
Saya suka jika anda bercita-cita mahu menjadi ahli shaklee. Lagi saya suka jika anda mahu menjadi pengedar shaklee. Lagi-lagi suka jika anda mahu menjadi pengedar shaklee yang berjaya. Kerana apa? Bila anda berjaya, anda akan membantu lebih ramai orang di sekeliling anda. Sebab, orang yang berjaya, akan berusaha menarik orang lain agar berjaya seperti mereka. Tak percaya?
"Tak pernah pun jumpa orang yang macam ni!"
Jika inilah yang terdetik dalam hati anda, maksudnya anda belum berjumpa lagi dengan orang yang telah berjaya. Serius, saya telah jumpa ramai orang yang berjaya dan mereka menarik orang di sekeliling mereka untuk berjaya bersama-sama. Mereka bukan calang-calang orang. Jutawan muslim/muslimah yang muda dan sangat berjaya. Mereka mesra, tidak lokek dan sangat positif.
Mari saya kongsikan rahsia kejayaan Master-master yang super powerfull dalam jaringan family besar saya...Euphoria. Mereka bukan calang-calang ya. Anda harus ambil 5 rahsia ini supaya berjaya seperti mereka.
Rahsia Pertama: BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN

Prinsip yang dipegang semasa saya jadi PRS (pembimbing rakan sebaya) semasa di sekolah menengah dulu. Bantu diri, untuk bantu orang lain. Sebagai SID (Shaklee Independent Distributor), tugas kita bukan menjual produk semata-mata, tapi berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang lain. Untuk berkongsi, kita mesti terlebih dulu memilikinya. Milikilah rasa cinta terhadap kesihatan dan keunggulan Shaklee, rasa nak berkongsi akan datang tanpa perlu dipaksa.
Dalam Shaklee, kita bukan saja berhubungan dengan pelanggan (pengguna Shaklee) tapi juga ahli-ahli dalam jaringan kita. Untuk bantu anak cucu di bawah kita, diri kita sendiri mestilah terlebih dulu bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang perlu (seperti yang disarankan oleh mak Shaklee kita). Kalau kita sendiri tak pernah melakukannya, bagaimana mungkin kita boleh berkongsi kebaikannya dengan orang lain bukan.
Rahsia Kedua : BERUSAHA UNTUK IKHLAS

Rahsia Ketiga : SABAR

Saya tak tahu kalau ada bisnes yang boleh memberi keuntungan dalam masa sehari dua, dan berterusan. Dalam Shaklee, ia adalah satu proses membina. Nak bina sesuatu dari tiada apa-apa, bukan mudah. Banyak benda kena buat, dan prosesnya bukan sekejap. Lebih-lebih lagi kalau target akhirnya sangat besar. Lihat saja bangunan pencakar langit di Malaysia. Proses pembinaannya tidak mengambil masa seminggu… malah bertahun. Kalau belum berhasil, harus usaha lagi dan perbaiki, bukan terus berhenti atau menyalahkan orang lain.
Rahsia Keempat : BISNES DENGAN ALLAH
Ramai orang pandang bisnes sebagai punca duit. Duit punca kekayaan. Kekayaan punca terjerumusnya Qarun, serta tercampaknya Firaun dan Haman ke dalam api neraka. Bila kita ada persepsi macam itu, kita akan jadi takut nak bercita-cita tinggi, apa lagi nak jadi kaya. Takut jadi orang kaya dan berjaya sebab takut tak dapat masuk syurga. Semoga Allah jauhkan dari semua itu. Kerana itu pentingnya kita menjadikan Allah sebagai ‘rakan bisnes’ kita. Setiap keuntungan kita, ada bahagian milik Dia. Setiap usaha kita, ada bahagian milik Dia. Jadi, jangan usaha kuat-kuat, bila untung celebrate untuk diri sendiri saja… Usaha seiring dengan cita-cita yang tinggi, doa dan tawakal. Bila dapat untung, bayar Dia dengan zakat, sedekah dan pelbagai cara kebaikan.
Rahsia Kelima : JANGAN PUTUS ASA

Bisnes mana-mana pun, malah dalam apa yang kita buat, tiada jaminan akan berjaya terus. Malah, tersurat dalam al-Quran “inna ma’al usri yusro” sesungguhnya bersama kesukaran akan ada kesenangan. Untuk mendapatkan kemudahan, kesenangan, kejayaan, harus tempuhi tempoh kesukaran terlebih dulu… Tempoh berusaha, bukan sesuatu yang seronok. Namun percayalah, setiap malam akan ada siangnya, setiap mula pasti ada akhirnya. Setiap usaha pasti ada habuannya. Syaratnya, jangan putus asa.
Sumber: Lynanoh
Macammana? Susah ke nak buat 5 rahsia utama ni? Tak susah pun kan. Senang sangat-sangat. Jika anda telah menetapkan matlamat, maka kejar dan jadikan ia realiti. Jangan jadikan impian hanya sekadar impian.
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila sebarkan. Mudahan lebih ramai orang yang akan berjaya!
Sertai keluarga kami. Insyaallah kami bantu anda sehingga anda mencapai kejayaan.
0 comments:
Catat Ulasan