Khamis, 20 Mac 2014

BAGAIMANA MEMPROGRAMKAN DIRI UNTUK BERJAYA

Assalamualaikum.



Salam pagi buat anda semua. Hari ni buka email, ada peringatan dari mentor saya, Jurulatih Kejayaan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia - Dr. Azizan Osman. Beliau mengingatkan kepentingan ilmu.

Manusia mudah lupa. Lupa bahawa hidupnya akan mula berubah menjadi lebih baik lagi apabila minda mereka mula ada peningkatan ilmu dan sentiasa bertindak secara konsisten.

Ilmu boleh mengubah hidup manusia 360 darjah. Nak dunia mesti dengan ilmu, nak akhirat mesti dengan ilmu dan nak dunia akhirat juga mesti dengan ilmu.

Dengan ilmu, manusia dapat membina kualiti minda dan emosi. Ia juga memberi kesan ke atas kualiti keputusan dan tindakan individu itu sendiri dengan izin dariNya.



Minda jutawan merupakan satu tahap ilmu serta kefahaman yang diperlukan oleh seseorang bagi membawa dirinya benar-benar ke tahap yang bukan sahaja menguasai minda tetapi dapat meningkatkan kuasa emosi.

Apa yang anda fikirkan merupakan satu doa manakala minda manusia pula umpama ladang subur di mana jika ditanam serta dibenihkan dengan bagus, akan “tumbuh” hasilnya di dalam kehidupan realiti.

Thought become things. Kita boleh “upgrade” minda  dengan pelbagai cara di antaranya;


BERGAUL DENGAN MEREKA YANG SUDAH BERJAYA



Bergaul dengan mereka yang sudah berjaya dan jutawan pada satu waktu yang lama serta belajar khusus dari mereka jika ada yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anda.

Kelilingi diri anda dengan orang-orang yang berjaya. Cara terbaik untuk menjadi berjaya adalah berada dekat dengan ‘aura’ kejayaan setiap hari. Hal ini mungkin nampak megah, tetapi kenyataannya adalah bahawa orang-orang yang berjaya ini mempunyai gaya pemikiran dan kehidupan yang telah direka oleh mereka untuk sentiasa berjaya, dan sangat penting bagi anda juga dikelilingi dalam gaya hidup seperti itu. Belajar dari ilmu yang mereka kongsikan, ilmu bagaimana mereka boleh mencapai kejayaan sehingga sampai ke tahap jutawan.



BEKERJA RAPAT DENGAN ORANG YANG BERJAYA UNTUK JANGKA MASA YANG LAMA



Bekerja rapat dengan mereka untuk satu jangka masa yang lama.

Jangan berhenti setakat bergaul sahaja. Lihat apakah ada kemungkinan untuk anda pelajari dan mengenal mereka yang sudah berjaya ini. Mungkin mereka mengadakan seminar, workshop, persidangan, roadshow atau peluang rangkaian lain, di mana anda boleh bertemu dan bergaul dengan mereka secara peribadi. Mengenali mereka dengan lebih dekat dan lama lagi akan memberikan banyak kelebihan seperti anda dapat mempelajari bagaimana proses kejayaan terhasil, apakah rintangan yang harus ditempuh bagi mencapai impian, teknik “short cut” untuk mencapai kejayaan dan banyak lagi. 



SYUKUR SAYA BERADA DALAM GROUP YANG BETUL DALAM BERBISNES

Kembali kepada diri saya, syukur saya bertemu dengan group yang betul dalam berbisnes. Saya bernaung dibawah group EUPHORIA. Group ini besar dan ramai orang yang dah berjaya. Mereka semua mengamalkan prinsip yang dinyatakan oleh Dr. Azizan Osman. Masing-masing bekerja rapat, bergaul lama dan duplicate kaedah yang diajar oleh mentor  senior yang telah berjaya dan bergelar jutawan.

Bisnes menjadi lebih mudah bila kita buat ikut kaedah yang betul. Dalam group kami, kami dibimbing dari segi produk, plan pemasaran, latihan dan kerohanian. Segalanya berguru. Tak perlu saya teraba-raba mencari jalan lain. Mereka telah merintis jalan tersebut. Tinggal saya ikut dan buat betul-betul. Mudahnya berbisneskan. 

Yang lagi seronok, ukhuwah juga dibina dengan erat. Kami tidak nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Segala benda baik dikongsi bersama. Benda yang buruk diingatkan agar tidak ada yang tersalah jalan. 

Anda bagaimana? Jika ingin bersama kami, hubungi saya. Insyaallah jalan kejayaan terbentang lurus didepan mata anda.




0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...