Assalamualaikum.
Tajuk artikel pertama minggu ini amat mencabar. Hahahaha saya dah tak tahan lagi. Masalah catuan air ditempat kami agak teruk. Orang lain 2 hari ada, 2 hari tak ada air. Kami ni 3 4 hari tak ada air, bila ada, sangat perlahan tekanan dia. Lepas tu sehari je macam minggu lepas. Tak gelabah kau.
Saya kasihan dengan jiran tetangga yang mendiami tingkat 4 dan 5. Air tak sampai ke rumah mereka. Bayangkan... Akhirnya mereka terpaksa mengangkut dari bawah juga. Oh saya mencadangkan kepada en. Suami untuk mempelawa jiran ambil air dari rumah kami je. Sekurang-kurangnya, tak payah menapak sampai bawah kan. Kesian dengan mereka. Bayar... ala halal je. Bukan banyak sangat pun yang boleh disimpan.
Dek kerana tak tahan juga, saya nak mulakan projek baru. Apa dia? Tunggu ye. Esok atau lusa saya cerita dengan anda. Kepada sidang pembaca yang tidak menghadapi masalah air, berjimat cermatlah menggunakan air. Walaupun anda tak bermasalah, pembaziran tetap tidak bagus. Membazir kan sahabat syaitan. Dan syaitan tu tempatnya di neraka. Ok. Ingat ya.
0 comments:
Catat Ulasan