Sabtu, 15 Februari 2014

NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN

Assalamualaikum.




Alhamdulillah, hari sabtu ini bermula dengan sesuatu yang mengejutkan saya. Bagi saya ini adalah satu kejutan. Tanda kemajuan selangkah lagi dalam usaha dan jihad bisnes saya. Sungguh saya terharu, atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Saya tahu Individu yang menghubungi saya pasti membaca coretan saya ini. Terima kasih kak. 

Sebenarnya saya dihubungi oleh seorang kakak dari negara jiran Singapura. Beliau mahukan vitamin untuk anakanda-anakanda yang dikasihi. Sungguh, saya tak sangka, dikalangan ramai-ramai SID di Malaysia, beliau memilih untuk menghubungi saya. Seronok sangat saya rasa.  Usaha saya untuk membantu lebih ramai lagi orang dan menambah nilai hidup mereka telah menjangkau ke luar negara. Allah, ia satu nikmat yang sukar saya nak nyatakan.

Saya seorang yang kerdil. Tapi cita-cita saya besar. Setelah saya sedar dari kealpaan yang panjang, saya semakin jelas tentang hala tuju saya kini. Alhamdulillah ya Allah, besarnya limpah kasihMu hingga mengingatkan ku dengan 5 perkara sebelum 5 perkara. SIHAT sebelum SAKIT. LAPANG sebelum SEMPIT. MUDA sebelum TUA. KAYA sebelum MISKIN dan HIDUP sebelum MATI. Ya sebelum saya pergi menemuinya, saya berdoa agar saya mampu mengumpul sebanyak-banyak amalan untuk dibawa ke kubur. 

Saya ingat, saya ini tak mampu nak pergi jauh. Tak mampu nak buat apa yang saya impikan. Tapi sungguh saya tak sangka, hari ini juga saya diingatkan oleh seorang yang telah berjaya. Seorang yang terpaksa kaya dan berjaya kerana membantu ramai orang. Tuhan itu mengikut sangkaan hamba pada-NYA. Jadi perlu sangat-sangat kita ini bersangka baik, bercakap benda yang baik dan impikan yang baik-baik sahaja. Nasihat beliau adalah seperti ini:

Ramai orang yang masih tak perasan lagi, sebenarnya...apa yang dicakapkan adalah satu doa..Kadang-kadang diorang ni tahu dan dah faham..ye lah dah pegi belajar sana sini pasal ni..Tapi disebabkan dah terbiasa hidup 55 tahun baru tahu pasal ni...ambik masa lah sikit kan...takpa takpa, fahaaammmm....

Lagi la jenis yang suka bercakap..pot pet pot pet pot pet..Sambil bercerita, dia tak sedar yang dia sedang mensabotaj dirinya sendiri..Dan dia juga tak sedar apa yang dikeluarkan dari mulutnya adalah DOA!..

Dulu kami pun tak faham jugak...Sering bercakap yang mensabotaj diri..Bila orang tanya pasal bisnes, selalu cakap...boleh laa..bisnes kecik-kecik je...Masa tu memang jadi "boleh laa" saja...dan tak besar-besar..Bukan apa, sebab kita dah terbiasa dalam budaya orang melayu, dan hidup di persekitaran orang melayu, kita tak diajar bercakap besar..kan?..Kita diajar untuk merendah diri...

Dulu memang susah jugak nak tukar..takut orang salah faham, takut orang ingat kita cakap besar..Tapi rupanya tak...Kita yang buruk sangka rupanya...Bila diorang mendengar apa yang kita impikan, mereka sama-sama berdoa untuk kita rupanya..Mereka pun tumpang excited, mereka pun tumpang gembira..Mereka nak lihat kita berjaya rupanya!

Mentor kami selalu sebut apa yang kita cakap adalah satu DOA!!...

Tahuuu...Tapi masih cakap lagi yang bukan-bukan..yang mensabotaj diri..Sebab apa? Sebab tak faahhaamm sepenuhnya..Teringat satu cerita ni..Seorang yang mempunyai galeri seni..Dia melukis, artist lah kira..Orangnya sangat terkenal..lukisan dia semua cantik-cantik..Bila orang tanya dia, macamana bisnes Tuan? Dia sering menjawab macam ni...Bisnes boleh laaa...orang yang datang memang ramai...tapi diorang datang tengok je, mereka tak beli pun....Setiap kali ditanya pasal bisnes, inilah yang dijawabnya..Bermaksud, betullah..itu yang dia mintak..Dia tak pandai tipu hotak dia...Jadi, apa yang dia sebut berulang-ulang kali betul-betul terjadilah...Orang bertambah-tambah datang..tapi.....mereka TAK BELI!!...

Bila dengar citer tu, masa tu kami baru bukak kedai..Of course ramai yang tanya macamana bisnes kann..Dulu kami jawab, alhamdulillah...bisnes ok, buatlah kek banyak mana pun, stok sentiasa tak cukup-cukup...Tak tau kenapa, masa tu setiap kali ditanya..itu yang kami jawab...Sebab situasi tu sedang berlaku masa tu..Stok memang tak pernah cukup-cukup..Kadang-kadang dealer terpaksa tunggu seminggu untuk dapat stok kek...Walaupun masalah ni kira best jugak lahh..tapi kami tetap pening jugak bila pengedar tak dapat kek...macamana diorang nak berbisnes kan?

Tapi lepas dah faham..kami cuba ubah sikit jawapan kami...Kami jawab macam ni pulak, alhamdulillah...bisnes semakin ok, dealer semakin bertambah-tambah, stok kek pun kami sedang usahakan untuk ditambah..insyaallah kami akan buat mesin untuk mengatasi masalah tak cukup stok ni..Masa tu mesin tu main cakap je...betul, memang ada keinginan nak buat..tapi tak nampak lagi macamana caranya..Dan masa tu sale pun tak banyak lagi..tapi saja je TIPU OTAK (pinjam perkataan adik Hakim Najili :))..cakap je pasal mesin..lama-lama dapat betul-betul...Jadi, masalah stok kek pun selesai..At the same time pengedar pun bertambah-tambah sampai ke tahap tahun 2010 dulu kami TERPAKSA tutup pengambilan dealer baru!

Sejak itu, kami sangat berhati-hati bila bercakap.. -anis choc moist-


Macam insaf kan. Kita sentiasa mahukan sesuatu yang hebat. Jadi perlulah pupuk keinginan itu sepanjang masa. Dari minda, hati, lidah dan perbuatan. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha kita dan menjadikan kita semua orang yang sangat berjaya..Aminnnnnn.








                                                          

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...