AHLI KELUARGA BARU EMAKSKEMA.COM

Assalamualaikum.

Lama saya tidak menulis. Sebenarnya agak capek dengan urusan ahli keluarga baru kami. Perkenalkan : DHIYA NURUNNUHA BT. AZIZAN. Ya ini adalah srikandi pertama kami.:-)

Alhamdulillah, setelah 5 tahun melayari bahtera (bahtera la sangat) rumah tangga, kami dikurniakan anak perempuan. Syukur sangat-sangat. Ada anak pun dah syukur, kini setelah 2 anak lelaki dan 1 anak perempuan Allah beri, tambah-tambah rasa syukur tu.

Banyak saya nak kongsi dengan pembaca emakskema.com. Saya list supaya mudah saya nak tulis di masa depan:

1. Merancang anak perempuan
2. Mengandung dan cabarannya
3. Cara mengatasi cabaran mengandung
4. Kerenah anak dan mengandung
5. Rawatan ketika mengandung
6. Proses kelahiran
7. Pantang orang c-zer

Ha banyakkan. Insyaallah saya akan kongsi dengan semua pembaca, bagaimana saya lalui semua ini. Terus terang, kehamilan kali ke 3 ini paling banyak cabarannya kepada saya. Alhamdulillah, Allah beri banyak pertolongan untuk kami sekeluarga menghadapinya. Terima kasih juga atas doa para pembaca emakskema.com. Berkat doa anda semua,  semuanya selmat.

Akhir kata...kita layan foto Dhiya setelah berumur 30 hari.

Salam sayang...

MOTIVATION & RECOGNITION RALLY CUM RAYA CELEBRION (CENTRAL)

Assalamualaikum.



Semalam saya ada event di Shah Alam Convention Centre. Meriah tak meriah, ia adalah majlis MOTIVAION & RECOGNITION RALLY CUM RAYA CELEBRION (CENTRAL). Nak kata tak meriah tu, dewan penuh la jugak. Peh tu ramai yang tak dapat tempat duduk, kene la berdiri kat belakang. 


Dewan penuh. Gambar awek cun yang tengaok ke kamera ni, adalah my Granny Arnie(GM). Cer teka umur dia. Ha cun macam single lagi.

Majlis-majlis seperti ini, memang sering diadakan oleh shaklee sebagai motivasi kepada semua pengedarnya. Ye lah, meraikan kejayaan semua pengedar kan. Kita akan rasa sungguh istimewa. Presiden Shaklee International pun turun juga iaitu Mr. Bradford Richardson. Beliau memang menunggu-nunggu sebarang majlis di Malaysia. Kerana, menurut beliau Malaysia sangat menarik, dengan pencapaian semua SIDnya, dengan kemeriahan budayanya...beliau memang sukakan Malaysia.

Ini adalah My Aunty Tuty Rahiza bersama Mr.Bradford Richardson, Presiden Shaklee International.

Dalam majlis ini, alhamdulillah saya pun mendapat pengiktifaran. Dapatlah angkut 1 family naik pentas. Rasa seronok... xde yg ditinggal. Sebenarnya inilah salah satu perkara ISTIMEWA tentang shaklee. Ia adalah perniagaan keluarga. Naik pentas bawa baby...bawa anak... bukan pasangan je yang kita bawa. Tak pernah mana-mana majlis pengiktirafan yang benarkan orang terima anugerah bawa anak kecik naik pentas. Sungguh. Saya sering juga menjenguk event2 (gambar) MLM lain. Kompem2 anak kecik tiada. Zero kanak-kanak ok. Tapi beza sangat-sangat dengan shaklee. Itu sebabnya saya  jatuh cinta dengan bisnes ini. Jangan la pulak kata ni local... anda tak tengok la yang peringkat international..memang anak elok je dibawa naik pentas. Tu lain kali saya tunjuk pada anda ok.


 Ok gambar Kami sekeluarga di atas pentas. Bestkan..Angkut 1 family gitu

Semestinya gambar mak buyong yang sangat ceria dan bersemangat walaupun dah sarat. Alhamdulillah, berkat rajin amalkan vitamin yang bagus. My laling pun ceria je, senang hati datang event kali ini.

Dalam majlis ini, jumpa la family bizz saya. Ada mummy bizz Hanis amin yang turut dapat anugerah dan  rakan-rakan perjuangan yang lain. Oh saya tak sempat nak kumpul dan ambil gambar bersama mereka. Ruang yang sesak sebab ramai sangat yang datang. So saya tepek je gambar family GM yang lain disini.


 Ini Mummy bizz saya Hanis Amin. Close up wajah kami yang bersih tak bercela kan. Ha nak macam kami, kene rajin makan vitamin tau.

