Selasa, 18 Februari 2014

STO :: SAKIT SENDI FASET TORASIK PENYAKIT WAJIB ORANG YANG KERJA PEJABAT

Assalamualaikum.

Kita masih dalam siri STO- SENDI TULANG DAN OTOT. Saya sedang mengalami masalah ini. Ia adalah masalah yang sering berulang. Almaklum, keyboard warrior...oppsss bukan yang suka kacau-kacau orang itu tahu, tapi saya bekerja menghadap komputer. Jadi masalah ni memang wajib ada.

Sedar tak sedar, sejak zaman belajar lagi saya ada masalah ini. Dulu-dulu macam tak teruk sangat. Ye lah faktor usia. La ni dah 30 siri, jadi memang penyakit mula menampakkan taring. Lagi-lagi dah beranak-pinak. Hendak tak hendak, saya perlu hadapainya dengan tenang, sabar dan cari jalan terbaik untuk mengawalnya.

Artikel kali ini, saya dedahkan semula kepada anda sidang pembaca yang dikasihi, apa dia faset torasik. Moga bermanfaat kepada anda semua:

Oleh DR NIZAR ABD JALIL (Pakar Kesakitan Kronik Hospital Universiti Sains Malaysia)

masalah sakit bahu, masalah sakit tulang kipas, sakit antara tulang belikat, masalah pekerja pejabat, masalah pekerja kolar putih, penyakit keyborb warrior


Jika anda berasa sakit di antara dua tulang belikat atau tulang kipas, anda kemungkinan menghidap sakit sendi faset torasik. Ia adalah penyakit artritis sendi faset pada bahagian vertebral torasik. Gejala ini memang banyak berlaku di kalangan kita tapi tidak ramai pesakit dapat rawatan yang mujarab.
Kenapa begitu? Ini adalah kerana penyakit sendi faset torasik ini sukar dikenal pasti oleh ramai doktor. Malah gejala atau manifestasi penyakit ini jarang disebut dalam buku perubatan moden. Ubat penahan sakit dan fisioterapi saja tidak dapat mengawal sakit ini untuk selamanya.

Apakah sendi faset torasik?

Sendi faset torasik berada di kiri dan kanan tulang vertebral torasik. Tulang belakang torasik terletak pada bahagian tengah menyambungkan vertebral tengkuk (servikal) dan pinggang (lumbar). Setiap segmen mempunyai sepasang sendi faset yang kecil sebesar kacang pis yang berfungsi untuk menyambung dan membenarkan pergerakan putaran di antara segmen vertebral.
masalah sakit bahu, masalah sakit tulang kipas, sakit antara tulang belikat, masalah pekerja pejabat, masalah pekerja kolar putih, penyakit keyborb warrior


Vertebral torasik ini dilindungi dengan dua belas tulang rusuk yang dapat berfungsi menyerap dan mengagihkan tekanan pada sendi faset. Oleh kerana pergerakan harian kita kurang membabitkan vertebral torasik, maka secara perbandingannya, proses kerosakan akibat pergerakan kurang berlaku di sini jika dibandingkan pada bahagian tengkuk dan pinggang. Maka tidak hairanlah ramai doktor tidak arif mengenai manifestasi penyakit artritis sendi faset ini. Oleh kerana tulang vertebral torasik ada 12 kesemuanya, maka kesakitan boleh berlaku di mana-mana sepanjang tulang berkenaan.

Apa gejala sakit sendi faset torasik?

Sakit sendi faset torasik boleh berlaku sepanjang sisi tulang vertebral torasik. Rasa sakit boleh berpunca daripada sendi facet yang mengalami artritis ataupun daripada otot pada kiri kanan tulang belakang yang mengalami keadaan sindrom miofasia. Rasa sakit pada otot biasanya sangat ketara dan pesakit boleh menentukan lokasinya secara terperinci. Gejala yang paling kerap ialah rasa sakit di antara dua tulang belikat atau tulang kipas. Keadaan ini memberikan tip penyakit ini membabitkan sendi faset tulang torasik bahagian atas. Dalam keadaan ini, pesakit juga akan rasa keadaan bahu menjadi lemah dan pergerakan tangan pada sendi bahu tidak bermaya.

