TAK NAK JOIN SHAKLEE SEBAB SAYA TAK NAK BISNESS

Assalamualaikum


Ramai yang salah faham, kalau jadi ahli Shaklee perlu berniaga. Eh, tak perlu pun. Kalau anda nak makan untuk diri sendiri dan ahli keluarga je pun boleh. Macam juga anda daftar keahlian Avon, Cosway, NR, Tupperware. Ada yang daftar memang untuk berniaga, ada pula yang sekadar nak dapatkan harga ahli yang sudah tentu lebih menjimatkan. Anda tak rugi pun mendaftar ahli kerana…

1) Bayaran keahlian sekali seumur hidup. 


                                 
Pembayaran keahlian hanya sekali seumur hidup. Tak perlu renew setiap tahun untuk kekalkan keahlian. Jika anda tidak membeli dalam masa setahun akaun anda akan bertukar menjadi ‘tidak aktif’, walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda buat pembelian automatik ia akan menjadi aktif semula. Tak perlu buat apa-apa.  Keahlian hanya RM65 sahaja untuk seumur hidup (sila tambah postage RM10 untuk semenanjung dan RM20 untuk sabah sarawak untuk penghantaran memberkit)


2) Jimat 20-30% dengan setiap pembelian produk 



Sekarang ni dengan taraf hidup yang semakin meningkat, sudah tentu segalanya kita nak dengan harga yang murah kan. Dengan mendaftar sebagai ahli, anda berhak mendapat harga ahli yang sudah tentu lebih murah dan menjimatkan. Dan yang lebih jimat lagi produknya memang tahan lama. Ada yang boleh guna sebulan, 2 bulan, 4 bulan sampai 6 bulan pun ada.






3) Pembelian berulang


 
Kebanyakan yang dah guna shaklee, biasanya akan repeat order sebab tersangatlah berpuas hati dengan hasilnya. Jadi tak rugi pun daftar ahli sebab anda akan membeli lagi dan lagi dengan harga yang jimat. Bila dah sendiri sihat, cantik, seronok takkan tak nak share dengan ahli keluarga kan. Tentu kita nak mak ayah, suami, adik-beradik dan anak-anak kita pun sihat.



4) Berpeluang dapat bonus

 
Walaupun tak nak buat bisnes, tapi mana tau ada satu bulan anda beli banyak sebab nak beli untuk mak ayah dan ahli keluarga sekali. Untung-untung dapat bonus. Best kan. Beli untuk kesihatan diri tapi dapat pula bonus.



5) Tak perlu riki-riki harga



Tak perlu lagi nak tanya 2-3 pengedar untuk riki-riki harga sebab anda sendiri dah dapat harga ahli. Dan tentunya itu harga yang termurah. Tak perlu lagi nak bertanya sana sini. sekarang pun dah mudah, beli aje secara online dari website shaklee. klik-klik dan shaklee akan pos ke rumah.

Best kan. Tak rugi pun daftar ahli untuk kegunaan sendiri. Kalau nak bisnes pun dialu-alukan. Kami akan berikan guide yang terbaik. Dengan coaching secara online dan offline.

Bagaimana nak mendaftar?

Hubungi kami segera!

KANDUNGAN KALSIUM DALAM MAKANAN POPULAR

Assalamualaikum

Kita suka makan, tapi taka tahu pun berapa banyak kalsium dalam tu. hahaha, mari kita lihat beberapa makanan popular yang kita suka dan kandungan kalsiumnya.


 



TINGKATKAN PENGAMBILAN KALSIUM KETIKA HAMIL

Assalamualaikum.


kalsium dan kepentingannya, keperluan kalsium ibu hamil, kalsium dan tulang, fungsi kalsium, alah laktosa

FUNGSI KALSIUM KEPADA TUBUH

Kalsium penting kepada ibu yang sedang hamil. kalsium merupakan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk membina gigi yang kuat serta tulang yang sihat. Kalsium juga penting kerana membantu darah mengalir lancar, otot dan nadi berfungsi dengan baik serta menyebabkan jantung berdegup dengan normal. Menariknya kalsium disimpan sebahagian besarnya di dalam tulang kita.