 Mummy dan granny. Semua kendong anak-anak.

Kat bawah ni rakan-rakan GM yang lain. Semua comel lote.



Amacam...best kan. Seronok ada bizz yang macam ni. Kita bukan sahaja sihat, malahan hati selalu ceria dapat family bizz yang awesome. Jika anda nak menyertai kami, jangan segan2 ya. Lekas-lekas daftar dengan kami!


https://docs.google.com/forms/d/1ghQCVGqRzhG87i26L643ZWYxULcRtAQnxfRM3YgBAMA/viewform





KENAPA IBU HAMIL PERLU AMBIL OMEGA-3

Assalamualaikum.

kelebihan omega guard shaklee, kelebihan minyak ikan shaklee, otak dan omega guard shaklee, alahan dan omega guard shaklee, ADD dan omega guard shaklee, hamil dan minyak ikan, hamil dan omega guard shaklee

Omega Guard adalah salah satu vitamin yang disarankan ketika hamil. Seronoknya, pada kehamilan kali ini saya telah mengamalkannya sejak trimester ke 2 iaitu sejak 4 bulan usia kandungan. 

Omega Guard adalah minyak ikan (bukan minyak hati ikan @ Cord liver oil) yang kaya dengan Fatty Acid omega 3. Apa maksudnya? Setiap biji kapsul Omega mengandungi 330mg omega 3 yang terdiri daripada 180mg EPA (eicosapentaenoic acid) dan 120mg DHA (docosahexanoic acid). Nampak tak betapa aslinya minyak omega guard shaklee ini. EPA dan DHA yang sangat tinggi memang menjanjikan keaslian yang tidak boleh dipertikaikan!


KEBAIKAN OMEGA 3

Kajian jelas menunjukkan, DHA membantu pembinaan otak bayi dalam kandungan. Ini akan membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas serta memudahkan perkembangan pembelajaran mereka. Kanak-kanak yang mengalami attention-deficit-disoder (ADD) a.k.a sukar menumpukan perhatian didapati kurang kandungan DHA. 

Masalah ADD menggangu kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran dan lambat memahami arahan mahupun daya ingatan yang sangat lemah. Akibatnya, mereka sering menjadi sasaran kemarahan orang disekitar yang tidak memahami.  Malahan, tanpa rawatan yang sesuai, kanak-kanak dengan masalah ini akan tertinggal dalam pembelajaran.

Malahan 2 kajian lain terhadap omega 3 mendapati, ibu hamil yang mengambilnya melahirkan bayi yang rendah risiko alahan dan ekzema. Kajian ini sangat penting memandangkan ramai bayi yang dilahirkan mengalami alahan dan ekzema yang teruk sehingga membawa kepada masalah yang lebih berat seperti jangkitan kuman dan kesukaran untuk tidur. 

Bayi yang mengalami alahan juga sukar untuk mengambil makanan yang berkhasiat akibat dari ketidak tahanan badan mereka terhadap beberapa jenis makanan seperti telur, gandum, susu dan sebagainya. Pada kebiasaannya, alahan menyebabkan kanak-kanak kurang nutrisi akibat ibu bapa yang tidak peka terhadap masalah ini. Anak yang kurang nutrisi akan mengalami masalah tumbesaran tubuh badan mereka secara normal.


BAGAIMANA OMEGA GUARD MEMBANTU

kelebihan omega guard shaklee, kelebihan minyak ikan shaklee, otak dan omega guard shaklee, alahan dan omega guard shaklee, ADD dan omega guard shaklee

Kandungan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee sangat tinggi dan asli. Masalah-masalah berkaitan otak banyak berpunca akibat neuron yang tidak berhubung di dalam otak. Apabila neuron tidak berhubung, bahagian-bahagian otak akan gagal menjalankan fungsi masing-masing. Di sinilah pentingnya Omega 3 yang akan menghubungkan semula neuron-neuron ini.

ANDA SUDAH PAHAM? 

Ha... faham kan kenapa ibu hamil sangat perlu mengambil Omega Guard Shaklee. Kita hanya berusaha, apa-apa jua hanyalah Allah yang layak menentukan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

sumber mums omega3 for treatment neuron

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



COMFORT ZONE KITA

Assalamualaikum

Malam tadi, saya tidur awal kerana minda dan tubuh yang sangat letih. Lebih-lebih lagi perut semakin tidak selesa kerana memasuki usia kandungan 8 bulan. Bangun je, tengok anak-anak tak tidur lagi. Amboiiii awat anak-anak kecik ni masih berjaga. Abah pun dah lama mimpi. Saya tukarkan pampers Akhtar, paksa Adhwa kencing dan buatkan susu panas untuk keduanya. Then tunggu depa tido. Peh tu...mata pun cerah. Almaklum, saya masuk tidur sekitar 9 malam. Ni dah pukul 1.00 pagi. Tak tau nak buat apa.

