This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Khamis, 25 Jun 2015

MENGINGATI ALLAH VS B COMPLEX

Assalamualaikum.

Saya doakan anda pada pagi ini,  beroleh ketenangan dan kedamaian hati yang berpanjangan. Stress, b complex shaklee, kelebihan b complex shaklee, Tenang hati, meredakan tekanan,
Dengan mengingati Allah (zikir), hati menjadi tenang.

Dengan mengambil B complex shaklee, membantu kesihatan fungsi saraf lantas meredakan tekanan, sakit kepala, kemurungan dan insomnia.

Mana satu yg perlu diambil? Saya ambil kedua-duanya sekali. Kenapa?

Manusia perlukan asbab untuk sembuh, sakit, mati dan sebagainya. Pendek kata, Allah jadikan asbab supaya manusia mudah menerima segala kejadian yg menimpa mereka. B complex juga adalah asbab untuk sembuh.

Jadi kita tak perlu pilih salah satu. Kita bebas untuk memilih kedua-duanya.

HARGA

Zikir harganya hanyalah keihklasan hati dan keyakinan yg tinggi kepada Allah.

B complex pula berharga RM53.75 dan tahan 120 hari, bersamaan 4 bulan. Maksudnya kita hanya perlu membayar RM0.45 sen bagi sebiji B complex. HHHMMM dah terlebih berbaloi dengan nilai duit kita kan.
 
Tak payah fikir 2, 3 kali. cepat je wasap saya :: 013-3786399 ::

Ok...sekian nasihat pagi.
 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Khamis, 18 Jun 2015

MARHABAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum.

Saya doakan anda hari ini ceria dan bersemangat menyambut kedatangan Ramadhan. Alhamdulillah. 

Sekali lagi Allah limpahkan nikmat, usia kita dipanjangkan lantas dapat bertemu bulan yang sangat dinanti-nanti = RAMADHAN. Moga Allah beri kita kekuatan untuk beramal dan beribadah sebanyak-banyaknya seterusnya menjadi kelaziman pula ibadah itu di bulan-bulan mendatang.

marhaban ya ramadhan 2015


Salam sayang.. emakskema

Rabu, 3 Jun 2015

PERCUMA VITALEA BERUSIA 100 TAHUN

Assalamualaikum

Saya doakan anda sihat dan dirahmati Allah selalu.

Percuma Vitalea
free vitamin, free vitalea, vitamin 100 tahun

Siapa yang suka barang free, angkat tangan! Saya dah angkat tapi anda pasti tak nampak. hihihi. Ok kembali kepada tajuk artikel, ada vitamin free untuk anda sepanjang May hingga Oktober. Berapa nilainya? Nilai dia adalah RM99.40. Tu dia best tak bestnya vitamin free ni. Vitamin ini adalah VITALEA iaitu vitamin tertua dunia!

Fakta Berkaitan VITALEA

Fakta #1
Vitalea adalah vitamin yang pertama dicipta di dunia.  Sebab tu dia paling tua dan pada May lepas, Vitalea menyambut ulangtahun ke 100. Fine, vitalea lebih tua berpuluh tahun dari saya. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1915 oleh pengasas Shaklee iaitu Dr. Forest C.Shaklee.

Fakta #2

Untuk pengetahuan anda, asalnya Vitalea dipanggil "VITALIZE - MINERAL". Kemudian ia dipendekkan menjadi VITA - MIN. Sejak itulah semua suppliment kesihatan dipanggil vitamin. Hebat kan Vitalea ni. Banyak ni jasa Vitalea.

Fakta #3
Ketika baru di perkenalkan, Vitalea berbentuk cecair. Dengan pembaharuan teknologi, ia telah ditukar menjadi tablet yang mudah ditelan. Buat pengetahuan anda, saiz multivitamin biasanya memang besar, tapi saiz Vitalea sedang-sedang dan mudah ditelan.


Fakta #4
Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran. 12 vitamin dan 7 mineral sepert saranan RDA . Formula Vita-lea sangat komprehensif dan seimbang.


Fakta #5
Vitalea adalah multivitamin terpantas larut di dalam air dan tubuh manusia. Mineral di dalamnya mudah diserap oleh usus kecil. Nak bukti? Ambil sebiji Vitalea dan rendam dalam air. Cuba lihat perubahan air.

Fakta #6
Khasiat 2 tablet ‪Vita-lea‬ bersamaan 40 jenis lauk. Tapi ini tak bermakna lepas ambil Vita-lea, anda tak perlu makan. Tetap perlu makan macam biasa, cuma tak perlu sampai 40 jenis lauk.
 
Fakta #7
Semua orang perlukan Vitalea kerana ia adalah vitamin asas. lagi menarik, Shaklee telah memformulasikan Vitalea-Children khas untuk kanak-kanak. Ya Vitalea Children juga ada promosi beli 3 percuma 1. Boleh baca di sini.
multivitamin kanak-kanak, promosi vitamin, vitamin free

Fakta #8
Harga Vitalea SANGAT MURAH! Paling murah untuk multivitamin yang paling lengkap kandungannya didunia. Hanya RM99.40. Boleh tahan sehingga 4 bulan sebab anda hanya perlu ambil 1 biji sehari. Maknanya anda hanya bayar RM0.83 sen sehari untuk kesihatan yang optimum. Berbaloi kan!