KESAN JIKA KEKURANGAN KALSIUM KETIKA HAMIL


Janin di dalam kandungan memerlukan kalsium untuk membesar. Jika ibu tidak mengambil kalsium yang mencukupi dari pemakanan, badan akan mengambil kalsium yang tersimpan di dalam tulang. Akibatnya jisim tulang akan berkurangan dan meletakkan ibu dalam risiko Osteoporosis. Osteoporosis akan menipiskan tulang secara dramatik dan menyebabkan tulang rapuh dan mudah patah.

BERAPA BANYAK KALSIUM YANG MENCUKUPI?

Menurut USRDA, untuk wanita hamil dan yang menyusukan anak yang berumur lebih dari 24 tahun, keperluan kalsium mereka adalah 1200 mg sehari. Bagi yang berumur kurang dari 24 tahun, keperluan kalsium harian adalah diantara 1200mg sehingga 1500mg.

BAGAIMANA JIKA SAYA SEORANG YANG ALAH LAKTOSA A.K.A SUSU?


kalsium dan kepentingannya, keperluan kalsium ibu hamil, kalsium dan tulang, fungsi kalsium, alah laktosa


Bagi mereka yang alah susu, kalsium boleh diperolehi dari sumber makanan lain seperti
  1. Sayuran hijau seperti brokoli, bayam, kangkung
  2. Makanan laut seperti ikan, siput, ketam
  3. kekacang
  4. Puding
Jadi insyaallah, anda memang tiada sebab untuk kurang kalsium. JIka anda ingin supplement, pun boleh. Banyak supplement kalsium di pasaran, dan pastinya saya mencadangkan anda memilih supplement oleh shaklee.

SHAKLEE DAN KALSIUM 

April adalah bulan kalsium shaklee. Ostematrix yang merupakan kalsium bermagnesium adalah sumber kalsium terbaik kerana gabungan keduanya ini. Buat pengetahuan pembaca, kalsium semata-mata boleh membawa mudharat. Untungnya Ostematrix mengandungi magnesium yang menurunkan kadar oksalat dan mencegah pembentukan batu karang. Jadi kita akan selamat insyaallah dengan pengambilan kalsium dari shaklee ini.

Kepada ibu yang hamil, jangan ambil enteng perkara ini. Kekurangan kalsium mudah untuk dikesan oleh ibu hamil. Pernah tak mengalami kekejangan otot ketika hamil? Itu adalah tanda anda kekurangan kalsium. Beringat ya, ketika hamil, kalsium adalah kritikal kepada anda.

Untung saya mengambil ostematrix. 4 biji sehari sudah mencukupi. Ia mudah ditelan dan menghilangkan segala kelenguhan dan kekejangan. JIka anda mahu mencuba, jangan segan hubungi saya. Doa saya, anda diluar sana juga mendapat manfaat ini.

GEJALA SELSEMA DAN BATUK KETIKA HAMIL

Assalamualaikum

Saya tidak sihat beberapa minggu kebelakangan ini. Saya batuk dan selsema dengan agak teruk. Sebagai distributor Shaklee, bukan saya tak ambil vitamin. Tetapi di saat-saat ini, semua makanan atau vitamin kelihatan sangat tidak enak dimata dan sukar ditelan oleh tekak. Oh ye, saya dalam fasa kehamilan trimester pertama. Sudahnya saya hanya mampu menelan vitamin wajib untuk mengekalkan kecerdasan badan tanpa vitamin sokongan yang lain. Jadi, antibodi saya bertambah lemah. Sedang melayan batuk, tiba-tiba suami saya meminta saya membaca artikel oleh Dr. Zubaidi berkenaan batuk dan selsema ketika hamil. Oh, sangat menarik maklumat ini. Jadi saya kongsikan dengan anda:


Apabila seorang wanita sedang hamil, sistem pertahanan badan akan menjadi rendah. Ini bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahim, tetapi puan akan lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan batuk dan selesema. Ini bermakna, ketika hamil sistem pertahanan badan  anda menjadi rendah dan demam selesema akan menjadi lebih teruk. 

