Assalamualaikum.
Apa khabar anda hari ini. Saya doakan anda semua sihat dan ceria-ceria sentiasa. Kita harus sentiasa positif supaya kita jadi magnet positif. Bila dah jadi positif, cas yang disebarkan pun positif. Jadi yang akan tertarik kat kita benda positif juga.
Jangan pulak ada yang kata, kan kutub yang sama cas akan saling menolak. Itu magnet fizikal. Magnet diri ni lain, anda positif maka semua yang baik-baik je yang datang. Sebab apa? Sebab bila kita berfikir ia adalah adalah doa. Kan dah belajar, apa yang kita FIKIR, apa yang kita RASA, apa yang kita CAKAP dan apa yang kita BUAT adalah doa!. Jadi anda nak doa yang baika ke yang lebih-lebih baik?
Saya sentiasa dikelilingi oleh cas yang positif ini. Syukur sangat saya terpengaruh setahun yang lepas. Terpengaruh pergi program Dr. Azizan Osman. Program DAO memang bermanfaat. Banyak sangat cas positif. Orang yang datang, dari negatif jadi positif, dari positif jadi tambah-tambah positif. Malah menjadi tarikan positif pada orang lain.
Anda suka tak tiap hari anda tengok je facebook ada sahaja nasihat positif, cerita positif yang sambut anda? Saya dah rasa. Rasa bahagianya dunia. Sehari tu saya akan positif dan gembira. Buat kerja pun semua lancar. Rasa tuhan sayang sangat kat saya. Sebelum-sebelum ini, asyik tengok dan baca hal negatif. Saya pun jadi monyok. Rasa macam tak ada harapan dah dunia ni. Macam takut nak menghadapi hari mendatang. Saya jadi berputus harap pada rahmat dan kasih sayang Allah.
Allah, ampuni dosa-dosa ku. Mujur la cepat saya dihantar pertolongan. Pergi seminar DAO. Sebab itulah saya menyeru anda menghadiri seminar beliau. Ok baca poster yang saya kongsi ni ya.