Eh lupa pulak, anda pasti nak tahu macammana nak dapat Vitalea percuma. Ha mudah je, beli apa-apa sahaja vitamin shaklee, daftar sebagai ahli dan anda akan dapat vitalea secara percuma. Senang je kan. So tunggu apa, hubungi saya segera ok.




Selasa, 2 Jun 2015

TEASER MAJLIS HUJUNG MINGGU INI

Assalamualaikum.

Hujung minggu ini saya sekeluarga nak balik kampung. Sambil2 tu, nak meraikan kelahiran 4 orang istimewa dalam family. wahahahaha tetiba emak jadi designer. ok layan gambar ini dahulu. cerita akan menyusul kendian.


Khamis, 28 Mei 2015

5 RAHSIA KEKAL SIHAT CARA TUN M

Assalamualaikum.

Saya nak kongsi artikel dari www.sususejat.com Ia adalah berkaitan kaedah menjaga kesihatan Tun M. Kalau anda tahu, pasti anda terkejut dan tak nak tunggu lagi mengikuti langkah Tun M. Jom Baca:

rahsia sihat tun m, rahsia sihat Tun Mahathir, kelebihan vitalea


Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun.

Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?


5 Cara Mengekalkan Kesihatan Sehingga Ke Usia Emas Cara Tun Dr. Mahathir

1 – Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

2 – Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.

3 – Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

4 – Makan Multivitamin

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.



                                            

5 – Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

“Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997). 


Kan, dah tokojut. Makan multivitamin shaklee tau. Ha apalagi kalau bukan VITALEA! Vitamin pertama dunia dan berusia 100 tahun. Anda tau, bulan ni shaklee bagi free Vitalea kepada sesiapa yang join ahli. So apalagi. Jom lah join. 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Isnin, 25 Mei 2015

AKHIRNYA MISI MUSTAHIL DAH TAK MUSTAHIL EPISOD HADIAH HARI GURU 2015

Assalamualaikum.

Cerita jumaat yang lepas. Sempena sambutan hari guru di tadika Adhwa dan Akhtar:

Beberapa hari dah plan nak buatkan hadiah utk cikgu Adhwa n Akhtar. Xterbuat. Misinya nak menjahit bekas serbaguna yg comel tu. Fuh... tgk tutorial bukan main. Tp xbuat2.

Akhirnya start ahad lepas, kerja digerakkan. Itupon sehingga semalam, setakat 20% je siap. Mmg mlm ni la... 80% lagi dibuat. Mmg dah jadi misi mustahil. Target buat 4 je kot. Alhamdulillah... semua siap. 8 bekas serbaguna siap di jahit. Insyaallah moga mendatangkan manfaat buat cikgu2 Pasti yg baik hati.

Pssst... kad pon buat siang tadi jek. mmg dah jadi misi mustahil kan. Mujo laling Azizan Othman tlg print.Terbaik... mata dah jadi panda.


 

 Saya ditemani anak dara sorang ni. Yang bangun setiap jam sebab dapat rasa emak tak ada kat sebelah. Hadoi...memang haru betul. berulang- alik dari bilik jahit ke bilik tidur. Rasa macam nak putus asa. Tapi kuatkan semangat. Malam ini saja.

HADIAH HARI GURU 2015, HERBAL BLEND SEBAGAI HADIAH, BEKAS SERBAGUNA

Hasil Akhir. Puas hati tengok semuanya siap seperti yang dirancang. Lepas ni bolehlah sapa-sapa nak buat tempahan kat emakskema. Pakej bekas serbaguna dari kain gred AAA, Vitamin shaklee beserta kad (kad ucapan + kad panduan penggunaan vitamin) kihkihkih.

Pssst...Alhamdulillah, cikgu-cikgu Adhwa dan Akhtar sangat gembira menerima hadiah dari saya. Saya rasa berbaloi-baloi tak tidur malam. Itulah kuasa memberi, 1 hari jumaat tu rasa macam best je.

 



Rabu, 20 Mei 2015

AHLI NUTRISI SHAKLEE YANG BERKELAYAKAN

Assalamualaikum.

Meriah pagi ini apabila saya membuka Facebook. Kisah Apa? Ya majlis KONVO AHLI NUTRISI SHAKLEE. Apa maksudnya? Majlis ini meraikan kejayaan pengedar-pengedar shaklee berdaftar yang mengambil ujian menjadi ahli nutrisi shaklee. Dan antara yang berkonvo adalah Emak, Nenek dan Makcik saya dalam bizz Shaklee. Bangga saya dengan mereka ini. TAHNIAH UOLS!

APA KELEBIHAN MENJADI AHLI NUTRISI SHAKLEE?

