KAMI DIUJI DENGAN KEMATIAN

Assalamualaikum.



Saat saya menulis kisah ini, kejadian semalam umpama mimpi. Sepertinya ia tidak berlaku dan sangat berharap ia mimpi yang hilang tatkala bangun dari tidur. Kami kehilangan pengasuh anak-anak kami yang sudah pun 4 tahun mengasuh dan mendidik anak-anak. Al-Fatihah buat MakNgah Rosnah. Mahu menafikan hakikat, tapi ia ternyata benar. Jam menunjukkan jam 2.20 pagi, mata saya seperti tidak mahu tidur. Otak aktif dan akhirnya saya mengalah dan bangun menulis.

KRONOLOGI KEJADIAN

3 Minggu lepas
Makngah tiba-tiba mengalami masalah sesak nafas. Makngah tidak dapat tidur malam dan menjadi sangat letih. Katanya tiap kali menutup mata, ada bayangan mahu mencakar wajah. Kami menawarkan bantuan sekiranya perlu. Pakngah menolak dengan baik dan membawa Makngah menemui doktor di klinik. Selang beberapa hari kami bertanyakan lagi keadaannya. Ketika itu makngah menceritakan dia telah pun pergi membuat ujian darah di hospital dan doktor mengesahkannya sihat.

2 Minggu lepas
Akibat terlalu letih, masalah sesak nafasnya makin teruk. Pakngah bercadang membawa makngah menjalani rawatan alternatif di Kuang. Kuang adalah kampung kelahiran Makngah. Ketika ini matanya makin sayu dan Makngah sangat letih. Untuk menunggu hujung minggu bagi menjalani rawatan, Kami cuba membantu sedaya mungkin. Walaupun bukanlah seorang pengamal ilmu perubatan Islam, kami cuba membuatkan air yang dibacakan surah-surah Al-Quran untuk Makngah minum dan mandi. Kami berikan juga MP3 player Ayat-ayat Rukyah untuk dipasang. Selain itu kami bekalkan sedikit vitamin untuk membantunya lebih bertenaga dan tenang. Alhamdulillah, Makngah bertambah baik. Boleh tidur untuk beberapa malam sebelum pergi mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam.

SeMinggu yang lepas
Makngah bertambah baik sejak pulang dari mendapatkan rawatan. Namun sesak nafasnya seperti tidak berkurang. Pergerakannya terhad. Kami bertanya jika tidak mampu untuk menjaga anak-anak. Makngah dan Pakngah adalah insan-insan yang baik. Mereka tidak meminta cuti walaupun dalam keadaaan begitu. Sebaliknya, Pakngah yang menguruskan semua anak-anak yang ada. Mentelahan semua anak sudah besar, jadi kami tidak terlalu risau. Tapi Makngah meminta cuti sehari pada 13/1/2014 untuk membuat rawatan susulan di pusat perubatan Islam.

Kami bersetuju dengan hati yang tenang dan lapang. Makngah telah pun melepasi usia 50 tahun, kami lebih suka jika Makngah minta cuti untuk berubat. Lagipun risaukan lelahnya itu. Doa kami, 4 hari bercuti nanti (11-14 /1/2014 sabtu, ahad, isnin dan selasa~ taipusam) Makngah akan kembali ceria dan sihat. 

15/1/2014
Kami keluar dari rumah awal seperti biasa.Sekitar 7.17 pagi kami sampai di seksyen 10. Pintu rumah masih tertutup. Mungkin kami awal, jadi saya ketuk pintu seperti biasa selepas memberi salam. Pintu cepat dibuka. Yang membukanya Kak Maheran, Ibu Adam yang juga seorang Nurse. Saya terkejut melihat makngah terbaring. Keadaannya lain dari biasa. Adam juga diasuh oleh MakNgah.

Ada seorang lagi makcik yang saya biasa nampak di kejiranan Seksyen 10. Makcik membantu PakNgah dan Kak Maheran menukarkan pakaian MakNgah. Makngah tidak sedarkan diri. Kak Maheran bertanya kepada saya, nampak tak ambulan di luar. Husben yang datang dari belakang terkejut sama. Kami memang ada mendengar bunyi siren ambulan. Tak sangka Kak Maheran yang memanggilnya. Tapi ambulan tak sampai ke blok A12. Blok ini mempunyai jalan yang sedikit tersembunyi. Jadi ambulan tak jumpa jalan. Lantas husben saya diminta untuk memanggil ambulan tersebut.