Kadang kala rasa sakit pada tulang belikat ini seolah-olah menjalar turun ke tangan. Banyak juga di kalangan pesakit saya mengadu sukar bernafas seperti episod lelah.


Ada juga beberapa pesakit mengadu tidak boleh tidur terlentang kerana posisi berkenaan menyebabkan tekanan kuat pada sendi faset dan mengakibatkan kesakitan yang lebih kuat pada tulang belakang. Selain itu, pesakit yang mengalami keadaan abnormaliti pada tulang belakang seperti skoliosis cenderung untuk dapat penyakit sendi faset ini.

Rawatan yang berkesan

Ubat penahan sakit dan fisioterapi saja tidak dapat mengawal sakit ini untuk selamanya. Itu adalah rawatan biasa yang diberi kebanyakan doktor.

Ada juga doktor yang berani suntik ubat bius pada otot yang sakit. Bagaimanapun, ia hanya melegakan untuk sementara waktu. Rawatan paling berkesan ialah rawatan radiofrekuensi, iaitu suntikan yang bertujuan melumpuhkan saraf sensori pada sendi faset berkenaan. Teknik ini pada prinsip sama saja dengan rawatan radiofrekuensi sendi faset pada tengkuk dan pinggang, tapi daripada segi teknikalnya berbeza kerana ia lebih rumit dan mencabar. Komplikasi yang paling bahaya boleh berlaku ialah kebocoran paru-paru kerana sendi ini hampir dengan paru-paru. Oleh itu jika anda mahu mendapat rawatan, anda perlu pastikan bahawa doktor yang merawat itu benar-benar terlatih.

Pengalaman saya dalam merawat pesakit ini di HUSM, hampir 90 peratus daripada pesakit dapat dikawal kesakitan mereka ke tahap minimum. Tiada komplikasi yang serius berlaku.

SUMBER 

KESIMPULAN DAN PENDAPAT PERIBADI

Saya mohon maaf jika ada pihak yang tersinggung dengan kenyataan saya ini. Saya kurang gembira dengan kaedah rawatan yang disarankan oleh doktor dan perubatan yang sedia ada.
 
Pada pendapat saya, masalah ini sebenarnya tidak dirawat kerana rawatan sedia ada hanya menjadikan otot yang sakit kebas dan tidak dapat merasa kesakitan lagi. Sedangkan sepatutnya kita menyembuhkan otot yang sakit dengan kaedah yang lebih baik seperti memberikan otot nutrisi yang sesuai dan meregangkan ketegangan yang dihadapi oleh otot. Kita juga harus menjaga postur tubuh ketika berjalan, duduk, baring dan ketika melakukan apa jua aktiviti. 

Bagaimanapun ia terpulang kepada individu. Jika anda bertanya kepada saya, pasti saya cadangkan nutrisi bagi masalah sendi tulang dan otot shaklee selain melakukan regangan dan penjagaan postur tubuh ketika beraktiviti. Nutrisi ini, membantu badan kita menyembuh sendiri dengan penghasilan sel yang lebih sihat, menggantikan sel rosak dan memastikan badan berfungsi dengan baik. Pastinya set sendi, tulang dan otot shaklee. Cubalah, insyaallah anda berpuas hati.

 




1 ulasan:

  1. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu .saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALIH katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI ALIH saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI ALIH bagi yang berminat hubungi AKI ALIH di nomor ini: : (((_082 313 669 888_)))atau silahkan dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau Ternyata Bener Terbukti Hasilnya terima kasih. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALIH katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI ALIH saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI ALIH bagi yang berminat hubungi AKI ALIH di nomor ini: (((_082 313 669 888_)))>
    KLIK DISINI

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...