Khamis, 13 Februari 2014

KEMBAR LAIN EMAK LAIN BAPAK

Assalamualaikum.
Pernah tak anda berjumpa orang yang iras dengan anda? Ha saya telah jumpa seorang. Kisahnya bermula bila seorang staff baru, masuk ke syarikat saya bekerja.
Mula-mula adik ini datang, ramai yang tersilap anggap dia adalah saya. Ok, nama adik ni Zafira. Saya macam tak percaya apabila diberitahu, Zafira sangat sama dengan saya. Gaya yang sama, personaliti yang sama, rupa yang sangat hampir tapi tak sama.
Ada seorang kakak ni siap tegur saya" Eh Yus, bukan tadi akak nampak awak kat blok B ke. Macammana pulak dah sampai sini". Huhu.
Ok setelah beberapa hari, saya pun pergi berkenalan dengannya. Huishh memang ada iras-iras aku la pulak. Kikiki. Macam tak percaya je, tengok diri sendiri bukan dalam cermin. 
Lama juga rakan satu ofis yang tersalah panggil. Sampai la beberapa bulan, barulah rakan-rakan dapat membezakan kami. Tp yang paling best, suami saya sendiri mengakui Zafira iras saya. Wajah je xsama tapi yang lain serupa. Hahaha. Cer tengok kembar saya ni ye.

 


 


2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...