Ahad, 1 Disember 2013

11 BULAN UNTUK DIRAI

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, telah  sampai ke penghujung tahun 2013. Ye lah, bulan 12 ni kan bulan penghabisan. Bulan ini kita harus lihat kembali, apakah perancangan tahun 2013 telah dilaksanakan ataupun belum. Masa masih ada, jadi jangan sekali-kali kita putus asa. Sentiasalah berusaha dengan cara yang paling baik. Selebihnya, Allah yang uruskan.


BISNES SHAKLEE 
 

Sepanjang 11 bulan yang lepas banyak perkara ajaib yang berlaku dalam diri saya. Antara yang terbesar adalah saya terlibat dengan bisnes Shaklee. Ia memang besar kerana saya tidak pernah terfikir untuk berniaga sepanjang hidup saya. Malahan kini, insyaallah perniagaan akan menjadi kerjaya tetap seumur hidup. Doakan saya ya. Moga Allah beri kekuatan kepada saya untuk berjihad dalam bisnes demi menyumbang kepada ummah.


PROGRAM DR. AZIZAN OSMAN

Poster terbaru program Dr. Azizan Osman, Jom sertai

Kemudian saya menyertai program Dr. AZIZAN OTHMAN. Oh inilah program motivasi paling hebat saya pernah sertai. Saya menyertai IMKK julai 2013. Program ini benar-benar mengecas semula semangat saya untuk lebih berjaya. Selain itu saya telah nampak matlamat saya untuk 20 tahun akan datang. Saya juga jelas dengan 101 impian saya. Saya telah tahu apa yang saya mahu dalam hidup ini. Tanpa impian, kita sukar melangkah kearah kejayaan. Jadi, jangan abaikan impian anda dan jangan perkecilkan impian orang lain walau apapun impian tersebut.


BERCUTI KE LANGKAWI


Saya juga telah melancong ke Langkawi sekeluarga. Oh ia adalah perancangan tahun 2012, alhamdulillah berjaya dilaksanakan pada tahun ini. Yang paling best, inilah kali pertama naik kapal terbang. Huhu naik dengan orang yang paling saya sayangi, tentunya suami dan anak-anak. Saya dapat melihat dengan mata kepala sendiri muka bumi Allah ini seperti yang biasa saya lihat dari imej satelit. Rasa kagumnya dengan kemajuan teknologi. Hebatnya Allah beri kita ilmu ini. Tanpa izinNYA, tidaklah kita tahu apa yang kita tahu kini.


WALIMAH BFF


BFF pula mendirikan rumah tangga pada November lepas. Hmmm ia adalah walimah yang dinanti-nanti. Almaklum, bff seorang ini sahaja yang masih bujang sebelum ini. Saya juga berhubung kembali dengan sahabat lama. Sebelum ini, agak susah untuk menghubungi beliau. Baru-baru ini saya dapat melepaskan rindu mendengar nasihat daripadanya melalui whatsap. Huhu zaman teknologi pun, batasan masa dan tempat tetap menjadi kekangan.


CUCU-CUCU PAK YUSAK

Selain itu kelahiran 2 orang anak buah menyerikan lagi keluarga besar saya. Kedua-dua cucu kali ini adalah lelaki. Mudahan tahun 2014 akan ada kelahiran cucu perempuan. Saya berharap saya juga termasuk dalam list melahirkan anak perempuan. Doakan saya ya sidang pembaca. Dah ada 2 hero, mudahan Allah izin pula heroin dalam keluarga kecil saya.


PULANG KE SEMENANJUNG

Berita terbaru pula adalah kakak saya yang dikasihi mendapat peluang berpindah ke Terengganu bersama abg ipar setelah hampir 10 tahun mengajar di Sabah. Ia adalah sesuatu yang besar dalam hidup saya. Jauhnya jarak kami selama ini memberi kesan yang mendalam kepada saya. Syukur Ya Allah. 


ALLAH MEMANGGILKU
 

Dan yang paling  besar adalah saya menemui cara untuk semakin dekat dengan Tuan punya alam semesta. Hmm benar, ia adalah turning point kepada saya untuk 'return'. Terasa dekatnya kini, mudahnya saya mengadu kepadaNYA. Ya rasa seperti zaman saya kecil-kecil dulu. Tika hati bersih, minda segar dan segalanya Lillahi Taala. Alhamdulillah. Yang kecil-kecil sangat banyak. Tak tertulis di sini.


IMPIAN TERAKHIR 2012


Memandang kembali 11 bulan yang lepas, terasa banyaknya pencapaian yang telah saya genggam. Macam tak percaya, saya bertuah merasai semua itu. Ia adalah rezeki yang Allah berikan. Mintalah sidang pembaca, nescaya Allah kabulkan permintaan kita. Jangan sekali-kali putus asa kepada -NYA. Dia sekali-kali tidak pernah meninggalkan kita. Malahan kita sebenarnya yang sombong kerana tidak meminta kepada-NYA.


Sebulan terakhir ini saya ada satu lagi impian. Moga aku dibantu Ya Allah. Doakan saya ya sidang pembaca. Aminnn. Moga saya berjaya.


Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...