Shaklee membenarkan mereka mengadakan bengkel mini nutrisi shaklee. Maknanya mereka ada lesen besar untuk bercakap, melatih, memberi nasihat, memberi panduan dalam hal-hal nutrisi berkaitan rangkaian vitamin shaklee secara terbuka. Selama ini, bengkel-bengkel nutrisi hanya dikelolakan oleh pakar nutrisi yang berkhidmat dengan shaklee. Pakar ini sememangnya mereka yang mempunyai latar pendidikan dan kelayakan dari institusi yang berkaitan sahaja. Sekarang, pengedar produk juga layak untuk melakukannya. Best bukan!

ahli nutrisi shaklee, bisnes bermentor, mentor terbukti berjaya, kelayakan shaklee

"Maknanya mereka ada lesen besar untuk bercakap, melatih, memberi nasihat, memberi panduan dalam hal-hal nutrisi berkaitan rangkaian vitamin shaklee secara terbuka"


Saya tumpang gembira dengan kejayaan mereka. Merka adalah kebanggaan saya serta seluruh keluarga EmakSkema Millionaire Family. Saya seronok, saya bermentorkan orang yang layak. Yang mengajar saya bukan secara buta tuli. Mereka ini berilmu, berpengalaman dan terbukti berjaya. 

Shaklee adalah satu syarikat yang serius dalam memastikan produk mereka SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Shaklee juga SERIUS memastikan pengedar produk mereka mempunyai kelayakan dan ilmu yang betul untuk dikongsi seterusnya membantu orang lain. Kita memang tidak perlu ragu-ragu terhadap rangkaian vitamin serta produk shaklee yang lain. Shaklee memang komited.

Apa lagi yang kita mahu? Sistem perniagaan yang hebat dan menguntungkan pengedar! Vitamin dan produk yang dijamin! Keberkesanan yang terbukti! Tinggal kita la yang perlu memutuskan. Mahu shaklee atau tidak!

Mahu sertai keluarga shaklee kami? Jom...jangan segan hubungi saya segera!


Selasa, 19 Mei 2015

TESTIMONI KOLESTROL OLEH ETHAN WANG

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin berkongsi satu testimonial dari seorang yang berkolestrol tinggi. Ya beliau adalah Encik Ethan Wang yang mengalami penurunan sehingga 23%. Banyak bukan! Saya tak nak cerita panjang, di bawah ni adalah status beliau yang dimuat naik di laman facebook. Layan.


cara pencegahan kolesterol, testimoni kolestrol, testimoni kolesterol shaklee, ldl cholesterol 

Ini pula adalah laporan perubatan beliau.

cara pencegahan kolesterol, testimoni kolestrol, testimoni kolesterol shaklee, ldl cholesterol
Ok, anda tak payah percaya. Anda ambil je. Insyaallah, kesan tu anda rasai sendiri. 

>>Nak try? Jangan berlengah lagi. Ada diskaun 5% jika anda membeli 2 botol phytocol pada bulan ini tau. Anda tahu, 5% telah pun menjimatkan RM20.00 wang anda.  

>>Kalau nak jimat  RM60.00 pula, jom daftar ahli. Anda tak menyesal. 

>>Malah shaklee ada hadiah istimewa untuk anda bernilai RM88.75. Pemurahnya shaklee.

Keseluruhannya, anda telah pun jimat RM148.75! Nilai penjimatan ini anda dapat hanya dengan:
  • DAFTAR SEBAGAI AHLI
  • BELI 2 BOTOL PHYTOCOL -  yang dijamin baik untuk kolestrol anda. Untung berganda-ganda.

Ok cakap banyak pun tak guna. Anda perlu bertindak. Hubungi saya ya. SELAMAT BERVITAMIN!



Jumaat, 15 Mei 2015

4 LANGKAH MUDAH MENANGANI MASALAH KOLESTROL DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum.

Kolestrol adalah masalah yang bukan sahaja menyerang orang dewasa, malahan ia kini menjadi masalah kepada kanak-kanak. Shaklee yang menyediakan rangkain vitamin semulajadi, mempunyai gabungan vitamin yang berkesan dalam membantu kita menangani masalah ini.

Semudah 4 langkah sahaja, mampu membantu pengidap masalah kolestrol mengawal tahap kolestrol dalam darah mereka.


atasi masalah kolestrol dengan shaklee, set kolestrol shaklee

atasi masalah kolestrol dengan shaklee, set kolestrol shaklee

Jangan tunggu lagi. Atasi masalah anda dengan set Kolestrol ini.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ


Isnin, 11 Mei 2015

PROMOSI BULANAN :: OMEGA GUARD & PHYTOCOL ST :: MEI 2015

Assalamualaikum.

Siapa yang sayang jantung, angkat tangan! Ya saya sayang jantung saya. sebab, jantung tak pernah berhenti bekerja sejak kita terbentuk di dalam rahim sehinggalah saat kematian kita kelak. Jantung adalah organ yang paling kuat bekerja. Haruslah kita sayangi jantung supaya jantung kekal sihat dan dapat bekerja dengan baik.

Bulan Mei adalah bulan sayangi jantung. Shaklee telah mengadakan promosi berkembar demi membantu kita menjaga kesihatan jantung. Bulan ini, ada promosi Omega Guard dan Phytocol ST. Kedua vitamin ini merupakan vitamin utama dalam menjaga kesihatan jantung.