Kalang-kelibut husben mengambil motosikalnya. Motosikal kami memang diletakkan di sini bagi memudahkan husben pergi ke tempat kerja. Kami sebenarnya menaiki kereta ke rumah pengasuh kemudian menaiki Motorsikal ke tempat kerja. Anak-anak diletakkan kembali ke dalam kereta. Saya bantu apa yang patut dalam rumah. Setelah ambulan sampai, paramedik berkejar ke dalam rumah. Pemeriksaan dilakukan. Saya diluar menenangkan Akhtar yang menagis. Husben bercerita, paramedik menunjukkan alat pengesan degupan jantung pada Pakngah. Nadi Makngah sudah tidak dapat dikesan. Ya Allah, Makngah sudah meninggal!

Pakngah meminta CPR dilakukan atau Makngah dibawa kehospital. Tetapi paramedik menolaknya kerana nadi sudah tiada. Berbeza jika degupan jantung masih dikesan, pasti mereka segera berkejar membawa Makngah. Kami terpaku, Memang jelas, MakNgah telah meninggalkan kami. Padahal lewat pagi sebelum PaknNgah tidur, PakNgah melayan arwah sehingga jam 3 pagi. Saya rasa, kurang 3 jam setelah PakNgah tidur, arwah meninggal dunia. Kak Maheran sendiri ada menceritakan yang beliau telah cuba mengesan denyutan jantungnya ketika sampai jam 6.45 pagi. Tapi Kak Maheran juga gagal mengesannya lantas segera menghubungi ambulan. Ada tanda lain yang diceritakan, tapi saya dah lupa.

KAMI UMPAMA ANAKNYA

PakNgah dan Arwah hanya mempunyai seorang anak perempuan. Adik Zuraidah yang masih belajar perubatan dan berada di Cyberjaya. Zuraidah bergegas balik selepas ditelefon PakNgah. Pada ketika itu PakNgah hanya memaklumkan bahawa arwah pengsan kerana kami belum tahu situasi sebenar. Kami berbincang keperluan mengambil Zuraidah dari Cyberjaya. Akhirnya saya menelefon Zuraida dan bertanyakan lokasinya terkini. Zuraida telah pun berada di stesyen keretapi untuk pulang. Jadi kami hanya akan menjemputnya di stesen LRT Sri Rampai.

Setelah itu, anak-anak dikumpulkan di rumah jiran iaitu Kak Ayu. Anak-anak Kak Ayu juga dijaga oleh arwah. Kemudian husben saya membawa PakNgah membuat laporan di balai polis. Ketika ini jiran semakin ramai. Ramai yang datang ziarah dan bantu menyediakan jenazah. Allah, mereka bukan saudara-maranya. Tetapi jiran tetangga sangat ringan tulang membantunya. Alhamdulillah, saya merasakan arwah memang disayangi jiran-jirannya. Sayu saya rasakan..teringat ibu ayah saya di kampung. Teringat ibu bapa mertua yang duduk di PJ. Saya berdoa, jika sampai janji tuhan menjemput mereka, Allah menghantar bantuan untuk bantu menguruskan mereka. Saya sedar, kami duduk jauh dari mereka. Pasti dan pasti kami akan lambat sampai ke sisi mereka ketika berlaku situasi yang mengejut seperti ini.

Sebenarnya ada yang menyangka kami ini anak PakNgah dan arwah. Mungkin dek kerana kami yang nampak sibuk ke sana-sini. Bagi kami, inilah jasa terakhir untuk orang yang banyak membantu kami. Jasanya tidak dapat dibalas, sampai ke akhir hayat.

ANAK-ANAK

Saya membatalkan niat menghantar Adhwa ke PASTI. Saya menumpang di rumah Kak Ayu menguruskan anak-anak makan. Alhamdulillah, sememangnya Kak Ayu sekeluarga jiran yang baik. Kak Ayu memasakkan sarapan untuk anak-anak yang ada. Disebabkan anak-anak kami ni dijaga arwah, jadi mereka harmoni je main sama-sama. Mudah sikit nak urus. Saya berulang-alik dari rumah Kak Ayu ke rumah arwah untuk membacakan Yassin.

KETIBAAN ZURAIDAH

Pada asalnya saya tidak mahu menceritakan hal sebenar kepada Zuraidah. Tetapi atas nasihat dari seorang kakak, saya sampaikan juga berita ini melalui telefon. Tidak mahu Zuraidah terkejut besar tatkala melihat ibunya terbujur kaku di tengah rumah. Saya menagis menceritakan hal sebenar kepada Zuraidah. Mentelahan, Zuraidah sangat rapat dengan ibunya. Arwah umpama kawan baik dengan anak tunggalnya ini. Kemana-mana, pasti Zuraidah mengajak ibunya.