Dah macam tu, apalagi, 'bersihkan hati' kejap dan mula surfing muka buku. Ha, malam-malam macam ni, kalo saya jalan-jalan kat muka buku, cari inspirasi dari frenlist yang ada. Agak lama tak baca status seorang yang baru saya follow. Beliau sangat menarik perhatian saya - Faiz Sufi - namanya. penulisan yg santai, mudah nak hadam, bahasa yang simple. Semuanya menjadikan beliau menarik untuk diikuti. Malam tadi ada beberapa perkara yang mengingatkan saya tentang bisnes. Saya suka status beliau itu. Saya kongsi dengan anda ya....


FAIZ SUFI:

Life begin at the end of your comfort zone.
get out from it.


Dulu aku tak percaya kata-kata mentor Niaga Melayu,
mereka suruh keluar dari kawasan selesa,
dan terjun ke kawasan huru hara untuk mencipta kejayaan baru.

Hari ini, baru aku rasa sendiri.

Semakin selesa, semakin rasa lemau.
Ibarat biskut dalam tin yang masuk angin.

Define to me what is kebebasan masa ?

D > 24 jam duduk saja tak buat apa-apa.
E > 24 jam boleh buat pelbagai perkara, semua masa terisi.

Terima kasih cikgu niaga.

" Dont talk about my journey if you
dont walk into my shoes "

Nak rasa apa perasaan Makcik Cleaner ?
bekerjalah sebagai cleaner seminggu.

Nak rasa apa pemikiran orang orang kaya ?
Jadikanlah diri kita kaya juga.

I must leave this comfort zone.


Lupa dan usah dibangga kejayaan masa lalu,
Gerak ke hadapan cipta kejayaan baru dalam hidupmu.


Jangan jadi LEMAU.
Nak six pack, kena kasi tekanan kat tubuh di gym
Kalau belai lembut manja, jadi gemuk gedempol.
Jangan Lemau !


Macammana, nampak tak. Jangan dikenang-kenang kejayaan lampau. Apatah lagi kegagalan masa silam. Hidup ini akan bermula apabila kita keluar dari zon selesa kita. Saya terasa saya dah lemau sebab lama sangat dalam zon yang empuk-mulus ini. Jom gerak! Banyak yang perlu di capai!

Jika anda suka artikel ini, jom kongsi dengan ramai lagi rakan-rakan ya. Inspirasi anda mungkin juga menjadi inspirasi anda.


5 RAHSIA MENJADI PENGEDAR SHAKLEE YANG BERJAYA

Assalamualaikum.


Saya suka jika anda bercita-cita mahu menjadi ahli shaklee. Lagi saya suka jika anda mahu menjadi pengedar shaklee. Lagi-lagi suka jika anda mahu menjadi pengedar shaklee yang berjaya. Kerana apa? Bila anda berjaya, anda akan membantu lebih ramai orang di sekeliling anda. Sebab, orang yang berjaya, akan berusaha menarik orang lain agar berjaya seperti mereka. Tak percaya? 

"Tak pernah pun jumpa orang yang macam ni!"

Jika inilah yang terdetik dalam hati anda, maksudnya anda belum berjumpa lagi dengan orang yang telah berjaya. Serius, saya telah jumpa ramai orang yang berjaya dan mereka menarik orang di sekeliling mereka untuk berjaya bersama-sama. Mereka bukan calang-calang orang. Jutawan muslim/muslimah yang muda dan sangat berjaya. Mereka mesra, tidak lokek dan sangat positif.

Mari saya kongsikan rahsia kejayaan Master-master yang super powerfull dalam jaringan family besar saya...Euphoria. Mereka bukan calang-calang ya. Anda harus ambil 5 rahsia ini supaya berjaya seperti mereka.

 
Rahsia Pertama: BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN

 
Prinsip yang dipegang semasa saya jadi PRS (pembimbing rakan sebaya) semasa di sekolah menengah dulu. Bantu diri, untuk bantu orang lain. Sebagai SID (Shaklee Independent Distributor), tugas kita bukan menjual produk semata-mata, tapi berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang lain. Untuk berkongsi, kita mesti terlebih dulu memilikinya. Milikilah rasa cinta terhadap kesihatan dan keunggulan Shaklee, rasa nak berkongsi akan datang tanpa perlu dipaksa.