FUNGSI OMEGA GUARD SHAKLEE & PHYTOCOL



Samada  jantung dapat berfungsi dengan baik atau tidak, sangat berkait rapat dengan kolestrol. Jantung mengepam darah keseluruh tubuh melalui saluran darah yang sangat kecil. Jika saluran darah sumbat atau sempit, jantung terpaksa bekerja lebih keras dari biasa. Kolestrol yang bersifat suka melekat di dinding saluran darah, akan mengganggu proses ini. makin banyak yang berkumpul, makin sempit saluran darah. Maka makin kuatlah jantung terpaksa bekerja.

Secara umumnya, PHYTOCOL ST mengandungi Fitosterol iaitu struktur molekul yang hampir sama dengan kolestrol. Fitosterol akan bersaing dengan kolestrol untuk diserap ke dalam saluran darah. Ia menyebabkan kolestrol kalah dan terapung di dalam darah. Maka saluran darah selamat dari menyerap kolestrol.

Bagaimana pula dengan kolestrol yang masih ada dalam darah? Ok, kat sini lah Omega berfungsi. OMEGA GUARD akan menapis kolestrol yang tertinggal dan dihantar ke sistem perkumuhan. Jadi, selamatlah badan kita dari menyerap kolestrol jahat ini.


PROMOSI

Nampak kan pentingnya kedua vitamin ini. Kolestrol biasanya tidak kita sedari sehinggalah kita telah diserang dengan serangan jantung. Mencegah lebih baik dari mengubat. Eloklah ambil peluang untuk mengambil kedua vitamin yang baik ini.

Promosi bulan Mei ada dua:

BELI 6 FREE 1

OMEGA GUARD - RM816
-FREE membership Bernilai RM69
-FREE Omega Bernilai RM210
-Bonus tunai RM30.00++


PHYTOCOL-ST - RM1182
-FREE membership Bernilai RM69
-FREE Phytocol Bernilai RM197
-Bonus tunai RM40.00++
Promosi shaklee mei 2015, promosi kolestrol, promosi jantung, menjaga jantung, kolestrol jahat

BELI 2 DENGAN DISKAUN 5%

OMEGA GUARD - RM258. Harga asal RM272
PHYTOCOL-ST- RM374. Harga asal RM394

Promosi shaklee mei 2015, promosi kolestrol, promosi jantung, menjaga jantung, kolestrol jahat

Rasa nak cuba? eloklah cuba. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat!


Ahad, 19 April 2015

RESEPI EKSPRES MUFFIN TERBAIK SAYA PERNAH JUMPA

Assalamualaikum.

Ha... hari ahad kan kita dok rehat2. Sambil2 susukan Dhiya', surf la fb. Terjumpa 1 resepi muffin yg sangat senang dan ekspress. Dijamin, anda pandai atau tak nak buat muffin, pasti menjadi bila guna resepi ini. Feel free to share!

Jumaat, 17 April 2015

GST - PETIKAN KENYATAAN RASMI MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN BERHUBUNG ISU GOODS & SERVICES TAX (GST)

 Assalamualaikum.

Sejak kerajaan Malaysia menguatkuasakan GST, ramai orang mula meluahkan rasa sangat tidak puas hati.  Ia bukan sedikit, segenap lapisan masyarakat terasa bahang panasnya. Saya letakkan disini, petikan dari kenyataan rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, Yang Berbahagia Sohibussamahah DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI.Ini bukanlah artikel penuh. Saya mengambil kesimpulan dan cadangan agar mudah difahami. Namun, Sila ke link ini untuk membaca artikel yang penuh.


gst haram, hukum gst, gst dan mufti

Tarjih

Setelah meneliti dua pandangan di samping melihat kepada realiti semasa, maka mengambil cukai daripada rakyat yang diletakkan dalam satu sistem percukaian adalah harus dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Antara alasan bagi menyokong pendapat keharusan ini ialah

> Dalil yang dikemukakan bagi pengharaman bersifat umum sedangkan nas berkaitan percukaian adalah bersifat khas.
>Perkataan al-maks bukanlah bersifat dan tafsiran seperti yang dinyatakan secara mutlak tetapi ia telah ditafsirkan secara khusus oleh ramai ulama’.
> Realiti semasa berpandukan kepada negara di dunia ini begitu banyak mengamalkan sistem GST berbanding SST.
>Pengambilan yang dilakukan hendaklah bersifat adil dan juga pengagihannya hendaklah benar-benar kepada sasaran atau untuk maslahah ‘ammah. Imam al-Syatibi dalam al-I’tisam telah memberi pendapat membenarkan pihak pemerintah memungut cukai dengan dhawabit yang tertentu.
>Suasana ekonomi sesebuah negara perlu diambil kira termasuk di Malaysia di mana keadaan ekonomi masih lagi tidak mencukupi dari beberapa sumber dan hasil mahsul justeru keperluan mengenakan cukai GST adalah bersifat mendesak. Ini selari dengan kaedah fiqh yang masyhur sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti dalam al-Asybah wa al-Nazha’ir: “Perbuatan pemerintah terhadap rakyatnya adalah bergantung kepada maslahat.”
 GST adalah sebahagian daripada ijtihad ekonomi berkenaan keharusan cukai pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Mahmud Syaltut (al-Fatawa al-Kubra, 116) dan kemaslahatan awam sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Abul A’la al-Mawdudi (Nazhariyat al-Islam, m. 313)
>Pendapat ini telah diteliti secara langsung dan diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 telah bersetuju dan memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau ulil amri untuk mengutip cukai seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat. Pelaksanaanya hendaklah berpandukan parameter syarak.

