TESTIMONI COLLAGEN POWDER

Assalamualaikum


Saya percaya ramai wanita yang mahu memiliki kulit yang cantik. Saya sendiri tidak ketinggalan. Rangkaian vitamin Shaklee menyediakan pelbagai pilihan bagi mereka yang mahu kekal cantik samada kulit wajah sahaja mahupun keseluruhan badan mereka. Kali ini saya mahu bawakan kepada anda testimoni Collagen Powder yang terbukti berkesan memperbaiki banyak masalah kulit. Hmmm lihat keberkesanannya merawat masalah kulit yang pada mulanya tidaklah diniatkan oleh penggunanya untuk merawat masalah tersebut pun.
testimoni collagen shaklee

Kredit dari genkimomma.net

Anda tak mahu percaya pun tak apa. Tapi anda lihat sendiri kan buktinya. Keputusan ditangan anda ya. Sementara Oktober masih ada, saya ada tawaran yang istimewa. Jika mahu mencuba tetapi tidak mampu, jangan segan untuk hubungi saya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Bagaimana? Anda tertarik dan ingin mencuba? Hubungi saya sekarang!!!
Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com

SANNAH HELWA YA ADHWA

Assalamualaikum

Salam aidiladha saya ucapkan
Salam korban kepada semua
Bertemu lagi di artikel perkongsian
Moga manfaat kepada anda


Tajuk entry kali ni adalah besday wish. Ia adalah ulangtahun kelahiran anak sulung saya si Adhwa. Tahun ini, Adhwa cukup 4 tahun. Besar dah anakku. Macam tak sedar je masa yang berlalu. Rasa macam baru je semalam Adhwa lahir. Hari ni dah besar panjang dan panjang akalnya.

Alang-alang bestday Adhwa, saya ceritakan serba ringkas akan Adhwa kepada anda. Adhwa lahir pada 11 Oktober 2009. Setahun selepas kami berkahwin. Mengikut kalendar Islam, dia lahir ketika syawal. Mujur la lepas raya, tak le maknya ni kempunan makan ketupat dan ayam satey. Adhwa dilahirkan melalui tingkap. Sebab apa, dia ni baby bridge. Dah try pusing pun tak boleh juga nak betul. Akhirnya pasrah je lah, ye saya bersalin secara c-ser. Sebenarnya saya tak pernah menjangka keadaan ini. Tak pernah bersedia untuk kelahiran yang begini. Almaklum, sepanjang mengandung, semuanya lancar. Saya sendiri tidak pernah mabuk mengandung. Sampaikan rakan 1 opis tak perasan pun saya mengandung sehinggalah saya pecahkan rahsia ketika 4 bulan mengandung. Oh time tu perut memang leper lagi. Saya memang selim je time tu. Jadi siapa la yang tahu kan.

Adhwa Pemula!!!

Saya bukan lah jenis yang suka kanak-kanak. Bukan apa, saya tak sanggup deal dengan kerenah mereka yang pelbagai. Lebih-lebih lagi, saya ni garang tau. Tapi dek kerana saya mengandungkan Adhwa, saya mula menggali ilmu keibubapaan. Saya mula melanggan Majalah Pa&Ma. Serius saya sangat cintakan majalah itu. Dari kulit ke kulit saya baca. Saya mula terdedah kepada persediaan mengandung, penjagaan bayi, barang keperluan, penyusuan, ibu berpantang, kanak-kanak, pemakanan kanak-kanak dan pelbagai lagi. Anda tahu, setiap tahun Pa&Ma akan melengkapkan anda tentang keibubapaan dari a to z. Kalau anda langgan setahun pun dah cukup banyak yang anda dapat. Kalau baca lebih dari setahun, anda dah boleh jadi penasihat keibubapaan. Lebih lama anda konsisten dengan majalah ini, anda boleh jadi pakar keibubapaan, peniaga berjaya, atau paling koman jadi supermom. Begitulah cinta saya pada majalah ini, sebab saya banyak belajar darinya. Saya sangat-sangat menggalakkan setiap pasangan yang ingin membina keluarga, membaca majalah Pa&Ma. Anda tahu, kerana Adhwa saya telah upgradekan diri saya ketahap yang lain. Tahap yang dulu-dulu rasa macam mustahil. Tak terlintas saya akan mengasuh anak seperti ini. Tapi kini berbeza. Thanks Adhwa, kau pemula.

