ALASAN KENAPA ANDA MEMERLUKAN ESP

Assalamualaikum

Salam Jumaat... Saya nak ingatkan semua rakan-rakan dan pembaca yang budiman, kenapa ESP perlu untuk kita semua:



IBU YANG MENYUSUKAN ANAK
>Membantu melancarkan penyusuan susu ibu
>Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih pekat dan banyak
>Membantu badan ibu menghasilkan susu yg lebih pekat dan sekaligus menjadikan bayi anda cepat kenyang dan kurang meragam

PENJAGAAN KULIT
>Menganjalkan kulit
>Membantu menghilangkan jeragat dan parut termasuk parut jerawat

KESIHATAN DAN DIET
>Cepat kenyang & membantu dalam pengurusan berat badan
>Memberi tenaga berpanjangan
>Mengekalkan tenaga berjam lamanya
>Meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh
>Membina sel kulit, otot, hormon yg seimbang, menyokong sistem imun badan

HAMIL & KESUBURAN
>Membantu tumbesaran fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
>Uutuk masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yg sihat

PENGIDAP PENYAKIT KRONIK
>Membantu masalah gastrik
>Mengurangkan paras kolesterol
>Mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat
>Menghalang pembentukan batu karang
>Menghalang sel tidak normal membiak menjadi sel kanser
>Menyokong kesihatan jantung & prostat

ESP Shaklee minuman protein yang berkhasiat

SAYA DAH TAK TAHAN

Assalamualaikum.
Tajuk artikel pertama minggu ini amat mencabar. Hahahaha saya dah tak tahan lagi. Masalah catuan air ditempat kami agak teruk. Orang lain 2 hari ada, 2 hari tak ada air. Kami ni 3 4 hari tak ada air, bila ada, sangat perlahan tekanan dia. Lepas tu sehari je macam minggu lepas. Tak gelabah kau.
Saya kasihan dengan jiran tetangga yang mendiami tingkat 4 dan 5. Air tak sampai ke rumah mereka. Bayangkan... Akhirnya mereka terpaksa mengangkut dari bawah juga. Oh saya mencadangkan kepada en. Suami untuk mempelawa jiran ambil air dari rumah kami je. Sekurang-kurangnya, tak payah menapak sampai bawah kan. Kesian dengan mereka. Bayar... ala halal je. Bukan banyak sangat pun yang boleh disimpan.
Dek kerana tak tahan juga, saya nak mulakan projek baru. Apa dia? Tunggu ye. Esok atau lusa saya cerita dengan anda.  Kepada sidang pembaca yang tidak menghadapi masalah air, berjimat cermatlah menggunakan air. Walaupun anda tak bermasalah, pembaziran tetap tidak bagus. Membazir kan sahabat syaitan. Dan syaitan tu tempatnya di neraka. Ok. Ingat ya.

BAGAIMANA MEMPROGRAMKAN DIRI UNTUK BERJAYA

Assalamualaikum.



Salam pagi buat anda semua. Hari ni buka email, ada peringatan dari mentor saya, Jurulatih Kejayaan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia - Dr. Azizan Osman. Beliau mengingatkan kepentingan ilmu.

Manusia mudah lupa. Lupa bahawa hidupnya akan mula berubah menjadi lebih baik lagi apabila minda mereka mula ada peningkatan ilmu dan sentiasa bertindak secara konsisten.

Ilmu boleh mengubah hidup manusia 360 darjah. Nak dunia mesti dengan ilmu, nak akhirat mesti dengan ilmu dan nak dunia akhirat juga mesti dengan ilmu.

Dengan ilmu, manusia dapat membina kualiti minda dan emosi. Ia juga memberi kesan ke atas kualiti keputusan dan tindakan individu itu sendiri dengan izin dariNya.



Minda jutawan merupakan satu tahap ilmu serta kefahaman yang diperlukan oleh seseorang bagi membawa dirinya benar-benar ke tahap yang bukan sahaja menguasai minda tetapi dapat meningkatkan kuasa emosi.

Apa yang anda fikirkan merupakan satu doa manakala minda manusia pula umpama ladang subur di mana jika ditanam serta dibenihkan dengan bagus, akan “tumbuh” hasilnya di dalam kehidupan realiti.