Secara umumnya pada 25 Mac 2015 yang lalu, saya selaku Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-90 dan telah mengajukan pertanyaan berhubung perkara ini sebagai pengukuhan. Kesimpulan yang dapat saya nyatakan bahawa keharusannya adalah lebih kuat tetapi dengan dhawabit (syarat-syarat) dan cadangan yang dikemukakan dan ia hendaklah dipatuhi.


"Kesimpulan yang dapat saya nyatakan bahawa keharusannya adalah lebih kuat tetapi dengan dhawabit (syarat-syarat) dan cadangan yang dikemukakan dan ia hendaklah dipatuhi."

 
CADANGAN

Di sini saya mengambil kesempatan mencadangkan kepada pihak berkuasa untuk mempertimbangkan beberapa perkara agar kegusaran dan kegelisahan di kalangan masyarakat dapat dihindarkan. Antaranya :

• Kadar 6% hendaklah dikurangkan mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini.
• Masyarakat Islam yang membayar zakat tidak lagi dikenakan GST atau satu mekanisma khusus diwujudkan agar tidak berlaku dua kali pembayaran sehingga terbeban umat Islam itu sendiri.
• Ketelusan dalam pelaksanaan ini dengan penuh integriti dan amanah perlu dipertingkatkan bagi mereka yang terbabit dalam urusan GST ini.
• Rakyat jelata dan orang ramai begitu ternanti-nanti ingin melihat hasil daripada percukaian GST, akan dibaikpulih kualiti sistem pengangkutan awam, kemudahan awam, pembelajaran dan lain-lain yang bersifat maslahah ‘ammah.
• Penerangan yang menyeluruh disebarkan terutamanya sebarang kekeliruan yang bermain di minda masyarakat hendaklah dijelaskan dengan sebaik mungkin.
• Mekanisma dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai. Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir.
• Mengenalpasti beberapa barangan atau perkhidmatan yang semestinya tidak dikenakan GST terutama yang bersifat ta’awun seperti takaful dan lain-lain.
• Kerajaan mesti memantau harga di setiap peringkat dari semasa ke semasa samada di peringkat pemborong, pengilang, mahupun peruncit.
• Penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Pencatutan Harga mesti dilaksanakan dengan tegas bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan

ADAKAH BUAIAN BAYI MERBAHAYA?

Assalamualaikum.

Pagi-pagi saya terbaca artikel yang sangat baik untuk ilmu keibubapaan ini. Ia berkaitan habit kita sebagai orang melayu yang memang membuai bayi sejak bayi dilahirkan. Persoalannya, adakah ia merbahya? ikuti artikel yang sangat menarik ini oleh Baby Language.


Benarkah penggunaan buaian bayi akan menyebabkan gegaran otak atau kes sindrom bayi di goncang (Shaken Baby Syndrome/SBS)?.

SBS memerlukan daya yang LEBIH KUAT dari sekadar terjatuh dari katil, untuk terjadi. Ramai ibubapa yang pernah berhadapan insiden bayi kecil mereka terjatuh dari katil. Walau ia cukup menyeramkan bagi mana-mana ibubapa memikirkan akan 'kerosakan' yang bakal di hadapi bayi akibat daya jatuhan tersebut, kebanyakkan insiden menyaksikan bayi hanya sekurang-kurangnya lebam atau mendapat benjolan.

Maka, jika insiden sebegitu rupa pun berkemungkinan besar TIDAK dapat menyebabkan kes SBS, apatah lagi jika sekadar hayunan samada menggunakan buaian atau dodoian di lengan/tangan.

SBS hanya dapat terjadi bila bayi di goncang dengan amat ganas oleh orang dewasa yang marah atau hilang kawalan emosi bila berhadapan bayi yang tak henti menangis,misalnya. Goncangan menyebabkan kepala bayi melantun sepenuhnya ke depan dan belakang, kiri dan kanan, secara berulang kali mengakibatkan otaknya menghentam tempurung kepala dan menggoyakkan pembuluh darah. Jelas dalam kes ini, tiada sebarang sokongan pada tengkuk atau kepala bayi hingga badan dan kepalanya tidak berada dalam kedudukan selari (rujuk gambar di atas).


 "SBS memerlukan daya yang lebih kuat dari sekadar terjatuh dari katil, untuk terjadi"

Memetik laporan Akademi Pediatrik Amerika terhadap kes SBS yang di keluarkan pada Julai 2001:
" Goncangan yang boleh membawa kepada SBS adalah amat ganas sehingga mana-mana individu yang menyaksikannya dapat mengenalpasti bahawa kelakuan itu merbahaya dan dapat membunuh".

