Selasa, 8 April 2014

KEKURANGAN KALSIUM MENYEBABKAN WANITA BERISIKO BENGKAK LEHER

Assalamualaikum

Kalsium berperanan sangat besar dalam kesihatan . Wanita yang mengalami kekurangan kalsium berisiko mengalami gangguan hormon tiroid yang boleh mencetuskan kerapuhan tulang dan batu buah pinggang .

Penyakit hipertiroid atau primary hyperparathyroidism ( PHPT ) dianggarkan dialami oleh 1 dari 800 wanita dalam hidupnya . Penyakit tersebut paling sering dialami wanita usia post – menopause .

PHPT disebabkan oleh kelenjar paratiroid terlalu aktif mengeluarkan hormon paratiroid . Selain berkaitan dengan gangguan buah pinggang dan kerapuhan tulang , penyakit ini juga meningkatkan risiko tekanan darah tinggi , serangan jantung , dan stroke .

Dalam laporannya di British Medical Journal , para penyelidik menyebutkan bahawa pengambilan kalsium yang cukup boleh mengelakkan gangguan tiroid .

Orang dewasa memerlukan sekitar 700 mg kalsium setiap hari . Keperluan kalsium boleh didapatkan dari ikan , susu , dan produk derivatif , sayur-sayuran berdaun hijau , serta kacang – kacangan .

Kajian mengenai manfaat kalsium itu dilakukan dengan melibatkan 58.300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian Nurse ‘s Health Study . Para peserta berusia antara 39 dan 66 tahun di tahun 1986 ketika kajian bermula . Mereka juga tidak punya riwayat PHPT .

Selepas 22 tahun , diketahui bahawa mereka yang cukup mengambil kalsium mempunyai risiko PHPT 44 peratus lebih rendah berbanding dengan yang kekurangan . ( Heri.F / British Medical Journal )

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Membekalkan 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi, 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya, 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.


sumber: Disini

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...