Adhwa anak yang mudah. Tidak ada ragam dan sangat baik. Dia rapat dengan saya, mengikut segala arahan yang diberikan, jarang sangat meragam. Jika Adhwa meragam, tandanya dia dalam masalah. Itu sangat saya pasti. Adhwa bayi yang comel dan tembam. Lahir 3.28kg. Tapi dek kerana minum susu ibu, badannya montel comel. Kalau anda lihat dia sekarang pun, anda tetap bersetuju. Adhwa kekal tomel dan sedikit cubby. Lasak bukan main. Oh ya, saya jarang melarang Adhwa melakukan aktivitinya kecuali ia membahayakan nyawa. Tapi mudah berkata dengan Adhwa, asalkan dia faham kenapa saya melarang, pasti dia akan mengelak. Hmmm yang paling tak tahan, Adhwa ni skema habis. Saya pun rasa pelik juga mana datang skema dia ni. Ye la, maknya skema juga tapi tak la macam Adhwa. Tak percaya,cuba tengok ayat Adhwa:

Emak: Adhwa lapar?
Adhwa: Tidak mak. Adhwa kenyang lagi
Bukan ke selalunya kita akan jawab: “Tak mak”. Ni ayat penuh okeh.
Adhwa: Adhwa rasa Adhwa lapar.
Emak: Ha!!!
Waktu yang lain:
Emak: Adhwa nak air sejuk?
Adhwa: Tidak mak, nanti Adhwa selsema macammana?

Hmmm sebab tu web ni namanya emakskema. Sempena Adhwa la sebenarnya. Dulu-dulu Adhwa suka ikan. Dia sangat mengenali dolpin. Jadi saya telah membelikan stiker haiwan laut dan tampal pada dinding sebelah tilam Adhwa. Setiap malam Adhwa akan mengulang bertanya nama setiap haiwan yang dilihatnya itu. Bukan Adhwa tak tahu tapi saya percaya itulah subjek yang dia boleh bercerita dengan saya. Ya Adhwa sangat ramah walaupun budak lelaki. Bukan apa, biasanya, budak perempuan la yang akan pandai bercakap dan becok bercerita denga orang disekitarnya. Dan yang paling seronok Adhwa tidak lama bercakap bahasa bayi, terus sahaja pandai menyebut perkataan dengan jelas. Saya suka itu! Saya suka bercerita dengan Adhwa, tak kira Adhwa faham atau tidak. Yang penting perlu sentiasa diajar bercakap dan berkomunikasi dengan baik. Saya suka mengorek aktiviti hariannya sebelum tidur. Saya mahau tahu apa yang dilakukan sepanjang hari di rumah pengasuh. Saya mempunyai pengasuh yang baik. Cuma saya mahu tahu apa yang dia belajar setiap hari. Tak nak tertinggal setiap perkembangan Adhwa. Sidang pembaca, sementara anak kita masih mahu bercerita, layanlah mereka walaupun penat. Jika tidak, suatu hari nanti anak-anak tidak akan menjadikan kita tempat rujukan kerana tidak mempercayai kita.