Apabila Zuraidah tiba, dia menangis semahu-mahunya. Sayu benar saya melihat keadaan itu. Zuraidah anak tunggal, dia merasakan telah hilang segala-galanya. Saya yang memimpinnya masuk untuk melihat jenazah. Saya juga yang membukakan kain penutup wajah arwah. Zuraidah kata, dia tak kuat nak buka sendiri. Selepas tenang, Zuraidah membacakan Yassin buat ibu yang tercinta.

Tidak lama kemudian saya terlihat kelibat seorang anak muda membacakan Yassin di sisi arwah. Saya tidak mengenalinya. Setelah duduk diluar dan kebetulan duduk di sisi husben saya, barulah kami berkenalan. Rupa-rupanya dia adalah 'anak sulung' arwah. Dialah yang pertama diasuh oleh arwah 27 tahun yang lepas. Dek kerana rapatnya dengan arwah, anak muda ini kerap menziarahi arwah. Saya pernah mendengar ceritanya dari mulut arwah sendiri. Arwah telah mengasuhnya dikala tidak lagi punya zuriat sendiri. Kami tak sempat nak tanya namanya, kerana tenggelam dalam kesedihan. Dia terkilan, hujung minggu tadi ada datang ke sini. Ingin menjenguk arwah tetapi arwah tiada di rumah. Saya faham, betapa sedihnya adik ini.

PENGHORMATAN TERAKHIR

Kami bergegas pulang pada pukul 12 tengah hari. Saya perlu bersalin pakaian kerana telah terkena najis ketika membantu pengurusan jenazah. Kami singgah membeli nasi ayam untuk mengisi perut. Almaklum, dari pagi kami sekadar makan mengalas perut. Pasti Anak-anak tak dapat bertahan lama. Belum pun sampai rumah, kami dimaklumkan van jenazah tiba untuk membawa jenazah ke masjid. Jenazah arwah sedikit lambat di mandikan kerana pada hari tersebut terdapat 2 kematian yang lain. Di sebabkan van jenazah hanya 2, kami menunggu agak lama. Alhamdulillah, ia adalah peluang untuk jiran tetangga ziarah buat kali terakhir. Arwah akan disemadikan di Kuang, kampung kelahiranya.

Setelah bersiap, kami bergegas ke Masjid Sri Rampai. Tim pengurusan jenazah menguruskan keperluan kafan dan mandi. Ketika ini, jemaah telah mula memenuhi masjid. Saya tidak mengikut menguruskan jenazah. Menjaga anak-anak yang teruja berada di masjid. Tetapi saya dapat rasakan proses memandikan dan mengkapankan jenazah berlaku sangat cepat. Proses mandi dan kapan (ketika kami sampai) yang bermula sebelum zohor selesai pula selepas solat zuhur, tak sampai pun setengah jam. Allah, mudah betul pengurusan jenazah arwah. Arwah memang orang yang terpilih.

Saya dan Kak Ayu kalang-kelibut menunaikan solat zuhur dan kami agak tertinggal ketika mengiring jenazah. Mujur Kak Ayu dan Abg Samsul tahu kedudukan kampung arwah. Jadi kami konvoi bersama. Tibanya di Masjid Sg. Sireh Kuang, saudara-mara arwah telah menunggu. Saya bersalaman dengan ibu dan sanak-saudaranya. Ibu arwah sangat sedih. Saya memanggilnya nenek dan nenek mengenali saya. Kami kerap berjumpa kerana nenek seringkali bertandang ke rumah arwah.

             Adhwa dan Akhtar yang riuh nak ikut melihat pengkebumian

Setelah selesai solat jenazah, jenazah di bawa ke kubur. Oh saya tidak sempat mahu menunjukkan jenazah arwah kepada Adhwa. Adhwa sangat sayang kepada TokNgahnya ini. Saya sekadar bercerita bahawa TokNgah terbaring di dalam keranda. Sebelum kami bergegas balik waktu tengah hari, Adhwa dan adik mahu berlari masuk kedalam rumah arwah. Ye lah, itulah rumah yang sangat dekat di hati mereka. Ketika itu, Adhwa tahu, jenazah yang terbujur kaku dan tertutup rapat itu adalah arwah. Adhwa ada bertanya, kenapa TokNgah pengsan. Allah, sedih saya dengar. Tau pulak dia yang terbujur itu adalah TokNgah. Dan kini, di kubur, saya sekadar menunggu di dalam kereta bersama anak-anak. Saya cerita pada Adhwa yang jauh dia nampak ramai orang berkumpul itu adalah proses pengebumian TokNgah. Macam-macam yang Adhwa tanya. Saya cuba memahamkannya sedaya mungkin. 

