
Saya adalah seorang yang suka maklumat. Jika saya mendengar khabar tentang sesuatu, saya suka untuk mencari maklumat tambahan untuk panduan saya. Bukan tak percaya, cuma memastikan saya tidak disogok oleh satu pihak sahaja atau mendapat maklumat yang terlalu sedikit. Sedikit-sebanyak ia membantu saya menapis maklumat yang sampai.
Saya sangat percaya, ramai di luar sana seperti saya juga. Tidak mudah terpengaruh dengan apa juga khabar yang didengar. Orang-orang seperti ini rajin mendapatkan maklumat tambahan untuk menyokong maklumat asal. Alamak macam berbelit-belit pulak. Tak apa, mudahnya saya nak beritahu anda semua, apa jua yang kita dengar pasti kita nak cari bukti tambahan. Jadi, dah saya dok cerita pasal masalah STO- SENDI TULANG DAN OTOT yang boleh dikurangkan, diatasi, dibaiki masalahnya dengan shaklee; saya kongsi lagi testimoni dari pengguna set sendi shaklee ni.

DULU-DULU SOLAT ATAS KERUSI TAPI SEKARANG TIDAK LAGI
"Permulaan saya belikan untuk emak yang sakit lutut selepas tergelincir di dalam bilik air. Selepas kejadian, emak memang payah nak berjalan jauh.. solat pun atas kerusi. Nak ajak jalan-jalan pun tak nak sebab lutut sakit sangat. Alhamdulillah selepas habis sebotol Advanced Joint Health Tablet Shaklee, memang nampak perubahan emak. Dah boleh buat kerja rumah, mampu berjalan jauh dan yang paling saya suka emak dah tak perlukan kerusi untuk solat ! Bersyukur dan seronok sebab dapat berikan suplemen terbaik untuk emak tersayang". -naturalvitaminshoppe-
STEADY JE TERAWIH 20 RAKAAT
SAKIT BELAKANG BERTAHUN DAH BOLEH ANGKAT TONG GAS
MAK YANG DULUNYA MERANGKAK BOLEH TERAWIH KAT MASJID
Masyaallah hebat bukan. Suka saya ingatkan, kami bukan doktor atau suppliment shaklee ini magik. Kita semua hanya usaha. Benda yang baik dan halal ni harus untuk digunakan dan kita sebagai orang Islam yang cerdik jangan lupa untuk bergantung harap pada Allah. Moga anda semua mendapat keyakinan untuk mengatasi masalah STO masing-masing ye. Selamat mencuba.
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
0 comments:
Catat Ulasan