Selasa, 22 Oktober 2013

SANNAH HELWA YA ADHWA

Assalamualaikum

Salam aidiladha saya ucapkan
Salam korban kepada semua
Bertemu lagi di artikel perkongsian
Moga manfaat kepada anda


Tajuk entry kali ni adalah besday wish. Ia adalah ulangtahun kelahiran anak sulung saya si Adhwa. Tahun ini, Adhwa cukup 4 tahun. Besar dah anakku. Macam tak sedar je masa yang berlalu. Rasa macam baru je semalam Adhwa lahir. Hari ni dah besar panjang dan panjang akalnya.

Alang-alang bestday Adhwa, saya ceritakan serba ringkas akan Adhwa kepada anda. Adhwa lahir pada 11 Oktober 2009. Setahun selepas kami berkahwin. Mengikut kalendar Islam, dia lahir ketika syawal. Mujur la lepas raya, tak le maknya ni kempunan makan ketupat dan ayam satey. Adhwa dilahirkan melalui tingkap. Sebab apa, dia ni baby bridge. Dah try pusing pun tak boleh juga nak betul. Akhirnya pasrah je lah, ye saya bersalin secara c-ser. Sebenarnya saya tak pernah menjangka keadaan ini. Tak pernah bersedia untuk kelahiran yang begini. Almaklum, sepanjang mengandung, semuanya lancar. Saya sendiri tidak pernah mabuk mengandung. Sampaikan rakan 1 opis tak perasan pun saya mengandung sehinggalah saya pecahkan rahsia ketika 4 bulan mengandung. Oh time tu perut memang leper lagi. Saya memang selim je time tu. Jadi siapa la yang tahu kan.

Adhwa Pemula!!!

Saya bukan lah jenis yang suka kanak-kanak. Bukan apa, saya tak sanggup deal dengan kerenah mereka yang pelbagai. Lebih-lebih lagi, saya ni garang tau. Tapi dek kerana saya mengandungkan Adhwa, saya mula menggali ilmu keibubapaan. Saya mula melanggan Majalah Pa&Ma. Serius saya sangat cintakan majalah itu. Dari kulit ke kulit saya baca. Saya mula terdedah kepada persediaan mengandung, penjagaan bayi, barang keperluan, penyusuan, ibu berpantang, kanak-kanak, pemakanan kanak-kanak dan pelbagai lagi. Anda tahu, setiap tahun Pa&Ma akan melengkapkan anda tentang keibubapaan dari a to z. Kalau anda langgan setahun pun dah cukup banyak yang anda dapat. Kalau baca lebih dari setahun, anda dah boleh jadi penasihat keibubapaan. Lebih lama anda konsisten dengan majalah ini, anda boleh jadi pakar keibubapaan, peniaga berjaya, atau paling koman jadi supermom. Begitulah cinta saya pada majalah ini, sebab saya banyak belajar darinya. Saya sangat-sangat menggalakkan setiap pasangan yang ingin membina keluarga, membaca majalah Pa&Ma. Anda tahu, kerana Adhwa saya telah upgradekan diri saya ketahap yang lain. Tahap yang dulu-dulu rasa macam mustahil. Tak terlintas saya akan mengasuh anak seperti ini. Tapi kini berbeza. Thanks Adhwa, kau pemula.

Adhwa anak yang mudah. Tidak ada ragam dan sangat baik. Dia rapat dengan saya, mengikut segala arahan yang diberikan, jarang sangat meragam. Jika Adhwa meragam, tandanya dia dalam masalah. Itu sangat saya pasti. Adhwa bayi yang comel dan tembam. Lahir 3.28kg. Tapi dek kerana minum susu ibu, badannya montel comel. Kalau anda lihat dia sekarang pun, anda tetap bersetuju. Adhwa kekal tomel dan sedikit cubby. Lasak bukan main. Oh ya, saya jarang melarang Adhwa melakukan aktivitinya kecuali ia membahayakan nyawa. Tapi mudah berkata dengan Adhwa, asalkan dia faham kenapa saya melarang, pasti dia akan mengelak. Hmmm yang paling tak tahan, Adhwa ni skema habis. Saya pun rasa pelik juga mana datang skema dia ni. Ye la, maknya skema juga tapi tak la macam Adhwa. Tak percaya,cuba tengok ayat Adhwa:

Emak: Adhwa lapar?
Adhwa: Tidak mak. Adhwa kenyang lagi
Bukan ke selalunya kita akan jawab: “Tak mak”. Ni ayat penuh okeh.
Adhwa: Adhwa rasa Adhwa lapar.
Emak: Ha!!!
Waktu yang lain:
Emak: Adhwa nak air sejuk?
Adhwa: Tidak mak, nanti Adhwa selsema macammana?

