
Semalam saya ada event di Shah Alam Convention Centre. Meriah tak meriah, ia adalah majlis MOTIVAION & RECOGNITION RALLY CUM RAYA CELEBRION (CENTRAL). Nak kata tak meriah tu, dewan penuh la jugak. Peh tu ramai yang tak dapat tempat duduk, kene la berdiri kat belakang.
Dewan penuh. Gambar awek cun yang tengaok ke kamera ni, adalah my Granny Arnie(GM). Cer teka umur dia. Ha cun macam single lagi.
Majlis-majlis seperti ini, memang sering diadakan oleh shaklee sebagai motivasi kepada semua pengedarnya. Ye lah, meraikan kejayaan semua pengedar kan. Kita akan rasa sungguh istimewa. Presiden Shaklee International pun turun juga iaitu Mr. Bradford Richardson. Beliau memang menunggu-nunggu sebarang majlis di Malaysia. Kerana, menurut beliau Malaysia sangat menarik, dengan pencapaian semua SIDnya, dengan kemeriahan budayanya...beliau memang sukakan Malaysia.
Ini adalah My Aunty Tuty Rahiza bersama Mr.Bradford Richardson, Presiden Shaklee International.
Dalam majlis ini, alhamdulillah saya pun mendapat pengiktifaran. Dapatlah angkut 1 family naik pentas. Rasa seronok... xde yg ditinggal. Sebenarnya inilah salah satu perkara ISTIMEWA tentang shaklee. Ia adalah perniagaan keluarga. Naik pentas bawa baby...bawa anak... bukan pasangan je yang kita bawa. Tak pernah mana-mana majlis pengiktirafan yang benarkan orang terima anugerah bawa anak kecik naik pentas. Sungguh. Saya sering juga menjenguk event2 (gambar) MLM lain. Kompem2 anak kecik tiada. Zero kanak-kanak ok. Tapi beza sangat-sangat dengan shaklee. Itu sebabnya saya jatuh cinta dengan bisnes ini. Jangan la pulak kata ni local... anda tak tengok la yang peringkat international..memang anak elok je dibawa naik pentas. Tu lain kali saya tunjuk pada anda ok.

Ok gambar Kami sekeluarga di atas pentas. Bestkan..Angkut 1 family gitu

Semestinya gambar mak buyong yang sangat ceria dan bersemangat walaupun dah sarat. Alhamdulillah, berkat rajin amalkan vitamin yang bagus. My laling pun ceria je, senang hati datang event kali ini.
Dalam majlis ini, jumpa la family bizz saya. Ada mummy bizz Hanis amin yang turut dapat anugerah dan rakan-rakan perjuangan yang lain. Oh saya tak sempat nak kumpul dan ambil gambar bersama mereka. Ruang yang sesak sebab ramai sangat yang datang. So saya tepek je gambar family GM yang lain disini.

Ini Mummy bizz saya Hanis Amin. Close up wajah kami yang bersih tak bercela kan. Ha nak macam kami, kene rajin makan vitamin tau.

Mummy dan granny. Semua kendong anak-anak.
Kat bawah ni rakan-rakan GM yang lain. Semua comel lote.
Amacam...best kan. Seronok ada bizz yang macam ni. Kita bukan sahaja sihat, malahan hati selalu ceria dapat family bizz yang awesome. Jika anda nak menyertai kami, jangan segan2 ya. Lekas-lekas daftar dengan kami!