Sambutan Bestday Adhwa


Ketika Raya Aidiladha yang lepas, kami meraikan kelahirannya. Ini pun atas permintaan Adhwa sendiri. Oh ya, bagaimana Adhwa beritahu saya? Seminggu sebelum tarikh lahirnya, saya memberitahu Adhwa untuk sama-sama membuat kek bagi bestdaynya (tak jadi buat pun, beli je kat kedai). Hmm anak lelaki pun suka masak tau. Anak-anak saya memang rajin tolong kat dapur. Pantang emak mereka masuk dapur, semua serbu nak tolong. Adhwa sangat suka dan mula bercerita tentang parti hari lahir. Dia mahu belon yang banyak dipasang, Ada hadiah yang banyak dan pastinya kek. Saya terkagum sebenarnya dengan celoteh Adhwa, mana nak sangka anak 4 tahun tau tentang bestday parti. Serius saya tak pernah sambut bestday saya sendiri. Nak kata di rumah pengasuh, Adhwa bukan dihantar ke tadika, kalau ada sambutan sekalipun, sangat la ringkas sedakar emak rakannya membawakan kek dan goodies sahaja. Saya mula berfikir, di mana Adhwa tahu tentang semua itu. Tiba-tiba, tinggg!!! Ye pengaruh Dora The Explore yang sering ditonton oleh Adhwa. 

Rahsia Minda Adhwa

Oh saya bukan nak cerita pasal pengaruh TV. Cuma saya tak sangka Adhwa mampu menganalisis apa yang dilihat dengan persekitaran sebenar. Saya memang kagum dengan perkembangan Adhwa sebenarnya. Bukan nak banggakan anak sendiri, tidak sidang pembaca. Saya tak sangka seawal ini dia mampu menganalisis. Ini bukan kali pertama, tapi ini adalah kejadian paling jelas yang menunjukkan dia cepat matang. Kenapa lagi saya kagum? Adhwa tidak dihantar ke tadika sebenarnya. Saya hanya selalu melayan Adhwa dan tidak menyekat keinginannya untuk meneroka. Hmmm bahasa yang mudah, saya mahu dia belajar tentang kehidupan dengan cara yang santai dan tidak terpaksa. Bukan apa, saya rimas melihat gaya hidup anak-anak sekarang yang perlu bersekolah sejak kecil. Oppss saya tidak berpandangan negative tentang tadika ya. Saya juga ibu yang berkerjaya tetap, jadi saya faham. Cuma saya mahu anak-anak saya membesar bebas seperti saya ketika kecil dahulu. Ya, bermain-main ketika membesar untuk meransang jiwa dan mindanya. Fokus saya sebenarnya adalah, Adhwa belum lagi mendapat pendidikan formal tetapi telah mula menunjukkan kecerdasan yang saya kagumi!

Jika ditanya apa yang paling berbeza dalam tumbesaran Adhwa, pasti saya akan berkata, amalan ketika mengandung, penyusuan yang sangat ekslusif dan pendekatan ibu bapa. Saya sentuh satu perkara, penyusuan yang sangat ekslusif. Adhwa adalah hasil anak susu ibu. Ya dia menyusu sehingga berusia 3 tahun! Eksklusif selama 1 tahun 2 bulan, dan disambung bercampur dengan susu formula selebihnya. Oh mengapa tak mampu 3 tahun ekslusif? Ada faktor lain yang menghalang seperti mengandung anak kedua yang menyebabkan susu merudum teruk serta keperluan pertumbuhan badan yang memerlukan makanan lain bagi membekalkan zat yang lengkap. Saya merasakan, penyusuan susu ibu adalah faktor yang sangat penting dalam perkembangan mindanya. Dia mendapat khasiat susu terbaik dalam tempoh yang lama. Jadi anda jangan ragu-ragu untuk memberikan anak susu yang paling berkualiti didunia ini. Usahalah bersungguh-sungguh agar manfaatnya melimpah kepada zuriat keturunan anda. Jika anda merasakan sukar untuk menyusukan anak, saya boleh bantu samada dari segi konsultasi mahupun vitamin tambahan sepanjang penyusuan

