Bulan Nov telah tiba. Jika dikira dari hari pertama pendaftaran saya sebagai ahli Shaklee pada April 2013, ini merupakan bulan ke 8 saya bersama keluarga Shaklee. Ini juga bermakna saya telah bergiat aktif sekaligus berbisnes dalam tempoh 6 bulan. Eh kurang pulak dari 8 ye. Sebab 2 bulan pertama saya cuba memahami bisnes Shaklee, rangkaian vitamin, meneliti Master SID Cheklist, berfikir, menimbang baik buruk penglibatan saya dan banyak lagi. Uh saya memang agak cerewet dalam hal-hal begini. Memang saya akan mengambil masa untuk memahami sebelum saya bertindak. Walaupun kelihatan rugi, bagi saya tidak. Saya tidak mahu terburu-buru, saya juga tidak mahu hanya ikut-ikutan. Tidak mahu juga bertindak tanpa meminta bantuan Yang Maha Mencipta dalam membuat keputusan. Pendek kata, sebelum buat saya tetap akan berfikir dari beberapa aspek yang perlu.
Saya tidak pandai berniaga online. Walaupun suka shopping online, saya masih takut untuk mencuba dan merasakan saya tak mampu nak buat. Selama hidup sebelum ini, saya hanya pembeli dan tidak pernah bermimpi nak menjadi seller pula. Lagipun apa la yang saya boleh jual. Semua orang dah jual, ada ke orang yang nak beli dengan saya kan. Hihi infereoriti kompleks. Tak cuba tentu tak tahu kan.
Arahan Mentor
Banyak sangat yang saya belajar sepanjang tempoh ini. Saya yang tidak tahu mengupdate status di fb, sekarang bolehlah dikatakan hampir setiap hari ber’fb’. Jika dahulu 0 dalam apa juga aspek fb, sekarang dah faham la sikit bila waktu sesuai nak update, apa yang nak ditulis, apa nak dikongsi, apa yang jangan diceritakan, apa yang sangat private dan apa info berguna yang saya perlu letakkan. Macam lucu je saya ni tak pandai ber’fb’ kan. Ye la, kerja pun di syarikat yang ada nama, bidang teknologi pula tu. Tapi itulah hakikat, saya bersifat peribadi. Sangat jarang berkongsi cerita saya dengan orang lain. Apatah lagi di tulis di fb, Memang tak la kan. Saya buntu apabila ‘emak Hanis’ a.k.a mentor saya mengarahkan saya mengupdate status fb. Dalam bisnes shaklee online, amat penting untuk SID mengupdate fb tau. Fuh…berpeluh. Entah apa yang nak ditulis. Rasa macam tak boleh buat je. Boleh tak kensel nak bisnes..;p
Selama akaun fb saya wujud, saya sekadar mahu melihat dan mengetahui perkembangan rakan taulan semata-mata. Biasanya sebulan sekali saya akan menjenguk fb dan mula meninjau aktiviti dan perkembangan rakan-rakan. Saya tak biasa nak tulis apap-apa pada wall mereka. Cukup sekadar membaca perkembangan dan mengambil tahu sedikit sebanyak apa yang rakan saya lakukan. Then, saya logout! Jadi, apa, bagaimana, di mana, siapa, bila saya nak update fb ni. Celah mana nak nyelit, lenggok mana nak taruk, arah mana nak ikut. Saya buntu! Tak tau cemana nak buat dengan status fb. Ai la… tolong-tolong!!!
Kenangan sewaktu saya mengikuti New Distributor Shaklee Training bersama mentor saya. 1st time jumpa Hanis masa tu. Hanis bawa baby, shaklee memang bisnes family.
Ikut Nasihat Mentor
Saya kembali pada mentor. Untung ada mentor kan, ada tempat nak rujuk. Ada tempat nak ngadu. Ada tempat nak minta tolong. Saya minta nasihat Hanis apa yang perlu saya update. Apa isi kandungan status saya? Bagaimana perlu ditulis status tu. Apa yang jangan sekali-kali tulis! Bila orang akan membaca status kita. Apa yang orang suka sangat nak baca. Apa yang buat orang hide status kita. Macam-macam lagi lah tips yang diberi. Siap bagi template lagi macammana nak tulis status. Macam tak percaya kan, status fb pun perlu kaedah tersendiri untuk ditulis. Saya belajar dengan mentor. Bukan pandai sendiri-sendiri tau. Saya ni memang 0 fb lah. Memang kene gelak je sebab tak tau pun nak tulis status. Takpa, saya tak malu mengaku saya tak pandai. Yang penting saya cuba atasi kelemahan saya. Bukan biarkan masalah tu tanpa penyelesaian. Hidup ini kan satu proses pembelajaran. Jadi jangan berhenti belajar!
Status FB dan Close Deal RM1420
Hahaha itu cerita beberapa bulan lepas. Hari ini, saya sudah tahu bagaimana ber’fb’. Paling seronok, salah satu status fb saya menyebabkan saya berjaya close deal bizz bernilai RM1420. Tak sangka kan. Saya sendiri terkejut. Baru beberapa minit saya letak status tersebut, ada yang menghubungi saya untuk membeli vitamin. Besar pulak tu nilainya. Semua itu rezeki dari Allah sidang pembaca. Tapi perlu kita ingat, apa usaha kita untuk menjemput rezeki itu datang. Apa yang boleh kita buat adalah usaha. Selebihnya Allah yang akan menentukannya.
Status FB dan Menambah Nilai Hidup Orang Lain
Hmm seronok juga update2 status ni. Tapi berpada-pada kerana kita tetap ada batasannya. Lagipun niat perlu dijaga. Apa niat asal saya sebelum ini : MENAMBAH NILAI HIDUP ORANG LAIN. Jadi saya sentiasa berdoa agar niat asal saya tidak terpesong. Ya bukan senang untuk benar-benar berpegang pada ayat ini. Bila kita di uji dengan kesenangan, sering juga kita jadi lupa. Tapi bukan juga mustahil ya sidang pembaca. Hati kita, jika dididik dengan ikhlas, insyaallah Allah akan bantu. Soon or sooner akan sampai juga ke matlamat. Yang penting usaha kita. Jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat Allah subhanahuwataala. Percayalah, Allah mengikut sangkaan hamba pada-NYA. Doakan saya mampu istiqomah dengan niat asal saya.
Jika anda mahu manjadi seperti saya, berbisnes dengan bermentor, mari sertai saya. Peluang yang datang dan anda biarkan begitu sahaja seperti membiarkan sebongkah emas tergolek-golek di hadapan anda dan membiarkannya jatuh ke longkang. Ayuh sertai saya.!!! Kelebihan menjadi ahli? lihat di sini.
gambar: careergirlnetwork closeDeal
Bagaimana? Anda tertarik dan ingin mencuba? Hubungi saya sekarang!!!
Your Shaklee Independent Distributor
AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com
Memang bisnes kena ada mentor kan
BalasPadam