Dalam Shaklee, kita bukan saja berhubungan dengan pelanggan (pengguna Shaklee) tapi juga ahli-ahli dalam jaringan kita. Untuk bantu anak cucu di bawah kita, diri kita sendiri mestilah terlebih dulu bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang perlu (seperti yang disarankan oleh mak Shaklee kita). Kalau kita sendiri tak pernah melakukannya, bagaimana mungkin kita boleh berkongsi kebaikannya dengan orang lain bukan.
 


Rahsia Kedua : BERUSAHA UNTUK IKHLAS

Ikhlas itu tersembunyi… Namun seboleh-boleh kita berusaha untuk ikhlaskan diri bila berkongsi tentang kebaikan Shaklee. Berusaha menggali ilmu dan menyebarkannya, bukan sekadar copy+paste sedangkan diri sendiri pun tidak pernah baca apa yang dikongsi. Dalam group Euphoria, Jutawan dan iReach sendiri, memang banyak perkara yang perlu dibuat dengan semangat berusaha untuk menjadi ikhlas. Banyak sangat. Yang penting, ia adalah berkenaan dengan memperbaiki diri sendiri, rohani dan jasmani.
 


Rahsia Ketiga : SABAR
 

Saya tak tahu kalau ada bisnes yang boleh memberi keuntungan dalam masa sehari dua, dan berterusan. Dalam Shaklee, ia adalah satu proses membina. Nak bina sesuatu dari tiada apa-apa, bukan mudah. Banyak benda kena buat, dan prosesnya bukan sekejap. Lebih-lebih lagi kalau target akhirnya sangat besar. Lihat saja bangunan pencakar langit di Malaysia. Proses pembinaannya tidak mengambil masa seminggu… malah bertahun. Kalau belum berhasil, harus usaha lagi dan perbaiki, bukan terus berhenti atau menyalahkan orang lain.

 

Rahsia Keempat : BISNES DENGAN ALLAH

 
Ramai orang pandang bisnes sebagai punca duit. Duit punca kekayaan. Kekayaan punca terjerumusnya Qarun, serta tercampaknya Firaun dan Haman ke dalam api neraka. Bila kita ada persepsi macam itu, kita akan jadi takut nak bercita-cita tinggi, apa lagi nak jadi kaya. Takut jadi orang kaya dan berjaya sebab takut tak dapat masuk syurga. Semoga Allah jauhkan dari semua itu. Kerana itu pentingnya kita menjadikan Allah sebagai ‘rakan bisnes’ kita. Setiap keuntungan kita, ada bahagian milik Dia. Setiap usaha kita, ada bahagian milik Dia. Jadi, jangan usaha kuat-kuat, bila untung celebrate untuk diri sendiri saja… Usaha seiring dengan cita-cita yang tinggi, doa dan tawakal. Bila dapat untung, bayar Dia dengan zakat, sedekah dan pelbagai cara kebaikan.
 


Rahsia Kelima : JANGAN PUTUS ASA


Bisnes mana-mana pun, malah dalam apa yang kita buat, tiada jaminan akan berjaya terus. Malah, tersurat dalam al-Quran “inna ma’al usri yusro” sesungguhnya bersama kesukaran akan ada kesenangan. Untuk mendapatkan kemudahan, kesenangan, kejayaan, harus tempuhi tempoh kesukaran terlebih dulu… Tempoh berusaha, bukan sesuatu yang seronok. Namun percayalah, setiap malam akan ada siangnya, setiap mula pasti ada akhirnya. Setiap usaha pasti ada habuannya. Syaratnya, jangan putus asa.

Sumber: Lynanoh

Macammana? Susah ke nak buat 5 rahsia utama ni? Tak susah pun kan. Senang sangat-sangat. Jika anda telah menetapkan matlamat, maka kejar dan jadikan ia realiti. Jangan jadikan impian hanya sekadar impian.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila sebarkan. Mudahan lebih ramai orang yang akan berjaya!

Sertai keluarga kami. Insyaallah kami bantu anda sehingga anda mencapai kejayaan.
https://docs.google.com/forms/d/1ghQCVGqRzhG87i26L643ZWYxULcRtAQnxfRM3YgBAMA/viewform



SET BUASIR DARI SHAKLEE

Assalamualaikum.

Saya ingin menyambung perbincangan berkaitan Set Buasir. Sebelum ini, telah saya kongsikan bagaimana, seorang rakan telah mendapat buasir akibat tidak peka dengan masalah ini. Anda boleh rujuk ceritanya di sini. Syukur alhamdulillah, masalah beliau telah selesai. Jadi jom kita usya apa yang diambil oleh beliau untuk menangani masalah buasir peringkat 3 nya itu:

set buasir shaklee, pendarahan di dubur, kaedah melembutkan najis, sakit ketika berak, buasir 
Ok, sudah terang lagi bersuluh. Gambar di atas menunjukkan vitamin yang diambil oleh rakan saya itu bagi masalah buasirnya. Masalah buasir beliau adalah sampai ketahap bengkak yang terkeluar dari dubur dan mengeluarkan darah sekali-sekala iaitu BUASIR TAHAP 3.