Namun, buaian yang di pilih haruslah menepati piawaian antarabangsa iaitu menggunakan buaian jenis 'boleh laras penuh' sahaja. (rujuk gambar di atas). Buaian ini memenuhi ciri keselamatan seperti mempunyai tali pinggang, kerusi buaian menyokong kepala dan bahagian badan bayi pada 45 darjah (untuk mengelak asthmaphysm), serta sukar melantun ke tepi dinding atau terhentak ke lantai andai secara tak sengaja di tolak atau di hayun oleh anak-anak kecil yang lain misalnya.

Maka jelas, buaian bayi tidak menyebabkan gegaran otak apatah lagi SBS. Namun, pemilihan buaian yang tidak menepati piawaian boleh merisikokan kecederaan lain.

Isnin, 6 April 2015

ADAKAH PARAS KOLESTROL DALAM DARAH ANDA SELAMAT JIKA BERPANTANG MAKAN?

Assalamualaikum.

Saya suka makan, apa jua jenis makanan.Saya juga percaya ramai orang yang suka makan. Untung kita di Malaysia, makanan mudah didapati. di tepi-tepi jalan banyak gerai yang dibuka menjual perbagai jenis makanan yang enak-enak dimakan. Tapi sedar tak kita akan kalori dalam setiap makanan? Bukan nak takutkan sesiapa, cuma nak kongsi dengan anda kisah yang menarik.



Paras Kolesterol Sihat Dalam Darah Jumlah kolesterol tidak melebihi 5.2 LDL Kolesterol ( Jahat ) tidak melebihi 2.6 HDL Kolesterol ( Baik ) tidak kurang daripada 1.0

Keluarga A yang saya kenali, sangat menjaga pemakanan. Sangat jarang makan goreng-goreng. Banyaknya sup, kukus dan bakar sahaja.
Ibu keluarga A tersebut memang mementingkan kesihatan. Tak makan makanan dijual diluar, masak sendiri.

Keluarga B pula jenis suka makan. Udang lauk wajib di rumah. Memang makan sahaja apa yang nak makan. Tak pantang.
Satu hari kedua-dua keluarga A & B beli alat ini utk periksa tahap kolesterol.

Keluarga A ( Bacaan total cholesterol )
Ibu 8.0 mmol/L
Menantu 7.0 mmol/L
Anak Lelaki 6.5 mmol/L

Keluarga B
Suami 4.5 mmol/L
Isteri 4.94 mmol/L

BILA DISELIDIK --> Keluarga A memang sangat pantang, tapi minggu lepas si anak lelaki beli goreng pisang untuk sekeluarga. Goreng pisang tu sedap, jadi mereka makan beberapa kali untuk minggu itu.



Keluarga B makan apa sahaja, udang, daging kambing, nasi lemak macam-macam ikut sedap selera. Tapi sebelum malam suami isteri ni makan Phytocol dan selepas makan makan Omega.

- Makanlah dan minumlah, tapi jangan berlebih. Nikmatilah apa jua nikmat di dunia, selagi ianya halal. Bersenderhana.
Sekian

Rujukan :
Paras Kolesterol Sihat Dalam Darah
Jumlah kolesterol tidak melebihi 5.2
LDL Kolesterol ( Jahat ) tidak melebihi 2.6
HDL Kolesterol ( Baik ) tidak kurang daripada 1.0

Kredit : Mstr farah wahida




Khamis, 19 Mac 2015

PAM SUSU TERBAIK SAYA SEPANJANG 6 TAHUN MENYUSUKAN ANAK

Assalamualaikum.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda set pam yang saya miliki. Saya istiharkan pam saya adalah yang terbaik setakat 6 tahun perjalanan penyusuan saya. Ia adalah: SET AVENT COMFORT MANUAL.


HADIAH PALING MENGUJAKAN
Kisahnya, selepas bersalin Adhwa 6 tahun lepas; adik ipar datang melawat di hospital. Setelah bersembang-sembang dengan saya, tahulah adik yang saya bercita-cita menyusukan anak tapi tak beli pam. So adik pakat-pakat dengan kakak ipar dan hadiahkan set pam ini kepada saya.
Awalnya saya tak pasti pam apa yg saya nak. Saya pakai sebut je pam apa yang saya duk riki-riki kat internet. Bila adik betul-betul belikan, haaaaa rasa tak kompiden pulak saya akan guna pam tu.
Kakak ipar ada pinjamkan pam elektrik kepunyaannya. Saya cuba juga. Tapi rasa tak selesa. Rasa sakit bila pam melakukan sedutan. Jadinya saya kekal mencuba menggunakan pam manual.


TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Saya ni jenis yang suka apa yang ada. Tak kisahlah sesusah mana, saya akan cuba suka benda tersebut. Sama hal dengan pam manual saya ini. Asalnya macam tak berapa nak suka. Tapi dah ada, saya guna juga. Saya cuba cari keseronokan menggunakan pam tersebut.
Hari demi hari, saya makin selesa dengan pam avent ini. Dari susu sikit sampailah melimpah ruah. Sampai saya kurangkan mengepam sebab stok banyak dan tempat simpan tak ada! Best ke best!


