Khamis, 5 Jun 2014

TENANGKAN HATI KITA DISAAT HATI GUNDAH

Assalamualaikum.

Hati saya tidak tenang. Akhir-akhir ini telalu banyak isu berkaitan umat Islam yang mencengkam hati. Saya merasa susah hati. Saya rasakan terlalu ramai orang mendabik dada lebih pakar daripada 'ahlinya'. Walau apa penjelasan yang diberi, mereka ini tetap tidak mahu menerima. Oh saya insan biasa, tidak mampu untuk tolong menjawab segala ketidakpuasan hati mereka. Jika penjelasan yang jelas pun mahu diputar belitkan, maka saya mengalah. 

Hati saya gundah, mereka ini  tidak lagi mahu mencari yang benar. Sebaliknya mereka senang mencari yang salah. Menyalahkan orang di sana sini, tidak lagi menilik salah diri sendiri. Jadi, jalan terbaik adalah kembali kepada pencipta. Ya Allah, doaku mudahan mereka sedar. Marilah tenangkan diri, hayati istigfar yang sangat menyentuh hati ini. Moga anda juga bertambah tenang apabila mendengarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...