Thought become things. Kita boleh “upgrade” minda  dengan pelbagai cara di antaranya;


BERGAUL DENGAN MEREKA YANG SUDAH BERJAYA



Bergaul dengan mereka yang sudah berjaya dan jutawan pada satu waktu yang lama serta belajar khusus dari mereka jika ada yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anda.

Kelilingi diri anda dengan orang-orang yang berjaya. Cara terbaik untuk menjadi berjaya adalah berada dekat dengan ‘aura’ kejayaan setiap hari. Hal ini mungkin nampak megah, tetapi kenyataannya adalah bahawa orang-orang yang berjaya ini mempunyai gaya pemikiran dan kehidupan yang telah direka oleh mereka untuk sentiasa berjaya, dan sangat penting bagi anda juga dikelilingi dalam gaya hidup seperti itu. Belajar dari ilmu yang mereka kongsikan, ilmu bagaimana mereka boleh mencapai kejayaan sehingga sampai ke tahap jutawan.



BEKERJA RAPAT DENGAN ORANG YANG BERJAYA UNTUK JANGKA MASA YANG LAMA



Bekerja rapat dengan mereka untuk satu jangka masa yang lama.

Jangan berhenti setakat bergaul sahaja. Lihat apakah ada kemungkinan untuk anda pelajari dan mengenal mereka yang sudah berjaya ini. Mungkin mereka mengadakan seminar, workshop, persidangan, roadshow atau peluang rangkaian lain, di mana anda boleh bertemu dan bergaul dengan mereka secara peribadi. Mengenali mereka dengan lebih dekat dan lama lagi akan memberikan banyak kelebihan seperti anda dapat mempelajari bagaimana proses kejayaan terhasil, apakah rintangan yang harus ditempuh bagi mencapai impian, teknik “short cut” untuk mencapai kejayaan dan banyak lagi. 



SYUKUR SAYA BERADA DALAM GROUP YANG BETUL DALAM BERBISNES

Kembali kepada diri saya, syukur saya bertemu dengan group yang betul dalam berbisnes. Saya bernaung dibawah group EUPHORIA. Group ini besar dan ramai orang yang dah berjaya. Mereka semua mengamalkan prinsip yang dinyatakan oleh Dr. Azizan Osman. Masing-masing bekerja rapat, bergaul lama dan duplicate kaedah yang diajar oleh mentor  senior yang telah berjaya dan bergelar jutawan.

Bisnes menjadi lebih mudah bila kita buat ikut kaedah yang betul. Dalam group kami, kami dibimbing dari segi produk, plan pemasaran, latihan dan kerohanian. Segalanya berguru. Tak perlu saya teraba-raba mencari jalan lain. Mereka telah merintis jalan tersebut. Tinggal saya ikut dan buat betul-betul. Mudahnya berbisneskan. 

Yang lagi seronok, ukhuwah juga dibina dengan erat. Kami tidak nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Segala benda baik dikongsi bersama. Benda yang buruk diingatkan agar tidak ada yang tersalah jalan. 

Anda bagaimana? Jika ingin bersama kami, hubungi saya. Insyaallah jalan kejayaan terbentang lurus didepan mata anda.




TIPS MENDIDIK ANAK

Assalamualaikum

Menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak sangat cabaran dan dugaannya. Namun dek kerana anak itu amanah, wajib kita sedaya upaya menambah ilmu, memperbaiki diri, menginsafi kelemahan, merendah diri dan tidak sombong dalam perjalanan mendidik anak-anak. Anak adalah hasil tangan kita. Baik anak...bermakna kita betul dalam mendidik mereka. Perhalusi tiap rezeki yang disuap kemulut anak. Jangan sampai kita menyesal apabila anak yang dikasihi tidak menjadi anak soleh impian kita.

Mencabarnya menjadi ibu bapa, sehinggakan banyak rumah tangga yang berantakan. Syukur pada Allah, kita masih bersama pasangan yang dikasihi dan anak-anak yang disayangi. Hargai mereka setiap masa. Nikmati setiap keindahan dan kesukaran dalam membesarkan anak. Kerana apabila tiba masa mereka dewasa, kita akqn terkenang-kenang saat sukar itu.