Sebelum dikebumikan, husben bergegas mengejar Zuraidah yang menuju ke kereta di sebelah kami. Rupanya dia mahu mengambil wang sumbangan bagi membayar talkin dan urusan pengkebumian. Husben segera menguruskan wang bayaran bagi semua proses itu. Kami simpati, dengan keadaan Zuraidah yang baru kehilangan ibu dan PakNgah yang masih terkejut, adik ku ini tabah menguruskan hal-hal yang berkaitan. Dia masih muda, masih terkejut, tiada pengalaman tapi mampu menanganinya dengan cepat. Saya kagum dengan Zuraidah. Berulang-kali Zuraidah mengingatkan untuk kami minta balik wang tersebut. Allah, kami tak sanggup dan kami ikhlaskan je. Syukur Ya Allah, kau beri kami kelebihan rezeki agar kami dapat membantu orang lain.

AWAN BERARAK MENDUNG


Semalam, cuaca sangat cerah dan panas. Keadaan beransur redup dan mendung ketika pengkebumian. Setelah selesai dikebumikan, hujan pun turun. Alam seperti menangis bersama. Ya, perginya seorang insan yang mulia. Insan yang ditangannya telah ramai anak-anak terasuh dan 'menjadi manusia'. Alhamdulillah, syukur kami mengenalinya.

Setelah semuanya selesai, kami bertolak pulang. Zuraidah dan PakNgah tinggal di Kuang beberapa hari. Doa saya, PakNgah dan Zuraidah tabah menempuh hari mendatang tanpa MakNgah di sisi. Ya Allah, segera kau hilangkan kesedihan mereka. Gantikanlah dengan kegembiraan. Kuatkan hati-hati mereka, agar terus dekat dengan-Mu...Aminnnn.




Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196

♥ Web : emakskema.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
  


APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SAKIT DEPAN LUTUT

Assalamualaikum

CHONDROMALACIA Patella (CMP) antara penyebab sakit lutut yang kronik paling biasa terjadi. CMP adalah keadaan yang mana tulang rawan (kartilaj) yang meliputi permukaan belakang tulang tempurung (patella) lutut menjadi lembut yang tidak normal dan rosak.

sakit lutut, cmp
                               Gambaran sebenar pesakit cmp

CMP terjadi akibat proses penyusutan (degenerative) tulang rawan disebabkan aktiviti berlebihan atau kebiasaannya disebabkan pergerakan tulang tempurung lutut yang tidak normal. Ketika lutut dilurus atau dibengkokkan, tulang tempurung menggelongsor di atas permukaan rawan pada hujung bawah tulang femur. Keadaan ini juga sama seperti Patellafemoral Pain Syndrome iaitu sakit pada bahagian bawah dan sekeliling tulang tempurung lutut.

Tulang tempurung dalam keadaan normal digerakkan oleh otot paha (quadriceps) dalam garisan hampir lurus. Dalam kes CMP, selalunya pergerakan tulang tempurung berat ke arah luar lutut. Ini memberi bebanan berlebihan kepada tulang rawan pada bahagian luar persendian Patellafemoral lutut yang kemudian menyebabkan radang yang kronik dan sakit.



KELOMPOK YANG MUDAH MENDAPAT CMP
  1. Wanita
  2. Pelari dengan kedua-dua lutut berlaga (knocked knee)
  3. Pelari yang mempunyai tapak kaki rata (flat foot).
  4. Golongan muda yang rajin bersukan
CMP selalunya disebabkan oleh kecederaan akut seperti terjatuh, penggunaan lutut berlebihan dan otot yang lemah. Kecederaan itu selalu terjadi di kalangan pelari, pelumba basikal dan pemain bola.

Gejala CMP pada amnya seperti kesakitan dalam atau depan lutut dan sakit itu bertambah teruk ketika membuat aktiviti seperti berlari, melompat, mendaki dan menuruni tangga. Perbuatan seperti duduk dalam tempoh lama dengan lutut dibengkokkan akan menyebabkan sakit pada lutut yang amat sangat ketika berdiri di kerusi. Keadaan itu dikenali sebagai Theatre Sign.