KEBAIKAN SET BUASIR SHAKLEE

Ostematrix
  • Melembutkan najis
  • Melancarkan pembuangan
  • Melegakan perit akibat najis yang keras
  • Tidak perlu meneran ketika membuang

Omega Guard
  • Menyurutkan bengkak
  • Menghalang buasir terkeluar dari dubur
  • Menghilangkan wajah hodoh akibat bengkak buasir

KESAN BUASIR TERHADAP KEHIDUPAN SEHARIAN KITA
 
Masalah buasir bukanlah masalah yang ringan. Apabila kita lambat menanganinya, lama kelamaan ia akan melarat dan mengakibatkan masalah yang lain. Anda tahu, buasir boleh mengakibatkan masalah berikut:
  1. Hilang keinginan untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan. Ia berlaku akibat malu dengan kekurangan diri. 
  2. Masalah rumah-tangga yang lebih berat. Ia boleh menjadi punca keretakan rumah tangga kerana anda dingin dengan pasangan.
  3. Hilang keyakinan diri. Akibat sering sakit dan mengeluarkan darah, lama-kelamaan anda semakin malu dan kurang yakin serta sentiasa dalam mood sakit.
  4. Prestasi bekerja akan menurun. Anda tidak dapat fokus kepada kerja kerana memikirkan masalah buasir yang dihadapai.

Sebenarnya banyak lagi implikasi buasir ini. Nampak ringan tetapi akibatnya sangat banyak. Nasihat saya, segera dapatkan rawatan sebelum ia melarat.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

MEMPERKAYA TEKNIK PEMASARAN YANG SANGAT SANTAI

Assalamualaikum.

Hidup ini bukan sekadar duit sahaja. Pagi petang siang malam semata-mata duit. Kita mahu mencari duit dengan rasa yang sangat selesa dan santai. Untung sangat saya menjadi ahli keluarga shaklee Genkimomma. Banyak aktiviti yang saya boleh sertai untuk memperkembangkan bizz shaklee saya dan mempereratkan ukhuwah sesama insan. 

Aktiviti pada hari Cuti

Alkisahnya, semalam diadakan kelas untuk mengajar anak-anak bizz Genkimomma menjadikan BLOG MASING-MASING MUDAH DIJUMPAI ORANG! Maksudnya, jika taip di google tentang shaklee dan penyakit yang berkaitan, pasti blog anda berada dalam page pertama carian. Jadi, orang akan jumpa anda dahulu sebelum jumpa orang lain. Maksudnya, peluang untuk anda mendapat pelanggan 100% lebih tinggi dari orang lain yang berada pada page ke 2 ke 3 dan seterusnya. Ala biasalah, bila kita membuat carian (search) di google, kita cenderung melawat blog yang tersenarai dalam page pertama. Mana yang datang dulu itulah yang kita 'klik' pautan blognya berbanding blog-blog lain yang datang kemudian.

KAEDAH BIZZ YANG BETUL

Special betul dengan keluarga ini, mentor yang sporting, yang selalu menunjuk jalan kepada anak-anak bizz KAEDAH YANG BETUL, YANG MUDAH, YANG MURAH dan BOLEH DIWARISKAN kepada anak cucu bizz sendiri nanti. Bukan apa, saya telah melihat banyak teknik pemasaran yang diguna pakai oleh tim bizz shaklee yang lain. Kaedah-kaedah itu kebiasaannya nampak gempak, menarik tetapi sukar untuk diikuti apatah lagi diwariskan kepada anak cucu bizz sendiri. Jadi, bagaimana anak-nak bizz yang baru mahu bermula, mahu mengorak langkah yang sama? Jika jalan yang terbentang telah sedia berliku, tak kuat semangat, lemah pula matlamat bizz nya, alamat mereka ini tidak akan nampak jalan yang ada. Betul-betul?

PENTINGNYA MEMILIH KELUARGA SHAKLEE YANG BETUL

Memilih keluarga yang betul dalam bizz shaklee atau apa jua bizz, adalah sangat-sangat penting. Mentor yang betul, yang telah terbukti berjaya, mampu menjadikan anda berjaya. Mahu berjaya, haruslah anda berada dalam kalangan orang yang berjaya. Pasti, aura kejayaan akan menarik anda ke arah kejayaan!

Jom layan gambar disekitar aktiviti kelas kami ini. 