Mari amalkan beberapa tips dari Prof Muhaya. Moga ia membantu anda dan saya dalam membesarkan anak-anak:

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf p
adanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

APABILA 5 HARI AIR TIADA DI RUMAH KAMI

Assalamualaikum.

Masalah air yang melanda Selangor - KL turut tertempias ke kawasan kami. Yang lebih sadis, 5 hari air tiada. bermula Rabu - 12/3 hinggalah Ahad 16/3. Memang kecoh la, dah la kawasan bukit. Air tak ada pulak tu. Mujur juga kami dan jiran ramai-ramai buat laporan. Malam tu, bantuan pun sampai. Haha, tak sangka sebenarnya. Bagi kami yang pertama kali menerima bantuan air ni, macam teruja je. Apa pun, jom tengok gelagat anak-anak dan jiran tetangga pada malam tersebut.

 
Akhtar pun tak ketinggalan nak ikut. Marah dia bila saya ajak naik ke rumah. Dia nak  join angkat air tau.

 
 Tengok tu, beriaya-iya mengangkat tong air. Bajet perkasa nih.

 
Jiran kami ada yang sampai buka baju. Rumah jiran ni tingkat 3. Memang berpeluh lah, sorang-sorang buat kan.

 
Tengok, Barisan panjang pelbagai ragam.

 
Ni la lori Syabas. 

  Botol pelbagai saiz ada. Asalkan boleh simpan air.

 
Memang terbaik la keluarga ni. banyak botol simpanan mereka.

 
Akhtar yang suka-suka main waktu malam.

 
Bekas kami 2 tong putih, baldi hijau dan biru. Tapi ulang 3 kali juga lah.. kat rumah bekas besar dan banyak. Syukurlah rumah kami tingkat 2. Tak la sengsara sangat nak naik turun.

 
Barisan penghuni blok kami.

 
Ini gambaran dari koridor rumah saya. Lori Syabas dan jiran yang masih menadah air. 

Ia adalah pengalaman yang berharga. Syukurlah, malam itu juga, pili air mengeluarkan air. Saya percaya, Allah sengaja menguji kesabaran kami. Alhamdulillah, semua baik sahaja. Saya percaya ujian seperti ini adalah untuk mengajar kita menghargai sumber yang sangat penting ini. Manakan tidak, orang seperti tidak kisah menggunakan air secra tidak berhemah sebelum ini. Nak basuh pinggan, bukan pernah guna air yang ditakung dalam bekas. Mengambil wudhuk, jika ditadah lebih sebaldi. Sedangkan kita hanya perlu sedikit air sahaja untuk urusan-urusan ini. Apabila berlaku masalah ini, baru kita membuka mata. Ia adalah peringatan, semoga kita insaf.




PROTEIN HEBAT UNTUK TENAGA BERKEKALAN



KWSP ADALAH GAJI ANDA

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin kongsikan kesedaran saya terhadap wang KWSP yang dicarum oleh majikan ke atas kita.

Beberapa hari yang lepas, saya bersembang dengan rakan yang berbisnes. Sembang punya sembang, sampailah kepada income bulanan yang telah dicapainya. Kata beliau kepada saya, income bisnes sambilannya yang terbaru baru menyamai gaji yang beliau dapat bagi kerja hakiki. Ia dikira dengan segala kelebihan perubatan, gaji, alaun dan kwsp yang dicarum oleh majikan. Hmm ketika itu saya tersentak dengan kenyataan KWSP itu. Oh, saya kurang sedar akan hal ini.

Betapa beruntungnya kita, kerajaan mewajibkan majikan mencarum untuk kita. Jadi jika anda mengira pendapatan sebenar, wajar dikira sekali nilai KWSP yang majikan carumkan. Contoh:

Gaji asas: RM2000
KWSP Oleh Majikan 13%= RM260
Jumlah Gaji Anda = RM2260.

Bezanya, gaji asas biasanya kita dapat setelah tolak KWSP dan SOCSO. Tapi KWSP caruman majikan memang tak akan kita rasa langsung kelebihannya melainkan hanya bila pencen. Kira ok lakan, ia adalah tabungan kita di masa tua. Untung dah siap-siap masuk tabung. Tak la kita ambik buat benda lain.

