Assalamualaikum.
Masalah air yang melanda Selangor - KL turut tertempias ke kawasan kami. Yang lebih sadis, 5 hari air tiada. bermula Rabu - 12/3 hinggalah Ahad 16/3. Memang kecoh la, dah la kawasan bukit. Air tak ada pulak tu. Mujur juga kami dan jiran ramai-ramai buat laporan. Malam tu, bantuan pun sampai. Haha, tak sangka sebenarnya. Bagi kami yang pertama kali menerima bantuan air ni, macam teruja je. Apa pun, jom tengok gelagat anak-anak dan jiran tetangga pada malam tersebut.

Akhtar pun tak ketinggalan nak ikut. Marah dia bila saya ajak naik ke rumah. Dia nak join angkat air tau.

Tengok tu, beriaya-iya mengangkat tong air. Bajet perkasa nih.

Jiran kami ada yang sampai buka baju. Rumah jiran ni tingkat 3. Memang berpeluh lah, sorang-sorang buat kan.

Tengok, Barisan panjang pelbagai ragam.

Ni la lori Syabas.

Botol pelbagai saiz ada. Asalkan boleh simpan air.

Memang terbaik la keluarga ni. banyak botol simpanan mereka.

Akhtar yang suka-suka main waktu malam.

Bekas kami 2 tong putih, baldi hijau dan biru. Tapi ulang 3 kali juga lah.. kat rumah bekas besar dan banyak. Syukurlah rumah kami tingkat 2. Tak la sengsara sangat nak naik turun.

Barisan penghuni blok kami.

Ini gambaran dari koridor rumah saya. Lori Syabas dan jiran yang masih menadah air.
Ia adalah pengalaman yang berharga. Syukurlah, malam itu juga, pili air mengeluarkan air. Saya percaya, Allah sengaja menguji kesabaran kami. Alhamdulillah, semua baik sahaja. Saya percaya ujian seperti ini adalah untuk mengajar kita menghargai sumber yang sangat penting ini. Manakan tidak, orang seperti tidak kisah menggunakan air secra tidak berhemah sebelum ini. Nak basuh pinggan, bukan pernah guna air yang ditakung dalam bekas. Mengambil wudhuk, jika ditadah lebih sebaldi. Sedangkan kita hanya perlu sedikit air sahaja untuk urusan-urusan ini. Apabila berlaku masalah ini, baru kita membuka mata. Ia adalah peringatan, semoga kita insaf.
0 comments:
Catat Ulasan