Mitos Suplimen Tak Perlu Untuk Penyusuan

Anda tahu bukan, Vitamin tambahan a.k.a suplimen sangat penting dalam membantu ibu yang menyusukan bayi. Ia membantu ibu sentiasa bertenaga, ceria dan mampu menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. Jangan percaya kata-kata palsu bahawa ibu yang menyusukan anak tidak perlukan suplimen. Adakah anda kenal salah seorang Kaunselor Laktasi Malaysia iaitu Puan Rita Rahayu Omar yang mengasaskan momslittleones.com dan susuibu.com? Beliau mempunyai kelulusan IBCLC iaitu:

An International Board Certified Lactation Consultant (IBCLC) is a health care professional who specializes in the clinical management of breastfeeding. An IBCLC is certified by the International Board of Lactation Consultant Examiners®, Inc.

Ok saya mengenalinya kerana mahu menyusukan Adhwa 4 tahun lepas. Pada tahun 2009, beliau telah menjadi pioneer dalam penyusuan. Pada ketika itu sangat lah terhad akses ke penyusuan susu ibu di Malaysia. Bukan tak ada, ada tapi hidup segan mati tak mau. Alhamdulillah, berkat usaha Puan Rita dan rakan seangkatan yang lain, penyusuan susu ibu yang sangat baik ini menjadi popular seperti hari ini. Oh anda pernah shopping di momslitleones.com? Anda tahu, ada milk booster yang dijual tahu! Milk booster tu apa? Penggalak susu lah. Penggalak susu tu apa? Pastilah suplimen. Jadi, mana datang mitos yang mengatakan penyusuan tidak perlu kepada suplimen? Bukan sedikit yang menentang ya sidang pembaca, siap ada group khas gitu. Bukan sahaja orang biasa, doktor perubatan pun terlibat sama! Bermati-matian individu seperti ini menentang suplimen ketika menyusukan anak, kenapa? Fikir-fikirkanlah, anda semua bijak menilai.

Shaklee dan Penyusuan

Kembali kepada Shaklee, ada beberapa vitamin yang dicadangkan bagi membantu anda sepanjang penyusuan iaitu :



Vitalea:  sangat perlu demi memastikan tubuh badan ibu menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjalani kesejahteraan secara am.

B complex:  lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

Vitamin C:  Sangat penting untuk  menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu.

Alfalfa:  raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU  dan  mempunyai 1001 khasiat lain. 

Kalsium@ Ostematrix:  Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium sangat penting kerana kekurangan kalsium mengakibatkan ibu mengalami lenguh dan ngilu pada tulang.

ESP: sumber protein yang baik. Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan ibu amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. ibu yang menyusukan bayi disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Perlu ke anda ambil kesemuanya sekali? Jika anda minta nasihat daripada saya, pasti saya akan minta anda ambil kesemua vitamin yang dinyatakan. Setiap vitamin mempunyai kesan unik ke atas ibu yang menyusukan. Tetapi, keputusan tetap ditangan anda. Jika anda mahu mengambil suplimen tetapi budget anda ketat, jangan risau, hubungi saya. Saya akan beri anda jalan penyelesaian. Saya ikhlas mahu membantu anda. Terpulang samada anda mahu membantu diri sendiri, zuriat anda ataupun tidak. Pilihan tetap ditangan anda.

Oh panjang lebar saya bercerita tentang bestday Adhwa. Siap masuk ke suplimen pulak. Bukan apa, penekanannya adalah penyusuan yang sangat ekslusif dalam perkembangan minda kanak-kanak yang bijak! Jangan lepaskan peluang miliki anak yang cerdas otaknya dengan menyusukan mereka dengan susu ibu ya. Pastinya saya mengatakan suplimen Shaklee ketika menyusukan anak sangat membantu anda kearah kejayaan itu. Sehingga bertemu lagi. Happy breastfeeding!!! Eppy Bestday Adhwa!!!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Bagaimana? Anda tertarik dan ingin mencuba? Hubungi saya sekarang!!!
Your Shaklee Independent Distributor
                      AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com




TEMAN-TEMAN INDONESIA USAH TUNGGU LAGI!