Jadi nasihat saya kepada anda semua, pertama pastikan majikan mencarum untuk anda. Kalau majikan culas, laporkan segera supaya KWSP mengambil tindakan yang sepatutnya. Ia hak anda. Samada banyak atau sangat banyak, ia wang anda.

Nasihat kedua, tolong pastikan anda telah meletak PEWARIS bagi akaun KWSP anda. Seeloknya letakkan nama pasangan. Sebab apa-apa berlaku pada kita, merekalah yang terkena tempiasnya. Jadi biar mereka ada kuasa terhadap simpanan kita itu. Mudahan, semasa kita hidup kitalah sayap kirinya dan apabila kita tiada kita juga sayap kiri itu.

Ok yang seronoknya ada KWSP, ia diambil kira bagi ribet cukai kita. Hmm banyak untung kan. Jadi ia memang bermanfaat. Semoga selepas ini, saya dan anda semua tidak lagi keluh kesah akan KWSP.

MH370 PERKEMBANGANNYA SEMAKIN MENARIK, AYUH BERDOA UNTUK MEREKA

Assalamualaikum

Saya seperti anda semua, mengikuti  perkembangan kes MH370 setiap hari. Saya yang bekerja dalam bidang  teknologi juga, amat takjub dengan kes yang luar biasa ini. Dari hari ke hari, saya dapati berita yang disebarkan, semakin menarik.  Paling menarik perhatian saya adalah persamaan antara MH370 dengan Kes di Bario pada 2004. 


Anda boleh rujuk cerita kes Bario disini. Ia kedengaran tidak logik, tapi apa yang mustahil bagi kita sebagai  muslim yang memang sedar alam ini dikongsi bersama makhluk tuhan yang  lain? Kes Bario adalah berlaku dimana Helikopter Bell 206 Long  Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr  Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh  juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak  pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm.Perjalanan melintasi Bario  bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.

Baru 3 minit berleps, helikopter  itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba'kelalan.

Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit. Isyarat  kawalan automatikjuga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya. Kes ini selesai dengan bantuan dari orang-orang soleh yang dekat dengan Allah. 



Maaf jika ada yang tidak bersetuju. Bagi saya  tiada yang mustahil mentelahan kita memang berkongsi alam dengan makhluk kasar (yang boleh nampak oleh mata) dan makhluk halus yang kita tak nampak seperti jin dan syaitan).


Ha yang lagi menarik, seorang yang pakar dalam aviasi telah bersuara. Ya
secara berlapik beliau mengingatkan kita ketentuan Allah yang mengatasi
segala-galanya. Mohonlah dari Allah, mintalah bantuan orang yang soleh!
Doa keluarga sangatlah penting. Insyaallah kes ini akan selesai.


Temubual antara pengacara TV3 dan Kapten Noruddin Abdul Majid ~ Juruterbang Boeing 777 MAS

Host: "Tapi, apa bacaan kpt. daripada titik akhir (radar pesawat Boeing 777 MH370) itu?"
Kpt. Noruddin: "Hilang!"
Host: "Kemana?"
Kpt. Noruddin: "Full Stop!. KITA ORANG BERIMAN, ALLAH SWT. MENENTUKAN SEGALA-GALANYA, DUNIA INI KEPUNYAAN PENCIPTA"
Host: "Kalau ia hilang, apakah ia boleh ditemui?. Dan kalau ia ditemui apa cara untuk ia ditemui?"
Kpt. Noruddin:
"ALLAH SWT. MEMBERI KITA SEGALA CARA DAN KUNCI UNTUK MENEMUI APA SAJA.
Jadi kita mestilah menggunakan kebolehah, pengetahuan, kepakaran,
orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini.
Host: "Dalam 1minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan?"
Kpt. Noruddin:
"DOA DARIPADA ORANG-ORANG SOLEH, YANG DEKAT DENGAN ALLAH SWT, DAN JUGA
KELUARGA KERANA DIA SEDANG BEREMOSI. DAN ALLAH SWT LIHAT KETIKA ITU"

Mari kita sama-sama mendoakan mereka ini ditemui.



RESEPI ESP YANG MUDAH DAN LAZAT

Assalamualaikum.


