COMFORT ZONE KITA

Assalamualaikum

Malam tadi, saya tidur awal kerana minda dan tubuh yang sangat letih. Lebih-lebih lagi perut semakin tidak selesa kerana memasuki usia kandungan 8 bulan. Bangun je, tengok anak-anak tak tidur lagi. Amboiiii awat anak-anak kecik ni masih berjaga. Abah pun dah lama mimpi. Saya tukarkan pampers Akhtar, paksa Adhwa kencing dan buatkan susu panas untuk keduanya. Then tunggu depa tido. Peh tu...mata pun cerah. Almaklum, saya masuk tidur sekitar 9 malam. Ni dah pukul 1.00 pagi. Tak tau nak buat apa.

Dah macam tu, apalagi, 'bersihkan hati' kejap dan mula surfing muka buku. Ha, malam-malam macam ni, kalo saya jalan-jalan kat muka buku, cari inspirasi dari frenlist yang ada. Agak lama tak baca status seorang yang baru saya follow. Beliau sangat menarik perhatian saya - Faiz Sufi - namanya. penulisan yg santai, mudah nak hadam, bahasa yang simple. Semuanya menjadikan beliau menarik untuk diikuti. Malam tadi ada beberapa perkara yang mengingatkan saya tentang bisnes. Saya suka status beliau itu. Saya kongsi dengan anda ya....


FAIZ SUFI:

Life begin at the end of your comfort zone.
get out from it.


Dulu aku tak percaya kata-kata mentor Niaga Melayu,
mereka suruh keluar dari kawasan selesa,
dan terjun ke kawasan huru hara untuk mencipta kejayaan baru.

Hari ini, baru aku rasa sendiri.

Semakin selesa, semakin rasa lemau.
Ibarat biskut dalam tin yang masuk angin.

Define to me what is kebebasan masa ?

D > 24 jam duduk saja tak buat apa-apa.
E > 24 jam boleh buat pelbagai perkara, semua masa terisi.

Terima kasih cikgu niaga.

" Dont talk about my journey if you
dont walk into my shoes "

Nak rasa apa perasaan Makcik Cleaner ?
bekerjalah sebagai cleaner seminggu.

Nak rasa apa pemikiran orang orang kaya ?
Jadikanlah diri kita kaya juga.

I must leave this comfort zone.


Lupa dan usah dibangga kejayaan masa lalu,
Gerak ke hadapan cipta kejayaan baru dalam hidupmu.


Jangan jadi LEMAU.
Nak six pack, kena kasi tekanan kat tubuh di gym
Kalau belai lembut manja, jadi gemuk gedempol.
Jangan Lemau !


Macammana, nampak tak. Jangan dikenang-kenang kejayaan lampau. Apatah lagi kegagalan masa silam. Hidup ini akan bermula apabila kita keluar dari zon selesa kita. Saya terasa saya dah lemau sebab lama sangat dalam zon yang empuk-mulus ini. Jom gerak! Banyak yang perlu di capai!

Jika anda suka artikel ini, jom kongsi dengan ramai lagi rakan-rakan ya. Inspirasi anda mungkin juga menjadi inspirasi anda.


1 comments:

Follow Us @soratemplates

Pengikut

PELAWAT

INSTAGRAM

Categories

Tags

JOM BORAK

BIODATA

YUSWIRDA MOHAMAD YUSAK
DOB: 4 MEI
Kampung: SEKINCHAN, Selangor
Pendidikan:
2010 – MSc in Remote Sensing UTM (Research)
2005 – BScience Remote Sensing, UTM
2000 – Sek. Agama Menengah BESTARI JAIS, USJ, Selangor
1998 – Sek Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
1995 – SK Sungai Nibong, Sekinchan
Kerjaya:
2013 - Current - Shaklee Independent Distributor
2008 - Current  - GIS Analyst, SAPURA

Email: awilskema@gmail.com

INFO BIODATA

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Taman Setiawangsa (Keramat Wangsa), KL. (Shaklee ID : 926196). 

Cash On Delivery (COD) sekitar Setiawangsa, Keramat, Masjid Negara, Kg. Dato Haron PJ, Sekinchan & Sg. Besar.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Skynet. 

Apabila membeli vitamin di emakskema.com, anda bakal memperolehi:- 
= Harga Istimewa
= Jadual Pemakanan Vitamin
= Konsultasi Berterusan Percuma
= Jemputan Ke Group Facebook Exclusive  
= Peluang Menjana Income dengan SHAKLEE  

Hubungi Emakskema di:
013-3786399 
awilskema@gmail.com

PROMO MEI 2018

Popular Posts