Omega Guard adalah salah satu vitamin yang disarankan ketika hamil. Seronoknya, pada kehamilan kali ini saya telah mengamalkannya sejak trimester ke 2 iaitu sejak 4 bulan usia kandungan.
Omega Guard adalah minyak ikan (bukan minyak hati ikan @ Cord liver oil) yang kaya dengan Fatty Acid omega 3. Apa maksudnya? Setiap biji kapsul Omega mengandungi 330mg omega 3 yang terdiri daripada 180mg EPA (eicosapentaenoic acid) dan 120mg DHA (docosahexanoic acid). Nampak tak betapa aslinya minyak omega guard shaklee ini. EPA dan DHA yang sangat tinggi memang menjanjikan keaslian yang tidak boleh dipertikaikan!
KEBAIKAN OMEGA 3
Kajian jelas menunjukkan, DHA membantu pembinaan otak bayi dalam kandungan. Ini akan membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas serta memudahkan perkembangan pembelajaran mereka. Kanak-kanak yang mengalami attention-deficit-disoder (ADD) a.k.a sukar menumpukan perhatian didapati kurang kandungan DHA.
Masalah ADD menggangu kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran dan lambat memahami arahan mahupun daya ingatan yang sangat lemah. Akibatnya, mereka sering menjadi sasaran kemarahan orang disekitar yang tidak memahami. Malahan, tanpa rawatan yang sesuai, kanak-kanak dengan masalah ini akan tertinggal dalam pembelajaran.
Malahan 2 kajian lain terhadap omega 3 mendapati, ibu hamil yang mengambilnya melahirkan bayi yang rendah risiko alahan dan ekzema. Kajian ini sangat penting memandangkan ramai bayi yang dilahirkan mengalami alahan dan ekzema yang teruk sehingga membawa kepada masalah yang lebih berat seperti jangkitan kuman dan kesukaran untuk tidur.
Bayi yang mengalami alahan juga sukar untuk mengambil makanan yang berkhasiat akibat dari ketidak tahanan badan mereka terhadap beberapa jenis makanan seperti telur, gandum, susu dan sebagainya. Pada kebiasaannya, alahan menyebabkan kanak-kanak kurang nutrisi akibat ibu bapa yang tidak peka terhadap masalah ini. Anak yang kurang nutrisi akan mengalami masalah tumbesaran tubuh badan mereka secara normal.
BAGAIMANA OMEGA GUARD MEMBANTU

Kandungan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee sangat tinggi dan asli. Masalah-masalah berkaitan otak banyak berpunca akibat neuron yang tidak berhubung di dalam otak. Apabila neuron tidak berhubung, bahagian-bahagian otak akan gagal menjalankan fungsi masing-masing. Di sinilah pentingnya Omega 3 yang akan menghubungkan semula neuron-neuron ini.
ANDA SUDAH PAHAM?
Ha... faham kan kenapa ibu hamil sangat perlu mengambil Omega Guard Shaklee. Kita hanya berusaha, apa-apa jua hanyalah Allah yang layak menentukan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
sumber mums omega3 for treatment neuron
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Memang superb makan omega sebab boleh kontrol berat time preggy
BalasPadam