Sesetengah pesakit berasa lututnya tegang atau bengkak. Kadangkala, dalam kes kronik, pengecutan otot paha menyebabkan lutut terasa longgar. Selain itu, lutut menjadi bengkak. Pergerakan membengkok dan meluruskan sendi lutut selalunya menghasilkan bunyi ‘klik’ atau ‘pop’. Menekan tempurung lutut ke bawah akan menyakitkan.






MATLAMAT RAWATAN
  Ketika rawatan, doktor pakar akan memeriksa sendi lutut untuk sakit dan fungsinya. X-ray lutut selalunya dilakukan tetapi x-ray standard biasanya menunjukkan lutut yang normal dalam kes CMP. Pemeriksaan itu berguna untuk memastikan tidak ada penyebab lain sakit lutut. MRI lutut mampu untuk memastikan diagnosis keadaan ini.

Matlamat utama rawatan:
  1. Mengurangkan sakit dan radang
  2. Membetulkan semula kedudukan tulang tempurung ketika ia menggelongsor dalam sendi lutut
  3. Menguatkan kembali otot paha yang menyusuT
  4. Meningkatkan tahap fleksibiliti sendi lutut.
Segala aktiviti yang akan menyebabkan kesakitan pada lutut terjadi atau bertambah teruk hendaklah dihentikan sehingga gejala sembuh.

 
KAEDAH RAWATAN
 
Terapi ais 
Dilakukan untuk mengurangkan bengkak, ais boleh dituam selama 15 minit setiap dua jam. Penggunaan pembalut tekanan selepas terapi ais boleh membantu mengurangkan bengkak dengan lebih berkesan.

Penggunaan teknik ‘taping’ 
Bertujuan mengurangkan sakit ketika latihan untuk menguatkan otot membolehkan latihan dilakukan dengan berkesan. Latihan menguatkan otot secara selektif, terutama otot paha bahagian dalam iaitu otot Vastus Medialis Oblique, mampu membantu menormalkan semula pergerakan tulang tempurung lutut.

Dengan meningkatkan kekuatan tarikan otot ke bahagian dalam sendi lutut, tulang tempurung lutut akan tertarik ke bahagian dalam lutut dan dengan ini mengurangkan tekanan pada bahagian luar sendi PatelloFemoral. Proses kerosakan tulang rawan dapat dikurangkan.

Regangan dan urutan sukan 
Regangan pada otot iliotibial band, quadriceps dan hamstring (mana-mana tendon di belakang lutut) dapat meningkatkan fleksibiliti lutut dan mengembalikan gerakan normal tulang tempurung.

Pembedahan secara artroskopik 
Dilakukan jika rehabilitasi gagal mengurangkan sakit pada lutut. Pembedahan artroskopik dilakukan melalui tebukan kecil pada kulit untuk melicinkan semula permukaan tulang rawan tulang tempurung lutut dan membersihkan ruangan sendi lutut daripada cebisan tulang rawan yang boleh menyebabkan sendi lutut tersangkut ketika dibengkok atau diluruskan.

Kembali kepada kecergasan sepenuhnya perlu dilakukan secara berperingkat dan kembali melakukan latihan sukan yang spesifik hendaklah dilakukan hanya selepas lutut tidak sakit lagi. Latihan menguatkan otot sepenuhnya perlu dilakukan untuk memulihkan otot kepada kekuatan penuh dan seimbang.

SUMBER

RAWATAN SUNTIKAN PADA SENDI LUTUT SELAMATKAH?

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi dengan anda tentang masalah lutut. Entah kenapa, masalah ini sangat menarik perhatian saya dewasa ini. Saya tiada pengalaman seperti ini sebenarnya. Ibu bapa saya alhamdulillah sihat dan tiada masalah lutut. Jadi kita baca perkongsian dari pengalaman orang lain.

----------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------
Soalan dari pembaca

Assalamualaikum Prof Nizar,

Saya sering mengikuti artikel Prof dalam akhbar Sinar Harian. Saya amat tertarik dengan pelbagai rawatan sakit kronik terkini yang mampu mengembalikan kehidupan kepada pesakit. Bagi saya ini satu rahmat besar kepada semua pesakit kronik yang lama menderita kerana kebanyakan rawatan moden dan alternatif sebelum ini kurang menyerlah keberkesanannya.

Begini, bapa saya seorang pesara tentera berumur 75 tahun. Beliau mengidap sakit lutut dan tidak mampu berjalan jauh kerana menanggung kesakitan.