Assalamualaikum


Produk Shaklee kini mendapat sambungan hangat, bukan sahaja di dalam Malaysia, malah bahangnya sudah sampai ke negara jiran iaitu Indonesia.

Bercakap mengenai Indonesia, ramai juga teman-teman dari Indonesia yang menghubungi kami untuk mendapatkan pakej produk Shaklee yang bersesuaian, terutama sekali sambutan hangat daripada ibu-ibu menyusu yang mahu tambahkan Air Susu Ibu (ASI), untuk kesihatan badan, dan juga kecantikan kulit. Umum pun tahu, wanita Indonesia terkenal mempunyai kulit yang licin, gebu, halus dan mulus. Ini pastinya kesan dari
penjagaan kesihatan yang mantap, kerana kecantikan itu datang dari dalam.

Berita baik buat teman-teman di Indonesia, anda boleh terus mendapatkan produk Shaklee di sana kerana Shaklee kini sudah mempunyai cawangan di Jakarta!!!


 

       Duta Shaklee Indonesia: Anang dan Ashanty bersama Shaklee VIVIX

Lokasinya ialah:
 

PT. Shaklee Indonesia
Menara Citicon Lt.12 Jl. Letjen S. Parman Kav 72 Slipi Jakarta Barat
11410 Indonesia
Tlp. :+6221-29308728 (Layanan Pelanggan)


Shaklee Indonesia baru sahaja beroperasi pada tahun lepas, Jun 2012. Menariknya, jika anda memilih untuk menjadi Distributor Shaklee di Indonesia, anda akan menjadi perintis Shaklee Distributor di Indonesia! Selain daripada memperoleh kesihatan yang mantap, jika betul caranya, anda pasti boleh menjana uang yang hebat dengan Shaklee Indonesia!
 

"Peluang Bisnis Shaklee merupakan kesempatan bagi Anda untuk mendapatkan kesehatan dan sekaligus stabilitas finansial di masa sulit seperti sekarang. Sistem Shaklee yang telah terbukti seiring waktu, berhasil membawa kesuksesan bagi ribuan keluarga di seluruh dunia melalui situasi ekonomi sulit selama 50 tahun terakhir.

Peluang bisnis yang luar biasa ini dapat menjadi solusi bagi Anda: bebas risiko, hanya membutuhkan modal kecil untuk memulai, namun memiliki potensi pendapatan yang besar.
 

Dan yang terbaik dari peluang bisnis adalah, Anda sekaligus menjalani hidup yang lebih sehat, mengembangkan jaringan sahabat baru, dan menjalin kemitraan jangka panjang setiap harinya hingga Anda berhasil meraih kebebasan finansial."
 - Enlie Widjaja, Shaklee Indonesia General Manager-


 

Jika anda berminat untuk mendaftar keahlian Shaklee bersama bisnis tim kami, boleh hubungi kami di emakskema.com atau PM kami di FanPage Emakskema https://www.facebook.com/skemahidupsihat, supaya kami boleh terangkan dengan lebih lanjut mengenai bisnis Shaklee ini.

Secara amnya, Shaklee berada di 8 buah negara iaitu:

(1) Shaklee Headquarters, USA
(2) Shaklee Canada
(3) Shaklee Japan
(4) Shaklee Malaysia
(5) Shaklee Mexico
(6) Shaklee Taiwan
(7) Shaklee China
(8) Shaklee Indonesia

Jika anda residensi di salah satu daripada 8 negara di atas, dan berminat untuk menjadi ahli Shaklee, mahupun menjana pendapatan sampingan/ sepenuh masa dengan Shaklee, boleh hubungi kami agar kami boleh uruskan pendaftaran anda.

Bagi yang serius berniaga, kami juga akan serius untuk membimbing anda sehingga berjaya. Jarak lokasi bukanlah halangan untuk melangkah jauh, kerana kami juga menjalankan bisnes Shaklee 100% secara ONLINE, dan anak buah kami juga berada di serata Malaysia, dan seluruh dunia - Singapore, Brunei dan Jepun.

Jom sertai Emakskema Shaklee Team dan bersama-sama kami menjana pendapatan dengan Shaklee! Baca lanjut mengenai kelebihan menjadi ahli Shaklee *DI SINI*


 

Your Shaklee Independent Distributor
           AwilSkema
♥ SMS | WhatssApp : 013-3786399
♥ Shaklee ID : 926196
♥ FB Page : http://www.facebook.com/skemahidupsihat
♥ Email : awilskema@gmail.com


KENAPA SAYA TERLIBAT DENGAN BISNES SHAKLEE

Assalamualaikum




Suasana di Branch Shaklee yang sentiasa penuh!

Tahukan para pembaca yang budiman, sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang terlibat dengan bisnes Shaklee? Ya sangat la ramai. Kenapa saya dan mereka suka berbisnes dengan Shaklee walaupun ramai yang menceburinya? Tak ke tinggi persaingannya? Apa lah yang istimewa sangat dengan Shaklee ini? Untung ke bisnes Shaklee ini? Bagaimana saya dan mereka melakukannya? Pasti anda tertanya-tanya di dalam hati. Ya dulu saya juga seperti anda. Terlalu banyak soalan yang berlegar di minda dan mahukan jawapan segera. siapa yang boleh menjawab soalan-soalan ini? Biar saya jelaskan kepada anda.
Saya hanya berkongsi pengalaman saya untuk menjawab semua soalan itu. Mari baca pengalaman saya ya.


Saya kenal Shaklee lebih kurang 3 tahun lepas apabila mengambil vit Alfalfa untuk menjadi booster susu ibu. Sejak itu saya mengenali Shaklee dengan lebih dekat. Tetapi di kala itu saya mempunyai anggapan tidak baik terhadapa MLM. Ya Shaklee adalah perniagaan MLM. Jangan terkejut ya sidang pembaca. Saya suka produknya tetapi tidak suka kepada bisnes Shaklee. Sebenarnya saya selalu membeli produk Shaklee dengan upline saya Hanis Healthy Life. Saya suka masuk ke web beliau dan mendapatkan bermacam-macam info tentang kebaikan vitamin-vitamin Shaklee.  Pada tahun 2012 saya pernah bertanyakan hal keahlian dengan Hanis. Tapi saya membatalkan niat saya itu. Sehinggalah tahun ini akhirnya saya terbuka hati untuk menjadi ahli dan terlibat secara serius. Apa yang menggerakkan saya?


Apa Yang Menggerakkan Saya?


Segala-galanya kerana saya TERPENGARUH, terpengaruh dengan kata-kata mahu MENAMBAH NILAI DALAM HIDUP ORANG LAIN. Bunyinya mudah tapi bukanlah juga susah. Untuk melaksanakannya perlu kepada usaha yang berterusan. Tahukah sidang pembaca, apabila kita menambah nilai dalam hidup orang lain, akan hadir satu perasaan gembira yang sangat hebat dalam hati? Saya terasa seperti lapangnya dunia, seperti berada di atas padang yang rumputnya hijau sejauh mata memandang. Terasa langit biru berarakkan awan yang berkepul-kepul putih seperti kapas. Seperti ada angin yang mengalir lembut. Saya duduk di bawah sepohon pokok rendang sambil tersenyum. Hmmm begitulah gambaran perasaan gembira saya. Hilang sedih dan gundah resah di dalam hati.


Sidang pembaca, saya bukanlah seorang yang kaya harta, maka saya mampu menyumbang hanya sedikit. Ingin bersedekah pun saya masih mengira-ngira lebihan pendapatan yang ada. Ya saya tahu senyuman juga satu sedekah. Tapi senyuman tidak mampu meredakan tangisan anak kecil yang lapar. Senyuman tidak mampu untuk menukar karpet lusuh di surau. Senyuman tidak mampu mengganti baju koyak milik anak yatim. Semuanya perlukan wang!!! beras dibeli dengan wang, karpet baru dibeli dengan wang malahan baju juga perlu wang untuk membelinya. Jadi saya perlu menambah wang yang ada untuk menyumbang lebih banyak. Maka saya mula berfikir tentang side income yang mampu saya lakukan. Dimana? Bagaimana? Saya kembali melihat Shaklee. Ya jawapannya di sini.
Kenapa Shaklee dan bukan produk lain?