APA YANG BEST SANGAT DENGAN PAM MANUAL
Saya beri 7 sebab kenapa saya suka sangat dengan Avent Comfort Manual :
1. RINGAN. Pam ini sangat ringan. Sebab komponennya dari plastik yang bebas BPA.
2. TAK PERLU ELEKTRIK. Ha, sebab ia menggunakan kuasa tangan, maka tiada sumber elektrik diperlukan.
3. MUDAH ALIH. Dah ringan, tak payah elektrik, jadinya senang nak bawa kemana-mana. Memang mudah alih.
4. SEDUTAN MANTAP. Set ini mempunyai diafragma getah yang lembut. Ia mampu menyedut dengan baik dan efisyen. Puting tak sakit dan perahan susu pun banyak.
5. HYGIENE. Komponen pam ini ringkas dan mudah ditanggalkan. Jadi ia mudah dibasuh dan dibersihkan.
6. EKONOMIK. Harganya berpatutan. Set ini dijual sekitar RM160 hingga RM200. Komponennya juga mudah didapati. Jadi wang kita lebih bijak dibelanjakan!
7. TAHAN LAMA. Buktinya telah 6 tahun saya gunakan. Saya agak lasak orangnya. Alhamdulillah, pam saya berada dalam keadaan yang terbaik setiap masa.

 Full set AVENT COMFORT MANUAL

Ada juga saya mencuba pam manual yang lain seperti Pam Medela Harmony dan MAM Manual Breast Pump. Tapi set Avent Comfort Manual tetap terbaik dihati saya. Bila saya gunakan set ini, saya rasa seperti semua susu habis diperah keluar dan tiada yang tertinggal. Ia tidak begini dengan pam yang lain.

Ibu-ibu yang sedang tercari-cari pam untuk perjalanan penyusuan mereka yang panjang, saya sarankan agar memiliki pam ini. Ia adalah yang terbaik!


Selasa, 17 Mac 2015

REVIEW TERBARU SAYA TENTANG ESP SHAKLEE

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja melepasi fasa huru-hara kerja di ofis. Almaklum, projek di fasa akhir dan tengah deploy. Macam-macam yang tak pernah jumpa, muncul pula. Pulak tu ada LIMA 2015. Kalau la masa boleh dipanjangkan atau matahari boleh ditahan dari bergerak, pasti saya dah buat. Supaya saya ada masa yang lebih lama untuk selesaikan kerja. Begitulah kehidupan.

Ketika duk sibuk, kalut, kejar masa ini, ha saya benar-benar terasa perlunya bantuan tambahan untuk melaksanakan semua kerja. Alhamdulillah, ESP shaklee banyak tolong saya. Ya, saya hanya nak berikan review baru tentang ESP shaklee. Kebetulan, bulan ini adalah promo ESP. Beli 6 tong free 1 tong dan beli 2 tong dapat 5% diskaun.

REVIEW ESP 




Bagaimana ESP membantu saya ketika kalut? OK, saya adalah seorang ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya. Bayi saya - Dhiya' baru berusia 4 bulan. Maka Dhiya' bergantung sepenuhnya kepada saya untuk penyusuan dan pemakanannya.

Saya perlukan tenaga dan kalori yang banyak untuk menyusukan anak. Jadi di kala sibuk, dengan kadang-kadang timbul mood tak lalu nak makan (kerja urgent, makan pun dah tak lalu) saya perlu bantuan supplimen untuk mencukupkan kekurangan itu.

Waktu inilah saya melihat, konsisten pengambilan ESP menyumbang jasa yang sangat besar. Saya biasa makan nasi, penuh sepinggan. Tapi di kala sibuk, 1/3 pinggan sahaja kuantiti yang mampu ditelan. Jadi, saya cepat lapar dan ia menjejaskan kuantiti susu yang diperah.

Apa yang saya buat?
Saya tingkatkan kuantiti pengambilan ESP. ESP yang biasanya saya ambil 2 sudu besar sehari, terus saya tambah ke full dos! Ambil 3 sudu sehari. Jadi, susu yang dah berkurangan dapat ditingkatkan semula. Alhamdulillah, saya tak perlu menggunakan susu perahan yang dibekukan untuk dibekalkan kepada Dhiya'.

TERIMA KASIH ESP

Seronok bila mengepam, susu banyak, cukup dan boleh disimpan sebagai stok dikemudian hari. Saya berharap, ibu-ibu yang kekurangan susu mendapat manfaat dari kisah saya. Jangan cepat putus asa bila susu merudum. Pasti ada jalan keluar. Akhir kata,Terima kasih ESP. 


Nak tau resepi ESP yang enak? Klik sini.

 

Khamis, 5 Mac 2015

JANGAN PEDULIKAN PESAING

Assalamualaikum.

Insyaallah, saya akan kongsikan tip-tip bisnes dengan semua pembaca. Saya akan petik dari Mentor-Mentor terpilih yang memang berjaya dan mendidik ramai lagi peniaga untuk berjaya. Sebagai permulaan, saya tampilkan kata-kata nasihat dari PUAN AINON MOHD, Pengerusi PTS Media Group.


