
Saya seperti anda semua, mengikuti perkembangan kes MH370 setiap hari. Saya yang bekerja dalam bidang teknologi juga, amat takjub dengan kes yang luar biasa ini. Dari hari ke hari, saya dapati berita yang disebarkan, semakin menarik. Paling menarik perhatian saya adalah persamaan antara MH370 dengan Kes di Bario pada 2004.
Anda boleh rujuk cerita kes Bario disini. Ia kedengaran tidak logik, tapi apa yang mustahil bagi kita sebagai muslim yang memang sedar alam ini dikongsi bersama makhluk tuhan yang lain? Kes Bario adalah berlaku dimana Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm.Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.
Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba'kelalan.
Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit. Isyarat kawalan automatikjuga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya. Kes ini selesai dengan bantuan dari orang-orang soleh yang dekat dengan Allah.
Maaf jika ada yang tidak bersetuju. Bagi saya tiada yang mustahil mentelahan kita memang berkongsi alam dengan makhluk kasar (yang boleh nampak oleh mata) dan makhluk halus yang kita tak nampak seperti jin dan syaitan).
Ha yang lagi menarik, seorang yang pakar dalam aviasi telah bersuara. Ya
secara berlapik beliau mengingatkan kita ketentuan Allah yang mengatasi
segala-galanya. Mohonlah dari Allah, mintalah bantuan orang yang soleh!
Doa keluarga sangatlah penting. Insyaallah kes ini akan selesai.
Temubual antara pengacara TV3 dan Kapten Noruddin Abdul Majid ~ Juruterbang Boeing 777 MAS
Host: "Tapi, apa bacaan kpt. daripada titik akhir (radar pesawat Boeing 777 MH370) itu?"
Kpt. Noruddin: "Hilang!"
Host: "Kemana?"
Kpt. Noruddin: "Full Stop!. KITA ORANG BERIMAN, ALLAH SWT. MENENTUKAN SEGALA-GALANYA, DUNIA INI KEPUNYAAN PENCIPTA"
Host: "Kalau ia hilang, apakah ia boleh ditemui?. Dan kalau ia ditemui apa cara untuk ia ditemui?"
Kpt. Noruddin:
"ALLAH SWT. MEMBERI KITA SEGALA CARA DAN KUNCI UNTUK MENEMUI APA SAJA.
Jadi kita mestilah menggunakan kebolehah, pengetahuan, kepakaran,
orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini.
Host: "Dalam 1minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan?"
Kpt. Noruddin:
"DOA DARIPADA ORANG-ORANG SOLEH, YANG DEKAT DENGAN ALLAH SWT, DAN JUGA
KELUARGA KERANA DIA SEDANG BEREMOSI. DAN ALLAH SWT LIHAT KETIKA ITU"
Mari kita sama-sama mendoakan mereka ini ditemui.
0 comments:
Catat Ulasan