Dalam bulan Mac yang mempromosikan ESP, saya yakin ramai yang tercari-cari resepi untuk mengambil ESP dengan mudah dan sedap. Minum macam tu je tak sedap ke? Sedap, tapi saya tahu, ramai orang, banyak citarasanya. Jadi boleh lah kita kongsi-kongsi resepi yang pelbagai kan.
 
Saya paling suka minum ESP dengan susu FM (formula milk) dan air sejuk. Kemudian goncang. Tunggu 5 minit, goncang dan minum. Rasa dia memang terbaeekkk. Lemak berkrim dan kenyang selepas minum. Boleh gantikan sarapan tau. Memang selalu buat bila rasa malas nak ambil makanan berat samada sarapan atau makan tengah hari. Ok boleh usya resepi lain di bawah ya.

Apa yang boleh dan tak boleh dengan ESP?

TIDAK BOLEH dicampur air panas
TIDAK BOLEH diambil lebih 3 sudu besar sehari
BOLEH campur dengan apa-apa air selain kopi dan teh
BOLEH dicampur air suam atau sejuk
BOLEH diminum oleh anak-anak berusia 1 tahun ke atas, orang tua, lelaki ataupun perempuan (utk anak-anak kecik kurangkan dos)

(1) Resepi Lazat ESP – Asas:
 

ESP + Air suam

*Nota: Rasanya seperti air soya buatan sendiri tanpa gula, sedap! Sangat disyorkan untuk individu yang kali pertama/kurang biasa minum protein soya.

(2) Resepi Lazat ESP:


ESP + Fresh Milk
ESP + Fresh Milk + kurma (blend)
ESP + Shaklee MealShake
ESP + Shaklee Performance Drink
ESP + Shaklee Performance Drink + Shaklee MealShake (my favourite!)
ESP + Nesvita 3in1
ESP + Tropicana Twister
ESP + Ribena
ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih, peria, pegaga)
ESP + Milo/Horlicks
ESP + Sirap bandung
ESP + Meal Shake + Aiskrim (buatan sendiri)
ESP + Air suam (apabila kurang rajin, sebab resepi nie paling simple)
ESP + Tropicana Twiter Orange (terutama bila hari panas/ tengah hari)
ESP + Meal Shake + Low Fat Milk (Early morning & Before Bed)
ESP + Performance Drink (minuman wajib bulan Ramadhan)
dan lain-lain… boleh tambah mengikut kreativiti anda.


Banyakkkkkk sangat resepi kan. Cubalah. Anda tak akan menyesal. Semuanya sedap-sedap belaka! Moga artikel kali ini memudahkan anda menikmati ESP.

Nak tahu apa promosi MAC? Lihat disini
Nak tahu kelebihan ESP? Lihat disini


NASYID NOSTALGIA YANG PENUH PENGAJARAN

Assalamualaikum.



Ha, siapa yang tak suka muzik? Saya pasti semua orang pun suka kan. Antara genre yang saya suka adalah nasyid. Saya membesar mendengar banyak lagu-lagu nasyid yang sangat baik lirik dan merdu muziknya. Ia sedikit sebanyak menyemai nilai murni dan cinta Islam dalam hati saya. Syukur sangat saya dengar nasyid-nasyid ini, ia nasihat yang baik dan membantu pembentukan peribadi saya.

Kongsi sikit pengalaman saya dulu-dulu. Saya ni tak la bersuara merdu. Tapi masa sekolah  dulu, pernah juga jadi ketua kumpulan nasyid. Peh tu sempat la juga jadi solo kan. Tetiba ada sebaris lirik dalam kepala saya tadi. Terus search dan jumpa nasyid ni. Ya ini la nasyid untuk lirik yang muncul dalam kepala tu. Syahdu je kan. Jom sama-sama dengar. Sarat dengan nasihat yang menyentuh kalbu.