Dalam rumah beliau boleh berjalan hanya dengan menggunakan tongkat. Bila bangun pagi beliau tidak boleh berdiri dan berjalan sendiri kerana lutut menjadi kaku dan sakit. Malah beliau perlu dipapah untuk ke bilik air. Beliau sudah lama bersolat sambil duduk di kerusi.

Beliau tidak boleh bertinggung untuk buang air besar kerana pasti mengalami kesukaran berdiri semula.

Selain itu lututnya sentiasa berbunyi ‘klik’ apabila cuba digerakkan.

Ubat tahan sakit seperti ponstan dan celebrex sudah macam tidak berkesan lagi.

Saya merujuk bapa saya kepada seorang doktor pakar ortopedik, beliau kata bapa saya mengidap penyakit osteoarthritis (OA).

Doktor mencadangkan rawatan pembedahan menggantikan kedua-dua sendi lutut dengan sendi besi (total knee replacement) tapi bapa saya menolak.

Saya tertarik dengan rawatan suntikan radiofrequency yang mampu menyelesaikan hampir kesemua jenis kesakitan kronik.

Soalan saya, bolehkah kaedah suntikan ini membantu sakit lutut yang berpunca daripada OA?

Johari Muhammad, Shah Alam, Selangor.



suntikan di sendi lutut

 Jawapan Prof Nizar:

Sakit lutut dalam kalangan orang berusia dinamakan osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang disebabkan oleh proses penuaan yang berlaku dalam sendi. Apa yang berlaku ialah permukaan rawan sendi menipis dan cecair sinovial (pelincir) dalam sendi juga berkurangan.Ruang sendi secara tidak langsung menjadi kecil di samping terdapat tulang baru yang tumbuh di kelilingnya.

Akibat semua perubahan ini pergerakan pada sendi akan menyebabkan geseran kasar dan menyakitkan.

Pada peringkat awal proses ini akan menimbulkan tindak balas inflamasi / keradangan, itu menjawab kenapa pada peringkat awal ubat than sakit seperti ponstan dan celebrex dapat melegakan sakit.

Tapi lama kelamaan proses artritis ini akan bertukar kepada proses degenerative iaitu satu bentuk proses penuaan. Maka tidak hairanlah ubat tahan sakit tidak lagi berkesan. Ubat yang sesuai pada peringkat ini ialah ubat yang bertindak terus pada pusat sensori saraf pusat (otak) seperti paracetamol, tramadol, ultracet dan oxycontin.

Semua sakit artritis cenderung untuk berbunyi ‘klik’ kerana geseran kasar sendi tadi dan juga daripada ligamen dan tendon otot yang mengalami beberapa perubahan degenerative pada masa sama.

Semua sakit sendi akan memberi gejala kaku / ketat sendi bila lama berehat seperti baru bangun tidur atau lama menonton TV. Jadi pantang larang untuk orang sakit sendi ialah jangan berehat lama.

Sendi perlu terus digerakkan. Rawatan radiofrequency (RF) untuk sakit lutut OA baru saja diperkenalkan setahun lalu. Penemuan besar ini telah memberi rahmat kepada pengidap sakit lutut seperti bapa anda.

Fokus utama rawatan RF ini ialah mengurangkan rasa sakit dalam lutut dengan ‘melemahkan’ saraf kecil yang mensarafi permukaan lutut.

Apa yang menariknya ialah, suntikan dilakukan di luar lutut bukan dalam lutut. Rawatan ini akan lebih berkesan jika suntikan cecair pelincir lutut (monovisc) turut dilakukan.

Jadi matlamat rawatan yang sempurna ialah dua dalam satu; mengurangkan sakit sendi lutut dan melincinkan pergerakan sendi lutut.

Kejayaannya boleh mencapai 80 peratus terutama bagi pesakit yang tidak mempunyai masalah lebihan berat badan.

Jelas sekali dengan kepakaran baru ini pembedahan sendi lutut boleh dielakkan. Pembedahan bukannya jalan terakhir untuk pesakit OA lutut yang kronik.

Walau bagaimanapun kaedah RF ini hanya sesuai untuk sakit lutut yang belum lagi timbul kecacatan (deformity) seperti lutut yang sudah bengkok.

