Allah, ini nikmat yang tidak dapat diselindungkan lagi. Terima kasih juga kerajaan kita yang bertungkus-lumus melalui pelbagai agensi, terbabit dalam misi-misi menyelamat.

Beberapa rakan saya turut pergi sendiri ketempat musibah. Menyaksikan sendiri kemusnahan yang ada. Misi-misi bantuan ini diteruskan dalam beberapa siri. Alhamdulillah, bantuan yang sedikit ini menceriakan hati yang duka. Moga kita tidak berhenti di sini. Sama-samalah kita menyumbang apa yang mampu. Jom layan gambar-gambar sekitar bantuan kemanusiaan oleh rakan-rakan saya.


Antara Kenderaan yang terlibat

  
Gotong royong bantuan

Lumpur tebal hingga ke lutut 

Kemusnahan yang dasyat 

Rakan saya bersama pasukannya 

SETELAH HILANG HAMPIR DUA TAHUN

Assalamualaikum.

Salam ceria dan tahun baru buat semua. Alhamdulillah, dengan segala dugaan manis dan pahit 2014, kita sampai ke 2015. Syukur di atas nikmat dan kasih sayang Allah Taala, masih lagi kita diberi peluang mengutip bekalan ke akhirat.

Ha... intro sikit punya syahdu. Almaklum, dengan musibah yg amat besar melanda saudara-mara kita di pantai timur amnya, dan Kelantan khususnya. Memang saya rasa jiwang je. Allah ya Allah, besarnya dugaan yg diberi hingga mampu mencabut akal kewarasan manusia. Sungguh, Allah uji mengikut kemampuan. Mudahan, mereka bertambah iman dan taqwa di dalam diri.

Di sebalik musibah itu, banyak nikmat yang kita perolehi. Salah satunya, COMING BACK VITA-LEA FOR CHILDREN. Uiii havoc ni. Saya sendiri belum pernah merasa kesedapan dan keenakan multivitamin untuk anak-anak ni. Dekat 2 tahun vitamin ini tiada di pasaran. Tak sabar saya nak beli. Nak beri pada hero-hero saya yang lasak tu.

Ye lah, anak-anak saya ni boleh tahan aktifnya. Nak disekat, tak patut pula. Biarlah mereka meneroka keseronokan alam kanak-kanak dengan sepuasnya. Jadi demi melindungi mereka, usaha saya adalah melengkapkan nutrisi mereka agar kekal cergas dan cerdas sepanjang menempuh ke alam dewasa. Tak sabar tak sabar.

Buat ibu bapa yang sering tertanya-tanya apa vitamin yang sesuai untuk anak, inilah masanya. Multivitamin semulajadi yg lengkap untuk kanak-kanak. Alang-alang coming back, promo pulak tu. BELI 3 PERCUMA 1. Best ke best. Memang untung berganda-ganda.

Yuk kita lindungi permata hati kita. Mudahan Allah merahmati dan meredhai semua usaha kita ini.

Follow Us @soratemplates

Pengikut

PELAWAT

INSTAGRAM

Categories

Tags

JOM BORAK

BIODATA

YUSWIRDA MOHAMAD YUSAK
DOB: 4 MEI
Kampung: SEKINCHAN, Selangor
Pendidikan:
2010 – MSc in Remote Sensing UTM (Research)
2005 – BScience Remote Sensing, UTM
2000 – Sek. Agama Menengah BESTARI JAIS, USJ, Selangor
1998 – Sek Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
1995 – SK Sungai Nibong, Sekinchan
Kerjaya:
2013 - Current - Shaklee Independent Distributor
2008 - Current  - GIS Analyst, SAPURA

Email: awilskema@gmail.com

INFO BIODATA

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Taman Setiawangsa (Keramat Wangsa), KL. (Shaklee ID : 926196). 

Cash On Delivery (COD) sekitar Setiawangsa, Keramat, Masjid Negara, Kg. Dato Haron PJ, Sekinchan & Sg. Besar.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Skynet. 

Apabila membeli vitamin di emakskema.com, anda bakal memperolehi:- 
= Harga Istimewa
= Jadual Pemakanan Vitamin
= Konsultasi Berterusan Percuma
= Jemputan Ke Group Facebook Exclusive  
= Peluang Menjana Income dengan SHAKLEE  

Hubungi Emakskema di:
013-3786399 
awilskema@gmail.com

PROMO MEI 2018

Popular Posts