 


Banyak orang muda melakukan kesilapan di mana mereka sibuk mengambil tahu apa yang dilakukan oleh pesaing-pesaing mereka.

Sebagai contoh, seandainya mereka mahu membuka spa muslimah, mereka akan tengok apa yang dilakukan oleh pemilik spa-spa lain.

+ Mereka mahu tahu kelemahan spa-spa orang lain. Mereka tidak mahu melakukan kesilapan yang sama.

+ Mereka mahu tahu kelebihan spa-spa orang lain. Mereka mahu melakukan yang lebih baik daripada mereka.

.

Apabila kita mahu membuka bisnes:

+ Jangan peduli pesaing buat apa.

+ Jangan peduli pesaing buat yang macam apa.

.

Fokus pada segmen pasaran yang menjadi target kita:

+ Pasaran mahukan apa?

+ Pasaran mahukan yang macam apa?
 


Semoga kita sama-sama mendapat manfaat. Jika anda suka, boleh kongsikan dengan rakan.

Rabu, 4 Mac 2015

PROMOSI BULANAN :: MAC 2015 :: ESP ZINC COMPLEX

Assalamualaikum

Bulan Mac telah pun tiba. Pasti ramai yang ternanti-nanti apa promosi bulan ini kan. Shaklee memang tidak mengecewakan anda. Bulan ini bulan ESP! item paling paling hangat dalam senarai vitamin shaklee. Selain itu, pembantu penyembuh luka dalaman, pastinya Zinc Complex menjadi peneman.


PROMO BELI 6 PERCUMA 1
Item itu adalah ESP. Beli 6 tong, percuma lagi 1 tong.
Nilai percuma adalah RM150
Kelebihan anda beli promo ini adalah PERCUMA MEMBERSHIP, BONUS TUNAI bernilai RM30++
Peluang bisnes dengan kumpulan bisnes yang mesra pelanggan dan mesra downline.



PROMO BELI 3 PERCUMA 1
Item itu adalah ZINC COMPLEX dan VITA-LEA FOR CHILDREN. Beli 3 botol, percuma 1 botol.
Nilai percuma ZINC COMPLEX adalah RM111
Nilai percuma VITA-LEA FOR CHILDREN adalah RM33.75

KEBAIKAN UTAMA VITAMIN
ESP - Mengenyangkan perut lebih lama dan mengekalkan tenaga. 
ESP - Bantu membanyakkan susu badan
ESP - Kulit lebih cantik

ZINC - Menyembuhkan luka dalaman

VITA-LEA - Vitamin lengkap kanak-kanak

PERINGATAN
Mulai April 2015, gst akan dikenakan ke atas semua pembelian. Harga masih sama tapi ada tambahan 6% atas pembelian. Harap anda tidak terkejut dan bertindak sekarang. Sebelum ada cas tambahan, jomlah buat stok!

Selamat bervitamin!

Ahad, 1 Mac 2015

BIZZ PARTNER EMAKSKEMA DOT COM

Ingin bertemu dengan bisnes partner kami? Hubungi mereka dilokasi berikut:

SELANGOR

Norhidayati Syawal @ anakanakbertuah.blogspot.com 
013-260 3464 :: hidayatizaiful@gamil.com
Kawasan liputan: Cheras, Melaka, Sabak Bernam, Sekinchan

Mohd Zabur Naufal
013-616 6236
Kawasan liputan: Kuala Selahor, Tanjong Karang, Sekinchan, Sg. Besar, Sabak Bernam
 
Yusnita Mohamad Yusak
 019-334 7136
Kawasan Liputan: Kampung Delek Klang

Yusniza Mohamad Yusak
013-514 5073
Kawasan liputan: Subang jaya, Subang airport, Sunway, USJ 5

Emila Danyal
019-601 1841
Kawasan liputan: Bangi Seksyen 10, Seremban

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR

Nur Afifah
012-363 6403
Kawasan liputan: PUSRAWI, Keramat Wangsa

Nurul Husna 
013-449 3803
Kawasan liputan:PV20, Setapak


Hanis 011-2650 9807
Kawasan liputan:PV20, Setapak, Kulim Kedah 


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERAK 

Siti Asfariza
017-662 6772
Perak

-------------------------------------------------------------------------------------

KELANTAN

Nur Jannatulajilah Bt. Mohtar
014-826 4957 / 011-940 7744 :: jannatulajilah2013@gmail.com
Kawasan liputan: Kampung Ajil Baru, Pulai Chondong kelantan

Rabu, 18 Februari 2015

SUNNAH RASUL ITU MUDAH MAKA MARI AMALKAN

Assalamualaikum.

Sunnah Rasul adalah sebarang perkataan mahupun perbuatan yang disandarkan kembali kepada Nabi Muhammad S.A.W. Baru-baru ini saya mendapat karikatur yang sangat comel tetang beberapa sunnah yang mudah diamalkan. Jadi, saya kongsikan kembali dengan anda. Yuk amalkan sunnah mudah ini.