This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Khamis, 14 Ogos 2014

TESTIMONI BUASIR AKHIRNYA MENYERANG TANPA DISEDARI

Assalamualaikum.


testimoni buasir sembuh, testimoni buasir shaklee, testimoni set buasir

Masih lagi kisah BUASIR. Sebenarnya ramai yang tidak sedar diri mereka mengalami masalah buasir. Kebetulan terdapat segelintir orang yang tidak suka membuang air besar @ berak setiap hari. Tanpa disedari, sikap suka menahan berak, kekurangan air, membawa kepada masalah buasir. Wanita yang mengandung turut berisiko mengalami masalah ini. Oh, saya perlu berhati-hati kerana saya juga sedang mengandung.

Saya ada kisah yang menarik dari seorang rakan. Jom ikuti kisah beliau tentang buasir.

Saya mengambil mudah masalah membuang air besar tanpa sedar kesannya. Asalnya saya seorang yang mudah untuk membuang. Akibat tidak suka berada dalam jamban setiap hari, saya suka menahan berak. Tabiat ini dipupuk sejak kecil lagi. Akibatnya, saya hanya membuang setiap dua hari. Tetapi tabiat minum air kosong selepas bangun tidur menyebabkan rasa mahu membuang tetap hadir setiap pagi. Malangnya saya terus menahan berak dan menunggu hari esok untuk membuang.

Setelah saya meningkat dewasa, kesannya mula kelihatan. Pada awalnya saya tidak sedar yang ianya adalah masalah buasir. Saya mengalami tanda-tanda buasir peringkat 1--> Buasir yang hanya berdarah. Jujurnya telah bertahun gejala ini menimpa saya. Tetapi saya tidak sedar kerana tidak tahupun ianya adalah buasir. Keadaan semakin teruk sebenarnya. Saya seorang yang mengambil air lebih dari 4 liter sehari. Tetapi saya mengalami masalah najis yang keras. Ia amat menyiksakan. Kadang-kala, selepas membuang, saya perlu mengepam selepas 1 atau 2 jam kemudian. Kerana najis keras dan tidak mengalir. Selain itu, darah mengiringi najis dan rasa perit setiap kali membuang. Rasa macam dubur terkoyak kerana pedih terkena air.



testimoni buasir sembuh, testimoni buasir shaklee, testimoni set buasir
Darah mengiringi proses membuang air besar.

Akhirnya setelah bertahun mengidap Buasir peringkat 1, ia melarat ke peringkat 3. Saya menyedarinya apabila mengandung dan ketika Ramadhan menjelang. Ketika berpuasa, badan sangat kekurangan air. Ia menyebabkan masalah saya semakin teruk. Asalnya saya pelik dengan kesakitan dibahagian dubur. Saya meneka-neka masalah ini dan mula mencari maklumat. Akhirnya setelah membaca berkaitan buasir, saya sedar... saya pengidap buasir. 


Saya sangat takut apabila mengetahui saya mengidap masalah ini. Ketika ini baru saya sedar, betapa dasyatnya kesan kecuaian saya dulu. Saya mula mencari gabungan vitamin shaklee yang sesuai untuk mengubati buasir. Ketika baru mencuba gabungan vitamin  ini, timbul rasa takut. Saya takut sekiranya masalah saya tidak dapat diubati. Di saat ujian kehamilan yang getir ini, timbul masalah lain. Almaklum, kesan hanya mula kelihatan selepas 3 hari. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan. Setelah saya konsisten mengambil gabungan vitamin shaklee yang disarankan untuk masalah buasir, Buasir saya mengecut setelah 2 minggu. Rasa sakit juga tiada lagi. Bengkak juga telah hilang. Saya bersyukur sangat-sangat. Hilang kerisauan saya sebelum ini.


Hmmm, penyakit kebiasaannya menyerang secara senyap dalam tempoh yang lama sebelum kita menyedarinya. Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat. Makan secara seimbang, bersenam, ambil vitamin tambahan untuk mencukupkan keperluan badan dan sentiasa tambah pengetahuan kita tentang keadaan semasa. Semoga anda semua dan saya sentiasa sihat dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna tanpa penyakit.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.