Hmmm sebab tu web ni namanya emakskema. Sempena Adhwa la sebenarnya. Dulu-dulu Adhwa suka ikan. Dia sangat mengenali dolpin. Jadi saya telah membelikan stiker haiwan laut dan tampal pada dinding sebelah tilam Adhwa. Setiap malam Adhwa akan mengulang bertanya nama setiap haiwan yang dilihatnya itu. Bukan Adhwa tak tahu tapi saya percaya itulah subjek yang dia boleh bercerita dengan saya. Ya Adhwa sangat ramah walaupun budak lelaki. Bukan apa, biasanya, budak perempuan la yang akan pandai bercakap dan becok bercerita denga orang disekitarnya. Dan yang paling seronok Adhwa tidak lama bercakap bahasa bayi, terus sahaja pandai menyebut perkataan dengan jelas. Saya suka itu! Saya suka bercerita dengan Adhwa, tak kira Adhwa faham atau tidak. Yang penting perlu sentiasa diajar bercakap dan berkomunikasi dengan baik. Saya suka mengorek aktiviti hariannya sebelum tidur. Saya mahau tahu apa yang dilakukan sepanjang hari di rumah pengasuh. Saya mempunyai pengasuh yang baik. Cuma saya mahu tahu apa yang dia belajar setiap hari. Tak nak tertinggal setiap perkembangan Adhwa. Sidang pembaca, sementara anak kita masih mahu bercerita, layanlah mereka walaupun penat. Jika tidak, suatu hari nanti anak-anak tidak akan menjadikan kita tempat rujukan kerana tidak mempercayai kita.

Sambutan Bestday Adhwa


Ketika Raya Aidiladha yang lepas, kami meraikan kelahirannya. Ini pun atas permintaan Adhwa sendiri. Oh ya, bagaimana Adhwa beritahu saya? Seminggu sebelum tarikh lahirnya, saya memberitahu Adhwa untuk sama-sama membuat kek bagi bestdaynya (tak jadi buat pun, beli je kat kedai). Hmm anak lelaki pun suka masak tau. Anak-anak saya memang rajin tolong kat dapur. Pantang emak mereka masuk dapur, semua serbu nak tolong. Adhwa sangat suka dan mula bercerita tentang parti hari lahir. Dia mahu belon yang banyak dipasang, Ada hadiah yang banyak dan pastinya kek. Saya terkagum sebenarnya dengan celoteh Adhwa, mana nak sangka anak 4 tahun tau tentang bestday parti. Serius saya tak pernah sambut bestday saya sendiri. Nak kata di rumah pengasuh, Adhwa bukan dihantar ke tadika, kalau ada sambutan sekalipun, sangat la ringkas sedakar emak rakannya membawakan kek dan goodies sahaja. Saya mula berfikir, di mana Adhwa tahu tentang semua itu. Tiba-tiba, tinggg!!! Ye pengaruh Dora The Explore yang sering ditonton oleh Adhwa. 

Rahsia Minda Adhwa

Oh saya bukan nak cerita pasal pengaruh TV. Cuma saya tak sangka Adhwa mampu menganalisis apa yang dilihat dengan persekitaran sebenar. Saya memang kagum dengan perkembangan Adhwa sebenarnya. Bukan nak banggakan anak sendiri, tidak sidang pembaca. Saya tak sangka seawal ini dia mampu menganalisis. Ini bukan kali pertama, tapi ini adalah kejadian paling jelas yang menunjukkan dia cepat matang. Kenapa lagi saya kagum? Adhwa tidak dihantar ke tadika sebenarnya. Saya hanya selalu melayan Adhwa dan tidak menyekat keinginannya untuk meneroka. Hmmm bahasa yang mudah, saya mahu dia belajar tentang kehidupan dengan cara yang santai dan tidak terpaksa. Bukan apa, saya rimas melihat gaya hidup anak-anak sekarang yang perlu bersekolah sejak kecil. Oppss saya tidak berpandangan negative tentang tadika ya. Saya juga ibu yang berkerjaya tetap, jadi saya faham. Cuma saya mahu anak-anak saya membesar bebas seperti saya ketika kecil dahulu. Ya, bermain-main ketika membesar untuk meransang jiwa dan mindanya. Fokus saya sebenarnya adalah, Adhwa belum lagi mendapat pendidikan formal tetapi telah mula menunjukkan kecerdasan yang saya kagumi!

Jika ditanya apa yang paling berbeza dalam tumbesaran Adhwa, pasti saya akan berkata, amalan ketika mengandung, penyusuan yang sangat ekslusif dan pendekatan ibu bapa. Saya sentuh satu perkara, penyusuan yang sangat ekslusif. Adhwa adalah hasil anak susu ibu. Ya dia menyusu sehingga berusia 3 tahun! Eksklusif selama 1 tahun 2 bulan, dan disambung bercampur dengan susu formula selebihnya. Oh mengapa tak mampu 3 tahun ekslusif? Ada faktor lain yang menghalang seperti mengandung anak kedua yang menyebabkan susu merudum teruk serta keperluan pertumbuhan badan yang memerlukan makanan lain bagi membekalkan zat yang lengkap. Saya merasakan, penyusuan susu ibu adalah faktor yang sangat penting dalam perkembangan mindanya. Dia mendapat khasiat susu terbaik dalam tempoh yang lama. Jadi anda jangan ragu-ragu untuk memberikan anak susu yang paling berkualiti didunia ini. Usahalah bersungguh-sungguh agar manfaatnya melimpah kepada zuriat keturunan anda. Jika anda merasakan sukar untuk menyusukan anak, saya boleh bantu samada dari segi konsultasi mahupun vitamin tambahan sepanjang penyusuan

Mitos Suplimen Tak Perlu Untuk Penyusuan

Anda tahu bukan, Vitamin tambahan a.k.a suplimen sangat penting dalam membantu ibu yang menyusukan bayi. Ia membantu ibu sentiasa bertenaga, ceria dan mampu menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. Jangan percaya kata-kata palsu bahawa ibu yang menyusukan anak tidak perlukan suplimen. Adakah anda kenal salah seorang Kaunselor Laktasi Malaysia iaitu Puan Rita Rahayu Omar yang mengasaskan momslittleones.com dan susuibu.com? Beliau mempunyai kelulusan IBCLC iaitu:

An International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC) is a health care professional who specializes in the clinical management of breastfeeding. An IBCLC is certified by the International Board of Lactation Consultant Examiners®, Inc.

Ok saya mengenalinya kerana mahu menyusukan Adhwa 4 tahun lepas. Pada tahun 2009, beliau telah menjadi pioneer dalam penyusuan. Pada ketika itu sangat lah terhad akses ke penyusuan susu ibu di Malaysia. Bukan tak ada, ada tapi hidup segan mati tak mau. Alhamdulillah, berkat usaha Puan Rita dan rakan seangkatan yang lain, penyusuan susu ibu yang sangat baik ini menjadi popular seperti hari ini. Oh anda pernah shopping di momslitleones.com? Anda tahu, ada milk booster yang dijual tahu! Milk booster tu apa? Penggalak susu lah. Penggalak susu tu apa? Pastilah suplimen. Jadi, mana datang mitos yang mengatakan penyusuan tidak perlu kepada suplimen? Bukan sedikit yang menentang ya sidang pembaca, siap ada group khas gitu. Bukan sahaja orang biasa, doktor perubatan pun terlibat sama! Bermati-matian individu seperti ini menentang suplimen ketika menyusukan anak, kenapa? Fikir-fikirkanlah, anda semua bijak menilai.

Shaklee dan Penyusuan

Kembali kepada Shaklee, ada beberapa vitamin yang dicadangkan bagi membantu anda sepanjang penyusuan iaitu :



Vitalea:  sangat perlu demi memastikan tubuh badan ibu menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjalani kesejahteraan secara am.

B complex:  lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

Vitamin C:  Sangat penting untuk  menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu.

Alfalfa:  raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU  dan  mempunyai 1001 khasiat lain. 

Kalsium@ Ostematrix:  Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium sangat penting kerana kekurangan kalsium mengakibatkan ibu mengalami lenguh dan ngilu pada tulang.

ESP: sumber protein yang baik. Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan ibu amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. ibu yang menyusukan bayi disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Perlu ke anda ambil kesemuanya sekali? Jika anda minta nasihat daripada saya, pasti saya akan minta anda ambil kesemua vitamin yang dinyatakan. Setiap vitamin mempunyai kesan unik ke atas ibu yang menyusukan. Tetapi, keputusan tetap ditangan anda. Jika anda mahu mengambil suplimen tetapi budget anda ketat, jangan risau, hubungi saya. Saya akan beri anda jalan penyelesaian. Saya ikhlas mahu membantu anda. Terpulang samada anda mahu membantu diri sendiri, zuriat anda ataupun tidak. Pilihan tetap ditangan anda.

Oh panjang lebar saya bercerita tentang bestday Adhwa. Siap masuk ke suplimen pulak. Bukan apa, penekanannya adalah penyusuan yang sangat ekslusif dalam perkembangan minda kanak-kanak yang bijak! Jangan lepaskan peluang miliki anak yang cerdas otaknya dengan menyusukan mereka dengan susu ibu ya. Pastinya saya mengatakan suplimen Shaklee ketika menyusukan anak sangat membantu anda kearah kejayaan itu. Sehingga bertemu lagi. Happy breastfeeding!!! Eppy Bestday Adhwa!!!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Bagaimana? Anda tertarik dan ingin mencuba? Hubungi saya sekarang!!!
Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com




0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...