Saya telah nyatakan bahawa saya sendiri sering mengira-ngira lebihan pendapatan setiap kali ingin menambah nilai dalam hidup orang lain. Ya, saya sendiri tidak punya wang yang banyak untuk digunakan sesuka hati. Senang cakap, cukup-cukup makan aje. Boleh lah hantar 2 orang anak ke pengasuh dengan kos RM600 sebulan. Bolehlah bayar kereta comel Kenari warna merah. Bolehlah bayar hutang rumah. Adalah budget yang 'lega' untuk makan tiap hari. Bolehlah hulur sikit pada mak ayah. Adalah simpan sikit untuk 'Tabung Kekayaan' (saya menukar nama tabung kecemasan /persediaan kerana tidak mahu sentiasa cemas. Kan itu satu doa) Adalah sikit persediaan kemalangan. Alhamdulillah tak pernah lupa bayar zakat. Nak pergi melawat Tok di Kedah pun insyaallah mampu lagi. Dan terakhir untuk menambah nilai hidup orang lain, ada lah sikit lebih. 


Hmmm, sidang pembaca, saya menangis setiap kali menderma. Sebab saya mampu beri sedikit sahaja.. Ya saya sangat berharap saya mampu menghulur lebih lagi. Saya tidak sanggup membaca kesusahan orang lain. Saya takut melihat gambar-gambar anak kecil di hospital yang berselirat wayar di badannya. Saya pilu menatap wajah anak yatim di rumah kebajikan. Saya terharu mengetahui ramai lagi kanak-kanak tidak bersekolah kerana kemiskinan. Kerana saya tak mampu nak memberi lebih kepada mereka! Ya tiada lebihan dari wang pendapatan saya. Maka saya harus melakukan sesuatu. 


Dikala saya bekerja saya perlu juga melakukan sesuatu untuk menambah pendapatan saya. Saya perlu berbisnes. Bisnes yang saya pilih haruslah:

  • mudah diurus 
  • terjamin kualiti
  • tidak perlu menyimpan stok 
  • modal rendah
  • tidak mengganggu aktiviti harian sedia ada 
  • dipercayai
  • tidak perlu keluar rumah terlalu kerap 
  • tidak perlu berjumpa pelanggan
  • memberi pulangan yang lumayan
Banyak syarat yang saya gariskan. Adakah bisnes seperti yang saya mahu? Ya ada dan ia adalah Bisnes Shaklee!

Ya, Jawapannya Shaklee! 



Side Income 4 angka
Pengiktirafan ketika mendapat side income 4 angka. Siap dapat cek!

Pada mulanya saya sekadar suka-suka nak cuba bisnes shaklee. Walaupun impian saya besar dan syarat saya banyak, saya masih tidak yakin untuk berbisnes. Saya ni tak pernah nak terlibat secara serius dalam bisnes.  Cukup takut apabila ada sesiapa sahaja mengajak saya berbisnes. Saya takut saya tidak akan komited dengan bisnes. Saya risau suami dan anak-anak akan terabai kerana berbisnes. Saya tidak mahu kerjaya saya sekarang terganggu dengan bisnes. Jadi macammana saya nak berbisnes Shaklee?