Di Malaysia pakar sakit kronik (pain specialist) yang dapat melakukan suntikan RF ini amat terhad bilangannya.

sumber

MASCEL

Assalamualaikum



Permulaan tahun baru yang sangat mengujakan. Kami telah menghadiri MASCEL iaitu Master Coordinator Celebration nenda. Nenda kami Kak Arnie dan Abg Yazid diraikan pencapaian mereka oleh pihak shaklee. Master Coordinator adalah pencapaian tertinggi dalam bisnes shaklee. Yang baru saya tersedar, nenda telah pun mencapai title master pada Jan 2013. Ok, setahun yang lepas mereka dapat master dan baru sekarang diraikan...WHY? Sebab, tarikh ini adalah tarikh pilihan mereka sendiri. Setiap master diberikan kebebasan memilih tarikh majlis MASCEL mereka!!!. wah best betul.


 Saya dan 2 hero. Susah nak ambil gambar dengan 2 orang ni. Pantang senyap!!!

Husben yang sudi bergaya untuk kenangan

Saya sangat teruja datang ke majlis ini. Sebelum-sebelum ini, memang tunggu nak datang MASCEL. Tapi simpan untuk datang pertama kalinya buat keluarga shaklee sendiri iaitu GENKIMOMMA. 

Majlis ini berlangsung di Hotel Istana, KL. Buat pengetahuan anda, MASCEL diadakan mengikut kehendak Master yang diraikan. Master diberi kebebasan memilih tarikh, tempat berlangsung, menu dihidang, aturcara majlis dan jemputan tetamu. Yang paling best, semuanya ditanggung oleh Shaklee! Best tak? Mesti best kan. Majlis anda, dibuat ikut kehendak anda dan fully sponsored!!! 


 

Kerusi meja ada disediakan. Tapi dengan anak yang aktif, sangat lah selesa untuk kami duduk dilantai sahaja. Anda bebas nak makan dimana-mana.



Perasan tak hero-hero saya memegang wisel. Pihak Shaklee memang menyediakan wisel untuk anak-anak. Anak-anak first!!! Mereka seronok dengan keadaan ini.


Ini adalah emak saya. Datang dengan anak 2 orang K!!! Ayah kami exam, so bertigalah mereka.

Anda boleh lihat anak-anak berlari ke sana-sini tanpa dimarah oleh sesiapa. Hmmm percayalah, suasana ini hanya ditemui dalam bisnes shaklee sahaja.



Ok ini adalah salah seorang mentor kami, Master Naquib.


Yes, Kak N in action. Another mentor yang sangat hebat.


Makanan yang sedap. Husben saya tak lepaskan peluang menjamu selera. Disebabkan sangat teruja, saya makan sikit je.


Saya suka ukiran ais ini. MASCEL saya nanti nak ukiran apa ya?


Sebelum majlis bermula, ambil kesempatan berposing. Saya teringin nak bergambar berdua di atas pentas. Tapi tak dapat pulak. Anak-anak n mana boleh di tinggalkan.
 
 

Pentas yang hebat! Ini adalah design yang Master minta tau. Fuhh dasyat ya,  nak apa pun dapat. Asalkan masih dalam ketetapan shaklee.


Ada Slide show di kanan kiri dewan. Jadi, jika anda duduk dibelakang pun tak tertinggal acara majlis. Nampak jelas ja.


Master to be Hanis dan Master to be Yuswirda.


Awal-awal majlis, kerusi takat tu ja. Bila majlis berakhir, penuh dewan ditambah kerusi. Gambar diambil ketika hadirin belum memenuhi dewan.

Ok, Majlis bermula dengan perarakan Master-master yang hadir. Wah bestnya. Saya visualize tahun depan saya pun ber'red carpet' menyambut MASCEL rakan bisnes yang lain.


Sempoi je Master berdua ini.




 Master bersama family


Seorang lagi master bersama heroin.


Lagi Master yang hadir


Master yang sangat senior. Ibu bapa Master Naquib. Shaklee ni bisnes family, mak ayah master, anak master, insyaallah anak-anak pun boleh master.


Master Naquib dan Master Norita
 
Lagi Master


Ini lah orang yang diraikan... Siap diarak bunga manggar tau. Kata Master Yazid, majlis kahwin dia pun tak semeriah ini.


Comel je Master Arnie melambaikan tangan. Hmmm Visualize saya nanti. Agak-agak berapa hero dan heroin? yang ada ya.




Ada share dari mentor Master Arnie dan Master Yazid.  Mereka ini lah granny kepada granny saya.. hmmm double great granny ya. Master Naquib dan Master Norita yang merupakan mentor Master Arnis dan Master Yazid juga ada membuat sharing. Tapi tak sempat nak ambil gambar. Kecoh kat belakang dengan anak.