Selesema adalah antara tanda puan diserang penyakit sinuditis. Antara tanda lain ialah: 
1. sakit tekak 
2. batuk 
3. hidung tersumbat 
4. sakit kepala 
5. demam 

Bagi wanita yang hamil, saya tidak menggalakkan penggunaan ubat-ubatan kecuali jika ianya perlu dan boleh mengancam nyawa ibu atau bayi dalam rahim. Mustahil bagi puan melindungi diri daripada serangan virus yang menyebabkan selesema, tetapi puan boleh meningkatkan daya tahan dalam tubuh puan. Antaranya ialah: 

1. Makan makanan yang sihat dan seimbang. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Ini akan memberikan sumber mineral dan vitamin antioksida seperti vitamin C yang dapat membantu melawan jangkitan. 
2. Minum banyak air sekurang-kurangnya 1.5 L dalam sehari. Selain air mineral, puan boleh minum jus buah-buahan untuk rehidrasi dan melonggarkan lendiran yang pekat. Cuba kurangkan minuman berkafein atau minuman manis. 
3. Berehatlah apabila rasa perlu untuk meminimakan tahap stres puan. Kadar stress yang tinggi akan menyebabkan daya tahan puan bertambah rendah. 
4. Bersenamlah dengan senaman ringan kerana ia menggalakan peredaran darah dalam badan dan membantu anda melawan jangkitan. 
5. Jika anda merokok, berhentilah. Jika puan tidak merokok, pastikan rumah puan tiada orang yang merokok dan rumah puan tidak dipenuhi habuk
6. Saya juga menggalakkan puan mengambil multivitamin untuk kehamilan. Bincanglah dengan doktor puan terlebih dahulu. 

Saya selalu memberitahu pesakit saya bahawa rawatan yang terbaik bagi selesema dengan meminum air yang banyak dan berehat apabila anda rasa letih. 

KAEDAH PERNAFASAN WAP

Puan juga boleh mencuba kaedah rawatan tanpa ubat. Untuk hidung tersumbat, cuba kaedah pernafasan wap

Tambahkan dua atau tiga titik minyak eukaliptus (menthol) seperti vicks dan minyak kapak ke dalam satu mangkuk air panas. Tutup kepala puan dengan sehelai tuala dan tundukkan kepala sehingga tuala itu turut melitupi mangkuk tadi. Kemudian, tarik nafas supaya wap panas masuk ke hidung untuk membantu membuka rongga-rongga hidung. 

Puan juga boleh membuka air panas di pancuran mandi dan biarkan bilik air itu berwap. Duduk di dalam bilik air selama 10 minit dan bernafas seperti biasa. Sebelum itu pastikan bilik air puan bersih dahulu. 

Untuk melegakan hidung tersumbat pada waktu malam atau ketika puan berada di luar rumah, titikkan minyak eukaliptus (vicks atau minyak kapak) di atas kertas tisu lembut dan hidu tisu itu seberapa kerap yang boleh. 

Jika puan mengalami rasa sakit tekak diikuti dengan batuk, minum air panas yang dicampur madu dan lemon. Gula-gula untuk mengurangkan batuk seperti strepsil juga boleh membantu.

Untuk melegakan sakit kepala atau demam, puan boleh ambil paracetamol mengikut dos yang dinasihatkan oleh doctor atau ahli farmasi. Cuba elakkan menggunakan ubat batuk dan selsema untuk dimakan walaupun ia selamat jika digunakan mengikut dos yang ditetapkan. 

Walau bagaimana pun ubat titik hidung hidung yang mengandungi *oxymetazoline* atau *xylometazoline* selamat digunakan jika kaedah alternatif tidak memberikan kelegaan. Jika tanda-tanda demam selesema dan batuk puan tidak berkurangan selepas beberapa hari, atau puan mengalami rasa sukar bernafas, jumpalah doktor. Mungkin puan mengalami jangkitan yang lebih serius dan memerlukan rawatan lanjut. Wallahu A'lam.

Bagaimana, banyak tips kan. Untungnya shakle ada vitamin c dan multivitamin yang hebat iaitu vitalea. Uh, saya perlu paksa diri menelan vitamin-vitamin ini. WAlaupun rasanya seperti menelan butiran pasir.Doakan saya cepat sembuh ya. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat. 