Best tau, anak2 pun boleh diajak bersama. Apa nak risau anak kecil... Yang Penting adalah keinginan anda untuk berjaya dan sudi dibimbing.




Amacam, best kan. Siap ada yang tolong jagakan anak lagi time orang lain belajar. Semua suka-rela je nak bantu 'ahli keluarga' sendiri. Untunglah, moga anda juga berpeluang seperti saya. Berada dalam keluarga bizz shaklee yang sangat happening.

Alangkah indahnya bila bisnes bukan satu bebanan tetapi suatu keseronokan!

Jom sertai kami, kami akan bimbing anda sehingga berjaya. 






TESTIMONI BILA MAK BUYONG KEMBUNG PERUT

Assalamualaikum.

kembung perut, sakit perut, shaklee dan kembung perut, sakit perut ketika hamil, senak erut ketika hamil


Semalam (Rabu -3 sept 14), saya rasa sangat tak sihat. Ada rasa pelik kat perut. Sakit dia dari malam bawa ke siang. Lama2 laling ku ambik di opis dan hantar ke klinik. Ingatkan kenapa, almaklum... ni dah masuk 32 minggu. Takut juga jadi apa2. Jumpa doktor, doktor suspek perut berangin. So dapat la ubat kembung perut.

Saya makan ubat doktor tu... k... saya tunggu sampai malam. Tapi perut xok juga. Last2 lepas dinner, laling bancuhkan air pepperment ginger~PG. Wa...rasa dia amat la fantastik. Cam makan jamu bersalin. Hihihi. Pastu baring la. Tiba2 rasa perut dah ok. Xde dah rasa pelik kat perut tu. Wah cepat betul ni PG bertindak. Setel masalah kembung saya. Yey!

Tapi dah sebab penat sangat kot. Badan memang sakit2 semua. So hari ni saya mc. Rehat dulu sehari. Oooo tp PG tetap kene ambik lepas lunch tadi. Takut perut masih meragam. Huhuhu.... lega perut makyong


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


TESTIMONI BUASIR AKHIRNYA MENYERANG TANPA DISEDARI

Assalamualaikum.


testimoni buasir sembuh, testimoni buasir shaklee, testimoni set buasir

Masih lagi kisah BUASIR. Sebenarnya ramai yang tidak sedar diri mereka mengalami masalah buasir. Kebetulan terdapat segelintir orang yang tidak suka membuang air besar @ berak setiap hari. Tanpa disedari, sikap suka menahan berak, kekurangan air, membawa kepada masalah buasir. Wanita yang mengandung turut berisiko mengalami masalah ini. Oh, saya perlu berhati-hati kerana saya juga sedang mengandung.

Saya ada kisah yang menarik dari seorang rakan. Jom ikuti kisah beliau tentang buasir.

Saya mengambil mudah masalah membuang air besar tanpa sedar kesannya. Asalnya saya seorang yang mudah untuk membuang. Akibat tidak suka berada dalam jamban setiap hari, saya suka menahan berak. Tabiat ini dipupuk sejak kecil lagi. Akibatnya, saya hanya membuang setiap dua hari. Tetapi tabiat minum air kosong selepas bangun tidur menyebabkan rasa mahu membuang tetap hadir setiap pagi. Malangnya saya terus menahan berak dan menunggu hari esok untuk membuang.

Setelah saya meningkat dewasa, kesannya mula kelihatan. Pada awalnya saya tidak sedar yang ianya adalah masalah buasir. Saya mengalami tanda-tanda buasir peringkat 1--> Buasir yang hanya berdarah. Jujurnya telah bertahun gejala ini menimpa saya. Tetapi saya tidak sedar kerana tidak tahupun ianya adalah buasir. Keadaan semakin teruk sebenarnya. Saya seorang yang mengambil air lebih dari 4 liter sehari. Tetapi saya mengalami masalah najis yang keras. Ia amat menyiksakan. Kadang-kala, selepas membuang, saya perlu mengepam selepas 1 atau 2 jam kemudian. Kerana najis keras dan tidak mengalir. Selain itu, darah mengiringi najis dan rasa perit setiap kali membuang. Rasa macam dubur terkoyak kerana pedih terkena air.



testimoni buasir sembuh, testimoni buasir shaklee, testimoni set buasir
Darah mengiringi proses membuang air besar.

Akhirnya setelah bertahun mengidap Buasir peringkat 1, ia melarat ke peringkat 3. Saya menyedarinya apabila mengandung dan ketika Ramadhan menjelang. Ketika berpuasa, badan sangat kekurangan air. Ia menyebabkan masalah saya semakin teruk. Asalnya saya pelik dengan kesakitan dibahagian dubur. Saya meneka-neka masalah ini dan mula mencari maklumat. Akhirnya setelah membaca berkaitan buasir, saya sedar... saya pengidap buasir. 


Saya sangat takut apabila mengetahui saya mengidap masalah ini. Ketika ini baru saya sedar, betapa dasyatnya kesan kecuaian saya dulu. Saya mula mencari gabungan vitamin shaklee yang sesuai untuk mengubati buasir. Ketika baru mencuba gabungan vitamin  ini, timbul rasa takut. Saya takut sekiranya masalah saya tidak dapat diubati. Di saat ujian kehamilan yang getir ini, timbul masalah lain. Almaklum, kesan hanya mula kelihatan selepas 3 hari. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan. Setelah saya konsisten mengambil gabungan vitamin shaklee yang disarankan untuk masalah buasir, Buasir saya mengecut setelah 2 minggu. Rasa sakit juga tiada lagi. Bengkak juga telah hilang. Saya bersyukur sangat-sangat. Hilang kerisauan saya sebelum ini.


Hmmm, penyakit kebiasaannya menyerang secara senyap dalam tempoh yang lama sebelum kita menyedarinya. Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat. Makan secara seimbang, bersenam, ambil vitamin tambahan untuk mencukupkan keperluan badan dan sentiasa tambah pengetahuan kita tentang keadaan semasa. Semoga anda semua dan saya sentiasa sihat dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna tanpa penyakit.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.







PROMOSI BULANAN :: GLA COMPLEX :: OGOS 2014

Assalamualaikum.

Bulan Ogos adalah bulan kesihatan wanita. Ha kenapa saya kata begitu? Sebab Shaklee mengadakan promosi vitamin yang mampu menstabilkan hormon dalam tubuh wanita. Ya itulah dia GLA COMPLEX.

shaklee promo ogos 2014
Manfaat GLA Complex?

Secara ringkasnya seperti berikut:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
  • Membantu dalam menangani menopos
  • Menghalus-muluskan kulit wajah
  • Menjadikan wajah bercahaya 
  • Meningkatkan potensi mendapat zuriat
  • Meningkatkan kehangatan hubungan suami isteri

Tahukah anda, promosi ini menyebabkan anda jimat sehingga RM91 ++.Jika anda mendaftar sebagai ahli, anda akan mendapat penjimatan yang berganda-ganda. Tak rugi... diri sihat, poket selamat, hidup lebih sejahtera. Jom, hubungi saya segera.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


 

GEJALA BUASIR DAN JENIS-JENISNYA


Assalamualaikum.

Lama saya tidak mengupdate info. Maaf la sidang pembaca yang dikasihi. Cabaran mengandung kali ini agak getir. Banyak yang perlu dilalui sebelum mencecah ke tahap agak normal sekarang. Ha kali ini saya nak kongsikan info berkaitan BUASIR. Selalu je kita dengar tapi tak paham pun macammana masalah ni. Jadi, jangan ketinggalan baca dengan teliti artikel ini ok.

APA DIA BUASIR


apa dia buasir

Buasir adalah disebabkan pembengkakkan dan  pergerakan kebawah ‘anal cushions’ iaitu suatu struktur normal yang terdapat dibahagian hujung ‘rectum’. ‘Anal cushions’ ini terdapat secara semula jadi pada semua orang termasuk bayi yang baru lahir dan ia adalah struktur menebal yang terdapat dibahagian lapisan dalam dihujung rectum sehingga ke bahagian atas anal canal yang mengandungi saluran darah arteri dan venus, tisu elastic dan juga tisu fiber.

‘Anal cushion’ ini berfungsi untuk memberikan “Fine Control” kepada ‘anal sphincter’. Ia akan menjadi buasir bila membengkak dan bergeser kebawah. Sekiranya kesemua bahagian ‘anal cushions’ ini dibuang kita akan mengalami kekurangan sekitar 20% kawalan ‘anal sphinter’ dan akan menyebabkan kita akan mengalami kesukaran untuk mengawal ‘kentut’ dan pembuangan najis. 

Penyakit buasir sebenarnya mudah dicegah dan rawatan nya adalah tidak terlalu sukar sekiranya dirawat sebaik saja gejala-gejalanya mula di kesan.Tanpa rawatan awal buasir cenderung progresif dan bertambah teruk dari masa ke semasa.

JENIS - JENIS BUASIR

Terdapat dua jenis buasir iaitu dalaman dan luaran.
  1. Buasir dalaman adalah apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. 
  2. Sementara buasir luaran pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur.

Buasir Dalaman:
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang tertekan, teregang dan kadangkala ianya boleh pecah dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. Buasir dalaman ini juga boleh menyebabkan pesakit merasa ada ‘ketumbuhan’ (prolapse) terkeluar dilubang anus mereka terutama ketika membuang air besar.