Saat yang dinantikan. GM Shaklee Malaysia, Mr. Victor menyematkan pin emas bertatah 3 berlian.




Banyak award iringan dari pihak Shaklee. Seronok je tengok.


 Wajah ceria Master yang diraikan.


Ini pula kenangan semua Master yang hadir bersama Master yang diraikan. Mujur pentas muat.


Sesi sharing dari Master Yazid dan Master Arnie 


Perjalanan bisnes mereka yang mencabar. Kurang 2 tahun diambil untuk mencapai master. Huhu cepat mereka ini mencapai target. Saya macam mana? Ya Allah permudahkan urusan kami.
 

Master Arnie terharu. Master Naquib dan Master Norita, Parent in bisnes mereka yang hanya ditemui setelah Master Arnie dan Master Yazid menjadi leader. Untuk pengetahuan anda, Master Naquib dan Master Norita  tinggal di sarawak dan Master Arnie dan Master Yazid berada di negeri sembilan waktu mula berbisnes. Sempadan bukan halangan untuk berjaya.

 

Genkimommas beratur untuk mengucapkan tahniah. 


 Hadiah dari anak-anak Genkimommas.


Genkimommas. Genkipapa tak naik pentas. Masing-masing jadi kameraman. Termasuk husben saya.




Tengah duk syok atas pentas tetiba ada letupan! Keluar kertas warna-warni bersinar-sinar. Terkejut saya. Anak-anak sangat suka.



Ada sesi memotong kek. Oh saya balik awal, tak sempat nak makan kek tu.


Us... Insyaallah MASCEL saya akan tiba. Doakan kami ya sidang pembaca. 



Pengalaman  MARCEL ini memang sangat mengujakan. Saya tak sangka, begitu seronok bisnes Shaklee ini. Shaklee memang sangat bermurah hati meraikan bisnes partner mereka. Belum lagi majlis besar (convention) yang menyaksikan seluruh pengedar shaklee Malaysia turun bersama. Anda sentiasa diraikan walau sekecil mana pencapaian dilakukan. Saya pernah ceritakan di SINI. Harapan saya, majlis seperti ini akan turut menjadi majlis anda dan saya di masa depan. Pilihlah mentor yang betul, group yang betul dan pastinya bisnes yang betul. Insyaallah kejayaan milik anda. 


NAK SIHAT DAN BANTU RAMAI ORANG
NAK SIDE INCOME 4, 5 ANGKA
Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196

♥ Web : emakskema.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
  


SALAM TAHUN BARU

Assalamualaikum.

2013 telah pun melabuhkan tirai. Alhamdulillah..sepanjang tahun, telah banyak yang dicapai. Walaupun 1 impian saya masih belum dicapai. Usaha lagi, kerana itulah yang paling mampu untuk kita ubah.Insyaallah 2014 ini, banyak impian yang dipasang.

Doa saya, moga Allah mudahkan urusan saya untuk mencapainya. Buat anda sidang pembaca, mudahan 2014 menyaksikan lebih banyak impian anda semua terlaksana.

Follow Us @soratemplates

Pengikut

PELAWAT

INSTAGRAM

Categories

Tags

JOM BORAK

BIODATA

YUSWIRDA MOHAMAD YUSAK
DOB: 4 MEI
Kampung: SEKINCHAN, Selangor
Pendidikan:
2010 – MSc in Remote Sensing UTM (Research)
2005 – BScience Remote Sensing, UTM
2000 – Sek. Agama Menengah BESTARI JAIS, USJ, Selangor
1998 – Sek Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
1995 – SK Sungai Nibong, Sekinchan
Kerjaya:
2013 - Current - Shaklee Independent Distributor
2008 - Current  - GIS Analyst, SAPURA

Email: awilskema@gmail.com

INFO BIODATA

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Taman Setiawangsa (Keramat Wangsa), KL. (Shaklee ID : 926196). 

Cash On Delivery (COD) sekitar Setiawangsa, Keramat, Masjid Negara, Kg. Dato Haron PJ, Sekinchan & Sg. Besar.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Skynet. 

Apabila membeli vitamin di emakskema.com, anda bakal memperolehi:- 
= Harga Istimewa
= Jadual Pemakanan Vitamin
= Konsultasi Berterusan Percuma
= Jemputan Ke Group Facebook Exclusive  
= Peluang Menjana Income dengan SHAKLEE  

Hubungi Emakskema di:
013-3786399 
awilskema@gmail.com

PROMO MEI 2018

Popular Posts