RAHSIA KURANG SETAHUN KUMPUL DUIT PERGI HAJI

Assalamualaikum.



Saya baru disuntik semangat baru. Sebenarnya, saya ada seorang Rakan berbangsa Jawa dari Jawa Timur. Akak ni memang la sangat disenangi oleh seluruh warga ofis saya. Ya akak ni warga negara Indonesia. Kerja beliau adalah membuat air setiap hari. Jangan tak tahu, ofis kami ada tea lady khas ye. Memang khas buat air sahaja. Best kan ofis macam ni. Ok, ramai-ramai tea lady di sini, saya berani jamin, she is the best!


AKAK TEA LADY DAN SAYA

Selain beliau, ada beberapa orang tea lady. Dari segi kualiti kerja, memang akak ni la yang terbaik. Orangnya baik, menjaga solat, rajin, pemurah, pandai memasak, sangat pandai mengemas dan banyak lagi yang saya tak perlu senaraikan di sini. Huhu, saya termotivasi dengan cara beliau menjaga pantry ofis kami. Serius, sentiasa kemas dan bersih dan wangi. Oh ada beberapa pantry di ofis ni, tapi bahagian kami la yang paling bersih dan rapi. Saya menjadi rajin mengemas dapur dirumah dek kerana teringat pantry di ofis yang sentiasa kemas dan bersih.

Anda tahu, saya sering bersembang dengan beliau hal-hal kehidupan. Beliau tidak kedekut mahupun berselindung apabila bercerita dengan saya. Mungkin kerana saya rajin melayan atau memang beliau sendiri selesa bersembang dengan saya. Saya suka mendengar kisah-kisah kehidupannya. Walaupun beliau hanyalah bekerja sebagai tea lady pada hari biasa dan membersihkan rumah orang di hujung minggu, banyak yang saya belajar dari beliau tentang hidup.

KISAH TAMBANG HAJI

Di awal tahun tadi, beliau ada bercerita duit persediaan hajinya telah ditipu oleh orang yang dipercayai. Kesian, bukan mudah bagi akak ni nak mengumpul duit sebenarnya. Bayangkan, kerja-kerja kasar beliau dan suaminya yang memandu teksi. Saya tak boleh bayang, duit sekitar 70 juta rupiah bersamaan RM 19, 000 hilang macam tu je. Hangus harapan beliau untuk menunaikan haji.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini beliau tercerita tentang plan hajinya. Tambang telah cukup, malahan duit belanja di sana juga telah cukup. Terkejut saya mendengar kata-kata beliau. Maknanya tak sampai 10 bulan, beliau suami isteri telah menyimpan lebih dari RM19 000. Tahukan anda, sepanjang tempoh ini, telah beberapa kali beliau dan suaminya pulang ke Indonesia? Bukan sedikit belanja yang mereka keluarkan, tetapi masih mampu menyimpan sebanyak itu.


RAHSIA KURANG SETAHUN KUMPUL DUIT PERGI HAJI


Saya tanya rahsianya apa? beliau jawab : MATLAMAT. Mereka suami isteri memang telah berazam untuk menunaikan haji pada tahun 2014. Jadi mahu atau mahu, tambang harus di cukupkan. Ia bukan dikumpul dari menjual harta ya sidang pembaca. Tapi terus berusaha dan berusaha mencapai matlamat. Mengumpul semula wang tanpa mengusik harta sedia ada. Hasilnya alhamdulillah, memang tidak mengecewakan. Nasihat beliau, kita perlu ada perancangan untuk melakukan sesuatu. Jika tidak, kita sukar menemui jalan.
Saya sangat teruja mendengar kisah beliau kali ini. Saya berfikir, jika akak ini mampu mengumpu sebanyak itu, mengapa bukan saya yang berpendapatan jauh lebih besar daripadanya. Ia membuatkan saya berfikir dan berfikir. Mengubah dan mengatur perancangan agar menjadi lebih baik. Ia menjadi Inspirasi saya, moga ia menjadi inspirasi anda juga.

Oh ya, sebelum saya mengakhiri artikel kali ini, saya nak buat iklan. Jika anda perlukan seseorang untuk megemas rumah pada hujung minggu, hubungi saya ya. Saya rekemen kan akak ini untuk bekerja dengan anda!



NAK SIHAT DAN BANTU RAMAI ORANG
NAK SIDE INCOME 4, 5 ANGKA
Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196

♥ Web : emakskema.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
  

0 comments:

Catat Ulasan

Follow Us @soratemplates

Pengikut

PELAWAT

INSTAGRAM

Categories

Tags

JOM BORAK

BIODATA

YUSWIRDA MOHAMAD YUSAK
DOB: 4 MEI
Kampung: SEKINCHAN, Selangor
Pendidikan:
2010 – MSc in Remote Sensing UTM (Research)
2005 – BScience Remote Sensing, UTM
2000 – Sek. Agama Menengah BESTARI JAIS, USJ, Selangor
1998 – Sek Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
1995 – SK Sungai Nibong, Sekinchan
Kerjaya:
2013 - Current - Shaklee Independent Distributor
2008 - Current  - GIS Analyst, SAPURA

Email: awilskema@gmail.com

INFO BIODATA

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Taman Setiawangsa (Keramat Wangsa), KL. (Shaklee ID : 926196). 

Cash On Delivery (COD) sekitar Setiawangsa, Keramat, Masjid Negara, Kg. Dato Haron PJ, Sekinchan & Sg. Besar.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Skynet. 

Apabila membeli vitamin di emakskema.com, anda bakal memperolehi:- 
= Harga Istimewa
= Jadual Pemakanan Vitamin
= Konsultasi Berterusan Percuma
= Jemputan Ke Group Facebook Exclusive  
= Peluang Menjana Income dengan SHAKLEE  

Hubungi Emakskema di:
013-3786399 
awilskema@gmail.com

PROMO MEI 2018

Popular Posts