KEKURANGAN KALSIUM MENYEBABKAN WANITA BERISIKO BENGKAK LEHER

Assalamualaikum

Kalsium berperanan sangat besar dalam kesihatan . Wanita yang mengalami kekurangan kalsium berisiko mengalami gangguan hormon tiroid yang boleh mencetuskan kerapuhan tulang dan batu buah pinggang .

Penyakit hipertiroid atau primary hyperparathyroidism ( PHPT ) dianggarkan dialami oleh 1 dari 800 wanita dalam hidupnya . Penyakit tersebut paling sering dialami wanita usia post – menopause .

PHPT disebabkan oleh kelenjar paratiroid terlalu aktif mengeluarkan hormon paratiroid . Selain berkaitan dengan gangguan buah pinggang dan kerapuhan tulang , penyakit ini juga meningkatkan risiko tekanan darah tinggi , serangan jantung , dan stroke .

Dalam laporannya di British Medical Journal , para penyelidik menyebutkan bahawa pengambilan kalsium yang cukup boleh mengelakkan gangguan tiroid .

Orang dewasa memerlukan sekitar 700 mg kalsium setiap hari . Keperluan kalsium boleh didapatkan dari ikan , susu , dan produk derivatif , sayur-sayuran berdaun hijau , serta kacang – kacangan .

Kajian mengenai manfaat kalsium itu dilakukan dengan melibatkan 58.300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian Nurse ‘s Health Study . Para peserta berusia antara 39 dan 66 tahun di tahun 1986 ketika kajian bermula . Mereka juga tidak punya riwayat PHPT .

Selepas 22 tahun , diketahui bahawa mereka yang cukup mengambil kalsium mempunyai risiko PHPT 44 peratus lebih rendah berbanding dengan yang kekurangan . ( Heri.F / British Medical Journal )

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Membekalkan 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi, 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya, 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.


sumber: Disini

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

PROMOSI APRIL 2014 DARI SHAKLEE

promosi april 2014, kalsium shaklee, tak minum susu, alah laktosa

Assalamualaikum.

Bulan April ini, bulan bertuah untuk sesiapa yang tak minum susu tapi masih mengambil berat keperluan kalsium mereka. Ha, sebab apa, bulan ini, Shaklee telah menawarkan Ostematrix iaitu supplement kalsium yang sangat diperlukan oleh badan kita.

Tawaran
Bentu tawaran adalah BELI 6 Botol, anda dapat:
>> FREE 1 botol
>>JIMAT RM61

Nak lagi tawaran, ha mari REGISTER AHLI ya. Saya jamin lebih banyak RM yang akan anda jimatkan. Lebih banyak KEISTIMEWAAN yang akan anda nikmati sebagai ahli. Jangan lepaskan peluang ya.

Follow Us @soratemplates

Pengikut

PELAWAT

INSTAGRAM

Categories

Tags

JOM BORAK

BIODATA

YUSWIRDA MOHAMAD YUSAK
DOB: 4 MEI
Kampung: SEKINCHAN, Selangor
Pendidikan:
2010 – MSc in Remote Sensing UTM (Research)
2005 – BScience Remote Sensing, UTM
2000 – Sek. Agama Menengah BESTARI JAIS, USJ, Selangor
1998 – Sek Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
1995 – SK Sungai Nibong, Sekinchan
Kerjaya:
2013 - Current - Shaklee Independent Distributor
2008 - Current  - GIS Analyst, SAPURA

Email: awilskema@gmail.com

INFO BIODATA

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Taman Setiawangsa (Keramat Wangsa), KL. (Shaklee ID : 926196). 

Cash On Delivery (COD) sekitar Setiawangsa, Keramat, Masjid Negara, Kg. Dato Haron PJ, Sekinchan & Sg. Besar.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Skynet. 

Apabila membeli vitamin di emakskema.com, anda bakal memperolehi:- 
= Harga Istimewa
= Jadual Pemakanan Vitamin
= Konsultasi Berterusan Percuma
= Jemputan Ke Group Facebook Exclusive  
= Peluang Menjana Income dengan SHAKLEE  

Hubungi Emakskema di:
013-3786399 
awilskema@gmail.com

PROMO MEI 2018

Popular Posts