Jumaat, 8 Ogos 2014

PROMOSI BULANAN :: GLA COMPLEX :: OGOS 2014

Assalamualaikum.

Bulan Ogos adalah bulan kesihatan wanita. Ha kenapa saya kata begitu? Sebab Shaklee mengadakan promosi vitamin yang mampu menstabilkan hormon dalam tubuh wanita. Ya itulah dia GLA COMPLEX.

shaklee promo ogos 2014
Manfaat GLA Complex?

Secara ringkasnya seperti berikut:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
  • Membantu dalam menangani menopos
  • Menghalus-muluskan kulit wajah
  • Menjadikan wajah bercahaya 
  • Meningkatkan potensi mendapat zuriat
  • Meningkatkan kehangatan hubungan suami isteri

Tahukah anda, promosi ini menyebabkan anda jimat sehingga RM91 ++.Jika anda mendaftar sebagai ahli, anda akan mendapat penjimatan yang berganda-ganda. Tak rugi... diri sihat, poket selamat, hidup lebih sejahtera. Jom, hubungi saya segera.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


 

Khamis, 7 Ogos 2014

GEJALA BUASIR DAN JENIS-JENISNYA


Assalamualaikum.

Lama saya tidak mengupdate info. Maaf la sidang pembaca yang dikasihi. Cabaran mengandung kali ini agak getir. Banyak yang perlu dilalui sebelum mencecah ke tahap agak normal sekarang. Ha kali ini saya nak kongsikan info berkaitan BUASIR. Selalu je kita dengar tapi tak paham pun macammana masalah ni. Jadi, jangan ketinggalan baca dengan teliti artikel ini ok.

APA DIA BUASIR


apa dia buasir

Buasir adalah disebabkan pembengkakkan dan  pergerakan kebawah ‘anal cushions’ iaitu suatu struktur normal yang terdapat dibahagian hujung ‘rectum’. ‘Anal cushions’ ini terdapat secara semula jadi pada semua orang termasuk bayi yang baru lahir dan ia adalah struktur menebal yang terdapat dibahagian lapisan dalam dihujung rectum sehingga ke bahagian atas anal canal yang mengandungi saluran darah arteri dan venus, tisu elastic dan juga tisu fiber.

‘Anal cushion’ ini berfungsi untuk memberikan “Fine Control” kepada ‘anal sphincter’. Ia akan menjadi buasir bila membengkak dan bergeser kebawah. Sekiranya kesemua bahagian ‘anal cushions’ ini dibuang kita akan mengalami kekurangan sekitar 20% kawalan ‘anal sphinter’ dan akan menyebabkan kita akan mengalami kesukaran untuk mengawal ‘kentut’ dan pembuangan najis. 

Penyakit buasir sebenarnya mudah dicegah dan rawatan nya adalah tidak terlalu sukar sekiranya dirawat sebaik saja gejala-gejalanya mula di kesan.Tanpa rawatan awal buasir cenderung progresif dan bertambah teruk dari masa ke semasa.

JENIS - JENIS BUASIR

Terdapat dua jenis buasir iaitu dalaman dan luaran.
  1. Buasir dalaman adalah apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. 
  2. Sementara buasir luaran pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur.

Buasir Dalaman:
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang tertekan, teregang dan kadangkala ianya boleh pecah dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. Buasir dalaman ini juga boleh menyebabkan pesakit merasa ada ‘ketumbuhan’ (prolapse) terkeluar dilubang anus mereka terutama ketika membuang air besar.

• Buasir Luaran:
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya

Buasir dalaman atau Internal haemorroids boleh dibahagikan kepada 4 peringkat (stage):


Stage I  : Buasir hanya berdarah saja, tetapi tidak terkeluar
Stage II  : Buasir terkeluar dan boleh masuk dengan sendirinya, samada berdarah atau tidak
peringkat buasir


Stage III : Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula ke dalam dengan jari, samada berdarah atau tidak  
Stage IV : Buasir terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula
peringkat buasir
SUMBER: BUASIR

Selasa, 5 Ogos 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Dikesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIJ.