KERABU JANTUNG MAK MERTUA

Assalamualaikum.

Jarang saya mahu berkongsi resepi samada offline mahupun online. Saya sangat menggemari masakan ibu saya. Pendek kata, kalau yang emak saya dah masak, resepi orang lain pasti saya ketepikan. Tetapi dah saya ni anak jawa, resepi-resepi jawa je lah yang saya tahu. Bila saya berkahwin, mak mertua saya juga orang jawa. Haa... tapi yang bestnya resepi mak mertua saya banyak yang berbeza dari mak saya sendiri. Pulak tu yang mak mertua masak memang bukan yang emak saya masak. 

Suami saya seperti saya juga. Dia amat menggemari masakan ibunya. Mujur lah suami saya tak cerewet, dia tetap boleh menerima masakan saya yang ala kadar ini. hihihi nak masak kompleks tak sempat, saya kan bekerjaya (alasan). Saya boleh masak benda-denda simple je. Masak rebus-rebus, panggang ayam, goreng ikan, masak lemak, tumis sayur, tomyam segera, cekodok, lempeng, sambal jawa, laksa, soto, sup dan beberapa masakan simple lah. Memang tak mencabar pun. Saya rasa, kalau saya buat senarai, tak sampai 100 resepi pun yang saya tahu. Aduh teruk juga ni prestasi. Takpa, saya cuba improve ni. 

Ok sebab semua resepi simple, kene la belajar yang komplekkan. Jadi saya belajar dari mak mertua. Kali ini, saya kongsikan satu resepi yang sangat mudah tapi sedap sangat. nama pun hebat tau: KERABU JANTUNG DAN PERUT LEMBU. Jom tengok gambar:

Bahan perlu direbus:
  1. Perut lembu
  2. Jantung pisang
>> bila dah empuk, potong kecil ikut kesukaan anda





Bahan perlu di bakar:
  1. Cili Padi
  2. Bawang besar
  3. Udang kering




Bahan Mentah:
  1. Santan

   
  
Cara Masak:
  1. Kisar bahan di bakar dengan santan mentah
  2. Tuang dalam mangkuk yang berisi bahan direbus
  3. Gaul dan siap untuk dihidang
  

  RESEPI KERABU JANTUNG, KERABU PERUT LEMBU 


Macammana, mudah sahaja kan. kerabu jantung dan perut ni, sedap sangat makan dengan nasi panas. Saya dah tak makan lauk lain kalau ada kerabu jantung ini. Suami saya pun sama juga, 2x5. Resepi ini antara feveret suami saya. Alhamdulillah, saya dah hafal resepi dan cara nak masak sebab saya tulis di sini. hihihi, selama ni tengok je tapi tak ingat-ingat. Bagus kan, dengan berkongsi banyak manfaat kita dapat. Insyaallah saya akan dokumenkan resepi-resepi lain yang menarik. Kepada sidang pembaca, Selamat mencuba. 



NAK SIHAT DAN BANTU RAMAI ORANG
NAK SIDE INCOME 4, 5 ANGKA

Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196

♥ Web : emakskema.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
  






  

0 comments:

Catat Ulasan

Follow Us @soratemplates

Pengikut

PELAWAT

INSTAGRAM

Categories

Tags

JOM BORAK

BIODATA

YUSWIRDA MOHAMAD YUSAK
DOB: 4 MEI
Kampung: SEKINCHAN, Selangor
Pendidikan:
2010 – MSc in Remote Sensing UTM (Research)
2005 – BScience Remote Sensing, UTM
2000 – Sek. Agama Menengah BESTARI JAIS, USJ, Selangor
1998 – Sek Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
1995 – SK Sungai Nibong, Sekinchan
Kerjaya:
2013 - Current - Shaklee Independent Distributor
2008 - Current  - GIS Analyst, SAPURA

Email: awilskema@gmail.com

INFO BIODATA

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Taman Setiawangsa (Keramat Wangsa), KL. (Shaklee ID : 926196). 

Cash On Delivery (COD) sekitar Setiawangsa, Keramat, Masjid Negara, Kg. Dato Haron PJ, Sekinchan & Sg. Besar.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Skynet. 

Apabila membeli vitamin di emakskema.com, anda bakal memperolehi:- 
= Harga Istimewa
= Jadual Pemakanan Vitamin
= Konsultasi Berterusan Percuma
= Jemputan Ke Group Facebook Exclusive  
= Peluang Menjana Income dengan SHAKLEE  

Hubungi Emakskema di:
013-3786399 
awilskema@gmail.com

PROMO MEI 2018

Popular Posts