Ketika mahu mendaftar sebagai ahli, saya beritahu kepada Hanis yang saya mahu berbisnes. Saya pun membayar RM75 sebagai yuran keahlian dan bayaran pos. Dalam minda saya bermacam-macam persoalan muncul. Bagaimana nak jual, bagaimana nak ajak orang, macammana nak kenalkan produk dan bermacam-macam lagi. Persoalan dalam minda saya tidak terjawab sebenarnya. Malahan Hanis meminta saya melakukaan beberapa perkara. Serius saya tak jangka pun perkara-perkara tersebut. Setelah itu saya hanya melakukan apa sahaja yang diarahkan oleh Hanis. Betul, saya buat sahaja apa yang disuruh dan banyak juga yang masih tak terbuat.


Bulan pertama saya serius mengikut arahan, saya mendapat bonus 2 angka. hhmmm tak sangka boleh dapat. Ye lah ketika itu saya masih tak buat apa-apa kecuali makan vitamin seperti biasa. Tapi dapat duit...uishhh macam tak percaya. Bulan kedua bonus saya naik sikit jadi 3 angka. Wah hebatnya. Saya baru melakukan beberapa sahaja dari MASTER SID CHEKLIST  yang diberikan oleh Hanis. Ada peningkatan kan. Saya terus melakukan apa yang disuruh dan pada bulan ketiga, serius saya dapat bonus 4 angka.  Masa tu memang tak tau nak kata apa. Senangnya bisnes Shaklee ni sidang pembaca. Ni tahap saya masih sekadar suka-suka nak cuba bisnes. 


Hmmm Jadi Anda Bagaimana?


Sidang pembaca yang dirahmati Allah. Segala perkongsian di atas adalah pengalaman saya. Benar-benar pengalaman saya. Alhamdulillah saya dapat menggembirakan hati orang lain dengan side income ini. Ya saya berjaya menambah list orang yang saya mahu tambah nilai hidupnya. Maaf saya tidak dapat berkongsi apa yang saya buat.
Tapi saya juga mahu menggerakkan hati-hati anda semua untuk menambah nilai dalam hidup orang lain. Biar anda terpengaruh seperti saya dan berusaha untuk menambah nilai hidup orang lain.


Modalnya Sekeping Hati


Saya bukan mahu beriklan. Tetapi jika sidang pembaca mahu menyertai saya menambah nilai hidup orang lain, mari sertai bisnes saya. Ia tak susah dan tak juga mudah. Anda hanya perlu sekeping hati yang ikhlas dan teguh untuk melakukannya. Yakinlah, kita hanya berusaha dan merancang. sebaik-baik perancang adalah Allah Taala. Mintalah padanya, insyaallah anda berjaya. 








emakskema.com
0133786399

Follow Us @soratemplates

Pengikut

PELAWAT

INSTAGRAM

Categories

Tags

JOM BORAK

BIODATA

YUSWIRDA MOHAMAD YUSAK
DOB: 4 MEI
Kampung: SEKINCHAN, Selangor
Pendidikan:
2010 – MSc in Remote Sensing UTM (Research)
2005 – BScience Remote Sensing, UTM
2000 – Sek. Agama Menengah BESTARI JAIS, USJ, Selangor
1998 – Sek Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
1995 – SK Sungai Nibong, Sekinchan
Kerjaya:
2013 - Current - Shaklee Independent Distributor
2008 - Current  - GIS Analyst, SAPURA

Email: awilskema@gmail.com

INFO BIODATA

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Taman Setiawangsa (Keramat Wangsa), KL. (Shaklee ID : 926196). 

Cash On Delivery (COD) sekitar Setiawangsa, Keramat, Masjid Negara, Kg. Dato Haron PJ, Sekinchan & Sg. Besar.

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, menggunakan Poslaju, GDEx atau Skynet. 

Apabila membeli vitamin di emakskema.com, anda bakal memperolehi:- 
= Harga Istimewa
= Jadual Pemakanan Vitamin
= Konsultasi Berterusan Percuma
= Jemputan Ke Group Facebook Exclusive  
= Peluang Menjana Income dengan SHAKLEE  

Hubungi Emakskema di:
013-3786399 
awilskema@gmail.com

PROMO MEI 2018

Popular Posts