Untukmu Ibu
Album :
Munsyid : Rusydan
http://liriknasyid.com
--------------------------------------------------
Kurangkapkan syair rindu buatmu
Lalu kujadikan sebuah lagu
Buatku dendangkan untukmu ibu
Tanda kasihku tetap satu

Semerdunya buluh perindu
Tidak semerdu suara kasihmu
Yang pernah dulu mendodoikan daku
Dalam dakapan hikmahmu

c/o

Pernah dulu kau bermadah
Berpeganglah pada tali Allah
Jalan yang gelap nanti tersuluh
Segala yang susah kan jadi mudah

Bila iman menerangi jiwa
Akan tetutuplah lubang dosa
Berwaspadalah jangan alpa
Sesungguhnya syaitan menanti masa

Pagarilah hatimu dengan ketakwaan
Sinarilah ia dengan kemuliaan
Apa yang baik jadikan tauladan
Moga engkau dicintai Tuhan

Berkat usahamu yang tulus murni
Kini tertanam iman yang suci
Disanubariku berbunga wangi
Bakal menghiasi taman yang abadi 


OH CUACA KENAPA KERING SANGAT NI

Assalamualaikum


Apa khabar sidang pembaca sekalian? Alhamdulillah, saya masih sihat dengan ada sikit perit di tekak. Dalam cuaca yang panas dan berjerebu, saya yakin, ramai yang terjejas. Anak dan suami saya sendiri tidak ketinggalan. Cuaca sangat tidak menentu, jadi kita usahalah untuk menjaga kesihatan sebaik mungkin ya.

Suami saya baru balik dari outstation di Terengganu. Sampai rumah, memang cari Performance Drink @ PD. Kenapa? Beliau tahu, apabila badan sangat kekurangan air, ia cepat menjejaskan kesihatan. Lebih-lebih lagi sebahagian besar badan kita binaan asasnya adalah air! Lebih-lebih lagi tempoh hari, programnya berhampiran pantai. Aha tu lah xbawa bekal p sana kannnn. Tapi pandai, balik je dah tau PD perlu segera diambil. 


Apa kebaikan PD dikala musim yang kering berjerebu? Tak lain tak bukan sebab:
  1. Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  2. Memelihara gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Nampak tu. PD ni paling mudah saya umpakan seperti air bertenaga livita, Redbull, Mountain Dew dan lain-lain. Bezanya PD:
  • Jauh lebih murah
  • Boleh bancuh ketika nak minum sahaja
  • Senang disimpan di rumah
  • Tiada gas tambahan
  • Tiada pemanis tambahan
  • Tiada pewarna tiruan
wah banyak tu baiknyakan. Anda tak mahu. Xpe...kami je lah yang minum. Yang penting saya dah kongsi dengan anda benda yang baeeeek sangat ni. Ok, jaga kesihatan ya!



PROMOSI MAC YANG MENGGEGAR KALBU

PROMOSI TERBAIK 2014, HARGA TERKEJUT SHAKLEE 2014, PROMOSI ISTIMEWA SHAKLEE, PROMOSI ESP SHAKLEE,

Follow Us @soratemplates

Pengikut

PELAWAT

INSTAGRAM

Categories

Tags

JOM BORAK

BIODATA

YUSWIRDA MOHAMAD YUSAK
DOB: 4 MEI
Kampung: SEKINCHAN, Selangor
Pendidikan:
2010 – MSc in Remote Sensing UTM (Research)
2005 – BScience Remote Sensing, UTM
2000 – Sek. Agama Menengah BESTARI JAIS, USJ, Selangor
1998 – Sek Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
1995 – SK Sungai Nibong, Sekinchan
Kerjaya:
2013 - Current - Shaklee Independent Distributor
2008 - Current  - GIS Analyst, SAPURA

Email: awilskema@gmail.com

INFO BIODATA

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Taman Setiawangsa (Keramat Wangsa), KL. (Shaklee ID : 926196). 

Cash On Delivery (COD) sekitar Setiawangsa, Keramat, Masjid Negara, Kg. Dato Haron PJ, Sekinchan & Sg. Besar.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Skynet. 

Apabila membeli vitamin di emakskema.com, anda bakal memperolehi:- 
= Harga Istimewa
= Jadual Pemakanan Vitamin
= Konsultasi Berterusan Percuma
= Jemputan Ke Group Facebook Exclusive  
= Peluang Menjana Income dengan SHAKLEE  

Hubungi Emakskema di:
013-3786399 
awilskema@gmail.com

PROMO MEI 2018

Popular Posts