• Buasir Luaran:
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya

Buasir dalaman atau Internal haemorroids boleh dibahagikan kepada 4 peringkat (stage):


Stage I  : Buasir hanya berdarah saja, tetapi tidak terkeluar
Stage II  : Buasir terkeluar dan boleh masuk dengan sendirinya, samada berdarah atau tidak
peringkat buasir


Stage III : Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula ke dalam dengan jari, samada berdarah atau tidak  
Stage IV : Buasir terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula
peringkat buasir
SUMBER: BUASIR

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Dikesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIJ.

MACAM MANA NAK DAPATKAN HADIAH BEST SEBAB BELI BASIC H

Assalamualaikum.

Saya baru pulang dari makan tengahhari. Walaupun hari ini Jumaat, rehat lama sikit dari biasa, makan tetap cepat dan balik tetap awal ke pejabat. Ok tengah saya surfing, ternampak artikel best dari HanisHealthyLife. Apa? Ha ini dia, set pembersihan rumah dari Shaklee / Set Get Home Clean

BASIC H, SET HOME CLEANING, SABUN BASUH BAJU, PELEMBUT PAKAIAN, SABUN BASUH PINGGAN SHAKLEE

APA YANG DITAWARKAN OLEH SET INI?
Set Get Home Clean dari Shaklee ini mengandungi :
  1.     Fresh Laundry Concentrate (Sabun basuh baju)
  2.     Soft Fabric Concentrate (Softener untuk cucian pakaian)
  3.     Dish Wash Concentrate (sabun basuh pinggan)
  4.     Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate (cucian serbaguna)

APA LA YANG BEST SANGAT?
Tak ada yang best pun, ia adalah set untuk membantu anda membersihkan rumah, kecuali anda suka point-point berikut:
  1. Tidak bertoksid
  2. Tanpa gas beracun
  3. Tanpa bahan kimia berbahaya
  4. Tanpa bahan pewangi
  5. Lembut pada tangan
  6. pH seimbang
  7. Tanpa klorin

Kan biasa je. Tapi paling saya suka adalah, kepekatannya yang tinggi. Jadi bancuh sikit dah cukup untuk digunakan. Beli 1 botol, TAHAN BERBULAN-BULAN. Jadinya JIMAT DUIT ANDA. Betul tak? Memang jimat sangat. 


OK, BERAPA HARGA SET NI?
Murah sangat-sangat, Bayangkan beli sekali tahan 3 - 4 bulan. Satu set ini hanya RM194 sahaja. 


HADIAH OH HADIAH
Oppppsss bukan itu sahaja, anda perasan kan botol spray dan beg woven tu? Sebenarnya itu adalah hadiah apabila anda membeli set lengkap di atas. Sebenarnya boleh je nak beli satu demi satu. Tapi kalau anda beli set ini sekaligus, dapat hadiah dia. Beli basic H sahaja pun, tak dapat hadiah tau. Pastikan beli satu set lengkap ye.

Ok lah, saya akan kongsikan pengalaman saya menggunakan set pembersihan rumah dari shaklee ini lain kali. Jangan lupa, kalau anda berminat, hubungi saya ya.


 

Follow Us @soratemplates

Pengikut

PELAWAT

INSTAGRAM

Categories

Tags

JOM BORAK

BIODATA

YUSWIRDA MOHAMAD YUSAK
DOB: 4 MEI
Kampung: SEKINCHAN, Selangor
Pendidikan:
2010 – MSc in Remote Sensing UTM (Research)
2005 – BScience Remote Sensing, UTM
2000 – Sek. Agama Menengah BESTARI JAIS, USJ, Selangor
1998 – Sek Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
1995 – SK Sungai Nibong, Sekinchan
Kerjaya:
2013 - Current - Shaklee Independent Distributor
2008 - Current  - GIS Analyst, SAPURA

Email: awilskema@gmail.com

INFO BIODATA

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Taman Setiawangsa (Keramat Wangsa), KL. (Shaklee ID : 926196). 

Cash On Delivery (COD) sekitar Setiawangsa, Keramat, Masjid Negara, Kg. Dato Haron PJ, Sekinchan & Sg. Besar.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Skynet. 

Apabila membeli vitamin di emakskema.com, anda bakal memperolehi:- 
= Harga Istimewa
= Jadual Pemakanan Vitamin
= Konsultasi Berterusan Percuma
= Jemputan Ke Group Facebook Exclusive  
= Peluang Menjana Income dengan SHAKLEE  

Hubungi Emakskema di:
013-3786399 
awilskema@gmail.com

PROMO MEI 2018

Popular Posts