Assalamualaikum.
Hari ini saya ingin kongsikan kesedaran saya terhadap wang KWSP yang dicarum oleh majikan ke atas kita.
Beberapa hari yang lepas, saya bersembang dengan rakan yang berbisnes. Sembang punya sembang, sampailah kepada income bulanan yang telah dicapainya. Kata beliau kepada saya, income bisnes sambilannya yang terbaru baru menyamai gaji yang beliau dapat bagi kerja hakiki. Ia dikira dengan segala kelebihan perubatan, gaji, alaun dan kwsp yang dicarum oleh majikan. Hmm ketika itu saya tersentak dengan kenyataan KWSP itu. Oh, saya kurang sedar akan hal ini.
Betapa beruntungnya kita, kerajaan mewajibkan majikan mencarum untuk kita. Jadi jika anda mengira pendapatan sebenar, wajar dikira sekali nilai KWSP yang majikan carumkan. Contoh:
Gaji asas: RM2000
KWSP Oleh Majikan 13%= RM260
Jumlah Gaji Anda = RM2260.
Bezanya, gaji asas biasanya kita dapat setelah tolak KWSP dan SOCSO. Tapi KWSP caruman majikan memang tak akan kita rasa langsung kelebihannya melainkan hanya bila pencen. Kira ok lakan, ia adalah tabungan kita di masa tua. Untung dah siap-siap masuk tabung. Tak la kita ambik buat benda lain.
Jadi nasihat saya kepada anda semua, pertama pastikan majikan mencarum untuk anda. Kalau majikan culas, laporkan segera supaya KWSP mengambil tindakan yang sepatutnya. Ia hak anda. Samada banyak atau sangat banyak, ia wang anda.
Nasihat kedua, tolong pastikan anda telah meletak PEWARIS bagi akaun KWSP anda. Seeloknya letakkan nama pasangan. Sebab apa-apa berlaku pada kita, merekalah yang terkena tempiasnya. Jadi biar mereka ada kuasa terhadap simpanan kita itu. Mudahan, semasa kita hidup kitalah sayap kirinya dan apabila kita tiada kita juga sayap kiri itu.
Ok yang seronoknya ada KWSP, ia diambil kira bagi ribet cukai kita. Hmm banyak untung kan. Jadi ia memang bermanfaat. Semoga selepas ini, saya dan anda semua tidak lagi keluh kesah akan KWSP.
0 comments:
Catat Ulasan